Dec 30, 2008

Home » » Tak Serupa Tapi Sama

Tak Serupa Tapi Sama

Macam pernah dengar tajuk kat atas nih, tapi kat mana ek??? Kalau sapa yang suka tengok tv mesti ingat kan. Kalau ingat hari Sabtu pukul 10 Malam kat TV3 ada cerekarama tajuk nie laa. Haa da ingat ke??? Aku bukan laa penggemar cerita melayu nih tapi konsep yang diketengahkan dalam cerita nie lain sket, cerita nie berjaya tarik minat aku untuk terus tengok tv. Lagipun masa tue aku kat kampong, da tak ada apa-apa nak buat so aku tengok tv je laa.

Cerita nie kalau ada sape2 yang tengok laa kan, air mata tak meleleh tapi akan timbul dalam diri satu sense of sensitivity dalam diri kita. Bukan ape, juz cerita nie dia ketengahkan 2 bentuk kehidupan yang sangat berbeza tapi hakikatnya adalah sama. Cerita dia pasal sorang laki nie…dia nie lulusan Jordan (kira alim laa kan). Family dia pun boleh laa kata alim jugak. Kira family nie pegangan agama diorang agak kuat laa kan. Tapi Ayah dia nie pelik sikit. Dia tak bagi anak-anak dia solat berjemaah di surau. Katanya kalau sembahyang berimamkan orang yang betul2 beriman takpe tapi kalau solat berimamkan kaki umpat cam ne pulak? Haa satu persoalan nih??? Camne nak jawab ek.??? Yang si anak pulak dapat tawaran keje dekat KL. Si anak nie pun satu hal jugak. Alim alim dah tapi ada sifat buruk yang dia ikut dari bapak dia iaitu suka ludah merata-rata dengan buang sampah merata-rata (dosa kecil laa katakan). Lagi satu dia nie jenis yang tak suka bercakap. So bila da dapat keja dia pun kena laa pi KL tapi dia kena tinggal dekat rumah Pak Cik dia.

Sekarang cerita pasal keluarga Pak Cik dia pulak. Nie orang Bandar nie so dy da jadi kot laen pulak cerita dia. Yang dekat bandar pulak family nie harmony laa. Penuh dengan kasih saying sampaikan kasih saying tue jadi terlebih sangat laa pulak kan. Family nie pun kaya & banyak buat amal jariah. Diorang suka sedekah harta kat orang lain. Kira baik laa family nie. Tapi yang slack 100% tue pasal diorang punya Akhlak dengan Allah. Solat tak pernah, ngaji al-Quran sepatah ayat pun tak sebut, minum arak, berhibur secara keterlaluan dan lain-lain yang teruk laa. Kiranya family nie baik dari esegi luaran tapi huduh gile dalaman diorang. Family nie pulak ada sorang anak perempuan (lakonan Fasha Sandha). Nie yang jadi cerita nie kan. Huhuhu….. Dalam cerita nie dia tunjuk anak perempuan diorang nie ada tattoo kat kaki dia. Dan memang lumrah orang cam nie kalau da lawa mesti ada boyfriend dia laa kan. Boyfriend dia nie plak cam da kawin je ngan perempuan tue. Selambe je gi rumah perempuan tue masuk dalam bilik dia pastu berdua-duaan. Eeee……MAKSIAT!!!!! Yang si perempuan nie lak dia keje jadi pengacara rancngan dokumentari TV. Lagi satu, Bapak perempuan tue kaki botol.

