Jan 1, 2009

Home » » Tiada Shortcut Dalam Kehidupan

Tiada Shortcut Dalam Kehidupan



Ada orang kata hidup ini ibarat roda yang akan terus berputar hingga roda itu rosak. Ada pula kata hidup ini ibarat lakonan, manusia sebagai pelakon, al-Quran sebagai skrip, Rasulullah sebagai Pengajar dan Allah sebagai Pengarah yang mengatur segala-galanya. Namun setiap itu tiada jalan pintas baginya kerana ia memerlukan usaha yang jitu supaya dapat membentuk hasil yang terbaik sebagaimana seorang pelakon yang popular. Dia bermula sebagai orang biasa yang tak dikenali dan berlakon menjadi watak tambahan, atas usahanya dia menjadi watak sampingan. Seterusnya dia terus berusaha dan ditawarkan menjadi watak antagonis dan akhirnya kerana usahanya dia Berjaya merebut watak utama dan akhirnya Berjaya dinobatkan sebagai pelakon yang paling hebat di dunia. Begitulah peringkat hidup manusia. Jadi dalam hidup ini tiada shortcutnya.



Bak kata Norish Karman, pelakon cerita Spa Q dalam rancangan Ally di TV3 semalam apabila ditanya adakah dia lebih prefer kawin dengan orang kaya agar mudah untuk shopping., dia sebut kat situ “if we married someone rich as a shortcut for us to live in comfortable life, then it will be short lah”. Jadi betul la apa yang dikata itu. Sesuatu yang diselesaikan dengan mengambil jalan pintas, ia tak akan kekal lama. Samalah kita ingin membuat jalan raya. Kita nak cepat jadi kita campurkan bahan yang ada dengan pasir maka jalan akan terbentuk tapi jalan itu tak akan bertahan lama kerana ia akan akhirnya pecah apabila sering dilalui kenderaan terutama kenderaan berat seperti lori dan bas. Tapi, sekiranya kita menggunakan bahan yang sepatutnya digunakan dengan sukatan yang diperlukan untuk pengukuhan jalan, maka jalan tersebut akan bertahan lama walaupun proses untuk mencampur adukkan bahan akan mengambil masa yang agak panjang. Jadi itulah proses kehidupan.

.

Kita patut sedar bagaimana Nabi Muhammad berjaya membentuk Fardi Muslim dan seterusnya baginda berjaya mmbentuk Baitul Muslim, dan seterusnya Jam’ul Muslim dan seterusnya lagi baginda berjaya membentuk Daulah Islamiah di Madinah dan hasilnya Khilafah Islamiah berjaya dibentuk. Nabi tak pernah mengambil jalan pinta untuk mencapai kejayaan. Nabi tidak pernah berdoa kepada Allah agar dimusnahkan penduduk Taif yang melemparnya dengan batu untuk mengurangkan kadar manusia yang menentang baginda. Tapi Nabi sentiasa menunjukkan contoh tauladan terbaik kepada manusia supaya kita mengikut cara yang diamalkan baginda. Dengan cara inilah Islam dapat berkembng pesat. Namun kita tak mampu menjadi seperti Rasulullah. Mengapa??? Rasulullah berjaya membentuk Daulah Islamiah selepas 23 tahun berdakwah tapi kita setelah 85 tahun kejatuhan sistem Khilafah, kita masih belum berjaya membentuk Khilafah Islamiah. Yang kita mampu bentuk sekarang adalah lebih ramai penagih, mat rempit, pondan, pengkid, penzina, perasuah, penggelap wang, penghabis duit rakyat, orang yang sukan menyeleweng, pengkhianat dsb. Memang diakui selepas kejatuhan Khilafah maih ramai tokoh yang dilahirkan tapi lihatlah dunia kini yang pesat membangun tanpa seiringan dengan akhlak manusia. Pembangunan sekarang telah menghancurkan akhlak manusia. Sedikit demi sedikit kita sudah mula mengikut jejak langkah kaum jahiliah dan perbuatan kaum2 sebelum kita. Inilah yang dikatakan sebagai tanda akhir zaman.

Jadi sahabat dan sahabiahku sekalian, bangunlah kamu semua dari tidurmu dan bersama kita berjihad untuk menuju kejayaan kerana Allah telah berjanji Islam pasti akan bangkit menuju kegemilangannya semula….

TAKBIR!!!!!

0 comments: