Ilustrasi orang merungut dan mengeluh...=D sumber gambar dari http://www.flickr.com/photos/radiomaru/421008297/ |
Ana rasa ramai antara kita yang suka merungut, malah mungkin ada yang rajin merungut. Ana pun merungut juga kadang-kadang. Eh, kadang-kadang ke? Muhasabahlah diri kita sendiri ye berapa kali kita merungut dalam sehari. Cumanya adakalanya kita merungut tentang perkara yang sebenarnya ada kebaikan untuk diri kita.
Ana update status ana di Facebook baru-baru nie dengan status yang berbunyi seperti rungutan walaupun itu sekadar statement biasa. Hari Selasa baru-baru nie (8 Februari 2011) memang merupakan hari yang paling hectic buat ana. Bermula dengan kelas pada pukul 10 pagi hingga 6 petang dengan location kelas yang berjauhan antara satu dengan yang lain. Ana ingatkan lepas kelas boleh laa rehat sekejap rupa-rupanya ada meeting.
Direct lepas kelas terus hadiri meeting sampai Maghrib. Terus pergi solat kemudian bertemu dengan adik-adik Smart Group ana. Alhamdulillah, minda lebih tenang bila melihat adik-adik Smart Group yang begitu bersemangat dalam pelajaran mereka. Malangnya ana tak dapat membantu kalian sebab ana bukanlah Engineering Student. Mujur ada partner ana, abang Fadhli Sayuti. Lepas tue, Solat Isya' dan ana makan sekejap dan hadir satu lagi meeting malam tue. Agak-agak dalam pukul 11 juga meeting ana habis then sambung dengan beberapa task yang perlu diselesaikan sampai pukul 12 tengah malam.
Ana post status tersebut masa dalam kelas sebab dah rasa tepu sangat dengar lecture sampai rasa dah tak boleh terima apa-apa dalam kepala. Tapi digagahi juga. Tak sangka pulak rupanya hari tue akan jadi lebih panjang sebab non-stop aktiviti daripada 10 pagi sampai 12 tengah malam.
Bukanlah post ini tujuannya ana nak merungut tapi ada yang comment status ana dengan satu kata-kata yang agak membuat ana terfikir panjang dan reflect kembali kenapa ana post status tersebut. Katanya "demi ilmu, jangan merungut". Jujur ana katakan kalau ikutkan ego ana ketika itu ana memang akan balas komen tersebut dengan 1001 alasan yang mungkin akan ana utarakan tapi komen tue agak menusuk dalam hati ana membuatkan ana termenung sekejap.
Lalu ana anggukkan kepala ana tanda setuju. Kenapa mesti ana merungut sedangkan itu adalah ilmu dan segala kesibukan ini bukanlah kerana saja-saja menyibukkan diri, tapi untuk mengharmonikan lagi perjuangan yang ana sedang perjuangkan. Perlukah ana letakkan satu ruang masa untuk ana merungut dalam ana nak menuntut ilmu. Ana sekarang adalah seorang pelajar di kampus UTP. Medan perjuangan ana adalah medan akademik. Maka, inilah tapak jihad ana iaitu jihad akademik tanpa mengabaikan perkara-perkara lain seperti dakwah, tarbiyah juga siasah dan lain-lain perkara.
Benarlah iman manusia ini menaik dan menurun. Kita bukan Para Anbia yang imannya sentiasa meningkat mahupun Malaikat yang imannya statik tak berubah. Teringat pula kata-kata seorang ustaz dalam program yang ana hadiri baru-baru ini, katanya kalau iman sedang menurun, cover semula dengan ibadah kita. Itu sekadar sedikit yang boleh dikaitkan sebab ustaz bercerita tentang perkara yang lain yang melibatkan aqidah manusia.
Mungkin ini satu cabaran buat diri ana untuk terus meyeimbangkan antara akademik dan tanggungjawab yang ada pada diri ana sendiri. Seperti yang ana katakan di atas, medan jihad ana adalah medan akademik. Maka ana perlu bersungguh-sungguh di medan ini tanpa mengabaikan tanggungjawab yang lain serta segala taklifan yang ada pada diri ana sendiri. Memang tanggungjawab kita lebih banyak daripada masa yang kita ada. Inilah yang pernah dikatakan As-Syahid Imam Hassan al-Banna. Namun, untuk melihat Islam berkembang di bumi UTP, jangan merungut kalau ada banyak kerja dan tanggungjawab. Sebab, nak dapat yang manis itu perlu merasai yang pahit dahulu. Mungkin kita tak suka yang pahit itu, tapi itulah penawar yang paling mujarab.
Akhir kata, janganlah banyak merungut. Merungut tak dapat selesaikan masalah kita malah menambah tekanan yang ada pada diri sendiri. Ana tinggalkan antum dengan firman Allah swt seperti dibawah supaya kita hayati dan fahami maksud di sebalik ayat tersebut.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 216
كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
Maksudnya: "Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya"
Merungut menjadikan sesuatu lebih buruk sumber gambar dari http://www.advicenow.org.uk/advicenow-guides/work/dealing-with-discrimination-at-work/before-you-make-a-complaint,10229,FP.html |
0 comments:
Post a Comment