Mar 24, 2011

Home » , , , » Simposium Kecemerlangan Belia dan Final Malam Inspirasi Seni

Simposium Kecemerlangan Belia dan Final Malam Inspirasi Seni

Insya-Allah pada 26 dan 27 Mac (Sabtu dan Ahad) minggu nie ada beberapa program besar anjuran Heart 4 Islam (H4I) di bawah Rakan Masjid. Salah satunya ialah Simposium Kecemerlangan Belia. Ada sahabat yang bertanya apa maksud simposium nie. Simposium nie sebenarnya perkataan bahasa inggeris yang bermaksud suatu kumpulan karangan. Bersesuaian dengan nama program tersebut, dalam Simposium Kecemerlangan Belia ini akan ada 4 pembentangan kertas kerja oleh speaker-speaker yang hebat-hebat belaka. Tiga speaker dari luar dan seorang daripada UTP sendiri.

Antara speaker yang akan membentangkan kertas kerja ialah Ustaz Syed Abdul Kader al-Joffree, Ustaz Syaari bin Ab Rahman, Ustaz Zaharuddin Mohamad dan Ir. Abdul Aziz. Tajuk-tajuk yang akan dibincangkan pula menjurus kepada tema kepimpinan dan juga ekonomi. Tak sabar nak hadiri simposium nie. Banyak input yang boleh dapat dalam nie.



Pada 26 Mac malam itu juga ada pusingan akhir Malam Inspirasi Seni dan juga Majlis Penutupan Heart 4 Islam 2011. Ada dijemput artis dari luar iaitu Muadz. Ana suka dengar lagu-lagu beliau. Contohnya lagu Amrullah memang banyak bagi semangat kat hati-hati yang membara dengan perjuangan insya-Allah. Lagu-lagunya juga agak rancak. Ana sendiri pun sebelum mula layan nasyid nie suka dengar lagu-lagu yang rancak macam dulu ana suka layan lagu Simple Plan, MCR dsb. Cuma sekarang ana cuba kurangkan dan mula mendengar nasyid. Tak salah dengar lagu lain andai liriknya tak menjadikan kita sesat dan sebagainya.


Malam Inspirasi Seni nie juga ana pandang sebagai satu alternatif untuk kita berhibur dan hiburan itu diselit dan diletakkan ruh Islam di dalamnya. Mudah-mudahan, program tersebut dapat menjadi satu asbab dan turning point untuk kita berubah ke arah yang lebih baik. Islam itu tak menghalang kita berhibur cuma jagalah batasan-batasan yang ada seandainya kita mahu berhibur. Bila kita nie duduk kat bumi Allah sebagai hamba Allah, nak tak nak kita kena patuh perintah Allah. Banyak sangat seronok kat dunia nie pun takut-takut dekat akhirat nanti sengsara pulak. Yang penting tue kita dekatkan diri dengan Allah. Andai hiburan ini mampu dekatkan diri kita pada Allah dan menguatkan keimanan kita, maka tak mengapa.


Insya-Allah mudah-mudahan, program yang bakal berlaku ini mendapat naungan dan redha Allah swt.

0 comments: