Mar 7, 2009

Home » , , » Menarik Nih Nak Percaya Tuhan Tak...

Menarik Nih Nak Percaya Tuhan Tak...

Petikan Dari Berita Harian...
Percayakan Tuhan bantu atasi stres

Bukan ateis tenang hadapi masalah: Kajian
TORONTO: Satu kajian baru mendapati percaya kepada Tuhan sebenarnya membantu mengurangkan kebimbangan dan meminimumkan tekanan.

Sekumpulan penyelidik dari Universiti Toronto berkata, otak golongan yang percayakan Tuhan dan ateis bekerja dengan cara berbeza apabila berdepan tekanan.

Percayakan Tuhan mempunyai kesan menenangkan pada otak yang membantu ia menghalang kebimbangan dan meminimumkan ketegangan dengan mudah, menurut kajian.

Sebagai sebahagian kajian, penyelidik diketuai pakar psikologi, Profesor Michael Inzlicht, melakukan tugasan 'Stroop task' atau ujian kawalan kognitif, ke atas peserta sambil meneliti elektrod yang mengukur aktiviti otak mereka, menurut kenyataan universiti itu.

Berbanding ateis, peserta yang kuat pegangan agama menunjukkan aktiviti yang kurang dalam anterior cingulate cortex (ACC) otak. ACC ialah bahagian otak yang membantu mengubah suai tingkah laku dengan memberi isyarat apabila perhatian dan kawalan diperlukan, terutama ketika kejadian yang menerbitkan kebimbangan seperti melakukan kesilapan.

Semakin kukuh pegangan agama dan semakin kukuh kepercayaan kepada Tuhan, semakin kurang ACC dilepaskan sebagai reaksi kepada kesilapan dan semakin kurang kesalahan yang dilakukan.

"Kami mendapati golongan yang kuat pegangan agama atau sekadar percaya kepada kewujudan Tuhan menunjukkan aktiviti otak yang kurang berkaitan dengan kesilapan mereka. Golongan itu kurang berasa bimbang dan kurang tertekan apabila melakukan kesilapan.

"Hubung kait ini kekal kukuh walaupun selepas mengawal personaliti dan kemampuan kognitif," kata Inzlicht sambil menambah peserta yang kuat agama tidak banyak melakukan kesilapan dalam tugasan Stroop berbanding golongan ateis. � Agensi

Memang pun..bila kita jaga amal ibadah kita...sentiasa Ingat Allah, hati akan jadi tenang...bila hati tenang, segala kerja pun jadi lancar...bila sume jadi lancar..maka kuranglah kesilapan...bila kurang kesilapan...kuranglah gabra kan...jadi sume 2 berlaku bila kita percaya Tuhan...jadi sape kat sini yang masih ragu2 ngan Tuhan...sndr mau ingat laa...

HUHUHUHU.................APA PENDAPAT KORANG...

7 comments:

serunaiklang_91 said... [Reply to comment]

salam ziarah....

semoga iman kiter kuat..insyaALLAH...

hanya.aku said... [Reply to comment]

menarik lah ini entry.
huhu~

Ruh Al-Jadid (روح الجديد) said... [Reply to comment]

huhu...trimas

tnetz said... [Reply to comment]

ayuh...percayalah...
dimana pun kita ALLAH ttap bersama..
teringat pada 1 nasyid..

semakin jauh kudarimu..
semakin dkat pula kau menghampiri daku..
oh Tuhan Yang Maha Pengasih..
siapalah diriku di pandanganMu...

Yakinlah pada Tuhan..
berserah padaNya membawa 1001 penyelesaian..

Ruh Al-Jadid (روح الجديد) said... [Reply to comment]

yep...btl 2..
bkn skdr 1001 pnyelesaian
tp ap jua penyelesaian hingg x trbilang dek jari...

syara said... [Reply to comment]

yup2..terbukti kebesaran Tuhan(Allah swt)..

pakar psikologi..huhu..aku nkjadi uh..hehe.

Ruh Al-Jadid (روح الجديد) said... [Reply to comment]

to syara...
tul k ko nie...
nk jd pkr psycho...
huhuhu....