Firman Allah s.w.t:
إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
Maksudnya : Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
(Al-Hujurat : 10)
Ukhuwwah itu yang datangnya dari root word akhun yang bermaksud saudara. So secara tak langsung ukhuwwah itu adalah persaudaraan. Kalau ukhuwwah Islamiah pulak persaudaraan yang berlandaskan Islam dengan berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Daripada ayat yang aku bagi kat atas tue Allah kata orang yang beriman itu bersaudara. Makna kata orang yang dikatakan bersaudara itu adalah orang yang benar-benar beriman kepada Allah.
Selalu diperingatkan naqib aku tentang 3 peringkat ukhuwwah iaitu
- Berlapang dada
- Sama-rata
- Ithar (Melebihkan Sahabat)
Berlapang dada
Dalam kita bersahabat nie kadang-kadang ada juga perkara yang dilakukan atau diperkatakan oleh sahabat kita itu yang membuat kita rasa kurang senang dengannya atau mungkin juga terasa hati dengannya. Tapi kalau kita betul-betul ingin menjaga ukhuwah antara kita dan sahabat, perlu bagi kita berlapang dada dengan bersangka baik terhadap sahabat kita. Mungkin perlakuannya itu tidak disengajakan. Andai ingin ditegur gunalah medium yang sesuai mengikut sifat dan peribadi sahabat kita itu.
Sama-rata
Nie 2nd stage dalam peringkat ukhuwwah yang mana kita bersikap sama-rata dengan sahabat kita. Sebagai contoh apa yang kita ada, kita akan pastikan sahabat kita juga ada benda yang sama. Dalam peringkat nie kita sudah mampu bertolak-ansur dengan sahabat kita. Kita sudah mampu bersikap adil dan tak berkira dengan sahabat kita. Contoh lain kalau kita dapat makan ayam goreng, kita nak pastikan sahabat kita juga dapat makan ayam goreng...baru adil. Sampai macam tue sekali. Rasanya kita da sampai tahap nie atau blom ek ngan sahabat kita?
Ithar (Mengutamakan Sahabat)
Nie peringkat tinggi dalam kita berukhuwwah. Makna kata kita mengutamakan sahabat kita lebih dari diri sendiri. Sebagai contoh sahabat kita sangat2 lapar tapi dia tak ada duit or makanan nak dimakan. Kita lapar jugak tapi kita ada makanan contohnya roti. Kalau kita dah capai peringkat ithar nie, kita akan bagi terus makanan kat kawan kita tue sebab merasakan dia lebih perlu pada makanan itu daripada kita.
Contoh lain tentang ithar nih ialah pada sirah ketika dalam suatu peperangan yang mana ada 3 orang sahabat yang tercedera dalam peperangan tersebut. Kesemua mereka dahagakan air. Ketika sahabat yang pertama ini dahaga, dihulurkan air kepadanya & bila nak minum dia dengar sahabat kedua disebelahnya juga dahaga lalu sahabat pertama nie tak minum air tue sebaliknya minta supaya air tue diberi kat sahabat di sebelahnya itu. Sama juga keadaannya dengan sahabat yang kedua memberi air tersebut kepada sahabat yang ketiga dan kerana itu ketiga-tiga mereka telah syahid dalam peperangan tersebut. Walaupun dalam keadaan kritikal macam tue masih lagi mereka mengutamakan sahabat mereka. Inilah peringkat tertinggi dalam berukhuwwah. Dah sampai tahap cmnie k kita?
Contoh lain tentang ithar nih ialah pada sirah ketika dalam suatu peperangan yang mana ada 3 orang sahabat yang tercedera dalam peperangan tersebut. Kesemua mereka dahagakan air. Ketika sahabat yang pertama ini dahaga, dihulurkan air kepadanya & bila nak minum dia dengar sahabat kedua disebelahnya juga dahaga lalu sahabat pertama nie tak minum air tue sebaliknya minta supaya air tue diberi kat sahabat di sebelahnya itu. Sama juga keadaannya dengan sahabat yang kedua memberi air tersebut kepada sahabat yang ketiga dan kerana itu ketiga-tiga mereka telah syahid dalam peperangan tersebut. Walaupun dalam keadaan kritikal macam tue masih lagi mereka mengutamakan sahabat mereka. Inilah peringkat tertinggi dalam berukhuwwah. Dah sampai tahap cmnie k kita?
