Apr 17, 2010

Home » » Tarbiyyah melalui Pengalaman

Tarbiyyah melalui Pengalaman

Akhirnya mampu juga update blog. Walaupun sebenarnya tak laa lama sampai 2 bulan or tiga bulan tapi bagi aku lama laa sebab aku dulu rajin update. Nak kata sebab kekangan kesibukan bulan 4 nie aku tak rasa macam tue sangat pun sebab dalam sibuk-sibuk tu tetap ada masa aku ada kat depan laptop ni. Jadi nie semua atas dasar keinginan nak meng'update' blog tue saja. Aku agak blur nak update blog sekarang. Bukan nak kata blog aku nih dah syumul, merangkumi seluruh aspek kehidupan berlandaskan Islam. Tak pun cumanya aku dah blur nak letak tajuk apa. Kalau ikutkan dari sudut idea tue banyak. Tapi bila nak menaip nie dia tiba-tiba hilang macam tue je. Mungkin Allah sekat ilham aku tue sebab nak suruh aku kaji lagi benda yang aku nak taip tue supaya aku tak sampaikan perkara yang tak betul. Mungkin jugak sebab dosa yang aku buat Allah tak bagi aku ilham nak menaip takut-takut aku tak buat apa yang aku sendiri galakkan buat. (Ingat Surah As-Soff : 2-3).

Start dari awal bulan sampai hari nie je dah macam-macam yang jadi dalam hidup aku. Daripada awal-awal bulan aku hadapi penipuan April Fool yang aku tak sambut. Then minggu lepas tue aku ada Fardil Muslim Camp dekat Trong, Taiping. Yang nie lagi banyak benda baru aku dapat. Minggu lagi satu lak dalam hari rabu aku ada Foundation Graduation. Aku sebagai komiti Promotion & Publication (PnP). Dalam event nie pun macam-macam gak. Ada benda yang aku kata ok & ada juga benda yang terlepas pandang. Tapi tak apalah, aku pun dah luahkan kat sorang Hi-Com dia. Harapnya benda macam nie tak berulang lagi nanti. Tapi apa-apapun alhamdulillah aku menjadi salah seorang student yang terima Dean's List Award masa tue. Harapannya untuk final semester foundation nie pun aku mampu score jugak laa.



Ok lepas Foundation Graduation nih aku akan ada Ijtima' Thanawi Rakan Masjid. Aku bukan komiti tapi sekadar perwakilan saja. Cumanya menjelang Ijtima' nie aku pun sibuk nak menyiapkan laporan kewangan lajnah aku untuk bagi kat bos besar bendahari RM. Lepas tue semalam 16/4/2010, aku, izat & adlan hadir dalam apa yang kami gelarkan sebagai 'Usrah Marathon'. Kalau ramai orang suka pakai istilah movie marathon kami pun ada Usrah Marathon. Nak kata betapa best usrah nie sebenarnya.

Hari Jumaat laa hari yang macam-macam dalam hidup aku dalam minggu nih. Dalam pukul 2 pg aku terjaga sebab terkejut dengan bunyi bising. Perut pun dah start lapar, izat lak ajak aku keluar makan time tue. Aku pegi je. Dah habis makan aku balik bilik tapi tak boleh tidur lak. So tengah-tengah online abang luqman lak PM aku kat GTalk. So start laa conversation kitorang tak silap aku sampai 4.30 pagi. Lepas tue pagi Jumaat aku bangun cam biasa & wat rutin biasa. Sebelum pegi Solat Jumaat aku lunch dulu kat cafe nak elak sesak lepas solat nanti. Then after Solat Jumaat tue patutnya pegi kira tabung masjid tapi tak jadi pulak. Then dah balik bilik aku dah jadi blur, lost abes laa. Dalam pukul 4 petang aku tertidur & nyaris-nyaris terlepas Asar sebab terjaga balik kul 6.40 ptg. So dah solat Asar nie aku jadi pening jap. Nie laa bahaya tidur lepas Asar, kepala otak jadi jem sekejap. So dalam aku duk blur tue sampai laa Maghrib, solat Maghrib jap then termenung lagi. Mandi pun tak lagi nie. Lepas tue dalam kul 8 malam tue baru izat hantar sms kat aku kata ada meeting kat masjid lama. Aku baru teringat..adess. Siap cepat-cepat terus pegi masjid then meeting. Abes meeting, kami solat Isya' berjemaah lepas tue pergi lak Masjid An-Nur untuk usrah LTK ngan Abang Fauzi.


Time usrah nie tak ramai yang datang sebab tak ada di UTP & ada urusan lain. Yang datang juz aku, izat, adlan & hasyeme je. Sesi usrah macam biasa kami mulakan dengan bacaan al-Quran, lepas tue aku gantikan tempat abang Mu'ez bagi tazkirah untuk usrah masa tue. Aku cuba relate apa yang aku sampaikan dengan sirah Rasulullah ketika peperangan Khandaq sebab abg Mu'ez kena bagi tazkirah tentang tue. So aku pun letakkan satu sifat Rasulullah yang tak ego & boleh terima pendapat walaupun dari orang bawahan. Jadi aku ajak semua sahabat-sahabat untuk kita sama-sama rendahkan ego kita. Jangan rasa diri tue hebat sangat sebab hebat-hebat kita ada yang lagi hebat dari kita. Dan akhirnya yang paling hebat tue hanyalah Allah swt. Lepas sesi tazkirah masuk laa pengisian usrah kami. Usrah malam tue kami ditekankan tentang memahami apa itu tarbiyyah. Lepas tue ada sesi q&a. Rasanya aku sorang yang tak tanya soalan. Bukan sebab dah paham tapi aku tengah blank lagi masa tue & aku lapar sangat-sangat sebab tak makan lagi. Tapi banyak laa soalan yang diutarakan hasyeme, izat & adlan. Best sangat. Then tutup majlis ada tasmi' surah As-Soff & checklist Muthabaah. So dah selesai tue dalam kul 11 lebih aku pun ajak izat gi makan. Last2 semua pegi dengan Abang Fauzi pun join kami pegi v5 untuk makan. Hasyeme tak ada sebab dy ada hal lain.


