Showing posts with label KISAS. Show all posts
Showing posts with label KISAS. Show all posts

May 1, 2010

Ziarah Sahabat

Hari nie hari yang macam-macam dengan kete Sham tayar pecahnye & macam-macam lagi laa. Tapi tue tetap tak menghalang niat kami nak ziarah kawan lama atas jemputan dia kat kami ajak pergi kenduri kat rumah dia di Batu Gajah. Kawan tue Rafiuddin atau kami panggil dia Ropek. Disebabkan kereta Sham kena tahan kat kedai sebab rim tayar da bengkok, maka tadi kami pergi naik Bumblebee Razlan (Perodua Kancil kaler kuning). Asalnya kata nak pergi kul 12 tapi jadi pergi kul 1 lak.

Aku dah lama kenal Ropek, dari tingkatan 1 lagi dah sebab aku sekolah sama dengan dia. Hari nie nampak dia aku perasan dia dah makin tembam. Tapi tetap aku menang lagi laa..hehe. Nie kenduri kawin abang dia & kakak dia. Makna kata 2 pasangan. Nie baru anak sulung & anak ke-3 kawin. Dia ada 12 beradik. Makna kata ada baki lagi 10 kenduri kena buat lepas nih...huhu. Best betul big family nih. Meriah.

Nanti semua dah kawin siap ada anak, mau cucu ada lebih 100. Tambah zuriat banyak-banyak lepas tue mana tau daripada zuriat-zuriat yang lahir tue bakal terlahirnya seorang ulama'. Fuhh, memang ada keberkatanlah kalau macam tue. Macam nie laa yang kita nak, tak perlu buat anak sebelum kawin yang akan merosakkan keturunan kita. Pelihara keturunan kita untuk kemudahan kita juga. 

Nie laa apa yang disebutkan oleh Fathi Yakan dalam kitab Apa Ertinya Saya Menganut Islam dalam bahagian pertama tajuk pertama berkenaan Saya Mestilah Muslim dari Sudut Akidah dalam part ke-2 yang mana beliau menyatakan bahawa Allah tak menciptakan ciptaan-Nya itu main-main. Dalam erti kata lain setiap ciptaan itu ada significant & hikmahnya tersendiri. Macam laa kita punya appendiks, orang kata appendiks nie tak ada function dalam badan kita. Nie dah menyalahi apa yang disebut tadi. Tapi kajian terbaru mendapati appendiks itu ada fungsinya dalam badan kita. Aku tak ingat dah apa dia.

Ok, aku dah mula lari daripada tajuk. Jadi 'ala kulli hal, syabas dan tahniah kepada Abang & Kakak Ropek sebab dah melangsungkan perkahwinan. Moga bahtera perkahwinan ini dapat dihias dengan hiasan-hiasan indah akidah & akhlak berlandaskan al-Quran & Sunnah. Selamat membina Baitul Muslim.

Sekian...

 Haa..rasyid usya ape tue??

 kan aku da kata aku menang ngn ropek

 sian sham, nak jugak ad gambar




Apr 23, 2010

Sesi Perkongsian

Bulan 4 dah nak sampai hujung. Bulan 5 dah nak sampai. Petanda final exam makin dekat. Petanda cuti semester bakal berkunjung tiba. Petanda foundation bakal ditamatkan. Inilah saat yang dinantikan. Setelah beberapa sem hanya ada cuti sem selama seminggu. Kali nie aku dapat juga merasai cuti sem 2 bulan. hehehe...jakun sekejap. Tapi dalam bulan 4 nie saja ada banyak cerita manis, pahit, duka, lara, suka, ria, sengsara, dan sebagainya.

Juz nak cite, hidup kita nie semuanya dalam aturan Allah. Segala sesuatu yang kita lakukan semuanya di tangan Allah. Kita hanya mampu merancang namun Allah jua yang menentukan. Kadang-kadang kita tak sangka satu keputusan yang kita ambil atau satu tindakan yang kita lakukan akan memberi impak besar dalam hidup kita. Sebab itulah apabila kita bertemu persimpangan jalan kita perlu memilih jalan yang betul. Sebabnya selepas persimpangan itu, jarang sekali kita akan berpatah balik untuk menguji semula persimpangan yang kita lalui itu membawa kita ke mana. Tambahan lagi, lepas kita memilih jalan itu kita akan bertemu pula dengan persimpangan yang lain yang akan menentukan hidup kita juga. Maka pilihan itu adalah untuk kita sama ada hendak memilih jalan yang diredhai Allah ataupun jalan yang dimurkai-Nya.

Baru-baru nie seluruh warga UTP digemparkan dengan peristiwa kemalangan student UTP di Manjung. Seorang daripada yang kemalangan tue dikatakan kritikal & masih koma sampai hari nie. Alhamdulillah baru-baru nie dapat khabar positif tentang keadaan dia. Alhamdulillah. Moga Allah menyembuhkan dia dan memberi dia kekuatan untuk belajar seperti biasa dan merealisasikan cita-cita. Tak mampu bayang andai situasi tue dialami diri sendiri. Keluarga sendiri ditimpa musibah macam nie. Sayu hati baca rintihan dalam blog kakak & adik dia. Even kat UTP nie pun semua mendoakan dia sembuh cepat even tak kenal pun dengan dia. Inilah tautan ukhuwwah yang difirmankan Allah dalam surah al-Hujurat mengatakan setiap Mukmin itu bersaudara. Kerana rasa persaudaraan inilah kita concern dengan saudara seislam wlaupun kita tak pernah bersua muka.

Itu berita duka yang menimpa. Ini berita duka...bukan duka apa..tapi kecewa dengan sikap orang tua yang tak sedar Allah itu pencipta manusia, Al-quran Allah turunkan sebagai manual kepada kita. Hukum hudud Allah jadikan sebagai satu pengajaran bagi orang yang melampaui batasan dalam agama. Tapi sayang seribu kali sayang pemikiran orang yang banyak makan garam itu lebih gila dari orang muda. Ditolaknya hukum hudud kerana baginya tak sesuai di Malaysia & zalim bagi penduduk Malaysia. Hey!!! Siapa kita nak persoal undang-undang sang Pencipta!! Ini semua kerja gila bila sekularisme berleluasa. Islam dibuang dicampak merata. Nie laa berita yang aku dapat dari blog sahabat aku yang mana dia dapat maklumat nie dari kawan dia. Jadi nie lah 'link'nya sila pergi jenguk ke sana.

Dalam bulan nie jugak aku akan handle program di sekolah lama aku SMKA Sultan Azlan Shah. Moga program tue mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah swt. Dalam melaksanakan sesuatu program, seringkali aku teringat satu konsep yang mana masa tue aku tak ambil benda nie sebagai satu konsep. Cumanya bila terfikir balik aku jadikan satu bentuk konsep yang bagi aku perlu bagi setiap penggerak gerakan Islam. Mungkin konsep nie dah ada & dah lama dipakai. Saja ja aku nak bagi nama. Konsep nie aku namakan Konsep Taubat & Hajat. Dalam nak melaksanakan tanggungjawab sebagai Muslim & Dai'e, kita perlu banyakkan pergantungan kita kepada Allah swt. Kenapa terjadinya masalah dalam program kita? Sebab kurangnya elemen taubat & hajat nie. Kalau dulu masa di KISAS, kami sering diperingatkan supaya tunaikan solat taubat & solat hajat sebelum program. Benda nie lebih ditekankan dalam satu liqa' yang dipanggil liqa' muhasabah yang mana pemilihan orang yang masuk ke tengah itu sangat ketat.

Itu kisah masa di KISAS, baru-baru nie terbaca blog Azwan Rasyid, sahabat dalam Lajnah Tarbiyyah & Kepimpinan Rakan Masjid UTP berkenaan ikhtilat. Dalam post tue ada juga dinyatakan tentang KISAS ini adakalanya terlalu idealistik tentang ikhtilat. Ye, memang kadang-kadang orang nampak benda nie kolot, jumud & sebagainya. Tapi yang nampak kolot & jumud nie laa yang paling bertamadun sebenarnya. Kenapa wujudnya situasi macam tue kat KISAS? Sebab di sana kami diberi kefahaman tentang bagaimana ikhtilat itu yang sebenarnya. Jadi aku tak rasa hairan bila orang dengar KISAS, diorang terbayang cakap balik pintu, jalan tunduk kepala sampai langgar tiang dll. Itu hanya dari sudut pandangan mereka. Hakikatnya tak laa sampai macam tue sekali. Mungkin liqa' albab tue masih wujud tp perlaksanaan itu baik dari sudut menjaga hati dan pandangan kita sesama org yang ajnabi (bukan muhrim).

