Apr 2, 2010

Home » , , » Fool orang yang menyambut April Fool

Fool orang yang menyambut April Fool

Semalam 1 April merupakan hari yang diberi nama sebagai April Fool yang mana kalau diteliti dalam sejarah Islam, hari inilah hari di mana seluruh umat Islam di Kota Granada, Sepanyol telah dibunuh beramai-ramai selepas diperdaya tentera Salib. Peristiwa menyayat hati ini patut dijadikan iktibar kepada kita sebagai umat Islam. Tapi bukanlah kita disuruh menyambut April Fool!!! Maka 'fool'lah orang yang menyambut April Fool ini.

Sebelum aku panjangkan penulisan aku nih, aku ucapkan takziah kepada keluarga dan saudara-mara Din Beramboi yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi (nie bukan tipu..nie betul2).

Kematian itu bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main. Tapi tetap ada jugak orang yang suka bermain-main dengan perkara-perkara pasal mati nih. Semalam, aku & kawan-kawan aku (Batch 53 KISAS @ SPM08 KISAS) telah di'april fool' oleh (aku xnak tau sape dia) yang bagi satu cerita tipu kata sorang sahabat kitorang meninggal dunia sebab accident. Aku kira nie perbuatan yang gila-gila melampau laa. Memang aku belasah orang yang bawak cite tipu nie. Kalaulah orang yang sebarkan berita nie dari kalangan batch aku jugak pun aku sanggup belasah. Mana taknye, menipu tue da laa berdosa. Pastu tipu lak benda yang gila-gila series. 

Cuba bayangkan bila semua orang dah percaya dia meninggal. Pastu satu hari tue buat reunion tiba-tiba kawan kita yang dikatakan mati tue muncul. Tak ke lari lintang-pukang semua nanti sebab dah sangka dia dah mati. Bayangkan jugak laa kalau mak & ayah dia yang tak tau apa jadi, tiba-tiba terbaca cerita yang anak sendiri dah mati sedangkan tue cerita tipu!!! Macam mana rasanya?? Boleh bayang tak? Buatnya salah sorang dari parent or maybe dua-dua sekali ada sakit jantung, bila dapat tau berita tipu nie pastu terkejut besar & meninggal dunia sebab sakit jantung. SIAPA YANG DIANGGAP SALAH DALAM HAL NI KALAU MACAM TU?????

Nie laa masalah kalau tak fikir consequence yang akan berlaku bila buat sesuatu perkara. Ingat mati-mati nie benda main-main ke? Sedangkan ketika kewafatan Nabi Muhammad sendiri pun Saidina Umar sampai menghunuskan pedang kepada sesiapa yang kata Nabi Muhammad dah wafat kerana bagi dia Nabi Muhammad belum wafat. So kesan penipuan nie boleh affect semua pihak dari sudut perasaan, fikiran dll. Cuba kalau penipuan macam nie kena kat batang hidung penipu tue sendiri. Agak-agak macam mana reaksi dia nanti.


Kalau nak cakap kita nie kena siasat dulu bila dapat sesuatu berita. Memang aku siasat. Tapi macam mana aku boleh percaya? Aku yakin kawan aku yang bagitau berita nie tak tipu sebab aku yakin diorang tak menipu & takkanlaa diorang nak menipu bab-bab mati nie. Gila ke ape?? Tapi last-last penipuan nie dah jadi berangkai sampai semua letak status kat facebook, ym, gtalk dll. Semua orang baca pasal kematian ni & ada yang baru dapat tau. Lepas tue semua pakat tanya 'betul ke?'.

Yang lagi sedih, benda nie jadi dengan tanpa pengetahuan tuan punya badan pulak tue. Lagi sedih. Aku sampai dapat call dari tuan punya badan sendiri & dia tanya aku pasal benda nie. Tak ke dia rasa sedih. Aku tak tau laa nak kata macam mana lagi kat orang yang reka cerita tipu nie. Selagi dia tak mintak maaf kat semua orang yang dia dah tipu, aku tak tau laa macam mana dia nak tanggung semua penipuan yang dia dah buat. Berita nie dah heboh merata sampai orang duk tanya benda nie. Macam mana pulak tuan punya badan nak deal dengan keadaan yang mana orang anggap dia dah mati? Tolong laa jangan buat sesuatu yang gila macam nie. Tuhan pun tak suka. Tak sape yang suka.

Last word, aku tujukan kat orang yang bawak cite bohong nie, bek ko mintak maaf kat semua orang especially tuan punya badan. Kalau tak...paham2 laa...

5 comments:

Muhammad Shukri Safiee said... [Reply to comment]

tau x pe..
mmg tension gler ar spe yg menipu tu..hrp bkn dr kalngn bdge kite..

aida said... [Reply to comment]

owhh. patutla marah sangat kau kat ym hari tu. kesian kawan kau yang jadi mangsa. haish. dalang tu, takde hati perut ke ape??

-li.zue- said... [Reply to comment]

sangat tak paham dengan orang yang main-main pasal benda ni.

nasib baik tak sebarkan kat cikgu-cikgu lagi.

kalau tak,
kan dah tak memasal,
semua orang menipu haritu.

=____________=

aku sedih plus geram,
budak2 yang main2 tu..
gaya macam tak pernah belajar agama.

moga dibuka pintu hati untuk bertaubat.

al-bagani said... [Reply to comment]

shuk
harapnye gitu laa...

aida
tue laa pasal...gile kot..

zue
rsanya ak da trbgtau cikgu norhizan msa tue...gila btoi

-li.zue- said... [Reply to comment]

really?
heheh.

cikgu ada cakap pape tak?
aku nasib baik tak send msg kat teacher aumi.

agak2.kat kisas kecoh tak pasal ni?