Ok laa..hari nih aku nak ajak korang semua balik mengenang Sejarah April Fool nih...ini adalah sambutan meraikan peristiwa hitam yang berlaku ke atas orang Islam di Granada, Sepanyol suatu ketika dahulu. Aku boleh kalo nak cite panjang lebor..tapi risau akan jadi lbey banyak gebang dari cerita..huhu...so aku letakkan satu petikan nih yang menceritakan tentang sejarah April Fool..aku rasa memang ramai yang da baca & da tau pun pasal benda nih..tapi apa salahnya kita merenung balik Sejarah hitam nih agar kita jadikan iktibar dan pengajaran supaya peristiwa tue tak berulang lagi sebab kata2 Sejarawan, "Siapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulangi semula sejarah itu". Jadi sama2 kita ambil iktibar dari kisah April Fool yang sungguh menyayat hati nih...
Asal Usul Sambutan April Fool :
Fool’s Day atau April Fool mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang telah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol. Ia telah jatuh ke tangan tentera-tentera Kristian. Akibatnya penduduk-penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan di mereka. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha menghapuskan semua orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk Islam ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Di kalangan mereka ini ada yang mempercayai dan tidak kurang pula ada yang risau sekiranya tawaran tersebut hanya merupakan satu penipuan semata-mata. Maka mereka yang mempercayainya tanpa berlengah-lengah telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokkan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk-penduduk Islam ini. Mereka tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar manakala orang-orang Islam yang berada di sekitarnya telah dibunuh kesemuanya tidak kira lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudian diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan pada setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol, tetapi juga di serata dunia di mana ia juga banyak diabadikan dalam bentuk perayaan-perayaan yang lain secara tidak langsung. Yang menyedihkan, hari ini orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa itu turut meraikan April Fool tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara mereka sendiri.
7 comments:
org kafir dari mula hngga akhir mmg akan memusuhi org Islam...
aku pn tertanya2, watpe la ade april fools ni..agaknye org yg cipta fenomena ni mmg fools la kot.HUH!
salam..
dah lame aku carik sejarah april fool ni..
thanx 4 sharing..
huhu..
gitu ke sejarahnye..gile teruk=kejam..
tipu camtu sekali..
then orang ramai smbut april fool ni..
adeh..
ape la nak jadik..
hish..
menipu itu satu dosa!
apela yg org islam berlumbe2 nk wat dose nih..
thnx arip..
ko mengingatkan aku .
(da lupa..lama xdgr)
aku xsmbut tau!
ms.langitilahi.com/april-fool-muhasabah-dan-peringatan/
http://www.themodernreligion.com/misc/hoax/april-fool.html
http://www.answering-islam.org/Hoaxes/aprilfool.html
weh rep, coba ko tgok jap link nih.. cambest je... huhu
~ yg torkosima ??~
salam...
thank u so much for ur post on April Fool. i didnt know that the day was meant for that celebration. been fooling people around every year!!!! God!! thanks again!
ana dh agak dh.. ni hg msti nk citer psl sej aprilfool nih..
anyway thanks 4 sharing, sgt bermanfaat.....
Post a Comment