Selesai cerita tue kita masuk pulak cerita lain. Kadang-kadang pengalaman mengajar kita menjadi manusia yang lebih matang dalam mengharungi kehidupan. Bila kita sibuk, itu tak bermakna kita meletakkan diri kita dalam keadaan stress sepanjang masa. Itu hanya mainan emosi dan perasaan. Apa yang penting itu adalah keikhlasan kita dalam melaksanakan sesuatu perkara. Itu yang mendatangkan rasa seronok dalam bekerja. Apa yang penting adalah kita walk the talk. Jangan cakap lebat tapi kerja tak jalan. Betul tak. Kagum dengan seorang figure yang memang sentiasa sibuk jadualnya tapi kat wajah tak pernah luntur senyumannya tue. Makna kata dia seronok dengan kerja dakwah yang dah dilakukan. Seolah-olah kerja nie dah jadi darah daging dah dalam diri dia.

Jadi tue saja la rasanya apa yang aku nak sampaikan. Banyak yang nak dikongsi tapi nampak gayanya masa tak izinkan, kesibukan mengekang dan macam-macam lagi faktor pengekang. Sekarang dalam kepala nie terfikir satu isu baru yang sangat-sangat buat aku marah dengan seseorang yang dari dulu sampai sekarang kuat mengekang usaha dakwah & pembawaan tarbiyyah nie. Nantikan ulasan aku.. :)

Apr 7, 2010

Kebersamaan merapatkan ukhuwwah

Awal-awal masuk UTP dulu ada jugak beberapa kali dibuat Liqa' untuk ex-KISAS di UTP. Aku still ingat kata-kata abang Din Paiman pasal kebersamaan. Macam mana antara batch diorang tue dikekalkan kebersamaan untuk menjaga diri masing-masing. Bukan assabiah atau perkauman dll tapi untuk jaga diri daripada kejutan budaya yang bakal diterima ketika diri berhijrah daripada sebuah institusi yang mana menekankan aspek sains dan agama dalam kehidupan, selanjutnya bercuti beberapa bulan di rumah dan akhirnya menjejak kaki di dunia baru yang mana tak sama lagi macam institusi yang menjaga kita suatu ketika dulu. Seolah-olahnya menjengah ke satu dimensi lain alam (haha...ayat xleh blah).

Jadi kebersamaan itu adalah pengukuh atau pengikat ukhuwwah antara kita. Bagaimana Nabi Muhammad saw berukhuwwah bersama para sahabat adalah kerana kebersamaan mereka dalam menegakkan agama Islam. Sama-sama mengharungi pelbagai rintangan, ujian dan dugaan. Pahit manis sama-sama ditanggung akhirnya menjadikan ukhuwwah itu semakin mantap. Jadi ukhuwwah tue tak datang bergolek ke tanah macam mana durian gugur dari pokoknya.


Usah dibicara bab ukhuwwah andai kita tak meningkatkan kebersamaan antara kita. Ukhuwwah itu bukanlah sekadar perkataan kosong yang tak ada makna. Tapi andai benar nak dapatkan kemanisan ukhuwwah itu, ayuh bersama dalam pergerakan kita. Tak kira dalam organisasi Islam atau tidak, bila kita bekerja bersama & mengharungi susah senang bersama, lama-lama kita akan menjadi makin rapat. Cuma bezanya kalau dalam organisasi Islam nie kita berukhuwwah kerana Allah dalam merealisasikan matlamat kita untuk bersama kemenangan Islam.

Macam post aku sebelum nie aku ada nyatakan pasal 3 peringkat ukhuwwah. So tak perlu kita nak sibuk-sibuk komen tentang masalah ukhuwwah dalam organisasi andai kita tak mampu nak berlapang dada dengan sahabat kita, andai kita tak mampu nak sama-rata dengan sahabat kita & kalau kita tak mampu nak melebihkan sahabat dari diri kita sendiri. Jadi bagi aku tindakan itu yang penting, jangan tau cakap ja. Kita kata kurang ukhuwwah antara kita jadi tingkatkan ukhuwwah antara kita. Ukhuwwah tue satu perkara yang perlu dipupuk bukan dipaksa.


