Jul 15, 2010

Home » , » Sejak bila Perjuangan itu Mudah

Sejak bila Perjuangan itu Mudah

Salam Perkongsian.

Baru-baru nie ana berbual secara maya bersama sahabat seperjuangan ana. Kami berbicara soal futur daripada jalan dakwah. Banyak contoh yang ada tentang golongan-golongan ini dan apa yang menjadi punca mereka mengasingkan diri daripada perjuangan. Namun apakan daya, hati manusia itu lain-lain. Tahap penerimaan terhadap sesuatu perkara juga berbeza. Inilah hakikat perjuangan yang harus ditempuh. Mujahadah perlu tinggi. Sabar itu wajib. Tabiat juga berubah daripada tabiat biasa. Masuknya kita dalam perjuangan ini adalah dengan tapisan daripada Allah swt setelah ditapis orang-orang lain yang berpotensi dalam menegakkan Islam. Ana boleh katakan orang-orang yang ditakdirkan Allah bersama perjuangan Islam ini adalah orang yang menyambut hidayah daripada Allah. Golongan yang cream of the cream yang telah dibentuk menjadi seorang pemimpin dalam gayanya yang tersendiri.

Dalam kalangan pemuda juga ada yang lari daripada jalan dakwah. Macam-macam alasan yang diberikan. Merasakan diri itu kosong, tak cukup ilmu, tak boleh nak menyumbang dan macam-macam lagi tapi hakikatnya semua itu berkait dengan permasalahan hati. Nak atau tak nak berjuang? Masalah remaja inilah yang dinyatakan al-marhum syeikh Fathi Yakan dalam Generasi Pemuda dan Perubahan:


Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar;

  1. Pemuda yang tiada peribadi,bersikap seperti kera;
  2. Pemuda yang tiada mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang ;
  3. Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan;
  4. Pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka;

Tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.



Soalnya, mengapa pemuda? Mengapa pemuda perlu dipersiapkan dengan Islam?

Matlamatnya bukanlah sahaja untuk mempersiapkan pemuda supaya menahan diri dari hawa nafsu dan hasutan syaitan. Masih tidak cukup sekadar melaksanakan segala yang wajib dan meninggalkan larangan Allah. Tidak juga matlamatnya hanya untuk memberi pengetahuan Islam supaya mereka boleh bagi ceramah ataupun tazkirah di masjid-masjid dan surau. Tidak juga matlamatnya untuk mempersiapkan pemuda menjadi seorang da'ie yang sekadar berdakwah melepaskan batuk di tangga. Bukan matlamatnya juga untuk menggerakkan mereka menjalankan kebajikan dan tidak juga matlamatnya untuk mempersiapkan mereka dalam satu organisasi tanpa mengira sama ada mereka akan terus berdakwah dan membimbing ataupun tidak.

Hakikatnya, apa jua matlamat sekalipun, generasi pemuda adalah sebagai benteng ummah yang akan meneruskan perjuangan Islam di muka bumi. Supaya tercapainya qawamah (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Pemudalah yang bertugas untuk merubah pemikiran manusia kepada pemikiran Islam daripada pemikiran Toghut. Tetapi seandainya pemuda yang sudahpun melepasi tapisan Allah dan diletakkan dalam perjuangan. Baru sedikit diberikan ujian sudah lari lintang-pukang daripada jalan perjuangan, maka orang inilah yang berpotensi merencatkan perjalanan dakwah itu sendiri.

Mereka kata mereka tak sanggup nak berjuang, berat tanggungjawabnya. Tapi tak pernah pula ditanya orang-orang yang masih istiqamah dalam perjuangan. Adakah bagi mereka ringan tanggungjawab yang diterima ini. Ana sendiri pun tak pernah rasa tanggungjawab yang digalas ini ringan. Amanah yang diberi sangat berat. Bukanlah soal apa yang kita boleh sumbangkan atau seberapa banyak ilmu kita. Kita hendak berjuang menegakkan Islam di muka bumi. Jangan hanya di mulut nak perjuang Islam, benci Israel, simpati terhadap Palestin, dan macam-macam lagi tapi bila diberi amanah berjuang, lari.


Tak pernah ada sesuatu perkara yang mudah dalam kehidupan. Nak buat kebaikan tue rasa susah, rasa berat. Contoh paling senang yang kena dekat semua manusia ialah, cukup susah nak berjaya dalam akademik. Kita nak dapatkan keputusan yang cemerlang tue usaha kena luar biasa. Kena hadapi kesusahan. Kena ulang kaji, kena pergi kelas, kena baca buku, kena itu, kena ini yang mana secara mudahnya ramai yang tak suka. Apa buktinya? Bila kelas dibatalkan semua bersorak gembira tak terkata. Seolah-olah ditarik satu tanggungjawab berat yang ada pada diri. Samalah juga dalam nak menegakkan Islam. Adakah perjuangan Nabi saw bawak Islam dulu mudah semudah ABC? Tidak juga. Nabi dibaling batu, dipijak, patah gigi, disepak, diterajang dan macam-macam lagi yang telah dilalui baginda dalam episod dakwah baginda.

