Mar 23, 2009

Home » , , , , » Remaja Dan Masjid

Remaja Dan Masjid

Hari nie tergerak hati aku nak tulih pasal tajuk kat atas tue. Terima kasih pada sahabat aku Solehhuddin (1K/2K/3K/4K/4AV10/5AV10/PMR06/SPM08/11A1/SMKASAS/KISAS) sebab bagi Ilham kat aku pasal benda nih. Kebetulan dia SMS aku tengah hari tadi lepas aku balik dari Masjid untuk selesaikan tugas aku pasang LCD kat masjid untuk program Kursus Haji (Minggu ke-3). Alhamdulillah tue jadi sumber pendapatan mingguan aku (sekali tolong dapat rm20). Harapnya aku mampu Ikhlaskan diri dengan tugas tue & bukan buat kerja sebab nak dapat duit. Berbalik pada cerita Soleh SMS aku tadi. Kebetulan dia balik kampung di Matang Gerdu, Bagan Serai, Perak. Katanya dia singgah Subuh di Masjid Jame' Bagan Serai tadi. tapi tak nampak aku sekali berjemaah kat Masjid. Huhuhu...kantoi, hari nih aku bangun lambat so tak sempat laa nak berjemaah di masjid. Pastu Soleh pun cakap gak dia nampak dalam masjid tue ramai pakcik2 yang pakai serban, kira biah nampak baik laa. Pastu dia cakap gak kat aku nampak pakcik2 je laa myb remaja2 mash lagi enak dibuai mimpi macam aku laa kan..hahaha..

Masa tue makin membara hasrat aku nak jalankan satu usaha yang dah lama duk main dalam kepala otak aku nih. Pernah gak aku bicara sama Abah aku, aku usulkan kalau ada nak buat program2 untuk remaja sebagai salah satu program tahunan masjid kalau tak keberatan. Aku sanggup ditaklifkan sebagai Co-ordinator. Insya Allah aku akan himpunkan geng2 remaja yang still sayangkan Islam & tubuhkan satu sayap dakwah Islamiah di qaryah Bagan Serai. Tapi hasrat tue makin membuak sampai aku rasakan aku nak menubuhkan satu kelab iaitu Kelab Remaja Masjid di kawasan aku untuk mengajak geng2 remaja mengimarahkan masjid. Aku tak rasa benda tue mustahil nak buat sebab bukan aku sorang je pelajar sekolah agama kat area tue. Ramai lagi, cumanya komitmen yang sangat tinggi diperlukan untuk melaksanakan benda nih.

So aku tak sabar nak tunggu Abah aku yang sedang berkursus balik dari Kedah & nak usulkan benda nih. Mungkin masa cam tak kena je. Kan bagus kalau da dilaksanakan sejak awal2 cuti SPM lagi. Nak buat macam mana, hati masih belum tergerak ketika itu. Cuma blueprint yang bermain di kepala otak aku masa tue tanpa ada sebarang perlaksanaan (nie laa ciri2 cakap lebat..cakap banyak tp satu haram x buat so jgn dicontohi). Kalau berjaya mungkin usaha nie akan membuahkan hasil sikit demi sikit. Aku tak boleh buat nih sorang2, aku tau aku tak mampu tapi aku ada kawan2. Diorang laa penguat & pembantu dalam perlaksanaan nih. Ayah aku yang memang antara orang kuat Masjid Insya Allah dapat bantu cumanya dari segi pihak AJK Masjid saje laa... Antara diorang akan luluskan atau tak bagi. Kalo tak bagi terpaksa laa aku cari satu alternatif lain nak buat perlaksanaan nih. Mintak bantuan Pemuda PAS mungkin. Huhu..apa2 pun mesti ada caranya nanti lepas aku usulkan pada Abah nanti. Harapnya yang nie bukan sekadar angan2 mat jenin aku yang seterusnya. Doakan agar aku berjaya melaksanakannya, kepada semua sahabat2 yang mengenali harap bantu aku dalam usaha nie secara langsung atau tidak langsung sebab aku tak mampu nak buat sorang2.

Insya Allah Boleh


Sahabatku Soleh (kanan) yg telah memberi Ilham padaku
Syukran ya Zamiili

3 comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

baguz2.
idea yang baek lahh.
selamat ya!
insyaAllah.

mhmdzlzm said... [Reply to comment]

bagus..
selamat bjaye!

cik sabon said... [Reply to comment]

baru tergerak ati nak bace post yg ni..

hehe..

bagus!usaha yg murni=tulus=suci

moga dipermudahkan!