10. Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya?
11. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).
12. (dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke Dalam taman-taman Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal Yang baik Dalam syurga " Adn ". itulah kemenangan Yang besar.
13. dan ada lagi limpah kurnia Yang kamu sukai, Iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan Yang cepat (Masa berlakunya). dan sampaikanlah berita Yang mengembirakan itu kepada orang-orang Yang beriman.
Dari Maksud Firman Allah tue dapat disimpulkan bahawa Allah memberi ganjaran yang besar kepada orang yang berjihad di jalan Allah:-
Pergi kepada Pengertian Jihad
Jihad nie ad 2.....Jihad Am (Umumi) & Jihad Khas (Khususi)
Jihad Am
Berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai perkara2 yang disukai Allah yang berkisar mengenai keimanan, amal yg soleh, serta menolak perkara yang dibenci Allah (paham2 laa kot)...
Juga membawa maksud jihad melawan nafsu & syaitan serta kefasikan iaitu Amar Makruf Nahi Mungkar.
Jihad Khas
Berusaha & keluarkan daya upaya dalam memerangi orang-orang Kafir untuk menegakkan agama Allah sama ada secara langsung atau melalui pertolongan & sumbangan berupa pandangan yang bernas, harta benda atau meramaikan ahli kumpulan Islam yang menentang puak-puak kafir atau puak yang menyokong kekafiran dengan memberi sokongan kepada kumpulan Islam.
Jihad Am Tidak Menggugurkan Jihad Khas
Hukum Haram tinggalkan jihad yang khas dengan alasan telah melaksanakan jihad am. Banyak umat Islam sekarang mempunyai sifat ini...mereka melaksanakn jihad am tapi berlepas tangan dalam jihad khas...hukum wajib jihad khas itu tidak akan gugur selagi puak kafir tidak berjaya dilemahkan...orang2 kafir yang perlu dilemahkan itu termasuklah orang musyrik, munafiq, mulhid(atheis), zindiq & stp orang yang murtad.
Ada 2 bentuk kewajiban Jihad Khas
- Fardhu Kifayah - sbg contoh, orang kafir itu berada di negara mereka sendiri maka hukumnya fardhu kifayah. Tapi bila telah dilaksanakan oleh sesiapa yang ada pada diri mereka kemampuan untuk berjihad maka gugurlah tuntutan Fardhu Kifayah kepada baki orang2 Islam dan ia menjadi Fardhu Ain.
- Fardhu Ain - sbg contoh, orang kafir memasuki negara umat Islam . Maka wajib keatas setiap rakyat @ masyarakat untuk mempertahankan Islam & menolak kebatilan dengan apa jua cara yang diizinkan Allah & mengikut kemampuan termasuklah berperang
Kita dapat melihat PAS sebagai sebuah Jamaah yang telah berjuang dalam Jihad Khas iaitu menggunakan Siasah sebagai wadah menegakkan Islam dan membuang dasar Sekularisme..
Pada Jamaah yang lain seperti JIM, ISMA, Haluan, dll lebih cenderung kepada Jihad Am...malah lebih menyedihkan terdapat segelintir yang hanya membuat jihad am tanpa berjuang melalui jihad khas ataupun menolong usaha jihad khas...
p/s :- Kafir yang dimaksudkan adalah dari golongan Kafir Harbi.....
Ini satu lagi topik perbincangan yang aku rasa relevan untuk dibincangkan....
jadi, aku harap ntum sume leh rr share pendapat masing2 berdasarkan topik ini....
boleh mengemukakan pandangan, kritikan serta cadangan masing2 dengan meletakkannya
dlm komen post nih....Jadi, share laa pndpt ntum sume....
Syukran Jazilan...
14 comments:
mungkin sbb skang otak aku pnuh ngn politik...
jd naluriku berkata
"umeno la..jihad am pon xbrape nk laksana"
eh..betul ke..
jgn taruk saya dlm ISA
xmo makan dog food
walaupun begitu, diriku masih tidak terbayangkan apa yg bakal dilakukan oleh PKR-PAS jka mereka berjaya mentadbir kerajaan...
krn perlembagaan tidak boleh ditukar sesuka hati...
Malaysia mempunyai pelbagai kaum, setiap kaum ade kepentingan masing2...
Sebenarnye , no comment! Maaf!
hm..tp kte skang ni pn tgolong dlm jihad am gak kn??
ak xbrp arif sgt la ble bncg bab2 plitik ni...(xrti bkta2@ssun ayt)..
ap ak nk kmen ek??
tugs kte skang,jhad scr tntut ilmu spy stnding dgn dyorg@lbih lg spy dpt lmahkn dyorg...
tp cmne nk wat klu umat islm xbstu n ske sgt bhibur (especially rkyt msia)..btol x??
jz pndpt dr ak yg xpndi sgt bhujah.. (",)
~hidup PAS!~
hahaha....ilek rrr..
jgn gado2...huhuhuhu
jihad am nih cam yg ak da tulih laa..
mujahadah lwn nafsu & syaitan....
jihad khas lak brusaha perangi...
Kafir Harbi & org yg bwk idealisme
dyorang...
klu cm kita jihad am....
tp jihad 2 klu nk jdkn dy jihad khas..
apabila kta jihad dgn mmbntu jamaah yg bwk jihad khas...
hm..nnt lpas kite da 'dewase' skit..lpas kuar rsult n g u nanti..
pandai2 plih jemaah..join je PAS..
huhu..
leh wat due2 jihad...am dan khas..tak gtu?
hahaha....
klu join PAS sekadar jd ahli je...
tanpa ada sumbangan...
jihad khas ke 2...huhu
alhamdulilah
jumpa rakan seperjuangan.
sama2 cinta tarbiah.
bagus akhi,teruskan usaha anda.
bagi juga teguran untuk ana.
http://addinlove.blogspot.com/
nk komen ap ea..
klu bab2 jihad..
rasulullah prnh bersabda pd para shbt lps pprngn(xengt prg ap-badar ke?)..jihad terbesar adlh jihad mlwn nafsu..
tp klu jihad am n jihad khas nih plak..
rsny kene mantopkan dolu jihad am kte brulah jihad khas tuh terlaksan dgn jayany..
klu jihad yg am tuh pom still kantoi..ssh la nk lksnkan jihad khas dgn lebeyh berkesan..
xgituh??
hny pndngn ea..
truskan berjihad..allah maha tahu stiap prkr yg kita ushkan..
hahaha....
mcm2 pndapat ad...
kene ingat....klu kt m'sia nih..
hukum jihad khas 2...
fardhu ain....
wajib atas stp mukallaf utk buat...
so sume ad kewajipan jihad khas....
sekecil-kecil prkara dgn mnyokong..
perjuangan jihad khas...
Salamalaik.
Ana xtau apa yg nk dikomen dsb, cuma ana nk btau di sini ana sdg adakan program utk didik dan bimbing adik2 thp 1 (sek ren) sekitar kwsn ana. Dlm bab pljrn, adab, akhlaq, Iman, dan apa2 shj yg diperlukan utk jadi insan hebat.
Sbb mrk ni
Da Cream of Da Cream, maka dr ctu kita harus bentuk mrk spy xjd mcm rmaja2 yg 'pelik' skrg n mrk xsebarkan budaya -ve pd adik2 akan dtg, malah cuma yg baik je.
jd, ni jihad yg mana?
membentuk generasi akan datang?
Oh, btw, sape yg nk turut serta blh btau ana ye mlalui emel ana
floo_door@yahoo.co.uk
stp sabtu, jam 8-10.30 pg.
hahaha....
2 laa jihad khas...
kta sedang berusaha mengkaderkan
pejuang Islam sejak mereka msh kecil
same laa ngn kta mnmbhkn org yg akan
menyertai Gerakan Islam...
salam....
sblm ana bg ape2 pndpt,ana nk ingatkn,setiap kater2 boleh ditolak,kecuali kate2 dr Rasulullah..
jd,maafkn diri yg lemah ini,andai pndpt ana x memuaskn hati mane2 pihak...
ana rase,jihad am n jihad khas nie,due2 same pntingnye..tp.ianya x same...
cube kiter berfikir sejenak,sbnrnye,jihad khas dh jd satu kewaipn/dh jatuh hukum fadhu ain bg kiter..mcm usrah la...ana rase sume dh tahu dalil nye,kn..'ma la yatimmul wajib,illa bihi fahua,wajib'...
jihad am pulak diperlukn dlm kiter melaksanakn jihad khas..jd,ia saling bantu membantu....saling diperlukn...agar jihad khas 2,btol2 jd jihad khas.....
kalau dalm ekonomi asas 2,cm barang penggenap,bukn barang pengganti...
kalo nk tunggu jihad am kiter btol2 mantop...sampe biler2 pn jihad khas kiter x kn tertunai...
k...
2 je kot pndpt ana...asif jiddan...
haaa....
nie rr yg nk dgr...
huhuhu....
jihad am & jihad khas 2 x sama
tp dua2 pntg sbg pelengkap 1 sama len
Salam.
Ana xtau nak komen apa coz tuan blog ni dah ulas cukup jelas dah..sapa yang xfaham lagi tu, ada something wrong la kat die..