Sampai kat v5 kami makan-makan sampai dalam pukul 12 t/malam gak laa. Dah habis makan, kami rushing pegi Masjid lama pulak sebab ada Usrah lagi satu. Yang nie pun best jugak. Satu sesi usrah 4 kitab jadi rujukan. Abang Din kali nie bawak 3 bab berkaitan ibadah, akhlak & jihad. Bab ibadah ada dua kitab dijadikan rujukan. Satunya Bingkisan Da'ie Waqafan (Syllabus usrah KISAS) untuk huraikan definisi ibadah. Untuk slot ibadah, malam tue kami dapat tau yang wujudnya solat batin. Kitab rujukan ialah Pati Munyatul Musolli. Aku memang selalu dengar kitab nie tapi aku tak pernah ngaji kitab nie lagi. Then untuk bahagian akhlak kitab rujukan kami kitab Bidayatul Hidayah oleh Imam al-Ghazali, kami ambik yang first iaitu bab adab ketika bangun dari tidur. Last sekali tentang jihad, kitab Risalah Jihad karangan Ustaz Zulkifli Ismail, Mudir Baitul Qura' Melaka yang dijadikan rujukan kami. Tue pun kami bicarakan bab pertama tentang keutamaan jihad dari ibadah lain yang mana perumpamaan jihad ini ialah apabila kita berada di masjid dan bersolat tanpa henti, zikir tanpa henti, puasa tapi tak berbuka sampailah orang yang berjihad itu pulang dari jihad mereka. Barulah sama martabat kita dengan orang yang keluar berjihad. Untuk sesi konklusi pulak Abang Asyran bagi & konklusi yang diberi tue menarik & banyak input lain yang boleh diambil.

Lepas tue, kami semua tidur di Masjid Lama sebagai persiapan qiamullail. So memang terasa laa jugak. Petang tue aku rasa kosong sangat-sangat. Malam tue alhamdulillah terisi waktu lapang aku. Kalau laa aku tak ada apa-apa aktiviti sekalipun aku tetap ada pilihan lain sebab abang Fadhli ajak aku jadi AJK untuk Mukhayyam Smart Group. Program yang menarik sangat-sangat. Jadi hari nie dah Sabtu, malam nie dah start Ijtima'. Minggu depan ada program lagi. Aku bakal berkunjung ke sekolah lama aku di Seri Iskandar minggu depan. Habis program dalam 24/4 malam tue plak aku nak pergi Konsert Kembara Sufi. Tiket pun dah beli. Esoknya pulak aku ada program lagi untuk sehari. Huh, aku ingat masuk bulan 4 nie aku memang free laa sebab aku dah habis event-event besar. Rupa-rupanya tak lagi. Habis satu event datang event yang lain. Tapi aku rasa lagi ok macam tue daripada aku duk wat benda lagho je kan.


Dalam usrah LTK abang Fauzi ada sebut pasal Tarbiyyah melalui pengalaman. Jadi bagi aku, inilah tarbiyyah yang aku terima sekarang. Aku ditarbiyyah dengan event-event yang aku sertai, aku ditarbiyyah dengan bermacam-macam pengalaman yang aku timba sepanjang 3 semester foundation aku ada kat UTP nih. Memang satu pengalaman yang sangat hebat. Pengalaman mampu mematangkan kita & pengalaman inilah yang mengajar kita erti kehidupan. Ujian & kepahitan sekadar menguji keimanan kita kepada Allah. Allah uji adakah kita nie meletakkan 100% keyakinan hanya kepada Allah saja ataupun tak ada nama Allah sebagai pergantungan kita seharian. Jadi pengalaman yang aku dah dapat sebulan nie pun bagi aku dah cukup-cukup berharga.

So itulah sekitar apa yang berlaku dalam hidup aku dalam bulan April nie. Insya-Allah seminggu lagi aku akan terima Test Marathon pulak. Semua test dalam seminggu. Memang boleh demam aku macam nie..huhu.

Sekian...



3 comments:

ieraros said... [Reply to comment]

salam..

wa..aku kagum cara ko pandang situation bila takde ilham nak tulis about ape :D

banyak gak ye program2 keagamaan kat sane. Aku bile dok umah ni, rase ksong je, rse ketinggalan.. ;(

pape pun, goodluck in your life ok!

-Moge2 trus thabat dgn perjuangan..Aaamiin..

Mister Mirull said... [Reply to comment]

semoga kekal dlm jalan dakwah~

al-bagani said... [Reply to comment]

iejan...

oh2...stp keadaan yg berlaku dlm diri ak, ske ak aggp sbg tarbiyyah utk ak...

kt sini mmg byk program dy...juz nk or xnk je dtg k program2 brbntk islam nie..

mirull...

insya-Allah...doakan ak trus thabat..