Oct 18, 2009

Home » , , » Dakwah : Satu Keperluan

Dakwah : Satu Keperluan



Firman Allah s.w.t. yg bermaksud :

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata : "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!".

(Surah al-Fusshilat ayat 33)


Nie laa ayat Allah Yang Maha Agung. Wajib untuk kita percaya 100% dengan ayat Allah kalau kita kata kita nie beriman. Jadi kalau kita percaya, caye tak ayat nie yang katakan tak ada perkataan yang lebih baik dari perkataan orang yang menyeru kepada Allah s.w.t. Mesti laa kena percaya kan. Tapi dalam kita percaya tue selalu tak kita buat benda nih. Mungkin ye mungkin tak. Padahal kita selalu kata nak mengejar Mardhatillah. Jadi adakah kita nih sekadar beromong kosong???

Jadi ada banyak sebab untuk kita berdakwah kepada jalan Allah s.w.t. Teringat usrah kat KISAS dulu. Usrah kat sana pakai syllabus Bingkisan Dai'e Waqafan. Bab dakwah nie antara bab terakhir da tak silap aku bab ke-10. Huhu..aku pn da x pasti da. Lps nie kena tanya mantan exco Khas 3 Firdaus Izaraee nak konfemkan balik..huhu.

Jadi aku petik sket daripada apa yang terkandung dalam bab 10 nih iaitu dalil-dalil tuntutan dakwah. Makna kata syarak menuntut dakwah atas sebab beberapa perkara iaitu:-

1. Untuk Menyelamatkan diri daripada Azab Allah

Firman Allah s.w.t. :
“Sesungguhnya orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri (kepada mereka) malaikat bentanya “Dalam keadaan bagaimana kamu ini? Mereka menjawab. Adalah kami orang yang tertindas di Bumi (Mekah) Para Malaikat berkata bukankah Bumi Allah itu luas sehingga kamu dapat berhijrah ke bumi itu ? Orang itu tempatnya di neraka Jahannam dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.”

2. Untuk Menyelamatkan Ummah

Tujuan musuh-musuh Islam adalah untuk melemahkan umat Islam sendiri. Mereka sentiasa berusaha menutup kebenaran dan menegakkan kebatilan. Sekiranya tidak ditentang, maka akan meluaslah kerosakan kepada seluruh umat. Apabila Allah menurunkan azabNya ke atas kaum yang zalim dan ingkar, ia akan meliputi seluruhnya tanpa membezakan di antara yang zalim dengan yang soleh.

Firman Allah s.w.t. :
“Dan peliharalah dirimu dari siksaan yang tidak khusus menimpa orang yang zalim sahaja di antara kamu. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaanNya”

3. Untuk Memenuhi Stfat Mukmin Sejati

Allah menyifatkan orang yang beriman sebagai umat yang terbaik dilahirkan di kalangan manusia.

Firman Allah:
كنتم حير أمة أحرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله

Maksudnya:“Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk umat manusia, menyuruh kepada yang ma ‘aruf dan mencegah daripada yang mungkar dan beriman kepada Allah....”
(Ali Imran 3:110)

4. Untuk Membezakan Diri Dari Golongan Munafik

Allah menjelaskan hakikat orang munafik dalam firmanNya:

المنـفقون والمنفقـت بعصهم من بعص يأمرون بالمنكر وينهون عن المعروف

Maksudnya:“Orang munafik lelaki dan perempuan, sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain adalah sama. mereka menyuruh berbuat mungkar dan melarang berbuat ma‘aruf…”
(At-Taubah 9:67)

5. Untuk Mewarisi Jalan Rasulullah

Allah telah memuliakan Rasulullah s.a.w. dengan memberikan kepadanya beberapa sifat utama diantaranya, Firman Allah:

يأيها النبي إنا أرسلنـك شهدا ومبشرا ونذيرا . وداعيا إلى الله بإذنه وسراجا منيرا

Maksudnya :“Hai Nabi kami telah mengutus engkau sebagai saksi dan pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan dan untuk menjadi penyeru (dai‘e) kepada (Deen) Allah dengan keizinanNya untuk menjadi cahaya yang menenangi”
(Al-Ahzab 33:45-46)

6. Untuk Memenuhi Keutuhan Ummah

Keutuhan umat Islam akan terjamin sekiranya mereka tolong-menolong untuk mencapai kebaikan, pesan memesan dengan kebenaran dan kesabaran, berpegang kepada yang haq serta bantu-membantu antara satu sama lain bagi membanteras kejahatan.



Apa tunggu lagi...JOM Amar Makruf Nahi Munkar!!!


4 comments:

sepohonkayu said... [Reply to comment]

Dakwah bukanlah satu keperluan, tatapi...

Dakwah adalah satu KEWAJIPAN seumpama kewajipan SOLAT diletak di atas bahu2 ummat Islam...

p/s: statement ni yg betul =)

al-bagani said... [Reply to comment]

huhu..yap2
btl 2..dakwah satu kewajipan..
tp sja ltk satu keperluan..
sekadar memberi kesedaran..

kalau trus ckp wajib kang cam kna paksa lak..

Kita leh paksa orang suh solat...
tp nk pksa orang brdakwah bkn sng...
sbb byknya alasan remeh yg ske kuar..

-li.zue- said... [Reply to comment]

btol.
lagi dipaksa2..
lagiler liat nk buat~
silap2..xikhlas dowh.

better dakwah..dgn rela hati.
plus,kesedaran sendiri. =)

al-bagani said... [Reply to comment]

sbb nk suh dakwah ngn ati yg ikhlas laa kna pki bahasa yg agk lembut...

adakalanya, kelembutan itu berhikmah..adakalanya ketegasan itu berhikmah..adakalanya ugutan itu berhikmah..jadi gna laa stp cara yg ad dgn penuh hikmah..