Tue je laa rasanya sekadar nak update blog. Banyak benda nak dibincangkan tapi bila banyak sangat dia jadi serabut kepala otak. Tak dapat fokus topik perbincangan...huhu

Sekian..

Apr 2, 2010

Fool orang yang menyambut April Fool

Semalam 1 April merupakan hari yang diberi nama sebagai April Fool yang mana kalau diteliti dalam sejarah Islam, hari inilah hari di mana seluruh umat Islam di Kota Granada, Sepanyol telah dibunuh beramai-ramai selepas diperdaya tentera Salib. Peristiwa menyayat hati ini patut dijadikan iktibar kepada kita sebagai umat Islam. Tapi bukanlah kita disuruh menyambut April Fool!!! Maka 'fool'lah orang yang menyambut April Fool ini.

Sebelum aku panjangkan penulisan aku nih, aku ucapkan takziah kepada keluarga dan saudara-mara Din Beramboi yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi (nie bukan tipu..nie betul2).

Kematian itu bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main. Tapi tetap ada jugak orang yang suka bermain-main dengan perkara-perkara pasal mati nih. Semalam, aku & kawan-kawan aku (Batch 53 KISAS @ SPM08 KISAS) telah di'april fool' oleh (aku xnak tau sape dia) yang bagi satu cerita tipu kata sorang sahabat kitorang meninggal dunia sebab accident. Aku kira nie perbuatan yang gila-gila melampau laa. Memang aku belasah orang yang bawak cite tipu nie. Kalaulah orang yang sebarkan berita nie dari kalangan batch aku jugak pun aku sanggup belasah. Mana taknye, menipu tue da laa berdosa. Pastu tipu lak benda yang gila-gila series. 

Cuba bayangkan bila semua orang dah percaya dia meninggal. Pastu satu hari tue buat reunion tiba-tiba kawan kita yang dikatakan mati tue muncul. Tak ke lari lintang-pukang semua nanti sebab dah sangka dia dah mati. Bayangkan jugak laa kalau mak & ayah dia yang tak tau apa jadi, tiba-tiba terbaca cerita yang anak sendiri dah mati sedangkan tue cerita tipu!!! Macam mana rasanya?? Boleh bayang tak? Buatnya salah sorang dari parent or maybe dua-dua sekali ada sakit jantung, bila dapat tau berita tipu nie pastu terkejut besar & meninggal dunia sebab sakit jantung. SIAPA YANG DIANGGAP SALAH DALAM HAL NI KALAU MACAM TU?????

Nie laa masalah kalau tak fikir consequence yang akan berlaku bila buat sesuatu perkara. Ingat mati-mati nie benda main-main ke? Sedangkan ketika kewafatan Nabi Muhammad sendiri pun Saidina Umar sampai menghunuskan pedang kepada sesiapa yang kata Nabi Muhammad dah wafat kerana bagi dia Nabi Muhammad belum wafat. So kesan penipuan nie boleh affect semua pihak dari sudut perasaan, fikiran dll. Cuba kalau penipuan macam nie kena kat batang hidung penipu tue sendiri. Agak-agak macam mana reaksi dia nanti.


Kalau nak cakap kita nie kena siasat dulu bila dapat sesuatu berita. Memang aku siasat. Tapi macam mana aku boleh percaya? Aku yakin kawan aku yang bagitau berita nie tak tipu sebab aku yakin diorang tak menipu & takkanlaa diorang nak menipu bab-bab mati nie. Gila ke ape?? Tapi last-last penipuan nie dah jadi berangkai sampai semua letak status kat facebook, ym, gtalk dll. Semua orang baca pasal kematian ni & ada yang baru dapat tau. Lepas tue semua pakat tanya 'betul ke?'.

Yang lagi sedih, benda nie jadi dengan tanpa pengetahuan tuan punya badan pulak tue. Lagi sedih. Aku sampai dapat call dari tuan punya badan sendiri & dia tanya aku pasal benda nie. Tak ke dia rasa sedih. Aku tak tau laa nak kata macam mana lagi kat orang yang reka cerita tipu nie. Selagi dia tak mintak maaf kat semua orang yang dia dah tipu, aku tak tau laa macam mana dia nak tanggung semua penipuan yang dia dah buat. Berita nie dah heboh merata sampai orang duk tanya benda nie. Macam mana pulak tuan punya badan nak deal dengan keadaan yang mana orang anggap dia dah mati? Tolong laa jangan buat sesuatu yang gila macam nie. Tuhan pun tak suka. Tak sape yang suka.