*****************************************
Hari nie aku aku & sahabat-sahabat mengadakan usrah + iftar dengan naqib kami Abang Asyran. Aku nie da lama x masak2 nih. So hari nie kira menguji kreativiti jugak laa aku nak masak ape kan. Dah la tak boleh rasa, so tak tau masak sedap ke tak. Kami buat dua jenis masakan je, sayur & ayam goreng HPA. Memang best, daripada usrah nie, dapat laa aku tau sape antara sahabat aku nie yang boleh masak or tak boleh masak. Kalau aku takat masak sayur, goreg telur, buat nasi goreng tue pandai laa. Kalo suh masak kari, sweet sour, tiga rasa, asam pedas tue mintak maaf laa...tak pandai pun..hehe.
sayur masakan aku..ngehehe..c(=
So aku hari nie masak sayur kobis. Memang aku hentam je laa masuk je apa yang ada. Seasoning pun ak taruk jugak...hehe. Tapi hasilnya alhamdulillah sedap laa jugak. Puas laa makan. Kredit diberikan kepada Abang Fauzi (naqib usrah lajnah) & housematenya sebab kami guna rumah diorang untuk sesi usrah kali nie. Ini laa kepelbagaian method yang boleh dilakukan dalam usrah. Bagi aku, masak nih merupakan satu modul yang boleh kita kaitkan dengan ukhuwwah yang mana kalau secara 'common sense' kita mesti akan bantu sahabat kita masa masak nih. Masak2 ramai baru best....huhu.
tengah basuh ayam
Tapi lagi best kalau semua orang ada masa tengah masak tue. Mesti lagi meriah jadinya...huhu.
Ukhuwwah itu anugerah Allah kepada orang yang beriman dan ikhlas dalam beramal. Kalau kita ikhlas insya-Allah kita akan nampak kesannya kepada diri kita. Sebagai contoh sebelum nie aku masuk event Heart 4 Islam. Dalam department aku, aku sorang je laa yang paling junior sebab aku still foundation. Tapi sebab kami semua kerja kerana Allah, kami all out dalam gerak kerja kami, alhamdulillah, aku terasa bunga2 ukhuwwah antara kami. Aku sendiri tak jangka aku boleh jadi rapat dengan geng2 department aku. Bukan tue je, dengan department lain pn sama.
Jadi dalam kita berukhuwwah itu yang penting kita perlu ikhlas dalam berukhuwwah dan berukhuwwahlah kerana Allah dan bukan kerana hal duniawi. Jadi segala-galanya disandarkan kepada niat kita.
Bila cite pasal masak2 nih terimbau balik memori aku ngan sahabat2 kat KISAS dulu. Paling aku ingat masa bulan Ramadhan masa tahun 2008. Aku & sahabat2 seperjuangan aku yang sangat2 aku sayangi kerana Allah sama-sama tiap2 hari buat sosej & air minum untuk dijual petang-petang kat asrama. Kami semua buat aktiviti tue ramai-ramai tiap2 hari. Tak rasa jemu pun. Tak terasa pun letih bila kita semua ikhlas dalam bekerja campur lagi dengan rapatnya ukhuwwah dengan sahabat buat kerja rasa cepat walaupun kami buat dalam 100 sosej tiap2 hari. Masa tue laa terasa manisnya ukhuwwah antara kita dan sahabat. Kalau dulu orang tanya aku sapa sahabat baik aku, selalunya aku akan jawab aku tak ada sahabat baik. Tapi sejak aku berjumpa dan berukhuwwah dengan sahabat2 seperjuangan aku. Aku mampu katakan dengan yakin diorang laa sahabat aku & aku berbangga aku ada sahabat yang macam tue.
Jadi peliharalah hubungan kita sesama manusia dan juga Allah dalam menjalani kehidupan seharian kita...:)
0 comments:
Post a Comment