Jan 1, 2009

Home » » 1429H - 1430H / 2008M - 2009M

1429H - 1430H / 2008M - 2009M



Tahun Hijrah dan Masihi masing-masing melabuhkan tirainya dan digantikan dengan tirai yang baru yang masih putih dan bersih. Tirai yang sudah berlabuh itu sudah diwarnai dengan pelbagai corak berdasarkan segala peristiwa pahit manis yang telah berlaku dalam kehidupan kita ini. Namun harus diingatkan juga, masa yang berlalu ini juga menandakan masa kita semakin singkat untuk segala-galanya. Yang pasti, saat kematian sudah semakin berkunjung tiba. Hari Pembalasan yang ntah bila akan berlaku sedang menghitung hari untuk menjelma. Bagi yang ingin mengambil peperiksaan pula hanya tinggal beberapa hari sahaja peperiksaan akan muncul. Bagi yang sudah mengambil peperiksaan pula, debaran keputusan semakin menghampiri. Bagi kita pula, apakah penghijrahan yang telah kita lakukan? Apa yang telah kita sumbangkan kepada agama Islam? Tepuk dada tanyalah iman kita.



Mungkin 2009 ini akan mengukir sejarah baru kegemilangan Islam, mungkin juga sebaliknya. Siapa tahu….Ini rahsia Yang Maha Esa. Dialah yang telah mengaturkan segala-galanya. Di kala Musuh-musuh Islam merencana perkara yang boleh melemahkan Islam, mereka tidak sedar bahawa Allah juga telah merencanakan sesuatu kepada mereka. Kepada kita juga. Di Negara kita ini juga tidak akan lari dari tempias itu. Mungkin 2009 akan mengubah landskap politik Malaysia dari segi tampuk pemerintahan atau sebaliknya. Apapun yangkita jangkakan, semuanya telah diketahui Allah dan Dia telah merencanakan segala-galanya. Nasib kita hanya mampu diubah dengan perubahan diri kita sendiri.



Hari yang telah berlalu itu telahpun menjadi sejarah, hari yang dilalui ini satu anugerah kepada kita, hari yang mendatang itu pula adalah misteri kehidupan. Siapa sangka seorang tukang kayu ketika kecilnya menjadi orang yang hebat dalam dunia. Mungkin laa. Tiada apa yang mustahil dalam kehidupan ini. Bagi aku pula walaupun telah lama meninggalkan subjek Sejarah tapi siapa sangka kini aku makin selalu menghayati Sejarah. Sebak di dada membaca sejarah Andalus yang sudah dilupakan sejarahnya. Aku baru mengetahui bahawa lambing bendera pada negeri Johor dan beberapa negeri lain tak silap aku terdapat lambing Turki Uthmaniyyah. Aku baru mengetahui bahawa Melaka banyak dibantu oleh Khilafah Uthmaniyyah dalam peperangan. Aku juga baru mengetahui bahawa bantuan dari Timur tidak sempat hadir ke Melaka ketika serangan Portugis 1511 adalah kerana diserang oleh golongan Syiah. Aku juga baru mengetahui bahawa Sejarah Islam di tanah airku ini sangat berkait rapat dengan dunia Islam yang begitu luas suatu ketika dahulu. Aku baru tahu semua itu. Kerana itulah saat aku mengetahui semua itu adalah anugeah bagiku.

Walaupun begitu aku tetap tidak mengetahui apa yang akan berlaku pada esok hari. Aku mencarinya dengan enjin carian GOOGLE namun gagal mencari apa yang ingin dicari. Misteri hari esok hanya akan aku ketahui pada hari esok. Mana tahu esok aku akan meninggalkan dunia ini. Apa sangatlah amalanku yang ada ini. Aku rasakan tak cukup amalan ku ini untuk bertemu Penciptaku.





Jadi, pada hari ini aku menyeru kepada semua yang membaca blog ini supaya menghayati hidup ini, sayangilah diri ini, gunakanlah anugerah kehidupan ini dengan menunaikan janji kita kepada Yang Maha Esa. Moga kita dilimpahi Rahmat dan InayaNya. Insya Allah….

Takbir!!!!!

0 comments: