Jan 20, 2010

Home » » Hidup Tak Mudah....

Hidup Tak Mudah....

Nampak gayanya aku tak berapa selesa dengan style penulisan aku yang baru iaitu menggunakan kata ganti nama 'saya' yang aku rasakan lebih sopan digunakan untuk memberitahu sesuatu perkara. Awalnya rasa boleh tahan juga laa sebab aku tak mahu berterusan menjadikan blog aku nih blog yang terlalu santai sampai hilang nilai keilmiahan yang patut ada pada blog nih. Kalau nak dikira berdasarkan AGO (Aim, Goal & Objective) aku. Blog nie sepatutnya menjadi satu blog yang walaupun tak membantu banyak tapi sedikit untuk mendekatkan masyarakat Dunia ini kepada Allah s.w.t. Barulah kena dengan title blog nie Berjalan Menuju Kebenaran. Title yang memang inilah titlenya sejak dari awal penubuhan blog nih pada tahun 2007. Jadi aku akan terus menulis mengikut rentak yang aku rasa aku lebih selesa dengannya tanpa mengurangkan nilai ilmu yang patut ada dalam blog ini. Mungkin teknik aku adakalanya nampak kasar or tak kena gaya, sejuta maaf dihulurkan kerana diri ini masih lagi kecil dan hina dalam dunia perjuangan yang sungguh luas ini.



Walaupun status aku sekarang nih ialah cuti semester, tapi hakikatnya kerja aku tak cuti. Aku masih lagi memegang taklifan sebagai komiti Sponsor Department untuk H4I dan aku mesti laksanakan tugas ini. Dengan harapan masa cuti dapat dimanfaatkan untuk membaca dan berblogging, harapan itu semakin tipis nampaknya untuk aku. Manusia merancang tapi Allah jua sebaik-baik perancang. Aku telah ditimpa satu musibah berbentuk kesakitan yang mana dikatakan oleh Doktor aku mengalami 'allergic'. Jadi mata kiri & telinga kiri aku jadi bengkak. Tambah pula telinga kiri aku nie pun dah lama aku tak korek akibat kehabisan pengorek. Jadi berlaku sedikit kekotoran di situ (maka berlakulah masalah hygiene terhadap diri aku). Lepas nie perlu jaga hygiene keseluruhan bukan setakat badan, muka, gigi, mulut, hidung, mata saja tapi telinga pun kena selalu cuci. Maka bila bengkak disebabkan allergic mata & telinga aku berdenyut-denyut & aku pun sampai tak tahan juga sakitnya. Nak sembahyang pun bila sujud rasa macam nak tercabut urat mata ngn telinga nih. Lepas tue telinga kiri nih sampai tak boleh kuat sangat bunyi yang datang walaupun memang tak dengar apa tapi kalau ada wave yang lalu pun boleh rasa sakit sampai rasa nak pecah gegendang telinga nih. Sakit yang amat. Paling tak tahan sakitnya itu merebak sampai kat mata & telinga kanan sekali. Aduh...pedih sungguh ujian ini.

Oleh hal yang demikian aku tak dapat melaksanakan tugas aku untuk call company mohon sponsor dengan sebaiknya. Tapi tak molek juga tinggal kerja macam tue. Aku try juga cari beberapa orang yang aku rasa boleh tolong bagi sedikit sumbangan dalam event nie. Mana tau kerja yang kecil & sedikit ini dapat bagi effect yang besar kepada keseluruhan event. Insya-Allah. Pun begitu, time aku taip nih sebenarnya sakit tak hilang lagi. Masih tengah tahan sakit. Kalau tengok muka aku pun masih bengkak lagi. Jadi kepada sahabat-sahabat dalam H4I, mohon maaf ye tak dapat laksanakan tugas dengan penuh dedikasi. Juga kepada sahabat-sahabat sponsor department mintak maaf ye tak mampu balik awal untuk join sama-sama dalam field trip & family day H4I nanti. Masih tak sembuh lagi nih. Hidup sekarang banyak bergantung dengan ubat, time pakai ubat la yang paling boring skali sebab kena baring-baring & tak leh gerak takut2 ubat terkeluar dari telinga & mata..hmm



Aku sebenarnya banyak benda yang aku nak postkan dalam blog nih. Tapi disebabkan keadaan aku sekarang aku terpaksa simpan je benda-benda tue jadi khazanah memori aku. Nanti-nanti pulak aku share ye. Macam-macam benda yang berlaku kat sekitar hidup aku sekarang nih & benda-benda nih sedikit sebanyak membantu aku mengharungi proses kehidupan seorang manusia kat atas muka bumi Allah nih. Memang adakalanya kita tak boleh menerima sesuatu perkara tue. Tapi ingat bahawa tak semua perkara yang kita rasa buruk itu buruk sebenarnya. Allah Maha Tahu apa yang kita tak tahu. Jadi banyak-banyakkanla mintak tolong pada Allah dalam apa saja yang kita lakukan.

Prinsip aku, jaga hak Allah tue lagi penting dari jaga hak Manusia. Aku lebih rela kena caci, kena kutuk, kena umpat, kena maki dll untuk jaga hak Allah dari aku nak jaga hati manusia. Dalam melakukan sesuatu perkara itu kita tak semestinya perlu consider kepada perasaan seseorang saja. Perlu Consider All Factors (CAF) dalam hal-hal macam tue. Kena juga tengok kepada faktor-faktor lain. Mungkin masih ramai lagi di luar sana yang mampu menyumbang lebih daripada barisan yang sedia ada. Jangan mengejar pangkat dan posisi dalam kehidupan kalau keupayaan kita tak setaraf dengan pangkat dan posisi yang kita idamkan.



Bermula dari bawah dan mencari pengalaman secukupnya lebih bagus untuk menghadapi segala situasi sukar yang bakal dilalui dalam kehidupan. Kalau Nabi Muhammad s.a.w. dulu nak sebarkan dakwah Islam saja sampai dibaling batu, najis dan macam lagi sehinggakan diugut bunuh, hampir-hampir terbunuh, sampai tertusuk pipi Nabi dengan tombak, sampai Nabi tercedera dalam peperangan, dan bermacam-macam lagi penderitaan Nabi untuk mengukuhkan kedudukan Islam di muka bumi Allah nie. Inikan pula kita yang baru kena kata sikit dah nak melatah teruk. Sabar aje laa dengan kerenah-kerenah manusia tue yang memang kerjanya dari pagi sampai malam kritik sana kritik sini tapi tak ada apa pun yang nak disumbangkan. Boleh laa kata tue baru level 1 bukan level 100 lagi. Banyak lagi cabaran yang ada kat luar sana & kalau level 1 nie pun da mengeluh macam mana pulak dengan level 2 kan.

Bila kita nak buat baik orang akan kata macam-macam. Tak boleh silap, silap sket je abes laa kena kutuk macam-macam. Tapi tue bukan sebab untuk futur atas alasan "Aku buak baik salah, aku wat jahat pun salah". Orang akan kritik kita menandakan kita masih ada kelemahan, so terimalah kritikan itu seadanya. Tapi atas perasaan egoistik yang menebal, kita tak mampu terima pendapat orang lain yang berbeza dengan kita. Kenapa mesti nak memenangkan pendapat sendiri tanpa mengambil kira pendapat orang lain yang mungkin lebih effektif. Kalau betul dah bertekad nak berjuang buat cara nak berjuang. Kalau dah berikrar pada diri sendiri dan kawan-kawan nak berjuang pastikan pegang apa yang diikrarkan itu jangan dikhianati. Kalau nak lari dari perjuangan, tak perlu berikan alasan. Islam tak rugi apa-apa, Allah tak rugi apa-apa kalau hamba-Nya lari dari perjuangan menegakkan agama-Nya. Tapi kita sebagai hamba inilah yang sangat-sangat memerlukan kepada Allah. Kalau kita lari dari perjuangan, Allah akan sediakan pengganti yang lebih bagus dari kita.



Maka, kat sini perlunya kita koreksi diri dan renung kembali dalam setiap perlakuan kita ini, mungkin ada perlakuan kita yang bercanggah dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Mungkin kita ini ada melampaui batas. Mungkin juga kita ini terlampau nak jaga hati manusia sampai lupa hak Allah. Jadi fikir-fikirlah yang mana patut diutamakan.



p/s : Dr Muhammad Badi’ Abdul Majid Samy telahpun ditaklifkan sebagai Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin yang ke-8 menggantikan Ustaz Muhammad Mehdi Akef. Semoga peralihan kepimpinan ini juga bakal menguatkan lagi keutuhan perjuangan Islam di seluruh dunia.

4 comments:

Frodo Baggins said... [Reply to comment]

sujud selayaknya tuk kita
yg bergelar hamba ..
cool entry ~

tp wa x tau saper
Dr Muhammad Badi
jap wa skodenk google ...


>>__<<

Ruhul Jadid (روح الجديد) said... [Reply to comment]

yep2..sujud selayaknya untuk kita..
kita nie hamba Tuhan tp jarang2 doa kt Tuhan..
tp slalu plak kta mmnta-mnta mngampu bos kita..

c(:

syafiqq1991 said... [Reply to comment]

salam.. telinga ko dah ok ke?

Ruhul Jadid (روح الجديد) said... [Reply to comment]

sudah..