Pernah tak kita berhutang?
Mesti pernah kan...
Kalau tak pernah tue cuba tanya orang yang pernah berhutang macam mana keadaan diorang...huhu.
Hutang kalau dalam bahasa arab disebut ad-dain. Agama pula dalam bahasa arab disebut ad-din. Tadi dengar kuliah di Masjid an-Nur, Ustaz Rahmat mengupas tentang topik ni. Dikatakan perkataan ad-din itu sendiri bila dilihat root wordnya ialah ad-dain iaitu hutang.
Sedar atau tak kesan untuk orang yang berhutang ialah dia akan berasa terikat dengan orang yang memberi hutang kepadanya. Pantang nampak muka terus teringat hutang. Dalam konteks pengisian kuliah tue pula ustaz kata kita nie berhutang dengan Allah sebab tue kita perlu ada rasa terikat dengan Allah. Kalau ada rasa keterikatan tersebut maka alhamdulillah kita masih berada di landasan yang betul. Andai tidak, cuba koreksi semula diri kita berada di tahap mana.
Jadi perkara yang paling asas dalam Islam itu sendiri ialah aqidah. Aqidah berasal daripada perkataan 'aqada iaitu ikatan. Analogi aqidah pula ibarat layang-layang dengan talinya. Layang-layang boleh terbang ke mana-mana sahaja namun pergerakannya dibatasi oleh tali layang-layang. Begitulah juga kita sebagai manusia bebas melakukan apa saja di muka bumi Allah tapi kita masih dibatasi dengan perkara-perkara tertentu yang Allah larang kita dari melakukan perkara tersebut.
Apabila kukuh aqidah maka akan wujud keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah. Iman itu sendiri dapat didefinisikan sebagai membenarkan dengan hati, mengaku dengan kata-kata dan beramal dengan perbuatan. Taqwa pula bererti melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya ataupun hakikat taqwa itu sendiri dapat dilihat melalui pertanyaan Saidina Umar kepada Ubay bin Ka'ab tentang hakikat taqwa. Ubay bin Ka'ab bertanyakan kepada Saidina Umar adakah beliau pernah melalui jalan yang penuh onak dan duri lalu Saidina Umar menjawab bahawa beliau pernah melalui jalan seperti itu dan apabila ditanya bagaimana beliau melalui jalan itu maka Saidina Umar mengatakan bahawa beliau melalui jalan itu dengan berhati-hati. Maka Ubay bin Ka'ab mengatakan itulah hakikat taqwa.
Dengan ini kita menguatkan lagi keterikatan kita dengan Allah swt. Ditambah pula dengan simpulan ukhuwwah kerana Allah yang kita jalinkan sesama manusia. Kita telah membentuk satu simpulan yang sangat cantik yang mana sumber talinya itu adalah daripada Allah swt kerana setiap dari kita berasa keterikatan diri dengan Allah swt. Maka janganlah putuskan rasa terikat dengan Allah itu. Peliharalah ia sepertimana kita menjaga sesuatu yang amat penting bagi kita.
buku2 yang tersimpan dalam locker...ntah bila laa nak baca...=.='
Andai rasa kurang keterikatan itu kita perlu muhasabah kekurangan yang ada pada kita. Aku sendiri pun masih banyak kekurangan. Buku ada banyak tapi tak dibaca. Jadi perhiasasn yang disimpan dalam locker je. Tak tau laa bila aku nak start baca semua buku yang ada. Walaupun tak penuh satu rak tapi lebih dari 3 buku tue dah kira banyak laa tue kan. Dengan bacaan buku-buku agama nie pun salah satu method kita nak mendekatkan diri dan meningkatkan lagi rasa keterikatan kita dengan Allah swt. Tapi kalau buku-buku tue tak dibaca tetap tak memberikan manfaat kepada empunya buku tue. Jadi aku perlu rajinkan diri mentelaah buku-buku yang ada untuk pengukuhan fikrah supaya mudah untuk aku melaksanakan amal fardhi aku sendiri selain dari bergerak di dalam jemaah.
Ilmu itu andai ditambah dengan amal akan memberi banyak manfaat kepada kita.
Tapi sekarang orang yang ada ilmu makin jauh dari Allah sebab pelajarannya itu tidak disandarkan kepada Allah swt. Kita telah didoktrinkan dengan racun pemikiran yang menolak hakikat ilmu itu milik Allah.
Maka menjadi tanggungjawab kita untuk mengubah apa yang sedang terjadi ini supaya Islam bangkit semula daripada kejatuhan sejak 1924 itu. Dah 86 tahun dah tue.
kalau dah asyik ngadap laptop bila nak baca buku...
Insya-Allah Islam pasti akan menang jua akhirnya...itu janji Allah kepada kita.
0 comments:
Post a Comment