Jun 15, 2010

Home » » Pengalaman & Ujian

Pengalaman & Ujian

Salamun 'Alaik

Rasanya dah lama sangat dah blog nie tak diupdate. Last posting rasanya bulan lepas kot. Dah sebulan blog dibiarkan bersawang. Memang tak dapat dielakkan dengan rasa malas nak update, aktiviti yang agak banyak bermula dari awal cuti sampai sekarang & kebuntuan idea dalam mencari tajuk nak letak dalam posting baru.

Kali nie aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku yang mana benda nie sedikit sebanyak buat aku buka mata sendiri & cuba berfikir apa hikmah di sebalik kejadian yang berlaku. Al-kisahnya begini, aku bercadang nak pergi ke KL pada suatu hari tue maka aku pun beli laa tiket bas Transnasional ke KL untuk hari tersebut pada jam 1.30 tengah hari. Lepas tue aku balik rumah. Sampai je hari tersebut, ujian yang aku hadapi bermula dari pagi lagi. Aku bangun agak awal pagi tue, packing2 barang then aku keluar pinjam kete VIVA mak aku yang baru dibeli & kak long aku guna di Maktab untuk betulkan spek mata aku yang dah patah lagi.

Sepanjang aku keluar dari rumah, tak ada apa-apa yang berlaku. Pemanduan berjalan lancar tak ada sangkut-sangkut. Maklumlah, kete automatik..mmg senang sket nak drive berbanding manual. Tapi bila balik rumah nak masuk je jadi laa perkara yang sampai sekarang mak & ayah aku pelik camne leh jadi macam tue. Aku sendiri pun bila pikir balik pening camne aku leh wat camtue. Tapi memang masa nak masuk rumah tue aku cuba jauhkan kete dari besi tong sampah tapi aku lupa nak pusing balik stereng kete bagi kete straight so kete tetap berpusing laa & dah makin dekat ngan dinding aku baru perasan tapi lambat nak brek sebab dah berlaga dah side mirror ngan dinding. Then aku rasa kete aku terlanggar sesuatu kat depan. Aku terus brek & reverse..betulkan kedudukan & masukkan kete balik ngan elok. Tapi malangnya bila aku reverse aku tengok paip luar umah yang selalu kami guna basuh kete dah tercabut kepala paipnya (ayah aku salah faham kata paip utama yang aku langgar). Air memang memancut non-stop laa masa tue.

Tengok keadaan tue da cukup wat aku serba salah kaw2. Tapi yang ajaibnya kete VIVA tue cuma calar kat side mirror dy sket je. Tak ada kesan yang terlampau jelas cam kemik ke or apa2 yang lain. So lega laa sket rasanya. Maka aku pun kena leter laa time tue. Tapi aku wat tak hirau sangat sebab aku nak cepat ke Stesen Bas lak nak pegi KL. So da siap2 kemas & makan kakak aku hantar aku ke Kamunting dengan kete VIVA tue. Sampai sana masih awal lagi sebelum bas datang. So aku amik masa sket pegi beli ketayap sebab aku terlupa bawak kopiah aku. Lepas beli ketayap aku dengar bunyi azan. Kalau ikutkan aku dah niat utk buat Jamak Ta'khir tapi ntah macam mana bila dengar azan rasa nak solat terus lak. So aku pun terus pegi ke surau stesen bas tue & solat zohor dulu.

Elok je lepas solat zohor aku keluar dari surau nampak satu bas Transnasional gerak depan aku. Then aku rasa macam nak tengok jam. Tengok2 dah pukul 1.31 tengah hari. Aku mula rasa tak sedap hati. Terus aku pergi kat kaunter tanya bas ke KL dah jalan ke. Kakak tue cakap baru je, traffic light pun dia tak sampai lagi. So aku pun kejar bas tue. Memang aku nie lari cepat semput tapi masa tue ntah apa tenaga datang kat aku memang aku kejar bas tu sungguh-sungguh. Malangnya, elok aku dekat je ngan traffic light tue tiba2 lampu tukar ke hijau & bas tue dengan selambanya gerak tak tunggu aku. Padahal akak kaunter tue cakap dy akan call driver bas suruh tunggu. Then aku lari balik kaunter cakap laa asal bas tak tunggu kejap. Then akak tue cam nak marah aku lak. Then dia suh aku kejar bas sebab bas mungkin akan tggu aku kat Tol. Aku pun cepat2 cari teksi & pada masa sama cek duit. Aku tanya pak cik tue pegi tol Kamunting bape tambangnya? Pak cik teksi tue cakap rm10. Aku cek2 duit aku memang cukup2 rm10 je aku ada.