Last word, aku tujukan kat orang yang bawak cite bohong nie, bek ko mintak maaf kat semua orang especially tuan punya badan. Kalau tak...paham2 laa...

Mar 19, 2010

Memori Usrah

Malam nie banyak pulak memori datang buat hati nie kejap sayu kejap gembira & macam2 lagi laa. Tapi memori2 nie laa yang buat aku tersenyum bila fikir balik aku nie kalau nak banding dengan diri aku dulu2 rasanya memang lain laa kan. Mula2 aku kenal usrah masa form 1 kat SMKA Sultan Azlan Shah (SMKASAS). Masa tue bila sebut je usrah semua orang takut...huhu. Naqib pulak bagi aku masa tue adalah orang yang jaga dorm...hmm. Aku ingat lagi naqib aku masa form 1, Abang Hafizazli & Abang Acap Ghazali. Masa form 2 naqib aku Abang Fendi & Abang Aizat Jipri. Naik form 3 aku tak ada naqib sebab aku jadi naqib. Masuk form 4 naqib aku dekat KISAS Abang Nasrun & Abang Shafiq...tak lupa naqib aku lagi Abang Kimi (ex-KU KISAS 2008), naqib aku sampai aku form 5. Sekarang kat UTP lagi bertambah naqib2 aku..huhu. Abang Luqman, Abang Azraai, Abang Fauzi, Abang Zul Aiman, Abang Asyran & Abang Din. Nie laa nama-nama yang aku akan pahat dalam memori aku sebagai orang yang banyak jasanya dalam idup aku. Diorang laa yang bimbing aku sampai aku jadi macam mana diri aku sekarang. Insya-Allah ukhuwwah itu akan kekal selama-lamanya.

Tak lupa jugak yang bukan naqib aku tapi tetap banyak membantu aku dalam menjalani kehidupan aku & membantu aku dalam perjuangan yang berat nie...kalau nak disebut satu-satu nama tak larat pulak nak taipkan tapi tetap jasa tue aku tak akan lupa sampai bila-bila.

Sampai sekarang daripada aku nie takut dengan usrah, malas datang usrah aku jadi orang yang dekat hatinya dengan usrah. Betapa besarnya jasa usrah dalam membentuk aku menjadi macam mana aku sekarang walaupun aku nie still aku consider sebagai budak nakal lagi. Tapi alhamdulillah, output yang aku dapat daripada usrah bukan sekadar perkongsian ilmu yang bermanfaat, tapi aku bertemu orang yang boleh aku anggap sebagai sahabat aku daripada usrah. Orang yang dapat betulkan aku masa aku tersilap langkah, nie yang aku jumpa masa usrah. Beruntunglah bagi orang yang commit dalam usrah. Sesungguhnya anda sudah hampir bertemu dengan kemanisan iman itu.

Daripada usrah nie laa aku berjumpa dengan mutiara2 yang selalu digembar-gemburkan senior2 KISAS dulu. Kat UTP plak....still mencari. Andai aku tak komit dengan usrah dulu, boleh ke aku jadi macam mana diri aku sekarang? Sungguh kita nie hidup dalam perancangan Allah. Sungguh Allah dah tentukan takdir kita. Pun begitu kita masih diberi pilihan sama ada nk patuh atau kufur pada Allah. Tak kira apa pun pilihan kita Allah tetap sayangkan kita sebagai hamba-Nya. Tetap Allah tunjukkan jalan ke arah kebenaran. Macam2 bentuk Allah tunjuk. Melalui bala bencana kita nampak Allah tegur kita untuk berubah. Kita je yang tak sedar betapa Allah sayangkan kita tapi kita masih ingkar dengan apa yang diperintah Allah.

Jadi..kepada yang masih berusrah..komitlah dengan usrah anda..jgn rasa jemu..sesungguhnya output yang akan diterima itu sangatlah diluar jangkaan kita..




