Dec 30, 2008

Home » » Air Mata Palestin : Kecelakaan ke Atas Kamu Wahai Israel!!!!

Air Mata Palestin : Kecelakaan ke Atas Kamu Wahai Israel!!!!

Palestin.....dengar je nama negara nih sume orang da tau. Bagi yang tau bese2je diorang akan cakap negara nie da 60 tahun konflik tak selesai. Lama laa jugak. Tapi hakikat sebenarnya, air mata Palestin dah terlalu lama menyimbah bumi. Status bumi paling strategik di dunia, bumi ini menjadi rebutan semua orang tak kira zaman. Kerajaan mana yang tak pernah perintah Bumi Al-Quds ini. Kerajaan Rom pernah lepas tue jatuh ke tangan agama Islam. Selepas itu kisah pahit penguasaan Tentera Salib (Crusaders) di Palestin yang membunuh setiap orang Islam di dalamnya tanpa belas kasihan. Lahir Salahuddin al-Ayubi membuka semula Palestin dan membiarkan pihak Kristian pergi dengan aman. Dan akhirnya, dek percaturan Rejim Zionis Palestin kini jatuh ke tangan mereka. Sampai bila kita ingin melihat air mata Palestin berguguran. Sampai bila???? Kita hanya mampu melihat dalam akhbar & televisyen betapa peritnya penderitaan mereka. Mereka tak pernah ada sedikit keinginan untuk menyerah kalah tapi mereka ingin berjuang bermati-matian kerana mereka percaya Allah di sisi mereka. Jangan biarkan pengorbanan para syuhada' Palestin menjadi sia-sia. OIC pula hanya sekadar Oh Saya Lihat sahaja. Di mana kewibawaan anda. Setakat buat persidangan tergempar tanpa ada sebarang resolusi untuk memulihkan keadaan di Palestin itu membuang masa sahaja.

Kita Muslim bersaudara tapi kita sanggup membiarkan saudara kita dihina, dipijak, ditembak, disembelih, dibom dan bermacam-macam lagi yang tak sanggup kita lihat. Takkan kita nak biar sampai peristiwa penyembelihan di Shabra dan Shatila berulang....Renungkanlah saudaraku....Walau kita tak mampu berbuat apa2 di sini....Paling kurang sedekahkanlah saudara kita dengan doa agar semangat juang mereka tidak jatuh...Ungkapkanlah lidah kita dengan qunut Nazilah agar Allah membantu kita menghapuskan Binatang Ganas itu.

Ingatlah saudaraku, Israel sebenarnya dalam ketakutan yang nyata. Mereka takut hendak berhadapan takdir Allah bahawa mereka akan kalah suatu hari nanti, mereka enggan berhadapan dengan hari hancurnya bangsa mereka, mereka takut bahawa mereka akan direndam dalam neraka suatu hari nanti. Percayalah saudaraku, mereka sebenarnya dalam ketakutan yang amat sangat. Jadi kita perlu tingkatkan keberanian kita. Gunalah segala medium yang ada untuk menghapuskan segala pengaruh Israel dan sekutunya. Jangan berharap kepada Obama kerana kita tak tahu hati budinya walaupun sedikit. Yang paling penting ialah penyatuan kita sebagai ummat Islam. Itulah yang utama.

0 comments: