Nov 22, 2009

Home » , , » Iqra'

Iqra'

Kita dulu masa kecik tak pandai baca, cakap pun ntah ape laa yang kita cakap, kita sendiri pun tak paham. Tapi dalam keadaan masa tue kita nie serba kekurangan, itu tak cukup, nie tak kena, tue tak lepas, tapi kita tak pernah pun putus asa. Bila kita diajar membaca (qara'a) kita tertatih-tatih kerana masih tak mengenal huruf. Lalu ibu bapa kita mengajar kita mengenal ABC dan 123, diajar juga Iqra' untuk mengenal Alif, Ba, Ta hingga Ya. Kita melangkah satu persatu, stage by stage dari Iqra' 1 hingga Iqra' 6 dan apabila lepas kita sudah pandai membaca kalam suci iaitu Al-Quran walaupun pada awalnya tajwid ntah ke mana, tersangkut sana tersangkut sini, tergeliat lidah di situ sini, pun begitu masih juga kita tak putus asa, kita teruskan juga baca sampai lancar, sampai kita dapat khatam al-Quran. Alhamdulillah ramai antara kita berjaya khatam al-Quran.



Sama juga belajar ABC dulu, kita belajar sikit2 sampai laa kita mampu membaca 'Ali buka pintu', 'Abu seorang doktor' dan lain-lain. Adakalanya kita tak mampu menyebut atau tersalah sebut mungkin juga tersalah eja (typo???) tapi kita tak pernah juga putus asa dan cuba untuk improve kemampuan kita. Betapa kuatnya keazaman kita ketika bergelar seorang kanak-kanak. Tapi di mana keazaman dan semangat waja itu sekarang? di mana perginya semangat nak improve diri yang ada pada kita dulu? Seolah-olah semua itu sudah tinggalkan kita, sudah tak ada lagi bersama kita, sudah merajuk dengan kita. Semuanya salah kita, kita juga yang merosakkan pemikiran kita, kita juga laa yang mencemarkan mata kita, mulut kita, tangan kita, telinga kita, kaki kita, hidung kita, lidah kita dan macam2 lagi laa. Semuanya salah kita.




Taip2 nie pun terasa juga. Teringat zaman sekolah dulu, ayah & mak suruh baca buku rajin2 buat ulangkaji pelajaran, belaar sungguh2 tapi tak ikut, malas nak baca, malas nak ulangkaji, semuanya malas. Sampaikan ayah selalu ungkit "Dulu masa kecik2 bukan main rajin baca buku, sekarang da kurang da membaca". Masa tue wat endah tak endah jek nasihat tue. Kononnya jiwa remaja laa kan, kononnya mak bapak tak paham jiwa anak-anak laa kan. Betapa ignorant dan egonya sampai tak nak dengar cakap mak ayah sedangkan benda tue untuk kebaikan diri sendiri. Namun penyakit tue sebenarnya tak juga pulih, tapi menjadi makin parah. Makin lama makin kuat penyakit malas tersebut. Makin kuat juga ego kita, sampai mampu untuk ego dengan Yang Maha Esa. Ego juga untuk menegakkan benang yang basah. Jadi benarlah kita nie dulu ibarat kain putih yang suci dan bersih, tapi cuba kita bayangkan pada diri kita sendiri, bagaimanakah corak pada kain putih ini sekarang, adakah cantik atau buruk coraknya? Memang yang mencorak itu ibu bapa tapi adakah ibu bapa sahaja? Banyak faktor lain yang juga mencorak kita sebenarnya termasuklah diri kita sendiri. Kita yang menentukan siapa kita yang sebenar.

Rindu pula zaman kecik2 dulu. Zaman yang mana ada keazaman yang tinggi, tak pernah putus asa, tak pernah kering dari idea yang boleh laa dikategorikan bijak untuk kanak2 tak mumayyiz, yang bersungguh-sungguh kalau nak sesuatu perkara, macam-macam laa. Hati kita juga masa tue masih belum tercemar dek kotoran2 degil yang clorox pun susah nak buang, inikan pula nak pakai vanish, daia, top, breeze dan lain2. Bak kata Iklan Top tue dy cakap baju leh cuci tapi hati yang suci sukar dicari/diganti. Jadi nak tak kalau kita kenang semula dari sejarah hidup kita dan jadikan segala yang baik tue sebagai tunjuk ajar dan segala yang kurang baik tue sebagai perkara yang tak patut kita ulangi lagi. Nak tak? Pilih laa sendiri ek, untuk diri sendiri juga.