Mar 12, 2010

Sedikit informasi kepada lepasan SPM09

First thing, congratz to all my juniors sebab dah naikkan lagi nama KISAS. Insya-Allah macam selalu disebut-sebut dalam tazkirah dulu bila kita naikkan nama KISAS bukan sekadar nama KISAS yang naik tapi nama ISLAM itu sendiri. Berbanggalah kerana itulah sumbangan anda kepada dunia ISLAM. Jadi sedikit informasi kepada korang & sape2 lepasan SPM yang laen nie ada beberapa scholar yang dah dibuka. Better cepat sebelum traffic jammed..nanti susah lak nak isi borang. huhuhu.

Antara yang dah dibuka
Selamat Berjaya dalam meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.
Maklumat lain bleh dapat dari web nih
http://eputra.com


Jun 17, 2009

Cerita Kucing...

Nie maybe juz respond untuk post Annas dalam blog dy...hehehe..so nie pun maybe post yg tak bape panjang...tp aku nk ckp je laa...KISAS nie penuh ngan kucing sampaikan satu ari 2 aku dengar ad suara2 sumbang yg ckp gini...hehe

Hadaf (Matlamat) KISAS Li Takhrij Al-Qaadah Al-Muttaqin wa Al-Muthaqqafin (Untuk melahirkan pemimpin bertaqwa dan berthaqafah or berintelek) kan...tp kt KISAS nie banyak kucing...myb leh tambah kot.. Litakhrij Al-Qittun Al-Muttaqin wa Al-Muthaqqafin (Untuk melahirkan kucing yang bertaqwa dan berthaqafah).....


masa aku dengar dalam pale otak aku kate gini "apakah???"

hehehe.....hadaf KISAS ditambah kerana kucing..adoyai..hehehe. Tapi mmg byk kucing. Ad area2 dy.
  1. Kucing Dewan Makan - ad lbey 10 kt sini
  2. Kucing 1st floor Khalid - x byk
  3. Kucing Blok Ali a.k.a. Kucing Musolla Saidina Ali - selalu mencelah msa org tgh solat
  4. Kucing Blok Omar
  5. Kucing Blok Thariq

ad lg kucing len kt area laen..hehe..yg 2 nnt suh org len cite lak..huhu



Jun 16, 2009

Stayer Batch 53 KISAS

Akhirnya persoalan sape yang jadi stayer di KISAS terjawab pada hari Selasa - 16 Jun 2009. Maka inilah nama2 stayer di Kolej Islam Sultan Alam Shah...

Senarai STAYER BATCH 53 KISAS
  1. Wan Muhd Mursyid (Pelajar Terbaik SKK 2008)
  2. Zuhilman Ahmad (G-man)
  3. Asroy bin Aziz (ex-5/3)
  4. Farid Johari (Yob)
  5. Siti Farida Hamimi (ex-RESTU 07-08....myb smbg 09-2010)
  6. Farhana (ex-BADAR 08)
  7. Solehah (ex-PERKISAS)
Kepada stayer2 sekalian....selamat berjuang di KISAS...kami mendoakan anda semua berjaya dalam kehidupan...kami juga sahabat stayer (satay) akan tolong pape yg patut...contact je...Insya-Allah kami bantu apa yg kami terdaya...huhuhu...

Congratulation KISAS....

Pendek je nih...
juz nak ucap tahniah kepada team debat bahasa arab KISAS
sbb berjaya maintain & pertahankan kejuaraan dalam pertandingan debat bahasa Arab...
Syabas, Tahniah & Congratulation.....salute laa KISAS...hehe..proud to be KISASian..huhu

Jun 10, 2009

Life as UTPian


Rasyid Roomate aku

Syam slalu lepak bilik aku

Haha...dalam post lepas ad yg igt juz dua org dak KISAS kt UTP...actually ad 7 sumenye. Ad 6 Muslimin 1 Muslimat.
  1. Arif
  2. Rasyid
  3. Syam
  4. Rasyidi
  5. Firdaus Tuff
  6. Atif
  7. Athiyatul

UTP mmglaa amat meletihkan ak..haha..klu ad kete or motor myb idup jd senang sket kot. Mane tak nye, dari hostel ak (V6 or Old V5) nak ke kelas lecture ak kat Blok N bapak jaoh...klu jalan kaki 10 minit baru sampai lecture room...adoi. 2 baru area kelas foundation. Nanti da masuk Undergraduate kat dalam kompleks yg lawa 2 plak tmpt lecture...tp bla da msk undergraduate aku pn da x duduk kat V6 nie da...ak akn pindah ke village laen..hehe.