Baginda juga seorang yang buta huruf tapi diberikan panduan dan petunjuk oleh Allah dalam melaksanakan dakwah Islam. Sedangkan Nabi yang buta huruf boleh tidak berputus asa dalam memperjuangkan Islam, mana mungkin golongan yang menjadikan alasan tidak cukup ilmu, tak bersedia berjuang bagi alasan macam nie. Tak rasa malu ke dengan Nabi? Kita belajar ABC dari kecik sekarang ilmu penuh di dada dengan sijil SPM, segulung ijazah, ada Master & PhD dan macam-macam lagi kelulusan tapi bila disuruh berdakwah dan berjuang tak cukup ilmu pula.

Ada juga yang menyalahkan daripada berjuta-juta manusia yang layak dipilih dalam perjuangan mengapa mesti dia yang dipilih? Astaghfirullahal'azim, yang memilih itu Allah. Manusia yang buat pilihan itu diilhamkan oleh Allah supaya memilih orang yang bakal dipilih itu. Allah dah merencanakan apa yang bakal berlaku. Namun soalan yang macam ini seolah-olah kita menyalahkan Allah mengapa pilih dia sedangkan banyak lagi orang lain yang ada potensi besar. Sebenarnya, pilihan itu terletak pada diri sendiri. Kalau nak, teruskan. Kalau tak nak, tinggalkan. Allah tak rugi. Islam pun tak rugi. Yang rugi itu faham-faham sendiri. Kita dah diberi peluang berada dalam suasana perjuangan yang mampu membantu kita memahamkan diri kenapa kita berada dalam perjuangan, dan kita sudah diberi peluang membantu agama Allah yang mana dalam surah Muhammad ayat 7 Allah berfirman bahawa jika kita menolong agama Allah, Allah akan menolong kita dan memperkukuhkan kedudukan kita.

Berbondon-bondon kebaikan yang kita mampu terima tapi kita tolak segala kebaikan dan manfaat itu hanya dengan alasan kecil tak cukup ilmu, tak bersedia, tak dapat terima dan macam-macam alasan lagi yang diberikan. Maka yang rugi itu siapa?


Pengalaman pahit yang ditempuh sepanjang episod perjalanan kehidupan dalam perjuangan ini hanyalah sementara. Kalau kita bertahan dan sabar dalam menghadapi rintangan ini. Insya-Allah kepahitan itu suatu hari nanti akan dibalas dengan kemanisan yang tidak dapat dibayangkan akal kita.

Untaian kata-kata ini ana tujukan kepada sahabat-sahabat seperjuangan dalam arena perjuangan Islam dan juga pada diri ana kerana ana sendiri pun tak tahu mungkin-mungkin suatu hari nanti ana sendiri dilanda penyakit futur ini. Maka ana harapkan daripada sahabat-sahabat untuk kembalikan ana di atas landasan kalau ana tercicir ke tempat lain.


6 comments:

n.amirahhhh said... [Reply to comment]

terkena batang hidung sendiri.
jzkk untuk peringatan!

al-bagani said... [Reply to comment]

haha...
yg menaip nie pun trkena batang idung sndiri gk sbnrnya...

Aisyah Shams said... [Reply to comment]

ada yg berada di jalan dakwah tp masih melakukan perkara yg x sesuai dgn golongan sebegitu.. cth: x jg aurat, couple etc.

ada pandangan?

al-bagani said... [Reply to comment]

yg tue kena patah balik kepada post sebelum nie laa...

belajar agama tapi couple

tabiat orang dalam berjemaah nie ptt berubah..klu dalam jemaah wt prgi cmnie gk mknanya dy nie msk tnpa ad kfhmn menyeluruh or ap yg dfhami x msk dalam hati

Nur Areefah said... [Reply to comment]

mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis ^_^

ramai yang memberi alasan zaman muda lah untuk enjoy.enjoy tahap mana?apekah makna enjoy tu?

sometime rasa susah jugak nak bahagi masa antara akademik dan dakwah ( tapi buang masa ada je masa ) =.="

akademik number satu, dakwah bukan number 2.
dakwah number satu, akademik bukan number 2.

al-bagani said... [Reply to comment]

enjoy laa sebab hati rasa suka tapi jiwa kosong jugak...

nie laa namanya penyakit al-wahan...