Huhu...rasa macam da banyak merepek laa pulak kan. Tapi takpe kita cuba renung semula bila mak ayah kita ajar membaca dulu. Adakah mudah untuk kita membaca pada awalnya? Susah kan..ke senang je?? Ntah laa kan. Tapi ketika tue kita rasa susah tapi kita tak putus asa sebab kita nak baca. Jadi kita tengok pula macam mana ketika Nabi Muhammad ketika mana baginda menerima wahyu pertama iaitu Surah al-Alaq ayat 1-5. Ayat tue lagi dah suruh kita membaca, baca dengan nama Allah yang menciptakan kita (makhluk). Jadi Islam pun di awal kedatangannya sudah menyuruh umatnya untuk membaca demi meningkatkan ilmu. Jadi macam mana kita nak dapatkan ilmu, tak lain tak buka dengan membaca. Ye kita juga ada kelas yang mana kita belajar dalam kelas, tapi cikgu/lecturer yang mengajar tue juga membaca sebelum mengajar. Kita sendiri pun kalau nak paham kena baca sebelum belajar. Kalau kita nak dapatkan ilmu-ilmu tambahan pun kita kena membaca juga. Jadi apa saja kalau berkaitan dengan ilmu nie memerlukan kita kepada pembacaan.



Jadi mungkin nie laa point yang cuba nak disampaikan kali nie. Supaya kita nie rajin-rajinkan diri untuk membaca. Baca al-Quran, Hadis2 Rasulullah, kitab-kitab islam, buku-buku ilmiah, isu-isu semasa, dan banyak lagi bahan bacaan yang bermanfaat di dunia nie. Baru lah kita mampu nak kembangkan dan luaskan pemikiran kita supaya kita boleh keluar dari kurungan yang mana kalau tak sedar kita sebenarnya masih lagi terkurung. Kita kena lepaskan diri kita dengan banyakkan bacaan, tambah ilmu kita, kongsi ilmu kita dan jadikan ini sebagai satu tabiat kita. Orang yang menaip nie juga tak lah rajin membaca tapi nak tak nak kena berusaha rajinkan juga diri nie. Kalau tak sampai bila-bila kita tak mampu menyaingi musuh-musuh kita yang sedang gelak ketawa membuli kita. Jadi kena rajinkan diri. Jangan asek nak baca kreko, arena komik, umbra, manga, mangga, urtv, gila-gila, ujang, novel cintan, dan lain-lain yang banyak menjurus kepada hiburan semata-mata. Kena juga baca benda yang membuka dan meluaskan dan memenuhkan kotak pemikiran kita supaya kita boleh berfikir out of the box. Jadi bila kita mampu buat macam nie, nie laa juga yang akan menakutkan musuh-musuh kita sebenarnya.



Bila kita mampu mengalahkan mereka dari sudut pemikiran dan strategi. Mereka akan betul-betul takut sebab mereka tahu kalau orang Islam nie bila da betul-betul berjuang kerana Allah s.w.t. Probability mereka nak menang tue amat laa tipis. Jadi sekarang mereka tak takut dengan kita sebab kita buat apa yang diorang nak kita buat. Sebab tue kita mudah terpedaya dengan trick & tipu daya musuh-musuh kita. Jadi sampai bila nak terus macam nie kan. Masa nie laa kita kena berubah, banyakkan membaca, luaskan pemikiran kita tapi ingat betapa banyak sekalipun ilmu kita ingat bahawa ilmu tue Allah yang pinjamkan kepada kita, Kalau Allah tak izinkan kita tetap tak dapat ilmu tue. Jadi jom laa kita membaca..jom bedah buku untuk tingkatkan ilmu kita supaya dengan membaca ini dapat mendekatkan kita kepada Allah s.w.t. Insya Allah. ;)



Sebenarnya banyak lagi nak taip, tapi dah letih laa pulak. Hari nie je seharian keluar. Pagi tadi ke Ipoh amik kakak & adik. Lepas tue balik semula ke Bagan Serai, then pergi ke Lunas, Kedah. Ada kenduri di sana, lepas tue pergi lak ke Lahar Yooi, ziarah nenek di sana. Lepas di Lahar Yooi pergi pula ke Hospital Seberang Jaya ziarah Tok Su di sana, then singgah di rumah Pak Long di Seberang Jaya untuk solat Maghrib. Then baru laa balik semula ke Bagan Serai...huhu. Dari utara pergi ke selatan, lepas tue ke utara, dan ke utara lagi then balik semula ke selatan. Hari nie je macam2 benda dah nampak. Rugi pula tak snap pic2 kalau tak boleh tunjukkan beberapa event yang berlaku ketika dalam perjalanan ke Lunas tadi. Oklah setakat tue saje..Wassalam.

1 comments:

Annas Alias said... [Reply to comment]

em, betul ko ckp arip. mase kecik dulu walaupun aku kuat main, tp kuat gak belajar. skang asek main jer, blaja dh kurg. haish, nyesal gak la. bagus r post nih, mengingatkan balik yg kita ni pnah jd seorg yg rajin, huhu.

hurm, aku stuju sgt2 psl perlunya membaca tuh. tp masalah aku bila online ni ialah aku xtau site2 yg bermanfaat + berpekdah uutk dibukak. bley suggest x laman web yg ko rase bermanfaat+berilmiah+xbuang mase? tq x40 very much.