Dec 29, 2008

Home » » Pengkid : Siapa yang patut Diperslahkan

Pengkid : Siapa yang patut Diperslahkan

Terbaca forum TV3 pasal Pengkid cabar Fatwa. Agak menarik bila baca forum tue. Banyak nampak pro & kontra tentang benda nih. Tapi walau apapun Pengkid tu ttp haram laa kan. Dari yang aku baca laa kan. Hampir sume pengkid yang join dalam forum 2 sedar akan kesalahan diorang tapi diorang tuding kesalahan tue pada lelaki yang cakap "lebat" tapi haram lagi teruk dari apa yg dia selalu cakap. Diorang kata laki nie ramai yang suka maen pompuan. Laki nih tak leh kongsi awek ngan pengkid (memang laa kan). Sebabnya pengkid nie songsang & tak diterima umat Rasulullah s.a.w. Ada pula yang mempertahankan rakan sebilik yang pengkid. Aku pun tak paham, dia tahu yang kawan dia tue pengkid tapi kenapa dia tak tegur kawan dia tue. Tak rasa salah ke pegi bela kawan dia sedangkan dia x usaha pun nak ubah kawan dia tu. Dia cakap cam nie

"
Erm, sy ni bukan pengkid, hanya wanita biasa. Sy nak beri pendapat sikit. Dah banyak sy baca isu2 ni. Yang sy perasan golongan lelaki lebih berminat isu2 pengkid ni sebab hubungan ini adalah haram dan kebanyakkan golongan lelaki muda mmg berdendam dengan golongan pengkid. Saya bercakap berdasrkan bukti. Dahulu saya belajar di kolej, dan housemate saya pengkid. Lelaki ni mmg pantang pengkid lalu, lebih2 lg kalo pengkid bawa awek. Muka mmg mcm tak puas hati. Lepas tu mulalh keluar tentang agama. Pasal ni tau pulak hukum agama. Yang saya tau separuh lelaki bukannya sembahyang penuh, tapi pasal pengkid, dia lah yang paling beriman. Bukan saya nak melanggar hukum tapi cuba fikirlah sendiri. Kalo pengkid keluar perempuan, mulalah cakap pasal agama, padahal yg sy nampak, kalo lelaki keluar dating ngan awek d shopping cmplx, huhhh bukan main gedik, ada yang tangan meraba punggung, bercium2 dan banyak lagi. Tapi oleh kerana mereka lelaki dan perempuan, tak ada siapa yang tegur. Perempuan cari pengkid, golongan lelaki pikirlah sendiri. Kenapa skarang ramai wanita yg lebih percaya pengkid. Punca pertama perangai lelaki sendiri. Jangan kata semua lelaki sama. Pada saya sama jek semua. Saya dah jumpa dekat 10 contoh, ada awek pengkid yang tinggalkan pengkidnya, kononnya si lelaki dah ubah perempuan tu. Mulalh keluar segala hukum agama, padahal sembahyang pun tak cukup. Tapi last2 wanita tu di tinggalkan sebab si lelaki tu tak dapat maruah perempuan tu. Jangan kata Semua Lelaki Sama. Mmg sama jek. Pada saya kebanyakkan golongan lelaki hanya pandai berpura2 saja dengan perempuan. First yang dipikirkan seks. bukan saya reka cerita, tapi semasa saya di ofis pon mmg lelaki hanya berbual perkara itu jek.
INI HANYALAH PENDAPAT SAYA."

nie lak kisah dari pengkid sendiri laa...ada bape cite ntah...

"salam..
1st off all..aku ni seorg pengkid.
anway..terima kasih pada yg cube menasihati dgn cara yg baik..dan bukan dgn care menghentam kami. fyi.. walaupun aku ni pengkid..n aku tau ape yg aku buat ni salah..aku x penah nk pertikaikan ape yg fatwa buat.sbb aku tau tu tanggungjwb diorg..kami bukan bodo..n bukan sumer pengkid x tau or tak pikir hukum dan agama.. aku penah cuba untuk berubah.. dan meniggalkan dunia songsang ni.. tp aku x tau la.. dugaan allah tu terlalu besr.. ketika aku cuba untuk berubah..cube utk menerima lelaki,menanam impian utk berkahwin dn mempunyai zuriat..aku sering bertemu dgn mereka yg tdk bertanggungjwb dan berpura2 alim serta hipokrit. dalam aku cubaa utk berubah, aku hampir di nodai dgn lelaki yg pada mulanya sgt berlagak alim..mengingatkan aku ttg solat..membuatkan aku rase dialah yg layak utk jd pembimbing aku.. tp setelah aku percaya..dia tunjuk perangai sebenar..kami hampir bertunang..tapi sesungguhnya Allah itu sentiasa merancang sesuatu yg baik utk hambanya..sebelum ada apa2 ikatan..Allah tunjukkan aku siapa dia sbnrnya..
tapi aku x putus asa..aku cuba mengenali lelaki lain..
cuba utk tdk kembali pd kehdupan lame.. tp.. pkra yg hampir sama berlaku.. kadang aku terpkir... kenapa susah sgt nk jmp lelaki yg ikhlas dn jujur skrg.. akhirnya aku jd buntu dan bosan dgn semua ni.. sebelum aku termengandung, terberanak,terbuang anak haram..aku ambil kptsn berhenti..bukan putus asa...tp aku berserah pd takdir..skrg aku berkwn dgn wanita..bukan atas dasar seks tapi..untuk kasih syg..dan aku tak pernah menghalang gf aku tuk cr teman lelaki asalkan org tu boleh membimbing mereka..bukan merosakkan mereka..
aku juz nk bgtau pd mereka yg suke menghentam..jgn hentam sesuka hati..setiap org ade sejarah hdup mereka yg kita x tau.. aku tau aku salah dan berdosa..nasihat yang baik aku akn jdkan panduan..krn aku percaya kasih syg ALLAH itu mendahului kemurkaanya dan Allah sentiasa merancang sesuatu yg baik utk hambanya.. dan aku tau..Allah tdak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri mengubahnya.. semoga kami dan kita sama2 mendapat petunjuk dan hidayah dariNya..

wassalam.."


kisah ke-2


"akoo ialah seorang pengkid.. mengupas isu pengkid cabar fatwa, akoo mmg tak berapa setuju. Kepada pengkid yang mencabar fatwa, pikir la semula.. fatwa bukan dikeluarkan scara suker2.. tapi ader sebab disebalik nya.. aku memang tak setuju dengan gejala pengkid yang semakin terok zaman sekarang yang kebanyakannya menyalahkan ibu bapa atas sebab mereka jadi pengkid..

Seseorang wanita itu dipanggil pengkid adalah kerana sifat nyer.. bukan cara berpakaian atau cara pergaulan.. bagi akoo, akoo tak setuju kalau disebabkan cara berpakaian seperti lelaki dijadikan sebab seseorang itu dikatakan pengkid.. Dalam islam sekali pon mengharamkan wanita memakai pakaian yang mengikut bentuk badan seperti mana hampir 100% wanita maser kini berpakaian menhikut susuk tubuh mereka..
hal yang demikian, tidak wajar bagi saya menganggap cara berpakaian 'beggy' seperti lelaki ini dijadikan isu pengkid..

saya memutarakan pendapat berdasarkan pengalaman.. Yang sehingga sekarang terbawa saya TIDAK SUKA memakai fesyen wanita kerana fesyen yang diketengahkan sekarang untuk kaum wanita amat kebaratann iaitu mengikut bentuk badan.. Sehingga boleh dikatakan amat sukar untuk bergaya dengan pakaian wanita untuk ke tempat kerja..

APabila keluar isu pengkid ini, saya amat terkejut. Ingin saya bertanya, mengapa pengkid yang mengamalkan hubungan sejenis sahaja yang dituding jari untuk dipersalahkan?? bagaimana pula dengan gejala gay, mak nyah, dan juga lesbian? adakah ini bermaksud gejala yang tiga ini dilulskan.. Maaf jika pertanyaan ini menimbulkan syak kepada pihak yang berkenaan menimbulkan is ini..

Sebagai seorang pengkid, saya rasa terhina dengan pernyataan itu.. wajarkah hanya golongan kami sahaja yang dipersalahkan.. Pernahkah masyarakat bertanya kenapa golongan sebegini wujud di muka bumi.. Dengan inisisatif sendiri, saya kini sedang menjalankan kajian saintifik terhadap kaum ini.

Dari pengalaman saya, sya memang pernah mempunyai pasangan wanita.. dengan izin tuha, saya berjaya mengubah hala tuju hidup sebagai pengkid kepada wanita normal.. Betapa bersyukornya saya dan amat berterima kasih kepada bekas teman lelaki saya.. Tapi malang sekali hubungan yang dirancang tidak bertahan lama.. atas dorongan nafsu, lelaki itu mengamalkan ilmu hitam untuk meragot maruah yang saya jaga selama saya bergelar pengkid tanpa keinginan.. Pernahkah masyarakat ambil tahu tentang semua ini.. selama dua tahun saya terseksa di bawah telunjuk 'dia'. Atas bantuan teman serumah saya berjaya keluar dari cengkaman manusia yang bertopengkan binatang.. lalu saya menjadi hilang arah lalu memlih hala tuju pengkid semula.. Inikah penting nya lelaki..

Allah menjadikan lelaki untuk melindungi wanita.. bukan menyiiksa mahupon mengambil kesempatan ke atas kelemahan wanita.. Mengapa hubungan pengkid dipersalahkan telebih dahulu sebelum menghapuskan gejala couple dikalangan lelaki dan wanita normal?? Bukankah zina juga berdosa besar dibenci rasullullah dan dilaknat tuhan?? Mengeluarkan fatwa tidak salah.. Dengan ade nya fatwa tidak akan membawa kepada terhapusnya gejala pengkid. Betambah digeruni jika bilangan itu akan bertambah.. Sedangkan hukum agama allah yang tuhan adakan sejak tercipta nya manusia dimuka bumi iaitu menutup aurat pon berani dilanggar secara amat meluas di dalam negara ini, apetah lagi fatwa yang boleh dibuat oleh manusia dan kerajaan..

Bagaimana pula dengan hubungan antara mk nyah @ pondan yang berpasangan dengan pengkid?? adakah ini juga bakal menjadi isu suatu hari nanti?? dari pengalaman saya, setelah dikecewakan lelaki, saya jatuh hati pada golongan pondan ini.. kerana bagi saya, hubungan ini sah disisi islam jika diijabkabulkan..

Saya amat berharap kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dan pihak yang bertanggungjawab kepadanmasalah sosial negara ini memikirkan dengan lebih lanjut cara untuk mengurangkan terlebih dahulu bilangan pengkid kerana amat mstahil untuk tibe2 menghapuskan golongan pengkid.."


ok...
kesimpulannya dekat sini aku nampak ada sedikit perbalahan dan isu salah-menyalah laki salah ke perempuan tue salah. Kalau aku secara peribadi aku salahkan semua orang laa tak kira laki ke, perempuan ke, family ke, kerajaan ke sape2 ke semua salah. Sebab tak cegah benda nie dari awal. Bukan setakat pengkid...pondan, gay, mak nyah, lesbian, tomboy & ape lg yg sewaktu dgnnya sama je. Soalnya kalau kita terus nak menyalahkan orang len selesai ke masalah nie.

Ada orang kata walaupun Fatwa da dikuarkan tapi tetap tak akan mengubah keadaan. Dia kata cam nie laa kan.

"KUALA LUMPUR: “Fatwa itu tidak akan berjaya menghapuskan pengkid. Takkan apabila saya berjalan dalam keadaan berpakaian seperti lelaki, polis terus tahan dan tangkap saya.

“Atau, adakah apabila saya dengan kawan perempuan makan bersama-sama, kami terus ditangkap?” kata seorang pengkid dikenali sebagai Win yang seolah-olah mencabar fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK), bau-baru ini.

Kata Win, dia yakin di kalangan pengkid, fatwa yang diumumkan MFK pada 23 Oktober lalu tidak akan mengubah keadaan, malah golongan perempuan yang berpakaian dan berperwatakan seperti lelaki itu akan terus dengan aktiviti mereka seperti biasa...... (SELANJUT NYA CLICK ARTIKEL DI BAWAH)

Ihsan : Harian Metro"

Memang laa x akan ubah banyak tapi nie salah satu usaha nak sedarkan semua orang benda nie salah. Kenapa kita mesti nak akui kehadiran pondan, pengkid, mak nyah dll dalam hidup kita sebagai manusia yang Allah ciptakan dengan dua jantina. Kita tau nak ikut je ape yang Barat buat. Benda yang haram tu akan tetap jadi haram jugak kan.

Berbalik pada yang bela rakan sebilik tadi, dia bela cam tue adakah boleh mengubah kenyataan yang pengkid tue haram. Kenapa dirujuk pada lelaki or maybe jantan tak guna yang merosakkan wanita sedangkan bukan semua lelaki macam tue?? Kenapa dilabel orang sesuka hati kita sedangkan kita sendiri tak sedar diri?? Bila kita label kaum laki macam tu samalah kita melabel kepada Ayah kita, kepada Nabi Muhammad. Ad yang cakap semua laki sama je, Adakah Nabi Muhammad sama dengan laki2 keparat tak guna sesen tu??? dah tentu jawapannya tak kan.

Kepada pengkid lak, bagus laa bagi yang sedar diorang nie da lari dari norma kehidupan yang sebenar. Tahniah kepada yang berjaya berubah menjadi perempuan normal. Tapi bagi yang gagal dalam usaha mengubah dirinya cuba cek balik. Kenapa mesti korang nak ubah diri dengan cari boyfriend sedangkan dah tahu couple tu haram. Korang cite bila nak ubah diri tu boyfriend korang nk ambil kesempatan kat korang nak menodai korang la macam2 lagi laa. Soalnya, adakah laki tu yang nak dipersalahkan atas kegagalan korang nak berubah. Sendiri laa yang salah sebab salah cara nak berubah. Kalau rasa nak berubah pergi laa jumpa dengan ahli agama cam ustazah ke kawan-kawan yang ahli agama ke. Mintak nasihat kat diorang, cari jalan nak berubah. Sesungguhnya kaum hawa lebih tahu tentang kaum hawa. Bukan nak nafikan kehebatan lelaki tapi bila nak berubah tu kena cari medium or cara yang sesuai laa. Tu kesilapan pengkid yang nak berubah. Boyfriend takkan dapat ubah kita sikit pn. Dia tunjuk alim mana sekalipun, kalau dia da setuju nak jadi boyfriend tu percayalah dia bukan laki yang sebetulnya dapat ubah kita. Jadi no misunderstanding kepada lelaki. Jalan yang baik pergi jumpa pakar motivasi yang ahli dalam bidang agama dan digalakkan yang wanita. Jalan yang paling baik pula ialah bertaubat sebenar-benar taubat dan ikut segala ajaran Islam. Insya-Allah akan berubah.

Kepada kaum lelaki yang selalu cakap lebat pasal benda nih. Kita pandai nak kuar dalil pengkid haram laa ape laa. Takkan tak sedar yang kaum perempuan da mula hilang kepercayaan pada lelaki. Ada ke patut gi cakap macam nie :

"Think back to where we come....
Rasul Tak Mengaku Umat Hubungan Sejenis Nie...
Baik Pengkid ngan pempuan or Laki ngan Pondan...
Yang Laki n Pompuan pun sama jugak berdosa besar kalau bukan muhrim...
Tapi lebih baik berdosa besar dari terus Hilang UMAT Nabi Muhammad SAW....
mungkin insanbiasa pernah tertipu dengan lelaki..
tapi kene pikir ek...kita orang islam ada hukum...
Tak kemane nyer kalau Pengkid ngan Pompuan n Laki ngan Pondan..
tak dapat anak.. so tak ramai lah umat islam..
Pikir baik2 wahai cik2 pengkid kat luar sana ekk...
Ubah lah...Masa lampau tetap masa lampau tak bleh nak ubah..!!! "

betul ape yang dia cakap nih tapi statement "lebih baik berdosa besar dari terus Hilang UMAT Nabi Muhammad SAW...." kena tengok balik laa. Sepatutnya dua2 kita kena elak kalau nak kata cam tu laa baik buat dosa kecil berterusan dari dosa besar berterusan. dosa kecil pun klu berterusan akan jadi dosa besar jugak kan. Jadi statement tue cam tak releven laa bagi aku walaupun pada zahirnya nampak cam leh pakai jugak tapi bila tengok balik seolah-olah dia mengharamkan yang haram tapi membolehkan perkara haram yang lain untuk mengelakkan perkara yang memang dah diharamkan. Macam tu laa lebih kurangnye. Jadi statement tu ditolak 100%.

Jadi punca masalahnya kita tengok pada setiap sudut.

  1. Keluarga: sebabnya tak jaga institusi keluarga dengan baik seperti memberi didikan agama yang sepatutnya diberikan kepada anak-anak.
  2. Masyarakat : membiarkan gejala macam nie dari terus berlaku (nak tunggu fatwa baru nak cegah, bila dah keluar fatwa tak buat apa2 jugak)
  3. Pengaruh Barat : Gejala nie bermula dari zaman Nabi Lut tapi lepas tue orang Barat lak buat. (Salah kita sebab ikut benda tue)
  4. Kaum Lelaki : Sebabnya lelaki sekarang nie ramai yang suka ambil kesempatan ke-atas wanita sedangkan tanggungjawab lelaki adalah untuk memelihara maruah wanita.
  5. Kaum Wanita : Pemikiran yang sangat cetek sehingga tak memilih untuk kembali ke jalan kebenaran iaitu kepada Allah tetapi memilih keputusan mudah untuk menjadi seorang pengkid walaupun tahu benda tu salah dan haram.
  6. Pengaruh lain spt kwn2 dan sebab2 lain yang munasabah.
Kesimpiulannya, tak perlu bertelagah menuding jari siapa yang salah tapi kita kena cari jalan penyelesaiannya. Kita perlu fikirkan method terbaik untuk membendung masalah ini. Baru laa nampak kehebatan dan keunggulan Islam tu. Kepada kaum wanita, ingat benda nie..kalau korang semua ikut ajaran Islam yang betul, percayalah cakap aku, hak korang, maruah korang, martabat korang amat dijaga dalam Islam. Tak perlu pakai cam lelaki pakai je macam perempuan. Tak payah beli baju yang mendedah pakai je yang menutup aurat. Itulah yang terbaik yang korang boleh buat. Kepada lelaki pulak, cukuplah nak jadi buaya darat, jadila laki yang nak jaga maruah wanita, korang yang suka sangat zina tue cbe fikir kalau mak korang dizinakan, kalau kakak korang dizinakan, kalau adik perempuan korang dizinakan, apa perasaan korang. Jadi nak buat sesuatu tu pakai akal dulu jangan main buat je. Guna 9 akal Allah bagi kat korang tu.

Mungkin kata-kata nie bukanlah yang terbaik tapi tu laa dunia, bukan mudah nak mengubah manusia menjadi baik sedangkan diri kita pun belum tentu cukup baik kerana urusan memberi hidayah kepada manusia itu urusan Allah bukan urusan kita. Aku hanya meluahkan pendapat.

0 comments: