Sep 23, 2009

Home » , , » Sila jawab...

Sila jawab...

Aku ingat makin brtmbh umur raya makin x best sbb wit raya mkn decrease. Upenye x jgk..actually raya taon nie best gak..kt dua2 kampung best je. Ceria...huhu

Tp malam semalam aku jd pendengar satu diskusi antara Pak Lang aku & sepupu aku...cam menarik gak rr..aku juz dengar je & bila ad time yg ak rse ak leh mencelah ak celah sket2 tp x byk rr..so ak pn dgr & dgr smpi ayah ak ajak blk umah. Klu ikut ak nk stay je tdo kt kpg tp da x bwk baju so ak blk je laa...nk mengelakkan competition pggunaan tandas esoknya..agpn umah aku ngan umah tok x smpi pn setengah jam prjalanan.

Ok da dgr2 nie antara persoalan yang main dalam pale otak aku (sape2 yg leh jwb please jwb laa ek,,,jgn rsau ak x tau pn jwpn dy..tp Insya Allah akn rujuk pd ustaz2 nnt) :-
  1. Berkaitan Hudud. Adakah hudud nie kejam/zalim sedangkan hudud nie hukum yg disyariatkan Allah?? Sebagai cth, seorang budak yg da baligh berumur linkungan 15 tahun ditangkap mencuri lalu dijatuhkan hukuman potong tangan apabila dikira kadar yang dicuri. Kemungkinan budak tersebut akan insaf dan nie akan mmbawa kerugian kpd masyarakat sbb kmgknn besar budak ini akn mnjadi seorang penyumbang suatu hri nnt..mgkn jga budak tersebut dalam keadaan trlalu terdesak sbb x de spe yg prihatin nk bantu dy.
  2. Adakah ayat yang suh potong tangan pencuri tue bukan ayat yang jelas tp ayat yang perlukan penafsiran laen (nas mutashabihaat)?? cthnye apabila dikatakan potong tangan tue bermakna memotong/eliminate sumber kuasa berbuat jahat. so cth len kalau orang tue curi duit company dgn kata laen sbg hukuman, pecat dy so dy xde kuasa or access nk curi duit company..jadi adakah ini hudud??
  3. Relevankah hudud dilaksanakan di Malaysia?? bukan bermaksud mustahil dpt dilaksanakan tp ketika zaman saidina Umar klu x silap ada keadaan yang hudud x dijalankan spt time kemarau, apabila orang x mlaksanakan tggjwab & kewajiban msg2.
  4. Hudud itu dikatakan undang-undang sosial. Jadi adakah relevan menjatuhkan hukuman hudud pada orang yg minum arak tp x kacau ketenteraman awam?? sbg cth model kna hukum sebat sbb minum arak.
  5. Ada kisah ttg seorang abid yg msk neraka sebab mengabaikan tggjwb pd ibu. Jadi adakah kt sini mengatakan bahawa hukum solat jd x wajib selagi tggjwb pd ibu bapa x ditunaikan sedangkan solat itu wajib & merupakan rukun Islam??
  6. Apa hukumnya solat pakai seluar tiga suku??



Takat tue je soalan yang aku ingat...byk berkaitan hudud rse aku...tp nk ckp kt sini ak bertanya utk kongsi pendapat korang. bukan aku nk kritik hukum Allah tp cuma nk lebih memahami apa itu hudud sebenarnya & apa yang menjadikan hudud nie satu hukum yang paling relevan yang patut dilaksanakan oleh manusia. Nie Insya-Allah kalau boleh dirungkaikan semua nie mungkin masyarakat mampu menerima hudud tue & x salah faham dengan perlaksanaan hudud sbb mentaliti masyarakat malaysia anggap hudud nie potong tangan potong kaki & sebat2 je..

6 comments:

ainazirah said... [Reply to comment]

x berani~
bgla kpd org2 yg layak..



tp nk kongsi..
(ni bukan kes hudud..he)
penah kat kisas, ustzh cter 1 kes mahkamah psl cerai.. si suami dh lafaz 3 kali cerai talak 1 pd masa berbeza, tp sbb jahilnya mereka tntg itu..hidup diteruskan seperti biasa, tambah zuriat lg... so, ble bawak mahkamah syariah, diputuskan bhw x jatuh cerai (xtaula spesific decision dier ape..tp x pisah r).. & decision tu dibuat atas dasar kemaslahatan keluarga tersebut..

(klu cter ni ade silap, sori la yer)

I'm A Kelantanese said... [Reply to comment]

salam..

rasanya, penafsiran ayat al-Quran tentang hudud tuu dah betul, bahawa Allah meminta agar si pencuri dipotong tangan jika mencuri..

sbb selama ni pn stau ak xde lg imam2 besar spt Imam Syafie atau ulama spt Sheikh Yusof al-Qardawi menafsirkan ayat tuu dari segi lain..

dan kerajaan msia jugak tolak mentah2 pengunaan hukum hudud.. nak kata jahil tentang agama, penasihat agama kerajaan mmg byk.. so x logik kalau xde sorang pn blh cari dan mention bahawa hukum hudud bukan hanya bermakna perlunya memotong tangan, tp blh juga diistilahkan sebagai memotong kuasa si pencuri agar tidak lagi dapat malakukan kejahatan itu..

kita jugak tak pernah dengar mana2 mufti atau ulama tampil memberi penafsiran itu pada waktu negara gamat dengan keengganan non muslim utk menerima hukum hudud, seperti yang pernah dicanang oleh PAS.. sebab non muslim ni faham hukum hudud, kalau mencuri, kena potong tangan..

sebab tu nk jalankan hukum hudud bkn senang.. perlu ada saksi yg mencukupi dan bukti yang kukuh sebelum dilaksanakan..

di sini ada link utk apa yg dimaksudkan dengan hudud..

http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/jinayat/hukuman.htm

last but not least, ttg relevannya hukum hudud di msia.. msia ni negara yg cukup serba serbi.. x penah berlaku kemarau smpi ada rakyat mati.. x pernah berlaku kekurangan makanan sampai rakyat kebulur.. so, aku yakin 200% bahawa hukum hudud relevan utk diguna di msia..

wallahua'lam..

Baihaqi said... [Reply to comment]

Arip, nampaknya ko membuatkan ak lebih berfikir...my opinions:

1) kalo tak silap hukum hudud ni hak Allah manakala hukum kisos tu hak manusia...jadi hukum hudud wajib dilaksanakan. Berkaitan dgn peristiwa pada zaman Saidina Umar,
mungkin dia gunakan ta'zir, iaitu hukum yg ditetapkan oleh pemimpin Islam.(kemarau)-sbb kalau tetap dilaksanakan pada zamannya, Islam nampak terlalu menekankan, bukankah Islam itu 'mudah'. Lagipun, kalau betul2 disabitkan kesalahan potong tangan, bahagian tangan mana yg dipotong? mungkin jari saja...ada hadnya...

2) yg ini membuatkan ak berfikir banyak kali. Bayangkan jika mencuri RM 10 000 sudah dipotong keseluruhan tangan, kalau yang mencuri duit campany tu berjuta2, nak potong apa? rasenya pemimpin Islam gunakan hukum hudud berserta ta'zir, yg penting hudud itu ada...potong tangan n pecat/ penjara...

