Mar 31, 2009

Home » , » Kegentaran BN terhadap Dato' Seri Nizar

Kegentaran BN terhadap Dato' Seri Nizar



Peristiwa yang disifatkan BN sebagai rampas majlis di Masjid dan tuduhan mereka dengan mengatakan Dato' Seri Nizar menggunakan taktik kotor dengan menggunakan masjid sebagai medan politik PAS itu telah menampakkan kegentaran mereka terhadap aura yang muncul pada DSMN sendiri. Apalah sangat sekadar mengimamkan solat Maghrib dan dijemput memberi tazkirah oleh Imam Masjid Simpang. Hanyalah sekadar tazkirah. Itupun sudah disalah anggap orang2 UMNO yang ada dalam masjid itu. Apa keras sangatkah hati tue sampai tak nak dengar tazkirah. Rasanya DSMN sendri pun paham dengan ramainya orang BN dalam masjid tue kalo nak sampaikan ceramah politik itu cari nahas namanya.



Lawak bila membaca blog DSMN apabila beliau disapa Dato' Zambry (MB BN Perak) dengan kemarahan di hati Dato' Zambry dengan mengatakan dia pun boleh keluar ayat al-Quran & dia pun boleh bagi tafsir. Agak lawak bila membayangkan keadaan yang berlaku ketika itu. Andai tak mahu memolitikkan masjid, kenapa pulak majlis bacaan Yaasin dan Solat hajat itu dipanggil Program BN. Kalau marah orang memolitikkan masjid, Program BN buat laa di tempat lain. Sepatutnya dengar aje laa tazkirah itu dengan hati terbuka. Masjid kan sebagai pusat penyebaran ilmu, tempat penyatuan umat Islam. Jadi kenapa nampak seolah-olah BN menunjukkan perpecahan orang Islam dalam Masjid? Sungguh menghairankan.

Mungkin ada aura yang sangat kuat di sekeliling DSMN yang membuatkan orang BN nie begitu gentar padanya. Bukan aku menulis nie dengan mengatakan PAS konfem menang dalam PRK nanti. Dalam politik nih macam2 boleh berlaku. Tapi sifat yang ditunjuk orang UMNO itu sudah menampakkan betapa kalau mereka menang nanti, mungkin penyokong2 Pakatan Rakyat di sana akan dipinggirkan totally sampaikan tak dibenarkan menjadi Imam atau menyampaikan Kuliah Mingguan atau Bulanan di masjid2. Mungkin itu yang bakal berlaku. Ataupun mungkin kerana Visi yang jelas yang ada pada DSMN membuatkan mereka sangat gentar padanya. Tak tahu laa sebab apa. Fikir-fikir laa sendiri kan.

Mungkin ini laa kot yang buat aku dah agak kurang amik port pasal politik nih. Sebab nampak banyak sangat gelagat kelakar seperti kanak-kanak kecil yang telah ditayangkan. Semua tue membuatkan aku naik meluat dengan benda2 nih. Seolah-olah tak ada kematangan dalam diri mereka. BN kata Melayu kena bersatu tapi diorang sendiri pun tak menunjukkan yang diorang nak bersatu. Tuan Guru Haji Hadi dengan cadangan Intelegennya nak membentuk Kerajaan Perpaduan ditolak. DSMN jadi Imam & nak bagi tazkirah di masjid pun da melatah tak tentu pasal. Nampak sangat ketidakmatangan mereka itu. Budak2 pun leh gelak rasanya....huhu

Sekadar Renungan sahaja...maaf kalau menyentuh sensitiviti mana2 pihak..



nie petikan aku petik dari blog Kerabubersuara

1. DS Nizar memang dijadualkan hadir solat Maghrib dan menyampaikan tazkirah.
2. Tiga pemimpin UMNO tersebut lebih dulu sampai ke masjid.
3. DS Nizar tiba ketika azan sedang berkumandang.
4. Selesai azan, imam masjid menjemput DS Nizar mengimamkan solat.
5. DS Nizar mengimamkan solat dan tiga pemimpin UMNO berada dalam saf pertama.
6. Selepas selesai solat, imam menjemput DS Nizar untuk menyampaikan tazkirah.
7. Seorang yang bersongkok hitam tinggi membantah dan menghalang DS Nizar.
8. DS Nizar membatalkan tazkirahnya sebelum sempat bermula.
9. Majlis bacaan Yaasin dimulakan.
10. DS Nizar dan 3 pemimpin UMNO tersebut turut serta.
11. Selepas selesai majlis, DS Nizar bersalam dengan 3 pemimpin UMNO itu.
12. Ketika itu Dr. Zambry Kadir meluahkan rasa marahnya kepada DS Nizar.
13. DS Nizar tidak membalas kemarahan Dr. Zambry.
14. Jemaah yang hadir tersenyum dan ada yang menggeleng-gelengkan kepala.
15. DS Nizar meninggalkan masjid untuk menghadiri majlis lain.

5 comments:

serunaiklang_91 said... [Reply to comment]

tak ske politik!!!!!!


hehe....

Annas Alias said... [Reply to comment]

politik skang sgt predictable, dh x mnarik. huhu

Alia Ramley said... [Reply to comment]

whatever it it..

DSMN mmg kurang kesedaran bile msh lagi berlagak sbg MB w/p die bkn..

no offense kay..

-li.zue- said... [Reply to comment]

maaflah sesangat...

cuma kurasakan..
org2 yg bergiat dlm politik nie sebaiknya kurangkan "aktiviti" saling memburuk2kan org lain..
teruskan perjuangan dan perbaiki kelemahan~

cik sabon said... [Reply to comment]

adeh..aku x paham la..

biarjela DS Nizar tu bagi tazkirah..watpela nak halang..
rase tergugat??
adoi2..