Mar 23, 2011

Home » Kongsi Ilmu yang Ada

Kongsi Ilmu yang Ada

Kongsikanlah apa yang kita ada dengan sahabat-sahabat kita. Ana akui ana memang orang yang sangat suka berkongsi pendapat. Ana suka kalau ana dapat berkongsi beberapa perkara dengan junior ana. Satu perkara yang ana selalu buat tapi hakikat sebenarnya ana tak mahu apa yang buruk yang ana terima, junior ana terima juga. Benda nie applied dekat mana-mana ana pergi. Daripada ana di sekolah lagi dah macam tue. Kadang-kadang tue nampak ana lagi rapat dengan junior daripada sahabat sendiri. Ana lebih suka rapat-rapat dengan diorang untuk mudahkan ana sampaikan pesanan dan nasihat. Cumanya ana tak laa sehebat mana, sekadar itu saja yang termampu. Ana tak hebat seperti sesetengah orang yang boleh ubah semua orang sekaligus.

Sampai sekarang ada junior yang still in-contact dengan ana. Alhamdulillah, roh perjuangan itu masih kuat dalam diri mereka. Bukan mudah lepas keluar dari sekolah yang memberi pendidikan agama pada kita lepas tue bila keluar masuk bercampur dengan macam-macam jenis orang. Memang bukan mudah untuk terus istiqamah dengan apa yang dah kita amalkan suatu ketika dulu. Selalunya kita akan diuji dengan bermacam-macam dugaan baru mampu nak istiqamah. Ikutlah kekuatan hati kita macam mana.

Walaupun bila jumpa dengan sahabat-sahabat junior nie, yang diorang ingat bila kena muhasabah dan sebagainya, tue tetap kenangan yang kami ada bersama. Itulah yang memaniskan ukhuwah kami bersama. Hasil dekatnya ana dengan junior-junior dulu walaupun tak semua, ana boleh cam diorang & ana tahu hati budi diorang. Mungkin atas sebab itu bila ana keluar dari sekolah ana akan ingat pada sekolah ana. Ana tak kisah pada perubahan yang berlaku, tapi jangan sekali-kali cabut roh tarbiyah dan perjuangan yang ada dalamnya. Bukan ana saja, ramai lagi sahabat-sahabat ana sama juga tak akan redha orang yang membuang tarbiyah yang ada di sekolah yang dah dibina sekian lama. Maka tinggilah harapan ana bila keluar dari sekolah dulu, adik-adik junior meneruskan legasi tersebut dan terus mempertahankannya.

Bila berbicara soal ini, kita terkadang terkenang kisah lama yang dah menjadi sejarah buat kita. Tapi ini jugalah yang menjadi peransang dan pemangkin semangat untuk kita bekerja. Untuk apa kita berjuang, untuk apa kita belajar dan sebagainya. Sangat tak masuk akal bila kita mengabaikan kefahaman dalam perjuangan kita. Jadi dengan perkongsian yang walaupun ringkas dan santai, kefahaman itu tetap akan terbentuk. Ramainya orang yang mampu mengikut jejak langkah Imam Hassan al-Banna adalah dengan kefahaman yang bukan sekadar ditonjol melalui pidato dan kata-kata beliau, tapi daripada teladan dan qudwah serta perkongsian yang disampaikan.

Rasulullah sebagai tauladan dan ikutan sepanjang zaman juga banyak berkongsi dengan sahabat-sahabat sehinggakan Rasulullah bersabda kepada kita untuk menyampaikan ilmu walaupun satu ayat. Ini jugalah satu ciri kepimpinan hebat pada seorang pemimpin itu sendiri. Sukanya seorang pemimpin itu untuk berkongsi pengetahuannya dan sebagainya. Cara berkongsi itu juga mudah, jumpa di kedai makan ke, makan sama-sama dan bincangkan satu topik ilmiah dan sebagainya. Itu lebih mudah daripada kita asyik nak berprogram sana-sini yang akhirnya membawa keletihan tapi tak ada kesan sebab kita buat program kita beritahu kulit tak pula dibentangkan isinya. Post-mortem untuk kita yang buat program banyak. Tak salah buat event dan program, tapi biarlah orang tahu isinya kenapa program itu dibuat. Bila taip pasal nie, teringat kata-kata naqib ana baru-baru nie.


Mungkin apa yang ana cuba sampaikan ini satu perkara yang remeh, tapi teknik ini sedikit sebanyak membantu kita dalam melaksanakan dakwah fardhi kita. Sekurang-kurangnya dengan kaedah ini, kita mampu menarik lebih ramai orang untuk tertarik dengan keindahan Islam itu sendiri.