Semua ni berlandaskan hukum ynag jelas. Ini yang ana maksudkan dalam post di artikel Taadud Jemaah sebelum ni.
Berbilanglah walau berapa banyak jemaah sekali pun, cuma pastikan jemaah yang diwujudkan ini mendokong kedua-dua jihad. Nak guna proksi ngo atau politik ke terpulang. Yang paling penting, usahakan ke dua-dua jenis jihad ni
Jihad khas di Malaysia ni, kita tidak lagi memerangi orang kafir kerana tiada lagi orang kafir yang memerintah negara kita dan menjalankan dasar menetang ISlam. Namun kini, negara kita di perintah oleh orang Islam yang mempertahankan perlembgaan kafir. Ini yang perlu ditentang.
Kita perlu ingat, perlembagaan adalah rujukan tertinggi semua negara. Segala dasar dan tindakan pemerintah adalah berdasarkan perlembagaan. Maka, jika perlembgaan itu sekular dan diolah sendiri oleh kafir Lord Reid, tidak hairanlah kita kenapa wujud semua kefasikan, kemaksiatan dan kemungkaran di negara kita malah semua keburukan ini seolah-olah bertahan dan tidak boleh dihapuskan. Jawapannya mudah, ini kerana perlembagaan menghalalkannya dan di sisi perlembagaan, maksiat ini tidak salah.
Sebagai contoh : Isu murtad. Tahukah semua perlembagaan kita membenarkan murtad? Rujuk artikel 11 yang mengatakan setiap orang berumur 18 tahun ke atas bebas menganut agama pilihan mereka.
Ini membawa maksud, umat Islam yang atas 18 tahun bebas untuk murtad dan ini dijamin dalam perlembagaan! Ini yang berlaku dalam kes Lina Joy. Walaupun mahkamah syariah memutuskan dia tidak boleh murtad, namun secara realitinya dia tetap sudah murtad dan sudah melakukan aktiviti kehidupan sebagai seorang Kristian. Mahkamah syariah tidajk berhak menghalang dia kerana terikat dan melangggar batasan peruntukan artikel 11 yang membenarkan orang berumur 18 tahun ke atas menganut apa jua agama pilihannya.
Nampak x bahaya perlembagaan sekular dan bahaya puak yang mempertahankannya? Ini yang dikatakan wajib setiap umat Islam di Malaysia untuk menjatuhkan kerajaan yang mempertahankan perlembagaan kafir ini kerana perlembagaan ini menafikan hak Allah. INI BUKAN CAKAP POLITIK, INI SOAL MENEGAKKAN AGAMA ALLAH DALAM PERLEMBAGAAN KITA!!!
Kerajaan kita tidak pernah berubah dan tidak pernah usaha ke arah perlaksanaan Islam yang syumul malah mengubah hukum Allah. Kita boleh nilai ini dengan melihat pada isu yang kecil hinggalah kepada isu besar. Dari isu hiburan hinggalah isu menjalankan hudud, kerajaan kita berdolak dalih dan tidak pernah usaha ke arah menjalankan pentadbiran negara ke arah yang diredhai Allah.
Setakat menjalankan kutipan zakat tetapi menolak hukum Allah, kita tidak boleh kompromi dengan mereka. Jadi, masih xjelas lagi? Masih dok nak menyokong dasar kerajaan yang menentang Allah? Nak sokong tindakan zalim kepada Allah ni? XKAN TU PUN XJELAS LAGI!
Nak tentang pula, kene berlandaskan cara yang betul dan berkesan. Islam menyarankan kita menentang kekafiran (dasar yang sekular) dengan cara yang sama mereka peroleh kuasa. Maka kerajaan kita mendapat kuasa melalui undi dan politik, maka kita juga perlu usahakan melalui undi dan politik dalam keadaan tidak melupakan juga menjalankan dakwah dengan jalan lain. Kita usaha semua jalan dakwah, tapi jangan tinggalkan jihad siasah ni kerana cara ni menjadi sistem di Malaysia untuk kita mengubah kerajaan dan menubah perlembagaan.
Maka buatlah jemaah banyak mana pun, tapi jangan nafikan jihad siasah! Buatlah guna saluran mana pun, tapi jangan tinggalkan untuk mengundi pihak yang membawa Islam dalam pilihan raya.
Semoga kekafiran dalam kerajaan kita dapat dijatuhkan dan kita tegakkan Islam dalam perlembgaan dalam keadaan tidak menghentikan juga dakwah pada seluruh masyarakat dengan jalan dan pendekatan lain.
Sekian
Post a Comment