Apr 7, 2010

Home » , » Kebersamaan merapatkan ukhuwwah

Kebersamaan merapatkan ukhuwwah

Awal-awal masuk UTP dulu ada jugak beberapa kali dibuat Liqa' untuk ex-KISAS di UTP. Aku still ingat kata-kata abang Din Paiman pasal kebersamaan. Macam mana antara batch diorang tue dikekalkan kebersamaan untuk menjaga diri masing-masing. Bukan assabiah atau perkauman dll tapi untuk jaga diri daripada kejutan budaya yang bakal diterima ketika diri berhijrah daripada sebuah institusi yang mana menekankan aspek sains dan agama dalam kehidupan, selanjutnya bercuti beberapa bulan di rumah dan akhirnya menjejak kaki di dunia baru yang mana tak sama lagi macam institusi yang menjaga kita suatu ketika dulu. Seolah-olahnya menjengah ke satu dimensi lain alam (haha...ayat xleh blah).

Jadi kebersamaan itu adalah pengukuh atau pengikat ukhuwwah antara kita. Bagaimana Nabi Muhammad saw berukhuwwah bersama para sahabat adalah kerana kebersamaan mereka dalam menegakkan agama Islam. Sama-sama mengharungi pelbagai rintangan, ujian dan dugaan. Pahit manis sama-sama ditanggung akhirnya menjadikan ukhuwwah itu semakin mantap. Jadi ukhuwwah tue tak datang bergolek ke tanah macam mana durian gugur dari pokoknya.


Usah dibicara bab ukhuwwah andai kita tak meningkatkan kebersamaan antara kita. Ukhuwwah itu bukanlah sekadar perkataan kosong yang tak ada makna. Tapi andai benar nak dapatkan kemanisan ukhuwwah itu, ayuh bersama dalam pergerakan kita. Tak kira dalam organisasi Islam atau tidak, bila kita bekerja bersama & mengharungi susah senang bersama, lama-lama kita akan menjadi makin rapat. Cuma bezanya kalau dalam organisasi Islam nie kita berukhuwwah kerana Allah dalam merealisasikan matlamat kita untuk bersama kemenangan Islam.

Macam post aku sebelum nie aku ada nyatakan pasal 3 peringkat ukhuwwah. So tak perlu kita nak sibuk-sibuk komen tentang masalah ukhuwwah dalam organisasi andai kita tak mampu nak berlapang dada dengan sahabat kita, andai kita tak mampu nak sama-rata dengan sahabat kita & kalau kita tak mampu nak melebihkan sahabat dari diri kita sendiri. Jadi bagi aku tindakan itu yang penting, jangan tau cakap ja. Kita kata kurang ukhuwwah antara kita jadi tingkatkan ukhuwwah antara kita. Ukhuwwah tue satu perkara yang perlu dipupuk bukan dipaksa.


Tue je laa rasanya sekadar nak update blog. Banyak benda nak dibincangkan tapi bila banyak sangat dia jadi serabut kepala otak. Tak dapat fokus topik perbincangan...huhu

Sekian..

1 comments:

Mister Mirull said... [Reply to comment]

semoga kita sentiasa in touch untuk menjaga diri msing2...