Oct 12, 2009

Home » , » Jom Muhasabah 2

Jom Muhasabah 2




حاسبوا انفسكم قبل ان تحاسب
Hisablah dirimu sebelum kamu dihisabkan
~Kata-kata Saidina Umar Al-Khattab r.a.~

Firman Allah s.w.t.
فذكّر فاِنّ ذكر تنفع المؤمنين۝

Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat kepada orang-orang yang beriman.
~51:55~

ما انزلنا عليك القرءان لتسقى۝الاّ تذكرة لّمن يخشى۝
Kami tidak menurunkan al-Quran ini kepadamu (Muhammad) agar engkau menjadi susah; melainkan sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah.
~20:2-3~


Ambil sedikit masa renung2kan ayat2 kat atas tue. Apa rasanya yang dapat disimpulkan daripada ayat2 tue. Dalam ayat ke-3 tue berdasarkan Surah Thaaha (surah ke-20), Allah da kata kat Nabi, al-Quran nie diturunkan bukan untuk bagi susah Nabi tapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah. Jadi orang2 yang dikatakan takut kepada Allah nie adalah orang Islam. Tapi satu persoalan nak dibangkitkan. Betul ke kita nie takutkan Allah atau kita nie selalu cabar Allah?

Betapa Allah tekankan faktor bermuhasabah dan memberi peringatan tue. Allah da sebut peringatan tue bermanfaat bagi orang2 yang beriman. Jadi andai bila diberi peringatan tapi kita tak rasa pun apa manfaat dari peringatan tersebut. Check balik iman kita nih ada atas ke ada bawah. Sebab fitrah manusia imannya naik dan turun. Jadi kalau boleh kita usahakan untuk maintain dan upgrade level keimanan kita. Walau adakalanya kita hampir give up tapi jangan sekali-kali give up. Kalau kita rasa ujian nih berat sangat sampai tak mampu ditanggung. Ingatla yang ketika Nabi Muhammad s.a.w. masa nak menyebarkan Islam dulu ditimpa dugaan yang lebih besar dari kita.

Saidina Umar r.a. sendiri pun da pesan supaya kita bermuhasabah sebelum kita dimuhasabahkan dalam kubur nanti. Kita kena ingat dunia nie juz jambatan akhirat. Jambatan tue di awal2nya luas tapi di tengah-tengah jambatan, jalan makin sempit. Kita perlu ikut jalan yang betul dan lurus untuk sampai ke penghujung jambatan. Apabila sampai di hujung barulah luas semula jalan yang ada. Tue sebab dunia nie jambatan akhirat. Aku ada tanya senior nih & dia cakap kat neraka nanti orang yang first masuk neraka adalah dari kalangan Ulama' ataupun orang yang tahu tapi tak buat.

Apa yang dikatakan tue ada sedikit dari post sebelum nih pasal semua yang pernah belajar kat sekolah agama dulu. Golongan nie ialah golongan yang tahu. Tapi bila keluar je tapi tak amalkan, tak disampaikan, tak menjalankan tanggungjawab tak kiralah betapa besar sekalipun halangan yang ada untuk dilaksanakan. Mungkin aku sendiri pun sebahagian dari golongan2 nie yang mana bila da keluar dari sekolah agama dan bercampur dengan masyarakat yang macam2 ragam. Hukumnya fardhu kifayah untuk mewujudkan golongan2 yang menjalankan Amar Makruf Nahi Munkar sepertimana disebut dalam Surah ke-3 ayat ke-104. Jadi kalau diikutkan sape yang layak untuk kerja nih? Dah tentu masyarakat akan pandang orang yang ada latar belakang agama. Jadi muhasabahlah diri kita sendiri. Jangan hanyut dalam keseronokan dunia yang melalaikan kita. Andai kita suka berhibur, berhiburlah tapi jangan lalai kepada Allah. Ikutlah guideline yang diberikan Ulama' untuk berhibur dengan cara Islam.


Jadi apa yang penting dalam apa saja kita buat, kena ingat Allah dan jangan lalai dari mengingati Allah. Nie sekadar peringatan aku bagi kat diri aku sendiri & pembaca blog yang tak seberapa nih. Aku paham kalau apa yang aku bagi nie tak tersampai kepada sasaran dakwah yang aku target sebab bila difikir semula blog berunsur Islamik nih selalunya orang2 yang Islamik jugak laa yang baca. Sebab golongan nie laa yang concern dengan Islam. Sama gak laa dengan blog yang berunsur lain. Hanya orang yang betul2 concern dengan bidang tersebut yang akan baca blog tue. Jadi bagi pembaca2 blog nih. Jom sama-sama kita berusaha semampu kita untuk menaikkan lagi nama Islam dan pastikan Islam tue berada di atas dan tak ada yang lebih atas darinya. Jadikan Islam sebagai cara hidup.

Wassalam....


0 comments: