Jan 14, 2011

Home » , , » Memberi, menerima, diberi, diterima, give and take, take and give, beri dan ambil, ambil dan beri

Memberi, menerima, diberi, diterima, give and take, take and give, beri dan ambil, ambil dan beri

Kata pepatah Melayu 'Orang Memberi kita Menerima'. Kata pepatah Arab 'Tangan di atas itu lebih baik daripada tangan yang di bawah'. Hadis Rasulullah juga ada menyebut tentang kelebihan memberi daripada menerima. Contoh lain Nabi menyuruh kita menjadi orang yang alim (berilmu) ataupun orang yang menuntut ilmu ataupun orang yang mendengar ilmu ataupun paling lekeh orang yang suka dengan majlis ilmu, tak duduk dengar tapi suka pada majlis ilmu tapi Nabi melarang kita menjadi golongan yang seterusnya yang langsung tidak berilmu, tidak menuntut ilmu, tak mendengar ilmu dan langsung tak suka pada ilmu. Inilah golongan bodoh sombong. Jadi galakan paling tinggi adalah untuk kita menjadi orang yang berilmu supaya kita menjadi manfaat kepada Islam itu sendiri.

memberi lebih baik dari menerima

Blogger terkenal dalam kalangan penggiat aktivis Islam, Ustaz Hasrizal Jamil ataupun Saifulislam sendiri terkenal dengan tagline beliau 'Erti Hidup Pada Memberi'. Jadi apa istimewanya memberi itu daripada menerima? Tidakkah menerima itu juga baik kerana ia bermanfaat untuk diri kita. Ya, betul menerima itu baik dan memberi manfaat kepada kita namun apabila kita menerima, kita juga sepatutnya memberi. Kalau dalam anime Full Metal Alchemist ada sebut pasal Law of Equivalent Exchange. Bukan nak ambil apa yang ada dalam anime itu sebagai dalil, cuma kita faham yang setiap perkara itu ada kesannya tersendiri.kerana kita menebang pokok terlalu banyak di kawasan bukit, kesannya adalah banyak berlaku banjir dan tanah runtuh sebab tak ada kawasan tadahan hujan, jadi takkan Islam tak ada konsep yang sama sedangkan segala-galanya yang ada di dunia ini kalau dikaji salasilah, sanad-sanadnya akhir sekali akan sanpai kepada Yang Maha Mencipta iaitu Allah swt. Jadi take note ana bukan mengambil statement tue sebagai dalil ataupun hujah, sekadar bermain dengan bahasa. A simple one word could tell us thousands or millions of meaning.

Sama juga dalam al-Quran banyak tawaran yang Allah berikan kepada kita dengan syarat kita melakukan sesuatu untuk mendapatkannya. Jadi untuk menerima sesuatu perkara kita perlu memberi sesuatu perkara. Untuk kita mendapatkan keredhaan dari Allah, kita harus persembahkan yang terbaik yang kita boleh lakukan dengan melaksanakan perkara-perkara yang boleh mendatangkan redha Allah. Malah dalam ayat surah As-Soff ayat 10-11 sendiri pun Allah menawarkan ganjaran syurga dan dijauhkan daripada azab api neraka namun syaratnya adalah kita berjihad di jalan Allah dengan harta kita dan diri kita. Jadi konsep mensedekahkan harta dan diri untuk perjuangan itu perlu untuk kita merasai penerimaan ganjaran syurga di akhirat kelak.

Seperti juga seorang guru yang mengajar di sekolah. Bulan Disember lepas sebelum bermulanya program Khemah Ibadah Cuti Sekolah 2010 di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), iaitu ketika Training of Trainers (TOT), kami ada memanggil seorang ustaz iaitu Ustaz Hidhir untuk memberi sedikit kuliah tentang hukum tajwid. Maka ustaz menceritakan sebenarnya dulu dia bukan hebat sangat tajwid ni. Tapi lepas dia menjadi guru dan sering mengajar tajwid, kefahaman itu datang sendiri kepadanya dan seolah-olah dibuka satu lagi mata yang memperlihatkan kejelasan tentang kefahaman dalam ilmu yang diajar. Seolah-olah nampak benda hidup pada perkara yang diajarkan itu. Sama juga dengan kisah orang-orang hebat yang lain. Mereka banyak memberi dan hasilnya mereka mendapat saham dan kefahaman yang lebih daripada yang menerima walaupun apa yang diberi adalah sama dengan apa yang ada pada mereka. Inilah nikmatnya dan kelebihan memberi daripada menerima.

Jadi apa lagi, sama-samalah kita banyakkan memberi daripada menerima

picture taken by my friend known as Melaka

0 comments: