Mar 19, 2010

Home » » Ada Ilmu...sampaikan walaupun sedikit

Ada Ilmu...sampaikan walaupun sedikit

Hari nie aku wat rutin harian aku iaitu online...cuti2 xde keje len ngadap laptop je aku nih. Tapi rasanya kat kampus pun asek depan laptop gak. Online pun online cuma rutin dia sedikit berbeza. Kalau kat kampus tue duk depan laptop tue sama ada online, wat esaimen, maen game or tersadai je kat situ tp aku away. Tapi kat umah nie memang aku duk depan laptop je laa. Letak laptop kat ruang tamu umah, sambil tengok tv sambil online, sambil baca buku sambil online, dll...semua aktiviti aku mostly depan laptop. Ada jugak keluar tapi jarang sebab tak ramai member balik cuti kali nie. So disebabkan xde mende nak buat aku pun duk depan laptop je laa.


Yang heran, hilang pulak segala idea nak mengupdate blog nie masa cuti kali nih. Kalo tak masa nie aku manfaatkan utk imarahkan blog nie. Bukan apa, nak melatih diri sendiri gak. Kalau nak bilang bape ramai yang baca blog aku nih memang boleh bilang laa kot. Aku tak mengharap semua orang Malaysia bukak blog nih. Aku pun banyak salah silap lagi. So kalau ada apa2 yang tak kena dalam penulisan aku nih tegur2 laa ek. Aku nie bukan orang bidang agama pun, bidang ICT tp nak tulis bab2 agama lak..xpe2..ak pn nk jd teknokrat Islam kan, so kna laa dalami jugak ilmu agama.

Malam nie aku tengok pertandingan akhir Rancangan Realiti TV Adik-adikku kat Tv1. Boleh tahan laa jugak bila aku tengok macam2 style penyampaian tazkirah dari peserta-peserta yang rata-ratanya still sekolah rendah. Tapi bagus laa program nie, sekurang-kurangnya nie sebagai satu usaha nak melahirkan dai'e di masa hadapan. Dengan kemahiran masing-masing, kita sebarkan dakwah melalui setiap medium yang halal dalam Islam. Kalau kita mampu untuk bercakap di khalayak ramai, apa salahnya berkongsi sedikit ilmu. 


Tapi berdakwah nie bukan sekadar bagi tazkirah kat surau, bagi kuliah kat masjid or bagi ceramah saja. Even masa kita duk sembang2 dengan kawan-kawan pun kta boleh masukkan elemen dakwah. Mungkin dalam bentuk penceritaan untuk memberi kesedaran. Jadi melalui program adik-adikku nih Insya-Allah kita mencungkil bakat anak-anak muda dan memandunya ke jalan yang diredhai Allah. Tahniah kepada JAKIM atas usaha ini dan tahniah kepada Tv1 kerana menyiarkan program macam nie.

Walaupun dia ala2 Pidacil cam kat Indon pn apa salahnya, benda baik elok ditiru. So kalau kita nie ada walaupun secebis ilmu agama jangan takut untuk disampaikan. Kongsikan saja walaupun sikit. Itu lebih bagus daripada tak berdakwah langsung. Sabda Rasulullah s.a.w.

"Wahai Manusia, sesungguhnya Allah berfirman kepadamu: Suruhlah (manusia) berbuat ma'ruf dan cegahlah mereka dari kerja-kerja munkar sebelum ( tiba suatu waktu di mana) kamu meminta, lalu aku tidak lagi menerimanya, dan kamu memohon pertolongan lalu aku tiak menolong kamu lagi" .
(Hadis Riwayat Ibn Majjah dan Ibn Hibban)

Mungkin kita masih belum cukup ilmu tapi kita masih perlu menyampaikan apa yang kita tahu & pada masa yang sama kita cuba melengkapkan diri. Jadi jangan letakkan satu persepsi bahawa diri sendiri tak mampu buat sesuatu perkara. Tue satu bentuk pemikiran yang bagi aku sangat laa tak baik. Kita kena sentiasa bersikap positif dan optimis dengan kemampuan kita. Allah tak akan bebankan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu nak hadapi. Tapi kalau kita bersungguh-sungguh, Insya-Allah kita akan menemui jalan yang benar.


Takut juga kalau kita tak sampaikan apa yang Allah suruh kita sampaikan nanti kita dilaknat Allah pula. Firman Allah :

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡتُمُونَ مَآ أَنزَلۡنَا مِنَ ٱلۡبَيِّنَـٰتِ وَٱلۡهُدَىٰ مِنۢ بَعۡدِ مَا بَيَّنَّـٰهُ لِلنَّاسِ فِى ٱلۡكِتَـٰبِ‌ۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ يَلۡعَنُہُمُ ٱللَّهُ وَيَلۡعَنُہُمُ ٱللَّـٰعِنُونَ

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. 
(2:159)

Aku dah banyak kali dah cite pasal keperluan dakwah nie, ntah bape kali da kan...yang baca pun sampai da jemu kot baca. Sambil2 baca diorg dalam hati (xde bende len k nak tulis...asek psl nie je). Sebab aku rasa benda nie laa yang penting pun tue sebab aku tekankan lebih. Dah ada ilmu kena laa berdakwah. Sekarang pun dakwah tue dah jadi fardhu ain disebabkan tiadanya payung yang menaungi umat Islam sekarang iaitu Khilafah.

Sekian..

0 comments: