Jan 4, 2009

Home » » Di Manakah Keadilan Dunia???

Di Manakah Keadilan Dunia???




Sudah beberapa hari kita melihat Gaza diserang...diserang dan terus diserang. Amerika sekutu kuat Israel masih lagi tak mengambil sebarang tindakan walaupun mereka tahu perbuatan Israel itu menyalahi undang-undang perang antarabangsa. Lupa pula, mengapa mesti diharapkan Amerika itu. Mereka itu tak boleh diharapkan langsung atau senang cite tak boleh pakai laa. Macam2 kecaman dah dibuat di seluruh dunia kecam tindakan Israel tapi apa reaksi pimpinan seluruh negara di dunia. Mana keberanian korang. Bagi laa bantuan ketenteraan dekat Palestin. Takkan nak biar perang yang macam langit & bumi nie berterusan. Mana boleh macam nie. PBB apa plk tndkn korang. Takat bagi laporan itu ini tanpa ada tindakan baik tak payah bagi laporan. OIC pulak takkan nk tengok ja. Apa fungsi korang. Ke korang pun sama-sama tak boleh pakai jugak. Sedih laa kalau macam ni. Ketidakadilan berlaku kat Palestin. Media Barat dah tak dapat tutup rahsia lagi. Masyarakat dunia semua dah dapat menilai kesalahan Israel. Tapi mana penilaian pemimpin dunia. Apa tindakan kamu semua????? Dunia Islam yang luas, apa yang mampu kita lakukan. Hanya Palestin satu-satunya negara yang dijajah.

Aku tak puas hati bila ada orang cakap apa yang terjadi kat Palestin sekarang nih adalah sebab maslah hati dalam kalangan rakyat Palestin. Tengok laa sendiri perjuangan diorang. Cuba kalau kita letakkan diri kita dalam situasi diorang. Ape rasanya ek??? Try laa...Manusia nih pandai bagi macam2 pendapat tapi apa yang kita sumbangkan untuk Palestin. Takde pun, yang paling masalah hati tu kita. Kita laa yang kena serbu Pesta Seks di awal tahun. Sape dia?? Orang Islam yang hidup dalam keamanan. Mungkin ni laa nama dia Istidraj. Allah bagi kita kesenangan untuk menyesatkan lagi kita.



Tapi tengok laa ujian yang Allah letakkan pada rakyat Palestin, mereka sentiasa berjuang tak henti-henti untuk memastikan tempat tu tak jatuh sepenuhnya pada Israel laknatullah. Ada pulak yang kata golongan remaja ramai yang tak ambil kisah pasal Palestin nih. Yaa memang aku setuju pasal tu tapi kepada yang berkata demikian, pandanglah dengan sebenar-benar pandangan. Masih ramai sebenarnya remaja dunia ini yang ingin berjuang untuk Palestin. Kami juga nak tegakkan keadilan di dunia ini.



Ya Ayyuhal Ikhwaanul Muslimin....Ayuhlah kita sama-sama menghapuskan ketidakadilan ini dengan apa saja cara yang diredhai Allah demi Islam ditegakkan. Ayyuhal As-Syabab.....sedarlah dari tidurmu yang lena. Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Perjuangan Belum Selesai.

0 comments: