Nov 18, 2010

Home » , , » Ibrah Pengorbanan sempena Aidiladha

Ibrah Pengorbanan sempena Aidiladha

Alhamdulillah, umat Islam sudah meraikan Aidiladha pada tahun ini dan dalam bulan terakhir Hijrah sebelum kita beralih ke tahun baru Hijrah tidak lama lagi. 




Hari Raya Aidiladha merupakan simbolik pengorbanan kerana kita mengambil ibrah daripada peristiwa yang berkaitan dengan Hari Raya Aidiladha iaitu kisah Nabi Ibrahim diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya sendiri iaitu Nabi Ismail. Kalau zaman sekarang, kita akan kita nie kerja gila. Orang gila je buat kerja macam nie. Mana logik akal boleh terima sembelih anak sendiri (walaupun realiti umat sekarang, ada yang bapa sendiri pun disembelih). Namun, Nabi Ibrahim patuh menerima perintah Allah dan Nabi Ismail juga kental jiwanya menerima apa yang bakal menimpa dirinya. 


Siapa tak sayang anak. Bapa mana yang sanggup korbankan anaknya? Namun, demi melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt, tetap dilakukan juga lantas Allah gantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas untuk membalas kekentalan hati serta pengorbanan perasaan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Daripada kisah ini juga kita mendapat cerita tentang syaitan yang meragui Nabi Ibrahim lalu dilontar dengan batu seperti yang kini dilaksanakan sebagai rukun haji iaitu melontar jamrah.


Maka pengorbanan seperti inilah yang dituntut dalam kita berjuang ke jalan Allah swt. Adakalanya kita perlu mengorbankan perkara yang paling penting bagi kita untuk kita terus berjuang di jalan Allah swt. Macam-macam jenis pengorbanan yang ada dan satu pengorbanan yang wajib kita akan hadapi ialah pengorbanan perasaan apabila kita melalui jalan dakwah serta gerak kerja Islam ini. Tak ada dalam lipatan sejarah Islam serta sirah Rasulullah dan Para Anbiya' menghadapi kesenangan dalam memperjuangkan dan membawa risalah tauhid di muka bumi Allah ini.


Maka inilah pengorbanan besar yang perlu kita hadapi untuk terus kukuh dan padu bersama perjuangan dan tidak sesekali tercicir dalam perjuangan kita. Kita akan dilabel dengan macam-macam label tapi inilah sunnahnya. Nabi Muhammad sebelum diutus menjadi rasul digelar al-Amin dan sangat disanjung di Mekah. Selepas menerima wahyu dan dakwah Islam disebarkan, Nabi telah difitnah membawa ajaran sihir dan dikatakan orang gila.


Ada seorang ustaz memberi taujihat kepada kami dengan cara tersebut. Kalau ada orang kata kerja Islam yang kita buat sekarang nie kerja gila, maka kita telah buat kerja kita. Sebab Nabi pun dulu orang kata gila. Memang sangat-sangat menyentuh walaupun mungkin nada yang disampaikan itu berunsur jenaka. Apa mesej yang terkandung di situ ana rasa antum yang membaca mungkin faham. Kita buat kerja Islam sentiasa ada dugaan sama ada dugaan dalam bentuk kesusahan mahupun kesenangan. Maka elemen muhasabah sangat penting dalam kita bergerak kerja untuk menilai kembali diri kita dan apa yang telah kita kerjakan. Insya-Allah bermanfaat untuk kita meningkatkan kualiti gerak kerja kita.


Wallahua'lam


Ana tinggalkan antum dengan firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 111-112:
Ayat 111
 إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَٲلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَ‌ۚ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَيَقۡتُلُونَ وَيُقۡتَلُونَ‌ۖ وَعۡدًا عَلَيۡهِ حَقًّ۬ا فِى ٱلتَّوۡرَٮٰةِ وَٱلۡإِنجِيلِ وَٱلۡقُرۡءَانِ‌ۚ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِعَهۡدِهِۦ مِنَ ٱللَّهِ‌ۚ فَٱسۡتَبۡشِرُواْ بِبَيۡعِكُمُ ٱلَّذِى بَايَعۡتُم بِهِۦ‌ۚ وَذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. "


Ayat 112
ٱلتَّـٰٓٮِٕبُونَ ٱلۡعَـٰبِدُونَ ٱلۡحَـٰمِدُونَ ٱلسَّـٰٓٮِٕحُونَ ٱلرَّٲڪِعُونَ ٱلسَّـٰجِدُونَ ٱلۡأَمِرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَٱلنَّاهُونَ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَٱلۡحَـٰفِظُونَ لِحُدُودِ ٱللَّهِ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
Maksudnya: "(Mereka itu ialah): Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian)."



syukran kepada seorang sahabat blogger yang beri award ini pada ana. =)

0 comments: