Dec 24, 2009

Home » , , » Islam bermula dengan ghuraba' dan akan kembali dengan ghuraba'

Islam bermula dengan ghuraba' dan akan kembali dengan ghuraba'



Seperti kebiasaannya, manusia ni tak akan pernah berpuas hati dengan apa yang ada pada diri mereka. Inilah yang adakalanya membuatkan mereka terjerumus dalam penyakit al-wahan yang boleh saya katakan sudah kronik di dunia ini. Hatta orang yang bergelar Ustaz sendiri pun akan ada juga penyakit ini. Inilah satu punca lemahnya orang Islam di atas muka bumi Allah s.w.t. sekarang. Benarlah sabda Nabi Junjungan Muhammad s.a.w. dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu hurairah dikeluarkan oleh Imam Muslim.

"Sesungguhnya Islam dimulai dengan ghuraba dan akan kembali asing sebagaimana awalnya, maka beruntunglah orang-orang yang Al-Ghuraba"



al-ghuraba' ini apabila ditakrifkan membawa kepada maksud dagang tapi dalam konteks hadith tersebut bukanlah hendak mengatakan Islam itu datang dengan perdagangan tapi ghuraba' dalam konteks hadith ini diertikan dengan asing, janggal, pelik.

Jadi tidak hairanlah andai kita nak menegakkan hukum Islam tue orang anggap kita pelik, orang anggap kita nie militan, orang anggap kita nie ekstremis, orang anggap kita nie jumud, orang anggap kita nie kolot, orang anggap kita nie konservatif, orang anggap kita nie tak patut hidup sezaman dengan mereka, orang anggap kita nie ketinggalan zaman, orang anggap kita berpemikiran primitif dan lain-lain. Tidak perlu dihairankan kerana kita ini umat akhir zaman ataupun digelar golongan mutaakkhirin. Jadi ramalan Nabi Muhammad s.a.w. dengan mengatakan bahawa agama Islam ini akan kembali menjadi asing telah menjadi kenyataan.



Ramai orang yang nak berdakwah ditentang di sana sini. Ada juga menggunakan hujah masing-masing untuk tidak menerima pendapat ulama'. Golongan-golongan liberal agama ini juga sangat aktif dalam meliberalisasikan pemikiran umat dengan racun-racun sekular mereka sehingga umat manusia kecundang dengan kecintaan dunia yang amat mendalam. Orang yang berdakwah tidak melihat orang yang melakukan dosa sebagai babi atau anjing yang jijik tapi mereka ini dianggap sebagai pesakit yang tak tahu bahawa dia sedang sakit tapi sakit itu tetap juga perlu dirawat. Kalaulah ada segelintir pendakwah yang menganggap orang-orang yang melakukan dosa ini ibarat anjing dan babi maka layakkah anda digelar pendakwah?

Ya. memang ada dinyatakan dalam al-Quran dalam surah al-A'raaf ayat ke-179 yang bermaksud

"Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak mempergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah."

Namun perlu difahami ayat ini ditujukan kepada mereka yang kita panggil sebagai 'ignorance' apabila kita sudah menerangkan, kita sudah berdakwah, kita sudah memberi nasihat tapi semua ini ditolak oleh mereka. Jadi nyatalah mereka ini apabila Allah sendiri mengatakan bahawa mereka ini lebih teruk dari haiwan ternakan. Tapi bagi sesetengahnya itu mereka tak tahu perbuatan mereka itu salah di sisi agama. Adakah golongan ini juga perlu dilabel sedemikian. Sebab itulah saya gelarkan mereka sebagai pesakit yang tak tahu dirinya sakit dan memerlukan rawatan untuk merawat penyakit itu.

Jadi nak merawat mereka ini memerlukan teknik dakwah yang berkesan untuk menarik mereka supaya tertarik dengan keindahan Islam itu sendiri. Saya tak mampu memberi hidayah, hanya Allah sahaja berkuasa menurunkan atau menarik hidayah dari hamba-Nya tapi perlunya kepada usaha andai kita inginkan hasilnya. Jadi saya sebenarnya masih belum berjumpa satu mekanisme yang benar-benar mantap dalam menguatkan diri sendiri untuk menarik golongan-golongan ini. Perlukah saya untuk menjadi seperti mereka? Tak jugak. Jadi mekanisme itulah yang perlu dirangka. Sudah banyak pendekatan dilakukan tapi adakah benar-benar berkesan? Sebabnya setiap manusia lain sifatnya jadi perlunya menyesuaikan perkara tersebut dengan sifat-sifat individu itu sendiri.

Jadi nak elakkan perkara lebih besar berlaku perlunya kepada perlaksanaan syariat Islam. Hati manusia sekarang jadi keras sebab mengambil makanan dari sumber yang haram. Bukanlah ingin menuduh tapi kadang-kadang kita tak tahu kita makan makanan tue dari sumber halal atau haram, apakah status tempat yang kita makan itu dan lain-lain lagi. Jadi nak elakkan daripada perkara ini berlaku, perlulah dilaksanakan syariat Islam itu secara menyeluruh bukan sekadar mengambil sebahagian kecil sahaja. Tapi nak memperjuangkan perkara ini tak lain tak bukan hanya melalui jalan politik kerana keadaan di Malaysia yang aman dan damai tak memerlukan kepada peperangan.

Teringat kata-kata Ustaz Zulkifli Ismail ketika daurah 2 minggu di Pondok Baitul Qura' bulan 2 tahun nie dalam Kuliah Dhuha beliau. Ustaz menyatakan bahawa Nabi juga berpolitik tapi bukan berpolitik untuk mendapatkan kuasa, Nabi berpolitik untuk melaksanakan syariat Islam yang diperintahkan Allah s.w.t. Jadi bolehkah kita nie menolak politik? Fikirkan sendiri kerana inilah antara masalah mahasiswa sekarang apabila lebih suka berhibur daripada mengambil tahu isu-isu semasa samada tentang politik, ekonomi, sosial, global dan lain-lain.



Kadang-kadang kita diuji oleh Allah s.w.t. dengan meletakkan kita dalam situasi yang sama ada kita ini hendak memelihara agama Allah atau menjaga hati manusia. Ketika itu yang dapat membantu kita hanyalah makrifah kita kepada Allah, mahabbah (kecintaan) kita kepada Allah dan rasa takut kita kepada Allah. Allah nak uji adab kita dengan Allah s.w.t. Ini juga sebahagian ilmu yang saya terima daripada Ustaz Zulkifli Ismail di Pondok Baitul Qura'. Rindu rasanya nak ke sana lagi. Tapi tak sampai setahun berada dalam dunia kampus, saya telah pun bertemu situasi seperti ini yang menguji adakah saya ini betul-betul beradab dengan Allah? Wallahua'lam, Allah lebih tahu bagaimana perasaan saya berbolak-balik ketika itu. Hati saya antara memilih nak batalkan ataupun teruskan. Mujurlah saya ada banyak sahabat yang menyokong dan saya minta pendapat mereka. Alhamdulillah, perkara ini selesai dan alhamdulillah juga dakwah itu sampai apabila orang yang terlibat akui dia baru tahu mengenai perkara tersebut tak boleh dilakukan.



Jadi, memang keputusan itu adakalanya menimbulkan rasa tidak puas hati orang lain kepada kita. Tapi antara keredhaan Allah dan keredhaan manusia saya lebih memilih keredhaan Allah. Dan andai kerana saya memilih keredhaan Allah ini hubungan saya dan rakan-rakan akan terputus saya tak rasa menyesal kerana saya lebih takut akan kemurkaan Allah itu sendiri. Yang haram itu jelas, yang halal itu juga jelas. Walaupun begitu, saya mengambil iktibar dari apa yang berlaku itu dengan harapan ia tidak akan berulang lagi pada masa hadapan. Insya-Allah.



Andai kata suatu hari nanti kita ditakdirkan menjadi seorang pemimpin kepada masyarakat. Tiba-tiba kita terlepas pandang akan suatu program berunsur maksiat dalam masyarakat kita. Kita mempunyai kuasa nak membatalkannya tapi kita tak membatalkannya, maka saham dosa itu adakah kita akan terlepas darinya? Sudah tentulah kita akan berkongsi saham dosa tersebut dan yang lebih teruk lagi andai kita disoal di akhirat nanti apakah yang kita lakukan apabila berhadapan dengan situasi ini. Apakah alasan yang nak kita berikan? Adakah alasannya semata-mata nak jaga kesatuan masyarakat? nak jaga hubungan antara pimpinan dan masyarakat? Adakah Allah akan menerima alasan serupa itu? Fikirkan kembali kalau kita betul-betul berakal. Sebab itulah sebagai pemimpin kita mempunyai kuasa untuk membatalkan perkara tersebut. Kalau dah nyata perkara itu haram tak perlu lagi dibincang-bincang tapi perlu terus pada tindakan. Adakalanya sebagai pemimpin kita perlu kepada mengambil tindakan yang drastik dan tegas bagi memelihara diri kita dan masyarakat kita dari melakukan dosa seperti mana Allah ada berfirman

"Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka."

Jadi masyarakat yang dipimpin oleh kita ibarat keluarga kita, wajib atas kita memelihara mereka dari api neraka. Jadi inilah yang perlu difahami bukan disalahertikan. Bukan bermaksud nak menyekat tapi setiap manusia nie nak melakukan sesuatu kena juga fikir kita nie ada limitation tertentu yang perlu diikuti. Ini semua untuk mengelakkan datangnya kemurkaan Allah kepada masyarakat kita. Jadi itulah juga satu bukti bahawa perlunya seorang pemimpin itu memahami Islam dan benar-benar beramal kepada Allah s.w.t. supaya pemimpin tersebut tak menyesatkan masyarakatnya.



Maka benarlah dalam kita nak berdakwah dan menegakkan syariat Allah ini, banyak cabaran dan dugaannya tapi inilah yang dapat menguatkan iman kita kepada Allah s.w.t. seperti mana firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat ke-2 yang bermaksud


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan menyebut 'kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji?"

Maka nampaklah kaitan ayat-ayat Allah dan juga hadith Rasulullah s.a.w. itu dan yakinilah bahawa Allah tak akan mensia-siakan perjuangan kita walaupun kita dicaci, dimaki, dihina, dicerca, dizalimi, dan bermacam-macam lagi kerana ini adalah sunnah berjuang. Namun begitu andai ada kelemahan dalam perjuangan janganlah disorokkan kelemahan itu bagi mengaburi mata orang lain tapi perelokkanlah apa yang lemah itu dan kuatkan semula supaya dakwah kita diredhai Allah s.w.t. dan supaya Allah mempermudahkan dakwah kita Insya-Allah.





1 comments:

adilah said... [Reply to comment]

hurm..best sharing of the day..