Cerita full dia bila laki yang alim tu pegi kat rumah pak cik dia nie tinggal kat sana, dia jadi tak senang dengan kehidupan kat sana. Dia rasa teruk sangat kehidupan cam tu tapi dia sikit pun tak pernah tegur tapi dia berdiam diri je. Bila dia rasa jadi benda tak elok dia kuar rumah ntah pegi mana pastu balik awal-awal pagi. Tu laa perangai dia. Pasal keje lak dia nie suka pegi keje lewat & tangguh2 kerja. So banyak laa jugak sikap dia nie yang mazmumah & tak boleh diikut. Bila dia tunjuk betul2 yang dia tak suka keadaan kat rumah pak cik dia tu, dia mula tak disenangi dengan keluarga tue. Pak Cik dia jadi tak suka dengan dia, Mak Cik dia lak jadi malu dengan dia, Yang anak perempuan tu pulak juz biar je, Boyfriend pompuan tu pulak mula tak suka kat laki nih. Pastu 1 hari tue yang perempuan nie kena buat kajian dekat kawasan kampong untuk diorang punya documentary show. Jadi nak tak nak dia kena pegi ke kampong laki nih & stay kat sana untuk sementara waktu.

Masa nie laa macam-macam jadi. Keluarga laki nie satu hal jugak. Bapak dia nie tak pandai jaga perempuan. Dia cam anggap darjat perempuan nie rendah semacam je. Cam ne laa leh laki orang camnie. Bila isteri dia buat silap sikit abis keluar segala maki hamun. Yang isteri pulak solehah. Tawadhu’ je, patuh je dengan suami dia tue kan walaupun dia kena hina dengan suami dia teruk2. Memang laa isteri kena hormat suami tapi kalau suami macam tu boleh pakai ke?? Yang perempuan nie pulak pegi rumah pak cik dia (ayah laki tu) tak pakai tudung. Belum masuk rumah dah kena sound. Padan Muka!!!! Tapi dia rasa laa sengsara hidup kat situ sebab keluarga nie kurang kasih sayang. Semua pakat jadi pak turut, ikut je ape ayah diorang cakap. Laki nie pulak ada sorang adik laki (yang nie tak boleh pakai punya laki). Depan family bukan main alim belakang diorang pegi isap dadah. Boleh pegi jumpa geng isap dadah dia pastu komplen yang perempuan tue ada tattoo kat kaki. Yang kawan dia pulak sokong, pandai lak cakap agama kata nanti mayat kena laknat laa ape laa, yang diorang isap dadah ape cite laa pulak. Mase tu laa diorang buat plan jahat.

Yang perempuan tu pulak satu hari tu da tak tahan nak balik rumah. Dalam nak balik rumah tu kereta kena tahan sebab ada orang kononnya xcident. So dia pun stop kereta & kantoi laa kena tipu. Dia nyaris kena rogol tapi masa tue dia ingat Allah & dy janji akan sujud kat Allah kalau Allah tolong dia. Ditakdirkan Allah tolong dia. Orang yang nak rogol dia (adik laki tu) tue mati kena hempap pokok. Masa tu laa baru bapak laki tu insaf dengan perangai dia. Yang laki tu pun insaf jugak. Dia balik KL tiba2 boleh pg keje awal laa pulak. Yang perempuan tu pun da mula berubah & dia buang tattoo kat kaki dy pakai seterika, Lps tue mak dia pun berubah & bapak dia pun berubah laa jugak sikit2. Ending dial eh teka sendiri laa kot macam mana.

So apa yang ak nampak dalam cerita nie motif dia nak cerita tentang Hijrah sebenarnya. Macam mana seorang tue walaupun pada zahirnya baik tapi rohaninya tak elok. Yang lagi sorang pulak rohaninya tip top tapi pada zahirnya dia nie buruk perangainya. Nampak kat situ dia ajak kita supaya jadi seimbang antara dua2 benda nie. Lepas tu kita Nampak laa kan yang hidayah nie urusan Allah bukan urusan manusia. Kalau belajar agama tinggi mana pun belum tentu Allah pilih kita jadi yang terbaik. Kalau jahil macam mana sekalipun tak tentu lagi kita nie yang paling hina. Jadi kat sini pengajaran dia, kita sebagai manusia taki kira laa kaya ke miskin ke ape ke, kita kena jaga hubungan kita dengan Allah & hubungan sesama manusia. Berlumba-lumbalah dalam kebaikan Salam Ma’al Hijrah.

1 comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

aku negok citer neh..
hmMmMm..
xpena ak nengok cite cmneh..
bgoz n memberi pgjrn yg sgt bhrge..