So aku pun naik teksi dalam usaha nak kejar bas yang aku tertinggal tue. Dengan penuh harapan aku mintak uncle teksi (yg drive tue India) tue speed up teksi dia. Tapi elok je sampai kat Tol Kamunting aku tak nampak pun satu bayang bas yang tengah tunggu. Memang aku fed-up betul laa masa tue. Geram sangat2. Then aku pikir balik kalau nak patah balik pegi stesen nie mesti double tambang aku. So aku tanya laa kat uncle tue kat area Kamunting tue ada mesin ATM tak. Kalau ada aku nak keluar duit dulu. Kalau tak aku memang tak leh bayar tambang laa jawabnya. So dengan penuh kekecewaan aku patah balik laa ke Stesen Kamunting. Tambang aku keseluruhannya naik teksi tue RM18.

Sampai je kat Stesen Kamunting aku terus cari tiket lain yang dekat masanya. Masa tue dah pukul 2 dah. So aku pegi ke kaunter Star Mart. Tak sempat tanya diorang dah offer kat aku tiket pegi KL kul 2.15 petang. So aku pun terima je laa. Tapi diorang cakap yang tempat duduk aku nie panas sebab kat belakang sekali. Aku pun masuk dalam bas & cek tempat tue tapi bila pikir balik kalau aku tak accept, bas mana lagi aku boleh amik. So aku pun beli laa tiket bas walaupun aku terpaksa endure tempat panas yang aku akan duduk tue. Nie laa first time dalam hidup aku naik bas ekspress ke KL tapi aku berpeluh-peluh kepanasan.

Sebelum aku beli tiket Star Mart ke KL tue aku dah rasa buntu dah. Ingat nak balik rumah je masa tue. Tapi bila pikir balik aku da janji nak datang. So aku kena pegi jugak. Maka aku memang tak mau putus asa laa. Selagi ada alternatif aku akan cuba alternatif yang ada janji aku sampai ke tempat yang aku nak pergi. Memant terasa laa aku diuji Allah masa tue. Terasa gak yang Allah bayar cash je dosa aku nih. So bila jadi macam nie aku macam tersentak sket mula-mula tue. Memang tak sangka langsung aku boleh kena tinggal bas. Benda tue memang tak ada terfikir langsung. Semua tindakan aku nie berlaku on the spot je.

Maka bermulalah perjalanan hampir 12 jam aku hanya untuk sampai ke destinasi yang aku tujui. Kenapa 12 jam?? Sebab ujian aku bukan setakat kat Stesen Kamunting je. Even dah sampai kat KL pun aku diuji lagi dengan beberapa ujian yang lain tapi aku tak rasa ingin kongsi pasal tue. Biarlah aku simpan untuk diri sendiri. Tapi secara totalnya tambang aku ke KL saja untuk hari tue dari stesen Kamunting ialah RM65.60. Nie total setelah dicampur tiket Transnasional, Teksi & bas Star Mart. Hanya untuk pergi ke KL. Aku pegi ke KL lak bukan atas urusan saja-saja pergi tapi ada satu tanggungjawab yang perlu aku laksanakan. Jadi nie laa pengalaman yang Insya-Allah mematangkan aku dalam menghadapi ranjau kehidupan pada masa akan datang. Apa yang penting, jangan cepat putus asa kalau kita nak sesuatu tue. Gagal bukan bermakna kita nie gagal selamanya tapi kita perlu cari alternatif lain untuk mengatasi kegagalan tersebut.

Kalau rasa ada pengajaran di sebalik kisah nie...sila kongsikan pengajaran anda di ruangan comment..huhu


p/s : Al-Fatihah untuk Ustaz Hassan Shukri yang telah kembali ke Rahmatullah


1 comments:

ADILAH BINTI KAMAL AZIZI said... [Reply to comment]

semoga ujian/mehnah bernilai tarbiyah, semoga gelisah bernilai ibadah, semoga tadhiyah mengundang mardhatillah..