May 21, 2009

Home » , , » Proud To Be Kisasian

Proud To Be Kisasian





Sumber : Berita Harian

Kolej Islam Sultan Alam Shah (Kisas), Klang dikenali sebagai gedung ilmu yang menghimpunkan cerdik pandai dan bakat kepimpinan di kalangan lepasan sekolah agama.

Antaranya, Pengerusi Felda Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Duta Besar Malaysia ke Mesir Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir.

Walaupun namanya sudah tiga kali ditukar sejak penubuhan pada 1955, kecemerlangan Kisas menghasilkan modal insan kelas pertama tetap berkekalan hingga kini dengan berpegang motto Bersama Rangkul Keunggulan.

Pengetuanya, Abdullah Jusoh, berkata budaya Islam dan suasana pembelajaran sempurna menjadi resipi kejayaan sekolah berteras agama itu melahirkan pelajar berilmu, berakhlak, bertakwa serta mampu memberi sumbangan kepada agama, ummah dan negara.



Beliau berkata, berbekalkan pengetahuan, kemampuan dan jati diri unggul yang dipupuk, lepasan sekolah itu mampu bersaing di peringkat global dan menyumbang kepakaran mereka dalam pelbagai bidang serta kerjaya merentasi sempadan negara.

Katanya, penetapan petunjuk prestasi utama (KPI) 'Tiada Muflis 3A' antara faktor yang merangsang pencapaian cemerlang pelajar dalam akademik khususnya Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Malah, katanya sekolah berkenaan mencapai lonjakan saujana dalam peperiksaan itu tahun lepas dengan catatan gred purata sekolah 1.68, manakala 32 pelajar mendapat 1A semua 11 mata pelajaran serta dua lagi mendapat 121A.

Beliau berkata, sejajar penekanan pembangunan holistik, pembabitan pelajar dalam pelbagai kegiatan kokurikulum turut digalakkan termasuk pertandingan Formula One In School Technology Challenge, Inovasi Sains dan Reka Cipta, debat, pidato, taekwondo, ragbi, tenis dan menembak.

"Sejak penubuhannya hingga kini, Kisas sentiasa menjadi tumpuan pelajar terbaik dari sekolah agama, selain melahirkan tokoh nasional dalam pelbagai bidang dan kerjaya.

"Satu lagi perbezaan Kisas berbanding sekolah berasrama penuh (SBP) dan sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) lain adalah mengadakan peperiksaannya sendiri dikenali Sijil Khas Kolej yang memberi merit khas kepada lepasan Kisas dalam bidang agama atau permohonan biasiswa.



"Kejayaan itu membuktikan sekolah berkenaan tidak menumpukan kepada aspek agama saja malah pembangunan holistik pelajar supaya mereka dapat membina masa depan keluarga dan negara menerusi pelbagai bidang," katanya.

Mengulas status sekolah kluster yang diterima sejak 2007, Abdullah berkata, lima faktor dijadikan keutamaan Kisas bagi mengekalkan kedudukan dalam kelompok sekolah cemerlang berkenaan.

Ia termasuk menghasilkan pelajar berintelektual tinggi, pemantapan sahsiah, membangunkan kemahiran insaniah, ketrampilan dan kecergasan fizikal, pengenalan persekitaran kondusif dan berkualiti menerusi program Pensijilan Persekitaran Berkualiti Sistem 5S oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia serta menjalin hubungan komuniti.

Kejayaan itu mendapat pengiktirafan termasuk Anugerah Kecemerlangan Keseluruhan (Akademik/Kokurikulum) dan Anugerah Kokurikulum Terbaik SBP 2008 kerana muncul antara sekolah paling cemerlang di kalangan 54 SBP seluruh negara.

Pada awal penubuhannya, sekolah itu dikenali Kolej Islam Malaya (KIM) dan ditempatkan di bangunan bekas istana (Istana Anjung) di Klang yang dihadiahkan Sultan Hishamuddin Alam Shah, Sultan Selangor ketika itu.

Pada 1966 KIM ditukar nama kepada Kolej Islam Klang (KIK).

Pada 1972, kolej berkenaan diambil sepenuhnya Kementerian Pendidikan dan dinaikkan taraf sebagai SBP dan pada 1989, Sultan Selangor berkenan menukarkan nama KIK kepada Kisas.

Info

Pencapaian terbaik Kisas 2008

Antarabangsa

# Johan - Kem Tutti Fratelli International

# Medal of Peter O Halloran - Australian Mathematics Competition

# Finalis - Mondialogo School Contest

Kebangsaan

# Johan Pertandingan Inovasi Sains dan Reka Cipta SBP

# Johan Kem Penulis Muda

# Johan Pertandingan Folio Pengguna

# Johan Debat Bahasa Arab

14 comments:

syara said... [Reply to comment]

waa.pr0ud2 ..hehe

ainazirah said... [Reply to comment]

sesungguhnya ini cabaran utk kita meletakkan diri setaraf dgn kisas * imejnya..huhu~

p/s: berat wey..isk3~

syafiqq1991 said... [Reply to comment]

to Ainazirah:
cabaran? memang tercabar sampai ada yang dicabar. sapa? tanye le Arif.. dia tau kot.

tO Arif:
I m not proud to be a Kisasian. But I m glad of being a Kisasian.

ainazirah said... [Reply to comment]

sape kne cabar??
nak tawu~

AxL VoGa said... [Reply to comment]

bangge aku
aku siap smpan lagi keratan akhbar tu
hahaha
nnti kt memane saje je la nk tunjuk2 kt org
haha

mynmeisazm :) said... [Reply to comment]

okay one word.
overrated

.:.nurhidayah.:. said... [Reply to comment]

salam~

a big clap 2 KISAS!
but,sumhow,pencapaian yg sebegini tgg bleh membuatkan manusia leka n alpa.moga warga kisas x cmtu.

Ruh Al-Jadid (روح الجديد) said... [Reply to comment]

to syara :
hehe mmg rr proud..ak pn proud gak

to ecah :
berat..hehe..mmg berat..kta nk kena bwk image skola terbilang..

to fendi :
asl ty ak lak..ak x bersalah!!!!

ko glad pn xpe la..lme2 nnt proud laa 2..hehe

to che :
mskkn laa keratan 2 dlm blog ko che..hehehe

to azam :
hehehe...no komen

to nurhidayah :
tenkiu..hehe..tp 2 laa leka x leka brgntg pd pljr kt sana...rsanya da dpt title 2 maka mereka akan hadapi hidup yang lagi best dari batch2 sebelum mereka...hehe..ak x akan melupakan zaman itu..

syafiqq1991 said... [Reply to comment]

To Arif:

tak bersalah? ye le tu... ye le.. kala dah ter***** kat tengah jalan.. mana nak mengaku.hehehe..
Tak pe tak ngaku..hehe

Ruh Al-Jadid (روح الجديد) said... [Reply to comment]

to Fendi :

siyes ak x paham pape..hahaha
i'm blurred...

syafiqq1991 said... [Reply to comment]

banyak le ko blur.. buat2 blur leh lah.. tau le kala tak pakai cermin tak nampak.. blur.. hhehehe

Ruh Al-Jadid (روح الجديد) said... [Reply to comment]

duhh...hehe..mentang2 ak rabun

amiR muJahiD said... [Reply to comment]

tak yah la nak gaduh2 kat sini semata2 pasal keratan akhbar tu...
huhu...
semua amik pengajaran...
alhamdulillah...
usaha pengetua,guru2,staf2,warga PIBG serta pelajar2 KISAS dari dulu sampai sekarang tak sia2...
kita bersyukur laa...
harap2 lpas ni KISAS akn terus berjaya...
xkesah la dari segi akademik,koku,sahsiah,kepimpinan dan lain2...
sayang KISAS...
huhu...
rindu weyh...
biah solehah kat sna...

Annas Alias said... [Reply to comment]

err, no 4 kump ngan no 2 individu kuiz fizik xde? haha.