Aug 28, 2009

Home » , , » Ceramah Perdana Ramadhan

Ceramah Perdana Ramadhan

Hari nie ada majlis Iftar cam biasa kat masjid and ada Ceramah Perdana Ramadhan lepas Maghrib yang dianjurkan oleh PETRONITA dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid An-Nur & Rakan Masjid UTP. Penceramah jemputan ialah Dr. Zulkifli bin Mohammed al-Bakri, AJK Majlis Fatwa Negeri Sembilan.

xde gambar yang dapat diupload sebab aku bukan photographer...

Aku diberi tanggungjawab mengendalikan majlis a.k.a. jadi MC. So ak tau laa sket2 pasal latar belakang penceramah. Memang hebat orangnya.

Nie sket note yg ak sempat catat masa ceramah tue...

  • Dalam bulan Ramadhan bukan sekadar al-Quran je diturunkan tapi semua kitab termasuk laa suhuf..
  • Bulan Ramadhan banyak mencatatkan kemenangan Islam..cthnya Perang Badar, Pembukaan Kota Mekah oleh Rasulullah s.a.w., Pembukaan Andalusia oleh Tariq ibn Ziyad, Kemenangan umat Islam menentang kaum Tartar, Pembukaan Kota Jerusalem (Baitulmaqdis) oleh Salahudin al-Ayubi ,dan banyak lagi peristiwa kemenangan Islam dalam bulan Ramadhan...
  • Bulan Ramadhan terangkum rukun Islam yang 5 sebab dalam bulan ramadhan bukan sekadar wajib tunaikn solat 5 waktu..tp ad topup ag ngan solat sunat tarawih & solat2 sunat yang laen & da konfem laa byk kali mengucap 2 kalimah syahadah, pastu dalam bulan ramadhan kna bayar zakat fitrah, dalam bulan ramadhan gak digalakkan mengerjakan Umrah & ad hadis mengatakan wt umrah pd bulan Ramadhan pahala dy menyamai dua haji...
  • Manusia akan jadi emosional bila lapar. Jadi bulan Ramadhan dikatakan sebagai meningkatkan kesabaran umat Islam dengan menahan lapar dan menahan marah. Maka Ramadhan melatih kesabaran. Sabar itu separuh dari Islam, separuh lagi adalah syukur. Jika diperoleh kedua-duanya, lengkaplah keIslaman kita.

So ad ag point nie...Kenapa Allah suh kita puasa??

  • Supaya jadi orang yang bertaqwa...la'allakum tattaquun...
  • Takrifan taqwa berdasarkan Saidina Ali ialah Takutkan Allah, Beramal dengan apa yang diturunkan, Redha walaupun dapat sedikit & membuat persediaan untuk menghadapi hari yang mendatang yakni akhirat.

Fakta2 tambahan sepanjang ceramah

  • Kajian sains menunjukkan bahawa darah akan pergi ke usus untuk memproses makanan. Jadi kalo banyak makan, byk darah akan turun ke usus menyebabkan kurangnya darah di bahagian kepala & akn jdkn kta ngantuk. Tp bila makan sket, byk darah yg ada akan pegi k kepala & tyme 2 kta akan rasa fresh...bila fresh maka otak akan ligat bergerak & nie leh menjana kecerdikan.
  • Berkenaan Penjagaan masa. Orang Islam dulu banyak pecah rekod sampai menakluk 2/3 bumi adalah sebab jaga masa. Orang2 yang hebat dilahirkan dr orang yg menjaga masanya.
  • Bahagianya orang kafir kerana apa yang diperoleh di dunia. Bahagianya orang Islam dengan ketaatan dan kepatuhan serta rasa cinta kepada Allah dan Rasul.

2 je yang aku ingat & ak sempat catat....so amik iktibar laa..



1 comments:

-li.zue- said... [Reply to comment]

nice post..!!

kira senang cite..
jgn mkn byk lah time buka.
nnt ngantuk masa terawih.. hehe