Dec 22, 2009

Home » , , » Kalau bukan Allah. Siapa lagi yang Nak bantu Kita??

Kalau bukan Allah. Siapa lagi yang Nak bantu Kita??

Allah itu sebaik-baik penolong. Allah jugalah tempat kita berlindung. Allah jugalah tempat kita mengadu masalah kita. Allah jugalah tempat kita meminta dan berhajat. Kepada Allah jugalah kita sujud dalam solat kita. Kerana Allah jugalah kita beribadah. Untuk mendapat keredhaan Allah kita berjuang. Jadi kenapa kita mesti berputus asa dengan bantuan Allah? Tak ada sebab kan.

Allah beri ujian kerana Allah sayangkan kita. Kita sepatutnya tabah menghadapi ujian-ujian yang disediakan Allah s.w.t. Ada kata pepatah mengatakan

"Sesungguhnya kebijaksanaan adalah laksana barang yang hilang dari seorang mu'min. Maka dimana saja ia ditemui, dialah yang berhak mengambilnya."


Nabi Muhammad s.a.w. juga ada bersabda :

"Sesungguhnya Allah s.w.t. apabila mengasihi satu kaum, dicubanya mereka itu (dengan berbagai cubaan), barangsiapa yang rela dengan cubaan itu maka mereka mendapat keredhaanNya (Allah s.w.t.). Barangsiapa yang benci (marah) maka baginya kemurkaan Allah s.w.t."

Jadi ujian adalah suatu pengukuh Iman bagi seorang mukmin yang sebenarnya direbut peluang itu untuk mengukuhkan iman. Memang ujian itu berat. Memang ia memeritkan. Memang juga ia menyakitkan hati dan nurani kita. Tapi inilah yang dapat meningkatkan iman kita andai kita melalui rintangan ini dengan penuh kesabaran dan berserah kepada Allah s.w.t.

Jangan mudah berputus asa dengan pertolongan Allah itu juga satu keyakinan yang perlu ada pada diri kita kerana kita sebenarnya tak tahu bila Allah menurunkan pertolongan-Nya kerana pertolongan Allah itu tidaklah seringkali datang dalam keadaan yang zahir (tersurat) tapi juga dalam bentuk yang memerlukan kita menghayatinya (tersirat). Jadi Maha Suci Allah Tuhan Sekalian Alam yang hanya kepada-Nya lah tempat kita berserah dan mengadu. Ujian itu juga diberi Allah bagi menyucikan dosa-dosa yang telah kita lakukan bagi meningkatkan semula keimanan kita kepada Allah s.w.t.



Alhamdulillah, dah habis beberapa perkara yang perlu saya selesaikan dalam sebulan ini. Sekarang pula masa untuk saya fokus pada akademik saya yang sedikit sebanyak terganggu dengan aktiviti-aktiviti sepanjang bulan ini. Awalnya tak nak biarkan sahabat-sahabat dalam batch sendiri menghabiskan masa kosong dengan perkara tak berfaedah tapi yang terjadi saya pula diberatkan dengan bermacam-macam aktiviti yang tak pernah terfikir pun saya akan melakukan aktiviti tersebut. Tapi alhamdulillah, rasanya dakwah itu takkan pernah terhenti. Kita mampu berusaha melalui apa cara sekalipun tapi sebaik-baik perancang itu adalah Allah s.w.t.

Saya baru saja selesai mengendalikan suatu event yang bagi saya agak besar kerana ini first event saya ditaklifkan menjadi Hi-Com. Masa yang diberikan hanyalah 2 minggu dan ini menjadikan event ini seolah-olah suatu event yang agak ad-hoc. Namun terharu melihat kesungguhan komiti-komiti event ini yang sangat komited dalam melaksanakan tugas masing-masing sampaikan ada yang demam-demam kerana banyak sangat kerja yang dilakukan. Jadi secara umumnya saya katakan bahawa event ini berjaya dari sudut mengajar kami semua student foundation trimester batch May 09 bagaimana suatu event itu dilaksanakan. Adakah semudah ABC atau lebih susah dari soalan Calculus? Jadi pelbagai rintangan yang telah dilalui semua komiti dalam menjayakan event ini.



Rasa bersyukur sangat walaupun selepas event ada suara-suara yang tak pandai cakap belakang tapi menyuarakan feedback mereka kepada kami para komiti tentang beberapa kelemahan yang ada sepanjang pengendalian event ini (banyak sebenarnya kelemahan yang perlu dipertingkatkan). Ini yang diperlukan dalam suatu organisasi sebenarnya apabila ada golongan yang berani menyuarakan pendapatnya sendiri dan bukanlah sekadar menjadi pak turut sahaja dan tidak menyumbang kepada apa-apa pun dalam organisasi. Ada juga yang mengatakan bahawa sekecil-kecil perkara juga perlu diutamakan untuk menjaga hati semua pihak. Betul juga apa yang disampaikan tu. Ni baru dalam kampus, kalau diluar nanti ntah laa macam mana pula keadaannya.



Sepuluh jari dihulur tanda maaf bagi semua kelemahan yang ada sepanjang event ini dianjurkan. Insya-Allah untuk event akan datang, mungkin bukan kami yang menjadi penerajunya tapi orang lain pula. Insya-Allah kami pula akan menjadi orang yang akan memberikan pendapat mengikut kadar kemampuan kami. Apa yang penting ikatan dalam satu batch itu jangan terlerai dek kerana salah faham yang kecil. Kita ini berukhuwwah dengan nama Allah s.w.t. Jangan kerana sikap hasad menguasai diri menyebabkan kita melupakan segala yang telah kita lakukan bersama.


0 comments: