Manusia ada macam-macam jenis manusia. Ada yang baik, ada yang jahat, ada yang nampak baik tapi jahat, ada yang nampak jahat tapi baik & even ada yang nampak macam baik tapi macam jahat & sebenarnya diri dia pun tak tau dia baik or jahat. Sekadar nak memberi ringkasan tentang berbagai jenis manusia yang ada kat muka bumi nih. Walaubagaimanapun penanda arasnya tetaplah ketaqwaan manusisa tersebut kepada Allah swt. Itulah pengukurnya. Bagaimana pula nak mengukur taqwa? Berbalik pada pengertian taqwa itu sendiri yang mana kalau kita mengikuti dialog antara Saidina Umar al-Khattab dengan Ubay bin Ka'ab:
Saidina Umar : Apakah hakikat taqwa?
Ubay bin Ka'ab : Pernahkah Amirul Mukminin melaui jalan yang banyak onak dan duri?
Saidina Umar : Ya.
Ubay bin Ka'ab : Bagaimana?
Saidina Umar : Saya berjalan dengan berhati-hati dan bersungguh-sungguh supaya tidak memijak atau terpijak onak dan duri.
Ubay bin Ka'ab : Itulah hakikat taqwa.
Sampai begitu sekali taqwa. Pengukurnya adalah betapa kita berhati-hati dalam kehidupan kita agar tidak melakukan maksiat terhadap Allah dan melaksanakan perintahNya. Malu juga nak taip benda nie sebab ana sendiri adakalanya melakukan dosa. Maklumlah, ana bukan maksum tak pernah buat dosa, iman pun naik turun. Namun kepelbagaian manusia itu tidak menghalang kita untuk menjalinkan hubungan silaturrahim sesama manusia yang lain kerana Allah menciptakan manusia untuk berkenal-kenalan antara satu sama lain.
Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13,
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
Maksudnya: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)."
Namun begitu, kita tetap perlu berwaspada dengan perancangan manusia yang bukan sahaja ingkar dengan perintah Allah, malah memerangi agama Allah swt walaupun pada zahirnya mereka ini adalah Muslim. Mereka inilah yang digambarkan sebagai orang yang munafiq. Pada zahirnya mereka beriman kepada Allah tapi kufur di dalam hati mereka. Umat Islam telah menempuh berbagai rintangan dan penderitaan akibat golongan ini. Contoh yang kita boleh ingat sampai sekarang adalah Mustafa Kemal at-Tartuk, bapa sekularisme yang telah menjatuhkan Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah. Pada ketika itu, tiada yang menyangka dia akan berbuat sedemikian rupa kerana Mustafa Kemal ini dikenali rapat dengan para ulama' di Turki. Akhirnya, Islam menjadi mangsa dan kerana kelalaian kita kepada Allah swt. Allah hukum kita dengan datangnya dia dan Islam yang dulunya digeruni dijadikan bahan penindasan oleh musuh-musuh Islam.
Tak kurang dari itu kesannya. Kesan daripada kejatuhan itu masih lagi terasa hingga kini apabila kita melihat hampir majoriti negara di dunia termasuklah negara yang populasi majoritinya umat Islam pemerintahannya adalah berkiblatkan Barat. Malaysia juga termasuk daripada negara tersebut. Inilah kesan daripada penjajahan dan penularan wabak sekularisme di seluruh dunia. Hakikat manusia sedang dimanipulasi musuh-musuh Islam sudah tidak mampu dinafikan apabila hampir setiap perkara yang besar yang berlaku di dunia ini dibalik tabirnya akan ada orang Yahudi, puak-puak Illuminati dan lain-lain. Kalau anda merupakan seorang pemerhati konspirasi, ana kira antum lebih faham perkara ini daripada ana. Teori konspirasi yang diterangkan oleh Ibnuyaacob daam postnya berkenaan "Al-Quran Bongkar Rahsia Masjid Ground Zero", sedikit sebanyak membuka mata manusia untuk mengatakan bahawa apa yang berlaku itu bukanlah sekadar kebetulan. Namun beliau juga menegaskan bahawa apa yang ditulis itu bukan tafsiran al-quran tetapi perbincangan berdasarkan fakta dan dipadankan dengan perkhabaran dalam al-Quran.
Bukan nak mengatakan teori itu benar belaka, namun kita perlu juga mengambil ibrah daripada sirah Rasulullah dan apa yang terkandung dalam al-Quran sebagai petunjuk agar kita tidak mengulangi sejarah yang sama. Dalam suasana pemikiran manusia telah dimanipulasi musuh-musuh Islam, kita akan melihat sesuatu perkara yang dikatakan baik itu buruk dan perkara yang dikatakan buruk itu baik. Inilah tipu daya dajjal. Ada disebut dalam sebuah hadis yang panjang yang mana sebahagian daripada hadis tersebut berbunyi begini:
“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iaitu panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”
“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, iaitu dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”
Sampai begitu dahsyat sekali fitnah dajjal terhadap manusia. Banyak pendapat tentang dajjal yang dibahaskan ulama' dan para pemikir Islam. Namun yang pasti, Dajjal juga ada pengikutnya dan andai kita tersilap langkah, kita akan menjadi salah seorang pengikut dajjal tersebut. Na'udzubillahiminzalik, moga kita dijauhkan daripada fitnah al-Masih Dajjal. Moga kita terus dikurniakan Allah petunjuk untuk terus istiqamah atas jalan Islam dan tidak terpesong daripada jalan tersebut. Kalau mendalami ilmu-ilmu teori konspirasi ini, kita akan berjumpa nama-nama seperti Rostchild, Goldman Sachs, dan berbagai nama lain yang mana menurut kajian, dunia ini seolah-olah dalam genggaman tangan mereka. Itulah dahsyatnya dunia sekarang. Namun, Allah telah janjikan kemenangan Islam akan muncul juga walaupun kita tak dapat pastikan bila. Peperangan ini telah lama meletus, sejak dari tercetusnya Perang Salib dan ana mampu katakan peperangan ini masih lagi belum tamat kerana kita masih lagi menerima peperangan pemikiran (Ghuzwatul Fikr) yang dahsyat daripada musuh-musuh Islam.
Atas sebab itu, berhati-hatilah dengan manusia kerana ada antara mereka yang tidak melaksanakan agenda Allah tapi mereka melaksanakan agenda orang yang kufur di jalan Allah. Janganlah ikut jejak langkah mereka. Masukkanlah diri kita dalam perjuangan orang Islam bersama kepimpinan mereka. Insya-Allah itu sebagai usaha kecil kita memberi sumbangan kepada Islam dan untuk mengelakkan diri kita terpengaruh dengan fitnah al-Masih Dajjal.
Wallahua'lam...
p/s: penulisan ini adalah pendapat peribadi ana, andai ada salah fakta atau tersilap tolong betulkan. Andai ada penambahan pendapat amatlah dialu-alukan.
0 comments:
Post a Comment