Jan 14, 2010

Home » , , » Bye2 Sem 2...Welcome Sem 3

Bye2 Sem 2...Welcome Sem 3

At last, sem 2 habis juga (happy c(:). Welcome to Sem 3 a.k.a. Final Sem..hehe (bajet dah Final Year laa nie ek). Dan dalam Sem 3 nie Insya-Allah jadual student foundation akan sama dengan jadual student Undergraduate cuma student foundation akan start final Exam ketika student undergraduate sedang enak ber'study week'. Jadi bermula sem baru ibarat bermulanya tahun baru. Jadi kena letakkan satu semangat baru (Ruhul Jadid) dan tekad yang baru untuk menuju kejayaan (Hayya 'Alal Falahhh!!!!).

Jadi habis exam maka bermula pula kerja-kerja yang perlu dilaksanakan. Bermulalah kerjaku sebagai AJK Sponsor Heart 4 Islam dan kena cari sponsor untuk event nie. Sangat laa tak yakin sebab tak ada pengalaman dalam bidang nie. Tak apa laa, belajar dari pengalaman...ngee.

Jadi balik rumah plannye nak mentelaah buku yang perlu dibaca sebagai pencerna dan ubat hati. Jadi harapnya dapat thabat dengan niat nie. Semoga hati ini terus thabat dengan perjuangan menegakkan kalimah Tauhid di muka bumi Allah ini.

Walaupun dah habis exam, isu kat Malaysia tak habis-habis lagi. Isu penggunaan kalimah Allah pun tak selesai lagi. Isu enjin jet hilang pun tak selesai lagi. Banyak sungguh isu yang melanda Malaysia. Persoalan dalam hati, ini ke ujian yang Allah letakkan pada umat Islam kat Malaysia untuk diuji keimanan kita kepada Allah s.w.t.



Berkenaan isu penggunaan kalimah Allah, saya tak berani ulas sebab saya rasa tidak yakin dengan ceteknya ilmu saya untuk membahaskan persoalan isu ini. Bukan apa, apabila berlaku pertembungan macam ini, ini bukan lagi soal bahasa atau istilah tapi soal akidah. Pun begitu, saya mengambil jalan tengah dan meletakkan wala' pada pendapat pimpinan dan juga para ulama'. Banyak juga persoalan timbul di kepala tapi tak apalah, tak perlu dikongsikan pun.

Cumanya saya suka untuk menegaskan walaupun ramai yang mengulas berkenaan isu ini, saya lebih menerima pendapat yang disandarkan pada hujah yang kukuh yakni berdasarkan Al-Quran dan Hadith dan bukan sekadar retorik akal sahaja dan hanya semberono memberi pendapat tanpa berfikir menurut kepentingan Islam. Takut-takut niat yang baik nak fahamkan orang tentang Islam jadi fitnah pula pada Islam. Jadi saya tidak gemar dan tidak begitu suka tindakan sesetengah blogger yang mungkin larut dengan isu ini dan menggunakan kaedah yang kasar dan rasanya tak patut dikeluarkan statement itu. Kalau boleh biarlah hujah itu atas fakta yang tepat, kalau nak menghurai biarlah kita pandai dalam ilmu tersebut, jangan main hentam saja. Bahaya.



Jadi segala yang baik itu datang dari Allah, segala yang kurang itu datang dari Allah juga tapi disandarkan pada diri saya bagi membezakan antara Pencipta (Khaliq) dan Makhluk.


0 comments: