Mar 14, 2010

Home » , , , » Ilmu itu semuanya milik ALLAH

Ilmu itu semuanya milik ALLAH

Pergi kenduri hari nie aku berjumpa dengan sahabat lama aku. Sahabat sekolah rendah dulu. Alhamdulillah dia orang yang bagi aku hebat. Walaupun berasal dari sekolah yang latar belakangnya tidaklah berlatar belakangkan sekolah agama. Cuma mengambil Kelas Aliran Agama (KAA) saja. Alhamdulillah sekarang dia meneruskan pengajian di Kolej Islam Darul Ridzuan di Kuala Kangsar dalam bidang syariah. Syeikh ana doakan nta berjaya dalam pengajian nta. Semoga cita-cita menyambung pelajaran ke Jordan tercapai.


Pun begitu, aku ditanya satu soalan yang bagi aku agak cepumas...huhu. Sahabat tue tanya aku kenapa tak sambung dalam bidang agama? Terus aku ter'flashback' zaman lepas SPM dulu yang mana aku telah di'target' oleh kawan-kawan se'batch' di KISAS sebagai calon stayer yang akan meneruskan perjuangan di KISAS. Tapi mungkin minat aku yang mendalam dalam bidang ICT menyebabkan aku tak mengambil bidang lain dalam pengajian tinggi aku. Tapi nie bukan alasan bagi aku untuk terus berhenti dalam terus belajar ilmu-ilmu ALLAH nie.

Pastu teringat pulak kata-kata Ustaz Zul ketika daurah di Baitul Qurra' tahun lepas bila Ustaz cakap "kamu nie budak2 sekolah agama patut pergi Al-Azhar. Kalau takat nak jadi doktor, jadi engineer, kita ada budak Alam Shah, MCKK, dll." lebih kurang camtue jugak laa yang Ustaz kata. Makan dalam jugak aku bila dengar ayat ustaz tue. Macam nak suruh kami semua yang pergi daurah tue stay kat KISAS je. Last2 dari semua geng2 muslimin yang pergi daurah tue dua orang je yang stay. Sahabat aku tue Mursyid (kini Presiden BADAR) & Zuhilman (kini merangkap exco BADAR). Tak dilupakan sahabat2 stayer yang lain Farid, Asroy, Farida, Solehah & Farhana. Antum sume memang hebat. Hanya Allah mampu membalas jasa2 kalian.

Berbalik pada soalan yang sahabat aku tanya tue. Aku juz kata aku nak pegi ke bidang lain pulak. Dia tergelak sikit pastu dia ingatkan aku jangan lost sudah laa. Insya-Allah tak lost aku kata kat dia. Then aku pun promote laa suh dia datang Kembara Sufi kat UTP nanti...huhu..sempat ag kan. Jadinya kat sini tak kira lah bidang apa sekalipun yang kita ambik, kalau kita dah ada basic2 agama nih kita da ada taklifan untuk berdakwah kepada orang lain. Aku terbaca satu artikel menarik yang dia kata dia tak heran kalau budak tak pernah belajar kira 123 xleh baca 123 tapi heran sangat kalau budak da belajar sampai darjah 6 tapi tak reti kira 123. So tak heran laa kalo orang yang tak diberi kelebihan belajar skolah agama langgar perintah Allah sbb mungkin diorang tak tau. Tapi heran sesangat bila orang yang belajar skolah agama langgar perintah Allah..

kembara sufi

Ok. berbalik pada tajuk kita semula...huhu...ngarut dah ak nih...c(=

So aku belajar apa sekalipun semua tue ilmu Allah. Segala teknologi yang ada kat dunia nie semuanya milik Allah, kalau bukan kerana Allah kurniakan manusia nie dengan akal, semua penemuan nie tak akan berlaku. Kalau Allah tak turunkan al-quran pada kita yang penuh dengan hikmah, maka tak wujud segala penemuan2 yang hebat2 kat muka bumi nih. Kita tak mungkin dapat tau. Cumanya niat kita yang menentukan kita belajar nie adakah kerana Allah atau sebab kita nak keja bagus & dapat gaji tinggi saja.
Ingatlah, kalau nak dunia kena ada ilmu, nak akhirat kena ada ilmu, nak dua2 pn kena ada ilmu jugak. Tapi kalau setakat ada ilmu tp tak amal itu tak guna namanya. Jadi manfaatkanlah segala ilmu yang ada ye...c(=

nie post ulang tahun aku yang ke-19...huhu

0 comments: