Dec 26, 2008

Home » » Kritik Fatwa : Beraninya Manusia Sekarang Cabar Allah

Kritik Fatwa : Beraninya Manusia Sekarang Cabar Allah

Ahhh…ngantuknya hari nie. Rasa cam tak larat je nak abiskan 24 jam nie. Tak tahu kenapa letih sangat hari nie. Tidur lambat kot semalam. Hari nie hari Jumaat, aiseh takkan nak tidur masa khutbah nanti, leceh laa pulak. Pastu tak boleh lupa lepas solat pukul 3 ada usrah pulak kena ada nih. Da berapa arid a aku skip. Ni handphone rosak punya pasal laa nie. Semalam ada orang telefon aku katanya satu Malaysia risau kat aku…..betul ke nie??? Aku soal laa dia balik asal risau pulak. Sekali dia cakap orang risau sebab contact aku tak dapat2. Memang laa da handphone ak rosak. Kalau tak bila2 masa aku boleh contact diorang. Hmmm…… Susah jugak bila takde handphone nie ek.

Tadi time khutbah lega gila tajuk dia best & menarik perhatian aku kalau tak aku mesti da rebah da sebab ngantuk sangat. Hari nie aku dengar khutbah pasal pengkid & Yoga. Aku tak minat sangat pasal benda nie sebab aku tak ada kena mengena tapi sebab nie melibatkan masalah umat sekarang nie aku kena dengar jugak apa yang khatib nak sampaikan. Konklusinya daripada apa yang aku dengar tue maybe tak banyak pun. Khutbah pun tak banyak terang apa tue pengkid & apa tue yoga tapi dalam khutbah tadi aku Nampak laa maksudnya lebih kepada menyebut bahawa ada pihak yang tak puas hati dengan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa dengan mengkritik fatwa yang telah dikeluarkan. Aku tertarik dengan kata-kata khatib tadi bila dia cakap:

“bila tak dikeluarkan fatwa mengata ahli agama nie tak ikut peredaran zaman tapi bila keluarkan fatwa pula dikatanya ahli agama nie kolot, jumud, tak ikut kesesuaian zaman pulak.”

Lepas tue khatib tue bidas pulak golongan non-muslim yang mengkritik pengharaman yoga dan pengkid dalam masyarakat Islam dengan kata-katanya yang lebih kurang ginilah kalau ikut gaya aku yang cakap:

“Yang diharamkan tue untuk orang Islam tapi non-Muslim lak yang nak sibuk seolah Islam nie sedang menghina mereka dan agama mereka.Dah beribu tahun Babi & Arak diharamkan kepada umat Islam xde pulak orang non-Muslim yang kritik”

Khatib tue ak Nampak cam bengang je masa tue. Dia ada sebut gak lbey kurang kita nie memang kena bertoleransi dengan non-muslim sebagai salah satu cara nak tarik diorang masuk Islam tapi dalam soal hukum nie khatib tue macam tak setuju laa dengan toleransi tue sebab nie berkaitan akidah Islam bukan benda kecik nie. Pastu khatib tue cakap sikap baik & bertolak ansur kita tue ada hadnya juga, jangan sampai non-muslim pijak kepala kita yang Islam nie yang tinggal kat Negara Islam yang diketuai orang Islam. Maknanya kat situ kita jaga hbgn baik dengan kaum lain tapi pada masa yang sama kita kena jaga maruah agama kita jugak jangan sampai dicemarkan.

Tapi aku nampak la apa yang dimaksudkan oleh khatib tue. Dia maksudkan yang gerakan menyesatkan orang Islam (gerakan pemurtadan) dekat Malaysia nie da out of control. Tapi dari apa yang disebut bukan setakat non-muslim sahaja yang kritik tapi ada jugak yang dalam kalangan agama Islam tue sendiri. Sedih betul dengar apa yang khatib cakap tue. Diorang seolah-olah rasa darjat mereka diangkat tinggi bila mereka mampu mengkritik dan mempersoalkan kewibawaan hukum yang telah difatwakan (sama laa dengan mencabar hukum Allah kan).

“Kepada orang-orang Islam yang suka kritik fatwa nie tolong ingat sikit azab neraka tue pedih. Allah lagi tahu segala-galanya daripada kita. Sedar laa sket manusia.”



Patutla aku dengar permulaan khutbah tadi tue cam best je kan. Nampak cam membidas Malaysia sebagai Negara Islam yang masih lagi menggunakan hukum ciptaan manusia. Mereka mengubah hukum tersebut mengikut sensitivity manusia tanpa menghiraukan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Orang Malaysia sekarang nie da pandai da. Bila kuar fatwa tak nak dengar pun sebab apa, sebab benda nie tak diputuskan dalam Parlimen & tiada peruntukan dalam perlembagaan.

Benda nie seolah-olah Perlembagaan Malaysia diletakkan lebih tinggi daripada Al-Quran, Hadis, Ijma’ Ulama’ dan Qiyas sedangkan banyak je undang-undang Malaysia yang da lama ditetapkan oleh Allah. Kenapa mesti diagungkan hukum ciptaan manusia yang sentiasa berubah-ubah dan perlu disesuaikan dengan peredaran zaman daripada hukum Allah yang da sememangnya tetap, kekal dan sesuai pada bila-bila masa & dalam apa-apa zaman sekalipun. Aku Cuma leh kritik je laa apa yang tak betul kan tapi perlaksanaannya tu bergantunglah pada pihak kerajaan Malaysia yang diketuai Perdana Menteri. Bukan nak menyentuh sensitivity sesiapa tapi inilah kewajipan kita sebagai umat Islam.

0 comments: