May 14, 2011

Home » , , » Blogger dan Hakikat Kehidupan

Blogger dan Hakikat Kehidupan

Semalam Blogger cuba bermain api dengan bloggers-bloggers seluruh dunia. Sebab tiba-tiba je website down. Tak silap ada maintenance issue daripada widget service yang ada. Ntah laa apa masalah sebenarnya. Mujur blog nie tak terkesan sangat dengan masalah yang berlaku. Ada blogger yang meradang sebab posting baru diorang hilang & ada yang katanya komen dari blog pun hilang juga. Blog ana mungkin tak terkesan sebab last posting 6 hari lepas. Jauh daripada tarikh berlaku isu.

So semalam ramai laa yang tak dapat update blog sebab tak boleh nak masuk ke dashboard. Sampaikan ada yang dah pasang niat nak tukar ke wordpress & ada juga yang terus nak beli domain sendiri untuk buat blog. Wallahua'lam masalah yang berlaku nie memberi keuntungan atau kerugian pada Blogger. Ana sendiri pun semalam ada something yang nak dikongsikan tapi terbantut idea sebab tak boleh masuk dashboard. Dalam tweet ada sahabat yang sarankan ana tukar pd private domain saja. Tukar domain sendiri nie ok juga tapi rasanya macam tak sedia lagi nak tukar pada domain sendiri. Ataupun perlu untuk ana tukar sebenarnya? Ada pendapat lain?


Tutupnya Blogger pada seketika waktu atas sebab masalah tue secara pastinya menyebabkan kerugian besar buat mereka. Pernah tak kita sangka dengan posting yang kita buat nie saja dah menambahkan jumlah keuntungan mereka. Tapi bila masalah berlaku sama juga laa macam kilang beras. Lambat keluar berasnya untuk dipasarkan, maka rugilah mereka hari tue. Hakikatnya juga kalau nak bandingkan dengan kehidupan kita sebagai manusia tak jauh beza sangat sebenarnya.

Manusia juga perlu sentiasa mengerjakan amal dengan kefahaman setiap perbuatan itu adalah ibadah maka pastikan apa yang kita buat itu benar-benar memberi manfaat kepada kita. Sebab itu jugalah perlu bagi kita menyahut seruan Allah agar berlumba-lumba berbuat kebaikan. Maka hidup kita nie pun ibarat kita sedang berlumba-lumba mengejar kebaikan dan kelebihan di akhirat dengan gesaan fastabiqul khairat.

Namun tetap juga iman manusia tue naik dan turun. Ada masa kita akan slow seketika dan berlaku penurunan amal ketika itu. Maka ketika itu keuntungan kita akan merosot. Hakikat business kalau kita terus dalam keadaan rugi, kita akan bankrupt dan syarikat ditutup. Jadi kalau kita biarkan diri kita pada tahap iman yang lemah, silap hari bulan kita akan futur dari jalan yang lurus.

Jadi dalam setiap kejatuhan itu, perlu ada waktu dan ketikanya kita akan bangkit semula. Dan dalam kebangkitan itu sepatutnya kita capai semula apa yang telah kita rugi sebelum ini. Macam itu jugalah kitaran hidup manusia yang bagaikan  roda ini. Ini jugalah hakikat tarbiyah. Kadang-kadang kita di bawah dan kadang-kadang kita di atas. Apa yang paling petnting adalah untuk kita tetap istiqamah dengan kebaikan yang kita lakukan.

Wallahua'lam

p/s: patutnya dah dipost tengah hari tadi tapi akibat terlentok dan ada hal sket post nie jadi malam...agak lapuk jadinya,

1 comments:

Aimi Zainudin said... [Reply to comment]

nice entri...
terima kasih atas perkongsian..