Mar 21, 2010

Home » , » 10 Muwassafat Tarbiyah (10 Peribadi Muslim)

10 Muwassafat Tarbiyah (10 Peribadi Muslim)

Dalam kita menjalani kehidupan kita sebagai seorang Muslim kita kadang-kadang tak sedar bagaimanakah sifat dan peribadi seorang Muslim itu. Jadi As-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah pun menggariskan 10 Muwassafat Tarbiyah sebagai panduan kepada kita untuk menjadi seorang Muslim yang bukan sekadar pada nama sahaja tapi hati kita, pemikiran kita, pengamalan kita, kata-kata kita, gaya hidup kita dan segala-galanya biarlah berdasarkan asas yang sama iaitu Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.


1) Aqidah yang Sejahtera (Salimul Aqidah)

Kalau kita gambarkan Islam itu sebagai pokok, aqidah itu adalah pada akarnya. Akar yang kukuh menghasilkan pokok yang kukuh kuat dan tak akan tergugat walaupun ditiup angin yang sangat kencang. Maka kalau kita mempunyai kekuatan aqidah yang mantap dan sukar digugat, secara tak langsung meningkatkan keyakinan kita terhadap Allah dan Rasul-Nya.

2) Ibadah yang benar (Shahihul Ibadah)

Ibadah terbahagi kepada dua iaitu ibadah wajib dan ibadah sunat. Ibadah yang wajib itu dah pasti kena buat. Tapi untuk melengkapi apa yang dikatakan dengan shahihul ibadah nie, kita tak sekadar menunaikan yang wajib saja tapi kita mampu beristiqamah dalam melaksanakan ibadah yang sunat itu. Tapi tak laa sampai melampau-lampau dalam beribadah sampai buat perkara yang Nabi sendiri tak buat. Makna kata tahu yang mana satu dikatakan ibadah dan yang mana satu adat & mampu menentukan apa yang bid'ah dan apa yang tidak. Dengan itu, dapatlah kita kecapi shahihul ibadah.

3) Kuat Tubuh Badan (Qawiyyul Jism)

Kekuatan tubuh badan tue sangat penting untuk setiap Muslim. Andai kita tidak mempunyai kekuatan tubuh badan jangankan nak pergi berperang, nak solat pun susah sebab tubuh badan kita tak kuat. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan dicintai Allah daripada mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan."

4) Akhlaq yang mantap (Matinul Khuluq)

Untuk mencapai akhlaq yang mantap tak lain tak bukan kita perlu mencontohi role-model terhebat kita iaitu Rasulullah saw yang mana akhlaq baginda adalah Al-Quran. Jadi menjadi satu keperluan kepada setiap Muslim untuk berusaha menjadi lebih baik dari hari ke hari. Malah akhlaq yang baik itu akan dipandang bukan sahaja oleh orang Islam malah orang bukan Islam dan ini boleh jadi satu dakwah kepada diorang dengan menunjukkan Islam itu sememangnya satu cara hidup yang sempurna.

5) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqaful Fiqr)

Seorang muslim perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna:

"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."
Jadi lesulah kita kalau kita tak mampu nak menguasai ilmu dan isu semasa. Buktinya senang je, tengok saja umat Islam sekarang. Tak payah jauh pun takpe, kita tengok orang Melayu Islam adakah budaya ilmu itu hebat dalam kalangan kita sendiri? Ataupun adakah kita nie menuntut ilmu sekadar terima saja apa yang diberi tanpa menilai apa yang baik dan apa yang tidak. Kita hanya menerima saja ilmu-ilmu yang ada seperti riba' lalu kita praktikkan perkara itu dalam kehidupan kita sedangkan kita  tahu riba' itu haram dalam Islam.

6) Mampu berusaha (Qadiran 'Ala Kasbi)

Seorang muslim walaupun kaya, perlu bekerja. Tak perlu bagi kita nak terlalu mengejar jawatan dalam organisasi atau kerajaan. Adakalanya meletakkan jawatan dan menumpukan tumpuan kita dalam gerak kerja Islam itu lebih utama dari gaji kita. Tapi perlulah setiap pekerjaan itu dilaksanakan dengan keikhlasan dan ihsan. Kerja-kerja itu juga perlu dilaksanakan dengan betul. Dalam soal pemakanan pula, memilih dalam mencari makanan yang betul-betul diyakini halal. Andai statusnya diragui terus tak beli atas dasar nak memelihara diri kita dari makan perkara-perkara yang haram yang akan memberi mudarat yang lebih besar di masa hadapan.

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadatul 'Ala Nafsi)

Seorang muslim perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8) Menjaga Waktu (Haarithun 'Ala Waqtihi)

Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka. Firman Allah swt :

وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)


Maksudnya : Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3)

9) Tersusun dalam urusan (Munazzamul Fi Syu'unihi)

Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10) Berguna/Bermanfaat untuk orang lain (Naafi'un Lighairih)

Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

5 comments:

ansyirah said... [Reply to comment]

assalamualaikum.. lebih kpda nak minta maaf dan mintak bg keizinan.. cos ana da letak link blog nta untuk sorg sahabat ana rujuk pasal 10 muwasafat tarbiah dan badar skolah ana dulu..maaf x bgtau awal2.. btw harap2 perkongsian ilmu tu dipandang oleh Allah sbg ibadah.. :)

al-bagani said... [Reply to comment]

ooo...xpa2
ilmu nih milik Allah..hakcipta bukan milik ana..silalah copy..nk tolong promote lagi dialu-alukan..huhu

mujahidmuda said... [Reply to comment]

ana copy jugak Arif, masuk dlam blog ana~..:)

ieraros said... [Reply to comment]

Alhamdulillah..dpt refresh balik :D
thank u!

Unknown said... [Reply to comment]

Jzkk :)