Jun 23, 2009

Home » , , » Tak ade yang Istimewa pada Nik Nur Madihah..

Tak ade yang Istimewa pada Nik Nur Madihah..

Hari nie ak tidur dari lepas Zohor bangun2 da Asar...huhu...bkn selalu dapat t-do lame gitu..huhu x ley blah btol laa aku nih. Tapi bukan niat nak tido pun awal tue. Actually aku nak settlekan assignment pre-calculus aku yang hanya tinggal satu je soalan yg dianggap paling susah dalam assignment nih. Tapi ada dua soalan lagi yang aku tak taip penuh & bagi detail kenapa jalan kira dy mcm 2 & ape yg buatkan jalan kira dy jadi cam 2. Alih2 tengah nak buat tue laa yang mata jadi berat sangat. So aku pun lentok rr depan laptop (laptop x tutup pun). huhuhu...

Da bangun tido aku lak tak pasal2 pandang laptop so ak refresh je Dashboard blog aku. Aku pun tatau apsal aku wat gitu..hehehe. Maybe Allah gerakkan aku untuk baca blog orang laen lak hari nih. Maka aku tertarik dengan title dua blog yang aku follow iaitu Blog Dr Lo' Lo' & Blog Wardatul Shaukah.



Yang aku terasa macam nak ulas ari nih berkenaan Blog Wardatul Shaukah tue. Berita berkaitan Blog Dr Lo' Lo' tue aku cuma ucapkan alhamdulillah sebab kemelut kerajaan perpaduan da selesai rase aku. Gaya bahasa yang dituliskan dalam blog Dr Lo' Lo' macam da selesai laa.

So blog Wardatul Shaukah nie dy ulas or wat satu resensi berkenaan buku yang dia beli berkenaan Nik Nur Madihah. Buku tue rasanya tajuk dy Catatan Hati Nik Nur Madihah. Dalam buku tue menceritakan bagaimana susah kehidupan Madihah & macam mana dy mampu dapat keputusan yang sangat cemerlang dalam SPM walaupun keadaan keluarganya sangat daif. Nak tau lebih lanjut sila berkunjung ke blog Wardatul Shaukah dan baca..huhu

Jadi kat sini aku nak utarakan sudut pandangan (point of view) aku lak. Bagi aku Madihah tu x de ape2 pun. Tak istimewa mana pun, tak hebat pun, tak ada yang ajaib pada Madihah. Tapi apa yang buatkan dia hebat & mampu berjaya dalam kehidupan?
  1. Istiqamah dengan amalan yang dilakukan
  2. Yakin dengan bantuan Allah
  3. Sentiasa menjaga hubungan dengan Allah dan Manusia (Hablu Minallah wa Hablu Minannas)
  4. Nak berjaya kerana Allah dan bukan mengejar kesenangan dunia
  5. Kesusahan yg menghambat hidup membuatkan tekad untuk berjuang menjadi kuat

Mungkin tu yang aku dapat nampak walaupun aku yakin ada banyak lagi yang dijadikan kayu ukur kejayaan Madihah atau orang2 lain yang telah mencipta sejarah.



Tertarik dengan petikan ayah Madihah :
"Yang pertama, jangan bercita-cita nak jadi doktor, jurutera dan sebagainya. Itu adalah cita-cita nak makan gaji. Tapi tanamlah azam untuk jadi orang cerdik, insya Allah kerja akan datang sendiri pada kita" - Nik Mohd Kamal (Ayah Madihah)


Satu kata-kata yang jika diubah menjadi ayat yang sedikit sedap dari kata2 tersebut mungkin ayat itu berbunyi begini

"Jika engkau inginkan dunia, maka engkau akan mendapat dunia. Dan jika engkau mengejar akhirat, maka engkau akan mendapat kedua-dua dunia dan akhirat bersamamu."


Sebab tue aku kata tak ada yang istimewa pada Madihah. Kalau nak dinilai berdasarkan kehidupan dia, dari sudut pandangan Kapitalis yang kaya akan terus kaya & yang miskin akan terus miskin. Hidup dia dan keluarga susah. Adakah kejayaan dia tue bermakna dia dah jadikan hidup keluarganya senang. Masih jauh lagi perjalanan untuk wat cam tu. Tapi itu adalah satu langkah permulaan untuk dia membawa keluarganya keluar dari kepompong kemiskinan tu.

Dalam blog berkenaan gak ada kata Madihah nie tak tinggal solat tahajjud. Adakah tak tinggal solat tahajjud nie menjadikan dia Istimewa??? Tak jugak sebab setiap susuk tubuh manusia bergelar Muslim mampu berbuat demikian. Cuma nak or tak nak buat je laa. Jadi, sikap Istiqamah tu laa yang membantu Madihah untuk terus melaksanakan solat tahajjud setiap hari.

Jadi kat sini kita nampak satu contoh betapa benarnya kata2 pepatah :

Berakit-rakit ke hulu;
Berenang-renang ke tepian;
Bersakit-sakit dahulu;
Bersenang-senang kemudian.


Banyak lagi contoh dari orang lain yang mampu kita jadikan sebagai contoh. Madihah adalah salah satu daripadanya yang mana Allah membantu dia dalam menjalani kehidupan sehinggalah dalam soal pelajarannya Allah membuka hatinya untuk menerima ilmu semaksimum mungkin kerana rapatnya dia dengan Allah Ta'ala.

Firman Allah dalam surah Muhammad ayat 7
"Wahai orang2 yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."


Ini jaminan daripada Allah bukan daripada sesiapa pun. Jadi yakinlah dengan jaminan Allah kalau kita nak berjaya dalam kehidupan kita.

Huh..post kali nie panjang lak. Da lama aku tak post something yang boleh dikongsi sbg manfaat pada semua orang. Sejak kebelakangan nie aku hanya banyak bagi benda yang aku rasa tak de faedah pun. Nie post nih ak cite pasal org yg masih idup nih...kalo tuan punye badan baca lg bagus kot..ehehe..Huhu...


6 comments:

kartini said... [Reply to comment]

salam akhi. setuju dengan pendapat akhi. Madihah tak ada apa2 pun, kita semua tak ada apa2, tak punya apa. semua tu dari kemahuan kita, sejauh mana kita nakkan hidayah Allah, sebanyak mana kita nak istiqamah dalam menjaga hubungan dengan Allah, dengan manusia. dan dari pendapat ana setelah membaca kisah Madihah, ana rasakan yang Madihah sangat menjaga dirinya, sangat2 mengamalkan prinsip dia "hablu minallah hablu minannas".. masya Allah... semoga kita juga diberikan kekuatan Allah utk beramal dan istiqamah...

awe said... [Reply to comment]

tu lah kekuatan sebenar madihah
jati diri dia kuat

adoih..
jeles lak ngn dia
xpe2
aku akan cube
utk dptkan kekuatan mcm tu
insya-Allah


hehe
aku salu komen blog ko ek

al-bagani said... [Reply to comment]

to wardatul shaukah

yep...setuju ngan enti...jaga hubungan ngan Allah. Insya Allah kita akan dipelihara oleh Allah dari kejahatan..

to awe

jgn jeles ari nie esok x jeles da..hehehe..

ak rse mmg ko je laa yg skrg nih dok berjalan-jaln kt blog org len..

yg len 2 ak kna tggu smpi kucing brjanggut kot..hehehe.

syamilnazmi said... [Reply to comment]

apa2 pun kecemerlangan nik madihah dinafikan oleh sesetengah pihak yg mendakwa memperjuangkan bangsa bumiputera sehinggakan sanggup mengisytiharkan orang lain yg kurang a sebagai pelajar cemerlanng

al-bagani said... [Reply to comment]

to syamil

itula kerenah dunia yang kita berhadapan sekarang. Mungkin salah istilah, bukan kerenah dunia tp kerenah manusia atas bumi nih..hmm..

Anonymous said... [Reply to comment]

from abu

ape la ang rip.
bape puluh kali ulang
yg dy x istimewa.aku pn
x istimewa.

yg pnting dy jge diri dy,
istiqamah tahjud n ikhlas
buat sume prkara krn Allah.dy x mnunjuk nunjuk pn
dpt bnyk a n x riak pn blaja kt tmpt yg bgus cam certain org.