Kita sedar kewujudan organisasi yang kebanyakannya diberi nama Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) atau mungkin juga dengan nama-nama yang lain di sekolah-sekolah agama, sekolah berasrama penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sekolah-sekolah lain di seluruh Malaysia. Namun adakah fungsi organisasi atau persatuan tersebut hanyalah seperti persatuan-persatuan lain sebagaimana gerak kerja persatuan Bahasa, atau mungkin persatuan-persatuan yang lain? Ataupun perlunya kepada satu fungsi khas kepada organisasi BADAR ini dalam membantu sekolah memperkasakan akhlak pelajar dan mengukuhkan sistem nilai dalam kalangan pelapis kepimpinan negara itu?
Sangat menakutkan apabila merujuk kepada pendedahan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara tentang peningkatan Anak Luar Nikah yang didaftarkan setiap tahun.
- 2007 : 16,100 anak luar nikah
- 2008 : 16,541 anak luar nikah [peningkatan sebanyak 2.74%]
- 2009 : 17,303 anak luar nikah [peningkatan sebanyak 4.61%]
Atas sebab tue aku melihat satu keperluan penting untuk memperkasakan pentarbiahan di peringkat sekolah untuk membina akhlak dan peribadi belia sebagai 'future leader'. Bayangkan daripada kiraan yang aku buat tadi. Tue baru yang didaftarkan anak luar nikah, belum campur yang buang anak, mat rempit, bohsia, penagih dadah, masalah sosial, seks bebas dll. Kalau ada jugak statistik untuk semua tue ntah berapa banyak laa dalam setahun masalah-masalah yang banyak melibatkan remaja nih. Takut juga masa depan nanti disebabkan terlampau ramai dah jadi penagih, buat election orang yang bertanding pn penagih jugak, then penagih tue menang election & geng2 macam ni jadi pemerintah negara. Aduh, tak sanggup dibayangkan. Bukan aku pandang jijik kat penagih or orang-orang yang sewaktu dengannya tapi bayangkanlah kalau negara ditadbir dengan orang-orang yang macam nie yang sepastinya tak menggunakan al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan utama. Habis laa Malaysia kalau macam tue.
Jadi satu perubahan drastik perlu diambil untuk menyelesaikan penyakit kronik bawaan virus hedonisme yang melanda belia remaja sekarang. Dalam erti kata lain perlunya untuk kita membina semula akhlak sebenar seorang Muslim di dalam hati-hati golongan pelapis. Jadi BADAR tidak lagi berfungsi sebagai persatuan yang biasa-biasa saja tapi perlunya diperkukuhkan lagi dengan sistem yang hebat. Segala aktiviti yang dilakukan BADAR perlu disokong oleh pihak sekolah dan lebih molek juga aktiviti tahunan BADAR dimasukkan ke dalam takwim sekolah untuk mengelakkan 'event redundancy' berlaku yang mana ada panitia hendak melaksanakan kursus untuk subjek tertentu tapi bertembung dengan aktiviti lain daripada panitia lain mahupun BADAR. Malah aktiviti yang dilakukan BADAR perlu diletakkan sebagai satu prioriti tinggi demi mengimbangi pelajar dari sudut akademik dan rohani.
Guru-guru juga tak perlu rasa bimbang dengan program BADAR dapat menyekat proses pembelajaran pelajar. Sesungguhnya Allah ada bersama untuk membantu, aku sendiri pun masa dekat sekolah dulu bukanlah top student, aku aktif dalam aktiviti anjuran BADAR & dalam masa yang sama aku tak pernah abaikan tanggungjawab sebagai pelajar. Namun begitu aku bersyukur kerana Allah masih bagi aku result yang aku kira baik dalam SPM. Dengan berpegang kepada dalil dari Surah Muhammad ayat 7:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ
meaning: O ye who believe! If ye help Allah, He will help you and will make your foothold firm.
maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
Jadi yakinlah dengan bantuan Allah & yakinlah andai kita membantu agama Allah, maka Allah akan membantu kita malah mengukuhkan kedudukan kita.
3 comments:
ya Allah. smpai cmtu pningkatan? duh.
lagi awal lagi bagus.....
bak kata pepatah...
buaian digerakkan,
tarbiah di mulakan.
oh...tue lbey bagus..
sng cite mengislahkan sektor pendidikan...
pengajaran & pembelajaran diberi nafas baru berlandaskan al-Quran & sunnah.
Post a Comment