Feb 10, 2009

Home » , » Tenangnya Sang Penderhaka...Benarkah Derhaka??

Tenangnya Sang Penderhaka...Benarkah Derhaka??


figure dakwah yang hebat

petikan dari Harakah Daily(klik utk artikel penuh)

"Inna-Allah ha ma'a sobirin," titah Sultan Perak kepada Nizar Jamaluddin yang bermaksud:'Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar'

4 Februari, Rabu

Tiada ungkapan terbaik melainkan kekaguman dan tersentuh jiwa tatkala melihat Nizar Jamaluddin yang begitu tenang dengan kalimah yang tersusun biarpun di kala menghadapi saat-saat penuh getir tika kerajaan BN dan Umno cuba merampas kembali Perak dengan cara tidak berakhlak.

Hari di mana seorang Adun DAP mengisyhtiharkan bebas, Adun Bota kembali ke Umno dan dua Adun KeADILan juga menjadi berpaling tadah manakala Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak dengan lagak angkuh mengisyhtiharkan Perak dikuasai BN tanpa mendapat perkenan terlebih dahulu daripada Paduka Seri Sultan Perak, Raja Azlan Shah.

Dalam kegawatan itu, Nizar bertemu pemerintah adil, Raja Azlan untuk memaklumkan situasi yang dicipta oleh Umno ke atas kerajaan Perak dan selepas itu Menteri Besar itu dengan senyuman dan raut wajah yang tenang, menyatakan bahawa Tuanku Raja Azlan Shah memetik baris ayat yang cukup indah kepadanya.

"Inna-Allah ha ma'a sobirin" titah baginda kepada Nizar yang bermaksud:'Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar'.

"Rakyat bertenang dan jangan bimbang, saya masih lagi Menteri Besar Perak dan menjalankan urusan harian dan pentadbiran negeri seperti biasa.Bahkan saya akan menghadiri majlis-majlis rasmi sambutan Jublki Perak Pemerintahan Tuanku selama 25 tahun," ujar Nizar kepada saya dan para wartawan yang menghimpitnya sejurus selepas selesai mesyuarat PAS di Pejabat Perhubungan PAS Perak jam 7.40 malam.

"Insya-Allah. Keputusan kini di tangan Tuanku dan saya percaya keputusan Tuanku adalah yang adil," demikian ucapan 'penutup' beliau selepas seharian melalui hari penuh mencabar dan genting.Sebelum itu, ketika saya menunggu di pintu pejabat, Nizar walaupun di susuknya terpancar keletihan sempat menyapa saya yang terpingga-pinga menanti kehadirannya.

"Hah... masih di sini lagi?" tanya beliau tersenyum dan menyua tangan untuk bersalaman dengan saya yang agak gamam.Ya, kali terakhir bertemu beliau di kediaman rasmi Menteri Besar tahun lalu bagi mendapat gambaran kehidupan peribadi bersama keluarganya tercinta yang dirakamkan dalam artikel Harakah bertajuk:'Siapa Sangka Nizar jadi MB...'

Dulu, kini tidak berubah. Masih dengan suara lantang, kemas ayat dan tersusun bicaranya. Yang paling menyebakkan dada, ialah ketenangannya sebagai seorang pemimpin biarpun dilanda 'badai' menghempas dan 'api' marak mencabar.


Beginilah tenangnya Dato' Ir. Nizar menghadapi cabaran utk mempertahankan Perak dari dirampas lanun BN yang begitu rakus meraih kerusi dengan taktik lompat parti yang pada asalnya diuar-uarkan DSAI yg merupakan pengerusi PR tapi tak disangka taktik mereka ini lebih kejam dari yang disangka...

Inilah contoh figure dakwah yang patut disegani...inilah "si ma hum fi wujuhihim min asari sujud"...figure yang wajar dijadikan role-model dalam perjuangan tak kira di kampus atau di sekolah...sbg persediaan menjadi pemimpin masa hadapan...

tertarik dengan analisis Red Cliff 2 oleh Ustaz @ Abang Syaari...analisis yang begitu menarik sekali untuk diqiyaskan dengan apa yang berlaku di Perak...begitu juga hipotesis 10 sen yang jelas begitu pedas bunyinya...tahniah atas analisis itu..

hmmm..hati ini tak pernah berhenti mengenang keadaan di Perak...teringat pula kata sahabatku semalam...Perak mencatat sejarah dunia...belum ada negeri yang ada dua MB..huhuhu...memang pun..mana mungkin ada dua ketua pada satu masa...pasti akan terjadi perbalahan...

tak lama lagi akan ada pilihan raya kecil di Bukit Gantang...PAS mesti menang...utk buktikan Rakyat menolak BN...tapi alangkah bagusnya kalau satu negeri Perak diadakan pilihan raya semula...Ini kehendak rakyat....ini suara rakyat...katanya kita hidup dalam demokrasi...tapi kenapa suara rakyat dianggap picisan bagaikan semut yang kecil yang boleh dipijak-pijak sahaja...di mana orang yang ad authority utk menegakkan keadilan ketika ini..

0 comments: