Sep 28, 2009

Home » , , » Sila Jawab...Part 2

Sila Jawab...Part 2

Assalamualaikum w.b.t.

Nie sambungan post yg lepas...
Nie jawapan2 yang diberikan oleh para bloggers yg sudi masuk blog ak yg x seberapa & yg ntah apa2 nih...

jawapan aisyah nazirah (ainazirah)

x berani~
bgla kpd org2 yg layak..

tp nk kongsi..
(ni bukan kes hudud..he)
penah kat kisas, ustzh cter 1 kes mahkamah psl cerai.. si suami dh lafaz 3 kali cerai talak 1 pd masa berbeza, tp sbb jahilnya mereka tntg itu..hidup diteruskan seperti biasa, tambah zuriat lg... so, ble bawak mahkamah syariah, diputuskan bhw x jatuh cerai (xtaula spesific decision dier ape..tp x pisah r).. & decision tu dibuat atas dasar kemaslahatan keluarga tersebut..

(klu cter ni ade silap, sori la yer)

Jawapan Naseh (I'm a Kelantanese)

salam..

rasanya, penafsiran ayat al-Quran tentang hudud tuu dah betul, bahawa Allah meminta agar si pencuri dipotong tangan jika mencuri..

sbb selama ni pn stau ak xde lg imam2 besar spt Imam Syafie atau ulama spt Sheikh Yusof al-Qardawi menafsirkan ayat tuu dari segi lain..

dan kerajaan msia jugak tolak mentah2 pengunaan hukum hudud.. nak kata jahil tentang agama, penasihat agama kerajaan mmg byk.. so x logik kalau xde sorang pn blh cari dan mention bahawa hukum hudud bukan hanya bermakna perlunya memotong tangan, tp blh juga diistilahkan sebagai memotong kuasa si pencuri agar tidak lagi dapat malakukan kejahatan itu..

kita jugak tak pernah dengar mana2 mufti atau ulama tampil memberi penafsiran itu pada waktu negara gamat dengan keengganan non muslim utk menerima hukum hudud, seperti yang pernah dicanang oleh PAS.. sebab non muslim ni faham hukum hudud, kalau mencuri, kena potong tangan..

sebab tu nk jalankan hukum hudud bkn senang.. perlu ada saksi yg mencukupi dan bukti yang kukuh sebelum dilaksanakan..

di sini ada link utk apa yg dimaksudkan dengan hudud..

http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/jinayat/hukuman.htm

last but not least, ttg relevannya hukum hudud di msia.. msia ni negara yg cukup serba serbi.. x penah berlaku kemarau smpi ada rakyat mati.. x pernah berlaku kekurangan makanan sampai rakyat kebulur.. so, aku yakin 200% bahawa hukum hudud relevan utk diguna di msia..

wallahua'lam..

Jawapan Baihaqi

Arip, nampaknya ko membuatkan ak lebih berfikir...my opinions:

1) kalo tak silap hukum hudud ni hak Allah manakala hukum kisos tu hak manusia...jadi hukum hudud wajib dilaksanakan. Berkaitan dgn peristiwa pada zaman Saidina Umar,
mungkin dia gunakan ta'zir, iaitu hukum yg ditetapkan oleh pemimpin Islam.(kemarau)-sbb kalau tetap dilaksanakan pada zamannya, Islam nampak terlalu menekankan, bukankah Islam itu 'mudah'. Lagipun, kalau betul2 disabitkan kesalahan potong tangan, bahagian tangan mana yg dipotong? mungkin jari saja...ada hadnya...

2) yg ini membuatkan ak berfikir banyak kali. Bayangkan jika mencuri RM 10 000 sudah dipotong keseluruhan tangan, kalau yang mencuri duit campany tu berjuta2, nak potong apa? rasenya pemimpin Islam gunakan hukum hudud berserta ta'zir, yg penting hudud itu ada...potong tangan n pecat/ penjara...

3) minum arak tp tidak mengganggu ketenteraman awam? tp arak kan ibu segala kejahatan (hadis Nabi)? tapi pernah ada satu kisah zaman dahulu. Ada seorang hamba Allah yg tiap2 mlm minum arak. Dan pada setiap paginya dia bertaubat dan taubatnya diterima Allah. Dalam kes ni, kita dapat lihat hukum hudud tidak dijalankan ke atasnya sbb Allah dah terima taubatnya (hudud adalah hak Allah). Sama juga mcm orang yg telah berzina zaman sekarang kemudian bertaubat. taubat nasuha-menyesal dan tinggalkannya. Adakah kita boleh katakan dia akan tetap menerima siksaan atas dosanya selepas dia meninggal dunia krn hukum hudud tidak dijalankan ke atasnya? ak rasa tidak. kerana hudud dan taubat itu adalah hak Allah. bukankah Allah maha pengampun. Melainkan kalau hamba itu tetap sukarela nak dikenakan hukuman hudud, maka dilaksanakan. Kalau seseorang itu tidak bertaubat, maka hukuman hudud wajib dijalankan ke atasnya supaya memberi pengajaran n keinsafan.

4) tentang kisah Abid itu.
pendapat ak, jika betul2 solatnya diterima, tentu dia akan menjaga hak ibu bapa nya. tapi, dalam kes ni, tanggungjawab terhadap ibu bapa tidak ditunaikan. Jadi, maybe solatnya tidak sempurna atau mungkin juga rukun Islam yg pertama tidak cukup kuat untuk mendidik dirinya. Bukankah lafaz syahadah itu tunjang kpd rukan Islam yg lain? jadi, hukum solat tetap wajib tak kira mcm mana keadaannya.

5) pakai seluar tiga suku?
boleh jika ketika melakukan rukun-rukun solat (ruku', sujud, duduk antara dua sujud), auratnya ditutup dan tidak terdedah. (lutut n peha) tp jika ada seluar panjang, kan lebih baik digunakan...lebih sempurna solat...hehe


(ak pernah tanya ustazah kat INTEC, 'Adakah hukuman hudud relevan dilaksanakan di Malaysia sekarang?' Sbb masyarakat beransur-ansur memahami Islam. Jwpan ustazah, "ustazah tak nak beri jawapan, ustazah bg persoalan;

1) berapa lama nak tunggu sehingga lengkapnya fahaman masyarakat Malaysia tentang Islam?

ntahlah, ak pun tak tahu.)

p/s: Maaf jika ada kesilapan. Harap dibetulkan agar tiada fitnah terhadap Islam. Thanks Arif.

Arif, nak tambah sikit lg boleh?

yg menjatuhkan sesuatu hukuman itu adalah pemimpin Islam. melainkan diwakilkan kepada peguam atau ulama yg lebih tinggi ilmunya. Berkaitan dgn ulama@peguam, mereka disyaratkan supaya boleh berijtihad dlm menetapkan sesuatu hukuman. Untuk melakukan ijtihad, seseorang perlukan taqarrub yg tinggi dgn Allah. Sbb itu kita jgn persendakan fatwa ulama. ('kan berdiam itu lebih baik'-saje letak.) - yg ini ak fikir sendiri. betul ke? simpulan dr ilmu yg ditimba selama ini. masih jahil. huhu

Jawapan Fendi (Syafiq 1991)
nak join gak.. hehehe.

solan pertama tu ko bokak balik buku teks syariah islamiah form 5.. ada diterangkan SKIT pasal 'hukum hudud itu kejam'.. so ko rujuk sendiri kat situ lagi ok sbab ko dah belajar..

6. ko pakai le apa yang ko nak pakai waktu solat. asalkan tak nampak aurat cukup. tapi, lebih elok pakai seluar cukup 3/3. so takdele orang nak umpat or fitnah.. bla22..

wei.. cukup2 le ko bagi soalan yang memcahkan tempurung kepala aku!




Apa2 pun aku ucap trimas bebanyak laa sebab respond pada post aku tue..to geng kisas yang respond aku ucapkan tahniah laa sebab nie leh menjadi salah satu kayu ukur or penanda aras yang kita nie actually still on the right track towards Jihad Fi Sabilillah. Sebagai orang Islam yang dalam ati ada niat nak perjuangkan Islam (Memang wajib pun), kita kena belajar benda nie secara langsung or tak langsung untuk menjawab pelbagai persoalan yang dilemparkan orang non-muslim & org yg kurang mengetahui. Kalau nak berjuang tapi tak mampu jawab persoalan2 camnie abes laa kita.

Same goes to yg bukan kisas skali...kalau bekas pelajar skola agama tahniah gak sebab masih atas jalan yang ok & betul. Tp kalo dari skola bese tp mampu respond tu aku sangat2 kagum & respect sebab walaupun kt skolah yg bukan aliran agama tp mampu mewujudkan biah dalam diri sendiri untuk berjuang menegakkan Islam..Tahniah kepada semua.

Berbalik kepada persoalan yg diberikan aku ada ty kt ayah aku wlupn ayah ak bukan laa ustaz tp ayah aku leh jwb persoalan2 nie & ayah aku tau sbb pe ak ty...

Soalan 1
Soalan nie actually kalo nak jawab cam jawapan Fendi tue kena refer buku teks PSI aku balik..tp cam yang Baihaqi cakap tue hukum hudud tue hukum Allah. Adakah nak kata hukum Allah tue kejam?? Mestilaa tak kan tapi stp perbuatan ada kesannya tul x. It is called cause and effect. So berkaitan contoh budak yang aku bagi td tue. Nak jalankan hudud proses dy byk, tp org paham trus potong tgn kalo curi. Actually ada peringkat2 yg perlu dilaksanakan sblm dijalankan. Ada orang yang tak dikenakan hudud & ada masa yang hudud ditangguhkan. Macam contoh tue budak tue dianggap sebagai darurat, jadi orang akan paham kenapa dy mencuri, dalam hal nie ada satu kisah yang aku pernah dengar tp simple nak paham orang yg macam nie tak kena hudud sbb da darurat sangat. Sama cam kalo kita dalam keadaan tak makan x minum smpi tahap kalo x minum leh mati. Tapi yg ada kt kta juz arak, arak tue haram tp still leh diminum sekadar menghilangkan dahaga. Jadi konsep nie diletakkan gak pd org dalam keadaan darurat yg mencuri. Nak lagi jelas kena baca psl hudud laa..Insya Allah paham

Soalan 2
Dalam al-Quran ada ayat2 puitis & ad ayat2 yang jelas. Jadi ayat2 yang memerlukan penafsiran mendalam nie dipanggil nas mutashabihaat..dalam apa yg aku da belajar ulama' ada sebut bape banyak nas mutashabihaat dalam al-Quran. So kalau tengok dari sudut ayat yg suh potong tangan kalau mencuri tue nampak zahir sangat sebagai satu perintah. Cam ayat suh puasa direct je takde nak ayat2 yang berkias. Jadi memang tue laa hukumnya yang perlu dilaksanakan. Bukan nk menunjukkan kebrutalan Islam or kejamnya hudud tapi sebagai pengajaran kepada orang laen kalo buat benda yang sama akibatnya tetap sama. Kalau nak dikatakan potong tangan sbg potong kuasa cthnya pecat, sama gak laa kalau potong tangan. Terpotong gak kuasa utk sso tue nk mncuri. Tapi put in mind bukan potong sume tangan trus..ada limit2 tertentu base on bape banyak yg dicuri.

Soalan 3
Terdetik hati dengar persoalan yg diberi ustazah kepada Baihaqi kt INTEC. Berapa lama nak tunggu sehingga lengkapnya fahaman masyarakat Malaysia tentang Islam? Jadi relevan atau tak...letak persoalan nie dalam kepala otak & pikir sndri.

Soalan 4
Soalan 4 nie kalo isu semasa mungkin leh tgk kt isu Kartika. Tapi situasi myb berbeza sket kot kalau base on soalan. Sebab pe, sebab ada 2 situasi yg leh dikatakan tak ganggu ketenteraman awam iaitu minum arak dalam rumah (takde spe yg nk sebuk2) or minum arak kat tmpt ad orang tp x kacau org len (xde yg nk peduli). Kalau situasi dalam rumah konfem x kena hukuman sbb xde saksi & orang tak tau pun. So hukuman tue antara dy ngan Allah je laa..Kalo situasi kat tmpt ad orang tue patut dikenakan hukuman. Memang da dinyatakn dalam Hadis orang minum arak kena sebat 80 kali. So kenapa nak dipertikaikan?? Prevention is better than cure. Kalau nak tunggu smpi org minum arak tue langgar orang masa drive baru nk bg hukuman tue da trlambat da. So kenapa mesti korbankan nyawa org len, kita cegah laa benda tue dari terjadi.

Soalan 5
Solat tetap wajib dilaksanakan, tanggungjawab ngan parents tue atas diri sendiri. Tak settle tanggung laa dosa tue. Reda Allah terletak pada keredhaan Ibu Bapa. Jadi kalau solat je tp tak cari benda yg boleh mendatangkan Redha Allah tak guna jugak. Jadi kena balance idup nie, jaga hubungan dengan Allah & Manusia. Tapi tak akan ada hukum x wajib solat selagi tanggungjawab kpd parents x settle.
Soalan 6
Sah selagi mana tutup aurat. Yang nie soalan rasanya sape2 leh jawab. Maybe orang akan pandang slack sbb benda x familiar. So nk elak fitnah pki je laa seluar panjang. Tapi kalo da terdesak da nk wt cmne tp kna make sure btl2 ttp aurat laa.

Nie jawapan2 aku...so kalo ada tak puas ati & rasa ada jawapan len yg lagi ok dri nie sila2 jangan segan kongsikan jawapan tue. Islam tue jgn pendam utk diri sndri je. Kongsi rmi2 biar sume orang jadi orang yang paham Islam baru Islam mudah nk disebarkan, nak digerakkan, nak diperjuangkan dll..





Wassalam...

1 comments:

syafiqq1991 said... [Reply to comment]

em.. ko tak tau aku kat sini kene tanya dengan soalan-soalan yg pelik... alhamdulillah boleh jawab... :)