3) minum arak tp tidak mengganggu ketenteraman awam? tp arak kan ibu segala kejahatan (hadis Nabi)? tapi pernah ada satu kisah zaman dahulu. Ada seorang hamba Allah yg tiap2 mlm minum arak. Dan pada setiap paginya dia bertaubat dan taubatnya diterima Allah. Dalam kes ni, kita dapat lihat hukum hudud tidak dijalankan ke atasnya sbb Allah dah terima taubatnya (hudud adalah hak Allah). Sama juga mcm orang yg telah berzina zaman sekarang kemudian bertaubat. taubat nasuha-menyesal dan tinggalkannya. Adakah kita boleh katakan dia akan tetap menerima siksaan atas dosanya selepas dia meninggal dunia krn hukum hudud tidak dijalankan ke atasnya? ak rasa tidak. kerana hudud dan taubat itu adalah hak Allah. bukankah Allah maha pengampun. Melainkan kalau hamba itu tetap sukarela nak dikenakan hukuman hudud, maka dilaksanakan. Kalau seseorang itu tidak bertaubat, maka hukuman hudud wajib dijalankan ke atasnya supaya memberi pengajaran n keinsafan.

4) tentang kisah Abid itu.
pendapat ak, jika betul2 solatnya diterima, tentu dia akan menjaga hak ibu bapa nya. tapi, dalam kes ni, tanggungjawab terhadap ibu bapa tidak ditunaikan. Jadi, maybe solatnya tidak sempurna atau mungkin juga rukun Islam yg pertama tidak cukup kuat untuk mendidik dirinya. Bukankah lafaz syahadah itu tunjang kpd rukan Islam yg lain? jadi, hukum solat tetap wajib tak kira mcm mana keadaannya.

5) pakai seluar tiga suku?
boleh jika ketika melakukan rukun-rukun solat (ruku', sujud, duduk antara dua sujud), auratnya ditutup dan tidak terdedah. (lutut n peha) tp jika ada seluar panjang, kan lebih baik digunakan...lebih sempurna solat...hehe


(ak pernah tanya ustazah kat INTEC, 'Adakah hukuman hudud relevan dilaksanakan di Malaysia sekarang?' Sbb masyarakat beransur-ansur memahami Islam. Jwpan ustazah, "ustazah tak nak beri jawapan, ustazah bg persoalan;

1) berapa lama nak tunggu sehingga lengkapnya fahaman masyarakat Malaysia tentang Islam?

ntahlah, ak pun tak tahu.)

p/s: Maaf jika ada kesilapan. Harap dibetulkan agar tiada fitnah terhadap Islam. Thanks Arif.

Baihaqi said... [Reply to comment]

Arif, nak tambah sikit lg boleh?

yg menjatuhkan sesuatu hukuman itu adalah pemimpin Islam. melainkan diwakilkan kepada peguam atau ulama yg lebih tinggi ilmunya. Berkaitan dgn ulama@peguam, mereka disyaratkan supaya boleh berijtihad dlm menetapkan sesuatu hukuman. Untuk melakukan ijtihad, seseorang perlukan taqarrub yg tinggi dgn Allah. Sbb itu kita jgn persendakan fatwa ulama. ('kan berdiam itu lebih baik'-saje letak.) - yg ini ak fikir sendiri. betul ke? simpulan dr ilmu yg ditimba selama ini. masih jahil. huhu

Ruh Al-Jadid (روح الجديد) said... [Reply to comment]

byk pndapat kuar..
tp cmne lak klu org yg basic agama pn kurang..
tp gna logik akal nk trjemahkan sst prkara brkaitan islam..
org cmnie ak kira agk bahaya or mmg sgt bahaya sbb mmpu kelirukan org len yg x paham..

syafiqq1991 said... [Reply to comment]

nak join gak.. hehehe.

solan pertama tu ko bokak balik buku teks syariah islamiah form 5.. ada diterangkan SKIT pasal 'hukum hudud itu kejam'.. so ko rujuk sendiri kat situ lagi ok sbab ko dah belajar..

6. ko pakai le apa yang ko nak pakai waktu solat. asalkan tak nampak aurat cukup. tapi, lebih elok pakai seluar cukup 3/3. so takdele orang nak umpat or fitnah.. bla22..

wei.. cukup2 le ko bagi soalan yang memcahkan tempurun kepala aku!