Dec 26, 2009

Home » , , » Tamadun Barat Tamadun Paling Fasiq!!!???

Tamadun Barat Tamadun Paling Fasiq!!!???

Seperti dalam tajuk yang tertera pada skrin laptop/komputer anda. Saya mengatakan bahawa Tamadun Barat adalah tamadun paling FASIQ dalam dunia. Setuju atau tak. Ok, nie actually not 100% from my mouth but I heard it from Dr. Adi Setia Mohd Dom at Seminar Pengukuhan Pandangan Alam Islam yang dianjurkan HAKIM & PKPIM di Institut Integriti Malaysia, Jalan Duta. Dalam banyak-banyak sidang part nie jugak laa yang rasanya ada faham sedikit dari tak faham langsung. Sidang lain semuanya sampai sakit kepala nak fahamkan apa yang cuba disampaikan. So secara mudahnya pengisian kat sana berkisar pada lapangan ilmu yang agak high level dan sukar nak faham kalau kita tak rajin baca buku.

Apa sebab tamadun Barat ini FASIQ???

Satunya, apakah yang ada dalam tamadun Barat ini memberi full benefits kepada manusia? Kalau nak disebutkan dalam sektor ekonomi kita ada Kapitalisme. Apa yang kapitalisme bagi pada manusia dengan 'The rich become richer and the poor become poorer'. Apa yang dapat dimanfaatkan kalau kita dalam kelompok miskin. Dulu saya belajar Business Management ada ditunjukkan satu Ilustrasi berkenaan Kapitalisme. Ilustrasi menunjukkan keadaan banjir di satu tempat dan orang yang miskin terus tenggelam, orang sederhana hampir-hampir tenggelam tapi orang yang kaya mampu selamatkan diri. Jadi di mana keadilannya dalam Kapitalisme nie? Komunisme pula dengan teori semua barang kerajaan punya. Nampak macam adil tapi terlalu menekan nilai produktiviti manusia dengan tak memberi ganjaran sepatutnya terhadap usaha yang diberi. Jadi kerana kedua-duanya ada kelemahan maka dicipta pula sistem campuran. Malaysia juga mengamalkan sistem ini di mana kita ada free market dan ada juga market-market yang diselia oleh kerajaan. Tapi adakah betul-betul memberi manfaat? Kita masih dapat lihat ramai orang Malaysia yang miskin dan melarat hidupnya. Kalau kita pakai sistem Ekonomi Islam adakah tak berkesan? Tak jugak, Umar Abdul Aziz pun pakai sistem Islam jugak tapi sampai rakyat dalam Bani Umayyah tak ada seorang pun layak terima zakat. Sistem apa yang digunakan? Sistem Islam jugak kan.



Yang kedua, ini bukan lagi FASIQ tapi dah sampai tahap SESAT lagi menyesatkan. Teori Darwinisme yang jelas menyanggah dan mempersoalkan keterlibatan Tuhan dalam penciptaan dan keberlangsungan alam semesta. Inilah teori Evolusi yang digagaskan Charles Darwin yang begitu percaya asal manusia adalah dari beruk. Siapakah antara kita sanggup mengaku nenek moyangnya seekor beruk? Jadi mampukah akal kita menerima bahawa alam semesta ini terjadi secara spontan, kebetulan dan tak ada penciptanya.

إِنَّمَآ أَمۡرُهُ ۥۤ إِذَآ أَرَادَ شَيۡـًٔا أَن يَقُولَ لَهُ ۥ كُن فَيَكُونُ

Maksudnya : Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". maka ia terus menjadi.
(Surah Yaasin : 82)

Kita beriman atas teori Allah sebagai Rabb dan Allah jualah yang mencipta segala-galanya di langit dan di bumi mahupun di alam semesta. Secara analogi aqliahnya, kerusi yang kita duduk adakah terjadi dengan sendirinya? Adakah kita melihat kayu itu tiba-tiba bergerak sendiri dan menjadi kerusi dan meja secara spontan? Sudah tentu akal kita kata itu mustahil. mesti ada yang menciptakannya. Jadi mustahil manusia terbentuk secara spontan melalui teori evolusi yang dicanang Darwin itu. Maka yang menciptakan manusia itu terbukti adalah Allah. Apa yang membezakan manusia dengan haiwan. Sudah tentu manusia dikurniakan akal. Jadi teori Darwin terbukti SESAT.



Ketiga pula merujuk kepada teknologi Perubatan. Kita tinjau dan kaji semula sejarah perubatan bermula dari tamadun paling awal sehingga tamadun Barat. Kemudian cuba buat perbandingan antara kesemua falsafah perubatan itu dengan falsafah perubatan di Barat. Bagaimana pula dengan teknik perubatan Islam yang berteraskan al-Quran dan Sunnah. Kita baca al-Quran, kita hayati Hadis baginda Rasulullah s.a.w. tapi apa yang kita terjemahkan dalam kehidupan seharian. Sunnatullah bumi ini ada waktu siang dan malam. Waktu siang adalah waktu bekerja manakala malamnya waktu untuk berehat. Dari sini dapat juga dikaji tentang produktiviti manusia pada waktu malam dan siang lalu dapat diterjemahkan kepada 'rawatan tidur' (sleep theraphy). Memang rawatan ini sudah ada tapi diterjemahkan dan diimplementkan oleh siapa? Adakah mereka berani mengatakan teori ini mereka dapat dari al-Quran? Namun rawatan seperti ini lebih selamat berbanding kita mengambil ubat-ubatan kimia yang dicipta Barat yang bukan sahaja kurang keberkesanannya tapi banyak pula kesan sampingan yang ada, malah mengancam Nyawa!



Merujuk semula ayat al-Quran yang dinyatakan di atas, kita beriman bahawa sakit itu datangnya dari Allah. Maka penyembuhnya juga adalah Allah. Allah jualah sebaik-baik penyembuh. Allah kurniakan kita akal bukan untuk merosakkan tapi untuk memakmurkan dunia serta alam. Alam kita sudah lama terpelihara tapi apabila datangnya tamadun Barat yang FASIQ itu telah mencemarkan dunia. Sekarang, kita menerima kesannya. Global Warming, Climate Change, Greenhouse Effect, Air Pollution, Acid Rain, Water Pollution, etc. Semuanya kesan pemikiran Barat yang hanya nak memajukan tapi tak pernah pula berfikir tentang kesan sampingannya ataupun mereka tahu tapi saja nak jadi ignorance. Sedangkan Allah telah mencipta setiap perkara di muka bumi ini dengan tugasannya sendiri. Banyak lagi alternatif lain yang lebih mesra alam, mesra insan dan juga mesra niaga.



ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

Maksudnya : (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.
(Surah Ali- Imran : 191)

Jadi sepatutnya kita mencari jalan yang memberi manfaat kepada semua manusia untuk kepentingan bersama dan bukan sekadar mengaut keuntungan seorang diri tanpa memikirkan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Kalau dalam Thinking Skills ada CAF (Consider All Factor). Tindakan tidak memikirkan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara itu merujuk kepada orang tersebut tidak cukup etikanya kerana tidak pula memikirkan kesan kepada manusia dan alam sekitar.

وَمَآ أَرۡسَلۡنَـٰكَ إِلَّا رَحۡمَةً۬ لِّلۡعَـٰلَمِينَ

Maksudnya : dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.



Untuk lebih faham dengan firman Allah tersebut, kita perlu ingat Allah mencipta manusia sebagai Khalifah di muka bumi. Jadi atas kefahaman khilafah itu tugasnya memelihara amanah menjaga alam tabii agar terus kekal memberi nikmat kepada semua kehidupan insan dan haiwan sampai bila-bila selagi alam ini wujud (dipetik dari makalah Dr. Adi Setia). Tugas khalifah juga antara lain untuk memakmurkan bumi. Dalam firman Allah di atas itu menyatakan bahawa Nabi Muhammad sebagai Rahmat kepada Sekalian Alam. Apa yang dimaksudkan sekalian alam itu? Sudah tentu segala-galanya yang berkaitan dengan alam bukan sekadar alam jin & alam manusia tapi juga alam galian, tumbuhan, haiwan, dan alam-alam lain. Maka kita sebagai umat Nabi Muhammad dan berkata ingin mengikut sunnah baginda perlu juga menggantikan baginda sebagai pembawa rahmat buat sekalian alam. Maka golongan-golongan yang memberi teori yang jelas menyanggah teori Rahmat buat sekalian alam ini perlu disanggah sama sekali dan ditolak teorinya.

Yang keempat kita lihat pada sistem pertanian kita. Kalau zaman pertanian secara tradisional dulu katanya banyak kerja perlu dibuat dan padi pula tak semuanya jadi sebab banyaknya serangga perosak. Lalu kita dengan tanpa berfikir dan mencari penyelesaian secara buta tulinya menerima teknik Barat yang menggunakan bahan kimia untuk mengurangkan atau menghapuskan gangguan serangga perosak. Memang masalah serangga selesai tapi timbul pula masalah baru iaitu Nasi yang kita makan itu masih ada lagi unsur-unsur kimia itu. Secara tak langsung kita pula makan nasi-nasi itu yang walaupun kita tak perasan tapi sedikit-demi sedikit ada juga kesan sampingannya pada diri kita. Sayur kita juga ada bahan kimia padanya. Bidang ternakan pula ada ayam yang dicucuk dengan hormon untuk tumbesaran yang cepat tapi ada juga kesan sampingannya. Apa hukumnya makan makanan yang memudaratkan ini kalau mengikut Islam secara qiasnya? Kita fikir sendiri.
Kita juga yang menjadi pengguna bahan makanan ini. Namun kita tidak pula menjaga adab kita dengan alam. Adakah ini tidak bercanggah dengan konsep Rahmat buat sekalian alam tadi? Sudah terang lagi bersuluh menyanggahi konsep tersebut.



Berbalik kepada teori Perubatan. Saya tak pasti tentang benda ini tapi saya yakin ada bidang yang dipanggil Evidence Base Medicine yang dibuat bagi mengkaji keberkesanan sesuatu ubat yang dicipta itu. Maka kajian itu dilakukan kepada haiwan atas alasan haiwan dan manusia mempunyai persamaan fisiologi. Jadi teori ini nyata palsu kerana tidak ada persamaan fisiologi antara manusia dan haiwan. Maka mengapa tidak digunakan kajian yang lebih serasi dengan adab kita terhadap alam sekeliling kita? Mari kita berfikir sejenak dengan persoalan ini : "sekiranya sesuatu itu memang 'ubat' bagi penyakit tertentu dan diambil menurut arahan dan kadar tertentu dengan cara tertentu, termasuk menjaga segala pantang-larangnya, mengapa harus ada kesan sampingan yang teruk hingga membuahkan penyakit lain yang lebih teruk?". Maka nyata sekali teori Tamadun Barat ini sangat banyak menyanggah konsep Rahmat buat sekalian alam. Mereka inilah yang sedang memusnahkan dunia ini lalu kita yang hidup dalam tamadun ini pula menerima kesannya tapi tetap kita belajar dan menerima bulat-bulat teori ini lalu diimplementasikan dalam kehidupan seharian kita. Tidakkah kita malu pada Allah?

Secara mudahnya hendak disimpulkan, Tamadun Barat adalah tamadun paling FASIQ sekali. Samada anda ingin menerima apa yang cuba saya sampaikan itu tak penting kerana kita perlukan kepada pembudayaan ilmu. Saya bukanlah orang Sains ataupun orang yang pakar nak berhujah mengenai perkara ini. Saya menaip entri ini juga masih perlu merujuk kepada makalah Dr Adi Setia (secara tak langsung saya telah membaca). Namun perlu ditegaskan bahawa fasiqnya tamadun barat ini diakui sendiri ileh orang barat seperti Paul Feyerabend, Theodore Roszak dan ramai lagi seperi firman Allah dalam Surah Al-Isra ayat 81.

وَقُلۡ جَآءَ ٱلۡحَقُّ وَزَهَقَ ٱلۡبَـٰطِلُ‌ۚ إِنَّ ٱلۡبَـٰطِلَ كَانَ زَهُوقً۬ا

Maksudnya : dan Katakanlah:" telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara Yang salah (kufur dan syirik); Sesungguhnya Yang salah itu sememangnya satu perkara Yang tetap lenyap".

Jadi perlu untuk dibina semula keilmuan sains berteraskan Islam dan jangan dipisahkan antara kedua-duanya. Ini yang telah dilaksanakan pihak sekular sejak lama dulu. Maka kita perlu kepada kerjasama antara ahli sains, teknokrat, economist, dan ahli agama untuk menyatukan kembali segala-galanya atas teras utama iaitu Islam yang bersandarkan al-Quran dan Hadis serta Sunnah Rasulullah s.a.w. Maka dengan itu, itulah tujuan kita yang sebenar memasuki bidang yang kita ceburi sekarang. Berkhidmat untuk Islam.


9 comments:

ieraros said... [Reply to comment]

fuhh..
pnjg gile
tpi aku berjaya bace smpai habis dlm ksibukan exam!=D
'cakap tahniah kat aku!'
hehe..
arip,
cbe ko bce nih,best2

http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/12/pope-roman-peter-ii-cantus-benedictine.html

ak rse part bwh2 kt website tuh ade mnjwb persoalan kt post nih
btw, aku stuju amat.
kbanyakan org barat t'diri drpd mrk2
yg b'kprcyaan Naturilsm;the reason why they like to explain
everything only from a scientfic view without pertaining them to divine force/supreme being that is Allah
=)
nice one!

al-bagani said... [Reply to comment]

Iejan,

ye..tahniah iejan berjaya habiskan...hehe
ak da baca da post tue...lagi panjang dari aku punye post..haha
yep sgt2 menjawab sampai terlebih-lebih plak dah..adoi

mmg terasa kerdil sangat...persoalan dalam diri...
bersediakah kita menghadapi saat2 penuh dugaan tue??

ya Allah...
ya Muqallibal qulub, thabbit quluubana 'ala dinik...

fieqa said... [Reply to comment]

salam..

thanks for this post..
donno what to say, since my readings are not so widen..

yep.sgt setuju. sepatotnya islam itu tertegak dlm semua aspek kehidupan, n sepatotnye bumi ini dimakmurkan dgn islam..
seluruh alam y mengikut hakamiyah islam kan..
tp kini, islam tak lagi di tmpat y tinggi..
kite2 la kan y kene kembalikan kembalikan kegemilangan islam..
that's why terlahirnya khalifah2 di muka bumi ntok beribadah n menarik org lain ntok turut sama berada dlm kandang ibadah..
insyaAllah..
it should start from individu muslim dulu kan...

n iejan, thanks for the link ea..(still reading it..)
sgt mmbuka mata..

jzkk!

Khadijah Iderus said... [Reply to comment]

Salam.

Em. Saya bukan memihak pada ilmuan barat, namun saya rasa persepsi menfasikkan tamadun adalah berat sebelah.

Benar, ilmuan barat banyak menceduk ilmu islam; dek kelalaian umat islam sendiri, kan? Dari sudut perubatan, side effects bukanlah sesuatu yang disengajakan. I mean, Allah saja yang menyembuhkan dan mencipta penawar sempurna. At least, mereka mencuba, dan sentiasa mengkaji cara yang lebih baik.

Oh, ya. Tertarik saya dengan teori Darwin. Memang Nabi Adam bukanlah monyet, namun bagi saya teori evolusi adalah tidak patut ditolak mentah-mentah semata-mata kerana bercop Barat.

Imperfection adalah sifat manusia. We learn from mistakes. Even tamadun Islam pun ada kecatatan. No offense, k. They fell, didn't they?

Maaf, andai menyinggung sesiapa. Isu terlalu menarik. Rasa perlu meninggalkan komen.

al-bagani said... [Reply to comment]

tulip putih

Islam itu diatas dan tiada yang lebih atas daripadanya...
itulah satu prinsip yang kita sbg umat Islam patut pegang kalau nak memelihara agama Islam itu sendiri.

mug putih

syukran atas pendapat...ada benarnya juga..
saya meletakkan tajuk seperti itu dan menjustifikasikannya dengan harapan akan ada acceptance & criticism to this topic..ini yang mampu membantu mencerna minda kita. Tapi saya galakkan juga anda buka link yang diberi Iejan tue..sangat bermanfaat...

ini linknya
http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/12/pope-roman-peter-ii-cantus-benedictine.html

tentang teori perubatan...saya tak berani komen banyak...atas dasar every human make mistake saya memang tak nafikan langsung..contoh2 yang saya berikan berkaitan perubatan saya letakkan berdasarkan apa yang disampaikan Dr Adi Setia dalam pembentangan kertas kerja beliau dulu.

Tentang Darwinisme sepatutnya kita tolak bulat-bulat bukan atas premis tamadun Barat tapi atas premis ketidaklogikan Darwin itu sendiri..Teori ini muncul daripada fahaman Atheism yang tidak percayakan Tuhan..maka mereka membuat satu andaian tak diketahui dari mana datangnya hasil kajian mereka itu dan berdasarkan fakta dan dalil apa yang mereka berpendapat sedemikian rupa bahawa apa yang berlaku di dunia samma ada manusia, alam sekitar dan alam semesta terbentuk secara sendirinya, spontan tanpa ada sebarang pencipta...jadi teori itu jelas melanggar prinsip ketauhidan kita yang meyakini Allah yang menciptakan segala-galanya. Tambahan pula, orang Barat sendiri menolak teori tersebut, hanya tinggal beberapa orang sahaja atau mungkin sudah tidak ada langsung yang menerima pakai teori tersebut kerana jelas tak logik..

Yep every human learn from mistake tapi perlu difahami juga..jatuhnya setiap tamadun bukan kerana ilmunya tapi kerana sikap pemimpinnya..Tamadun Islam jatuh apabila pimpinan mengutamakan dunia daripada Allah, umat Islam pn makin terleka. Tamadun lain juga sama, jatuhnya tamadun apabila lemahnya pemimpin dan rakyat..

Tapi dari sudut ilmu setiap tamadun ada sumbangannya...kalau dikaji semula, kebanyakan tamadun kecuali tamadun barat menggunakan kaedah yang mana baik dan tidak ada kesan sampingan namun kaedah yang diperkenalkan barat ada pula kesan sampingannya..seperti yang dinyatakan dalam entri sya..ini menyalahi konsep rahmat kepada sekalian alam..kita dilantik menjadi khalifah di bumi bkn untuk manusia saja tapi sekalian alam..jadi perlu difahami saya menerangkan konsep rahmat kepada sekalian alam dan saya tak nafikan andai ada juga kesilapan teori yang dibuat dalam tamadun lain sebab kita semua bukanlah para Nabi yang maksum dan dipelihara Allah..kita nie hanya makhluk biasa yang banyak dosanya...moga kita mendapat petunjuk..

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih atas perkongsian pendapat...
moga kita dapat sama-sama membuka kotak minda dan berpandangan jauh kedepan..Insya-Allah

NourlHousna Tawfiq said... [Reply to comment]

hamdulillah..
chokran ats perkongsian yang bernas..

Khadijah Iderus said... [Reply to comment]

Ruhul Jadid:

Baru habis membaca artikel panjang. Sarat dengan pengisian. Rasa2nya, boleh disimpulkan yang ia berkisar mengenai Benedictine Order, kan?

harap2 lepas ni ade pula artikel tentang altenatif menentang kesan2nya.

Erm, pasal teori darwin, saya still rasa boleh diterima, tapi bukan secara keseluruhan. Seperti yang saya nyatakan, teori bahawa makhluk sentiasa berevolusi.

"Tapi dari sudut ilmu setiap tamadun ada sumbangannya...kalau dikaji semula, kebanyakan tamadun kecuali tamadun barat menggunakan kaedah yang mana baik dan tidak ada kesan sampingan namun kaedah yang diperkenalkan barat ada pula kesan sampingannya.."

Maaflah, tapi saya rasa penyataan anda agak berat sebelah. Saya rasa semua tamadun ada kesan sampingannya, kecuali yang berpandukan Islam. Contohnya, sistem kasta dalam tamadun hindu, dan sistem2 kemasyarakatan tamadun lain. Ya, isu sipi. Saya sedar.

Apa2 pun, terima kasih atas penjelasan lebar anda. =)

al-bagani said... [Reply to comment]

husna

afwan....jom kongsi ilmu..

mug putih

saya faham pernyataan anda...tapi saya menyatakan demikian berdasarkan tajuk yang saya sendiri bagi...sekadar nk mencerna pemikiran...bkn bermaksud berat sebelah..saya ada je state yang saya tak nafikan tamadun lain ad juga kesilapan teorinya...mksd silap itu mknanya ad kesan2 yang tak baik juga...dan saya menghurai berdasarkan konsep rahmat kpd skalian alam...jd kalau kita bincangkan dari sudut sumbangan tamadun itu sendiri saya katakan tamadun barat itu sendiri ad sumbangannya...saya setuju pernyataan anda stp tamadun ada sumbangannya...tapi saya da nyatakan dalam tajuk itu tamadun barat fasiq...jadi andai anda berpandangan sebaliknya...saya tak membantah...stp orang ad pndgn tersendiri dlm sst perkara...cumanya kita mengkaji dan mencari jalan untuk mencari satu ruang yang sgt2 berpotensi untuk kita gunakan nak bina semula tamadun Islam itu sendiri...jadi ambillah apa yg baik dari stp tamadun itu dan buang apa yang buruk...jd saya menghargai pemikiran kritis anda dengan oppose pandangan saya...syukran

-li.zue- said... [Reply to comment]

weeee.
panjang gile.
but. it does benefits me!

jadilah orang yg bertamadun.
tp.. bukan seperti tamadun org barat.hoho