Jan 9, 2011

Home » , » Dakwah dan Keluarga Perlu Seiring

Dakwah dan Keluarga Perlu Seiring

Firman Allah swt dalam Surah At-Taubah ayat 24
قُلۡ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُڪُمۡ وَإِخۡوَٲنُكُمۡ وَأَزۡوَٲجُكُمۡ وَعَشِيرَتُكُمۡ وَأَمۡوَٲلٌ ٱقۡتَرَفۡتُمُوهَا وَتِجَـٰرَةٌ۬ تَخۡشَوۡنَ كَسَادَهَا وَمَسَـٰكِنُ تَرۡضَوۡنَهَآ أَحَبَّ إِلَيۡڪُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٍ۬ فِى سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِىَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦ‌ۗ وَٱللَّهُ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَـٰسِقِينَ
Maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."

Firman Allah dalam surah At-Tahrim ayat 6
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارً۬ا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَيۡہَا مَلَـٰٓٮِٕكَةٌ غِلَاظٌ۬ شِدَادٌ۬ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ
Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."

Dan renungkan pula Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 110
كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ‌ۗ وَلَوۡ ءَامَنَ أَهۡلُ ٱلۡڪِتَـٰبِ لَكَانَ خَيۡرً۬ا لَّهُم‌ۚ مِّنۡهُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَأَڪۡثَرُهُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ
Maksudnya : "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik."


Daripada tiga firman Allah yang ana tunjukkan di atas nie, rasanya apa iktibar yang perlu kita hayati dan renungi sepanjang kehidupan kita di muka bumi Allah nie. Kita nie menumpang je, semua yang kita ada termasuk diri kita adalah hak milik mutlak Allah swt. Maka sebagai hamba Allah, segala perintah-Nya wajib kita ikut dan wajib juga kita tinggalkan apa yang dilarang. Namun sebagai manusia biasa yang sentiasa melakukan dosa, kita sering melakukan kesilapan. Pun begitu Allah masih sayang pada kita dan kurniakan kita peluang untuk bertaubat dan menyucikan diri kita daripada dosa-dosa yang pernah kita lakukan.

Ana bukanlah seorang ahli tafsir, tapi apabila kita renung ayat-ayat diatas jelas menunjukkan wajib untuk kita menyeru di jalan Allah dengan menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar. Tak ada alasan untuk kita tinggalkan dakwah baik alasan itu berkaitan keluarga, akademik, mahupun kesihatan. Tak ada alasan walaupun sedikit pun untuk kita mengelak daripada berdakwah. Even OKU pun kena berdakwah. Semua orang mampu berdakwah kerana dakwah dapat dilaksanakan secara pelbagai. Dakwah bukan sekadar bagi kuliah atau tazkirah di masjid-masjid ataupun surau tapi macam-macam lagi. Dakwah juga bukan sekadar rancangan Tanyalah Ustaz, Al-Kuliyyah, Halaqah, Forum Perdana Hal Ehwal Islam, Al-Hidayah, Adik-Adikku, Akademi Quran dan lain-lain tapi skop dakwah itu cukup luas. Malah bukan sekadar berblogging saja kita dapat berdakwah, lebih lagi. Maka tak perlu ana huraikan panjang lebar apa lagi cara dakwah yang ada.

Ada orang kata, pendakwah nie sibuk sangat berdakwah, nak kejar Islam tapi keluarga di rumah terabai. Mintak sedekah sana-sini, makan pun tak cukup. Nie sebahagian alasan bagi orang yang tak mahu berdakwah. Strong point selalunya adalah family. Tapi ana rasa kita perlu juga buat satu kajian. Antara seorang pendakwah dan seorang CEO, yang mana lebih tinggi kes perceraiannya? Yang mana satu pula lebih huru-hara keluarga dan rumah tangganya? Adakah memberi tumpuan kepada keluarga itu dengan memberi beg tangan mahal kepada isteri ataupun membeli kasut tumit tinggi untuk anak perempuan ataupun membeli play station 3 untuk anak lelaki? Adakah itu yang dikatakan memberi tumpuan pada keluarga? Antara CEO dan pendakwah lagi yang mana lebih liar anak-anak mereka?


Minta maaf kepada CEO-CEO sekalian. Bukan bermaksud nak memburukkan tapi nak kita renungkan. Imej CEO adalah orang yang hebat dan ada banyak duit tapi sibuk dengan urusan syarikat dengan meeting dan lain-lain. Imej pendakwah pula sederhana hidupnya dan selalu keluar untuk beri kuliah, ceramah, handle program dan macam-macam lagi. Ada juga pendakwah-pendakwah yang bergerak dalam konsultan-konsultan untuk menggerakkan program. Namun mereka tidaklah sekaya mana. Duit daripada program disalurkan untuk meneruskan kesinambungan dakwah dan perjuangan Islam. Tapi CEO pun ada juga yang ada ruh Islam dan dakwah itu disampaikan pada anak-anak syarikatnya. Jadilah dia CEO berjiwa Islam. Ini yang kita mahu.

Jadi isu keluarga diabaikan tak sepatutnya timbul kerana keluarga juga termasuk golongan mad'u untuk kita berdakwah kepada mereka. Seperti firman Allah dalam surah At-Tahrim, Allah perintahkan kita untuk memelihara ahli keluarga kita daripada api neraka. Maka tanggungjawab seorang pendakwah adalah untuk seimbangkan dakwah pada semua peringkat termasuk pada keluarganya. Isteri seorang pendakwah juga perlu memahami kerja seorang suami. Maka tugas mendidik anak akan diserahkan kepada isteri. Suami pula boleh mendidik dengan perilaku. Tak ada masalah pun kalau kita bawa anak-anak ke program yang kita hadiri. Itulah permulaan menanam roh Islam dalam jiwa anak-anak. Sebab itu jugalah dakwah kita 24 jam tanpa henti kerana di mana saja kita berada, kita kena berdakwah. Tak kiralah macam mana sekalipun. Kita nak tonjolkan penampilan Islamik atau lain-lain cara itu terpulang pada kita. Cuma yang penting dakwah perlu digerakkan.

Moga dengan dakwah kita, akan terkaderlah bakal dai'e lain yang akan membantu perjuangan Islam dan menegakkan syiar Islam di muka bumi Allah. Semuanya terserah kepada kita.


1 comments:

khazinatul asrar said... [Reply to comment]

syukran atas sharing yang sangat bermanfaat..
" Selamatkanlah diri dan keluargamu daripada api neraka" (Surah At-Tahrim:6)