Batch kitorang taon nie first batch pakai sistem baru. Sistem Trimester a.k.a. 3 Semester. Maknanya kitorang akan abis foundation bulan 5 2010 dengan 3 semester. Kalo nak kira2 balik duration stp semester jd makin pendek laa..hehe. Cuti pun makin pendek. Mid Sem break juz seminggu. Lps final exam lak cuti x smpi 2 minggu. Tapi lps abis 3rd Sem cuti dr bulan 5 smpi bulan 7..hehehe...asal ak asik cite pasal cuti aje nih???

utk 1st Trimester nih ak amik 4 course
  1. Business Management
  2. Principle of Economics
  3. Pre-Calculus
  4. English 1
Business Management cambest gak laa...dy x berat sangat..juz theories on surface thing & bkn completely blajar business..hehe..

Pre-Calculus lak gile2 menarik tapi jenuh gak nk kena recall balik apa yg da bljr dlu..hehe..x jd problem pn yg 2..juz pre-calculus nih dy terang lebih mendalam laa..& sekarang ak baru tahu yg byk step2 math yg kita buat selama nih x complete..klu jwb kt U nnt x dpt markah..ehe

Principle of Economics gile2 aku blurr & x bape paham masa intro chapter...hahahaha...msk chapter 2 da mle nmpk sket tp msh kabur2 lagi...xpe2 ad masa lg..

English...sgt laa best kelas Eng nie..kira nie laa kelas yg agak release tension kot bagi aku...ahahaha.

Buku2 untuk foundation course 1st trimester nih..
(baru ad 3..yg len x smpi lg)

Textbook Business Management RM27

Textbook English (Academic Writing) RM25

Textbook Pre-Calculus RM80

Total = RM132 (gile mahal...baru 3 buku..haha)

May 21, 2009

Proud To Be Kisasian





Sumber : Berita Harian

Kolej Islam Sultan Alam Shah (Kisas), Klang dikenali sebagai gedung ilmu yang menghimpunkan cerdik pandai dan bakat kepimpinan di kalangan lepasan sekolah agama.

Antaranya, Pengerusi Felda Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Duta Besar Malaysia ke Mesir Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir.

Walaupun namanya sudah tiga kali ditukar sejak penubuhan pada 1955, kecemerlangan Kisas menghasilkan modal insan kelas pertama tetap berkekalan hingga kini dengan berpegang motto Bersama Rangkul Keunggulan.

Pengetuanya, Abdullah Jusoh, berkata budaya Islam dan suasana pembelajaran sempurna menjadi resipi kejayaan sekolah berteras agama itu melahirkan pelajar berilmu, berakhlak, bertakwa serta mampu memberi sumbangan kepada agama, ummah dan negara.



Beliau berkata, berbekalkan pengetahuan, kemampuan dan jati diri unggul yang dipupuk, lepasan sekolah itu mampu bersaing di peringkat global dan menyumbang kepakaran mereka dalam pelbagai bidang serta kerjaya merentasi sempadan negara.

Katanya, penetapan petunjuk prestasi utama (KPI) 'Tiada Muflis 3A' antara faktor yang merangsang pencapaian cemerlang pelajar dalam akademik khususnya Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Malah, katanya sekolah berkenaan mencapai lonjakan saujana dalam peperiksaan itu tahun lepas dengan catatan gred purata sekolah 1.68, manakala 32 pelajar mendapat 1A semua 11 mata pelajaran serta dua lagi mendapat 121A.

Beliau berkata, sejajar penekanan pembangunan holistik, pembabitan pelajar dalam pelbagai kegiatan kokurikulum turut digalakkan termasuk pertandingan Formula One In School Technology Challenge, Inovasi Sains dan Reka Cipta, debat, pidato, taekwondo, ragbi, tenis dan menembak.

"Sejak penubuhannya hingga kini, Kisas sentiasa menjadi tumpuan pelajar terbaik dari sekolah agama, selain melahirkan tokoh nasional dalam pelbagai bidang dan kerjaya.

"Satu lagi perbezaan Kisas berbanding sekolah berasrama penuh (SBP) dan sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) lain adalah mengadakan peperiksaannya sendiri dikenali Sijil Khas Kolej yang memberi merit khas kepada lepasan Kisas dalam bidang agama atau permohonan biasiswa.



"Kejayaan itu membuktikan sekolah berkenaan tidak menumpukan kepada aspek agama saja malah pembangunan holistik pelajar supaya mereka dapat membina masa depan keluarga dan negara menerusi pelbagai bidang," katanya.

Mengulas status sekolah kluster yang diterima sejak 2007, Abdullah berkata, lima faktor dijadikan keutamaan Kisas bagi mengekalkan kedudukan dalam kelompok sekolah cemerlang berkenaan.

Ia termasuk menghasilkan pelajar berintelektual tinggi, pemantapan sahsiah, membangunkan kemahiran insaniah, ketrampilan dan kecergasan fizikal, pengenalan persekitaran kondusif dan berkualiti menerusi program Pensijilan Persekitaran Berkualiti Sistem 5S oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia serta menjalin hubungan komuniti.

Kejayaan itu mendapat pengiktirafan termasuk Anugerah Kecemerlangan Keseluruhan (Akademik/Kokurikulum) dan Anugerah Kokurikulum Terbaik SBP 2008 kerana muncul antara sekolah paling cemerlang di kalangan 54 SBP seluruh negara.

Pada awal penubuhannya, sekolah itu dikenali Kolej Islam Malaya (KIM) dan ditempatkan di bangunan bekas istana (Istana Anjung) di Klang yang dihadiahkan Sultan Hishamuddin Alam Shah, Sultan Selangor ketika itu.

Pada 1966 KIM ditukar nama kepada Kolej Islam Klang (KIK).

Pada 1972, kolej berkenaan diambil sepenuhnya Kementerian Pendidikan dan dinaikkan taraf sebagai SBP dan pada 1989, Sultan Selangor berkenan menukarkan nama KIK kepada Kisas.

Info

Pencapaian terbaik Kisas 2008

Antarabangsa

# Johan - Kem Tutti Fratelli International

# Medal of Peter O Halloran - Australian Mathematics Competition

# Finalis - Mondialogo School Contest

Kebangsaan

# Johan Pertandingan Inovasi Sains dan Reka Cipta SBP

# Johan Kem Penulis Muda

# Johan Pertandingan Folio Pengguna

# Johan Debat Bahasa Arab

May 16, 2009

Video Klip Dedikasi Khas kepada Guru-Guruku



Lyrics:

We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
Oh Allah weve shamed ourselves
Weve strayed from Al-Mu'allim,
Surely weve wronged ourselves
What will we say in front him?
Oh Mu'allim...

Chorus
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind.
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allahs creation is Muhammad)
Ya Mustafa ya Imamal Mursalina
(O Chosen One, O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One, O intercessor of the worlds)
He prayed while others slept
While others ate hed fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper,
Ya Mu'allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,
Oh Mu'allim..

Chorus
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Ya Rasuli ya Muhammad
(O My Messenger O Muhammad)
Ya Bashiri ya Muhammad
(O bearer of good news O Muhammad)
Ya Nadhiri ya Muhammad
(O warner O Muhammad)
'Ishqu Qalbi ya Muhammad
(The love of my heart O Muhammad)
Nuru 'Ayni ya Muhammad
(Light of my eye O Muhammad)
He taught us to be just and kind
And to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled


Chorus
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allahs creation is Muhammad)
Ya Mustafa Ya Imamal Mursalina
(O Chosen One O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One O intercessor of the worlds)

May 7, 2009

11 Mei - Tarikh Kemasukan Tingkatan 6

Errr..pehal aku wat post pasal form 6 lak nih???...hahaha

Jawapan pada soalan di atas :
Saje je...hahaha..

Actually 11/5 nie form 6 akan mendaftar..
so teka-teki budak KISAS batch 53 aka terjawab laa nanti...

Persoalan apa???

Jawapan :
persoalan sapa yang jadi stayer bakal terjawab laa...hahaha

Stayer...natang ape 2????

Jawapan :
duhh...sume nak jawab abis laa...hahaha
Stayer 2 adalah ex-student Kisas yg abiskan study sampai form 5 kt Kisas
then sambung belajar kat Kisas (samada amik STPM or STAM)
haa itu laa stayer namanye....hahaha

Jadi masa 2 laa nanti akan terjawab persoalan sapa yang akan stay kat Kisas
aku da terkeluar daripada list (wlupun ak slalu dikatakan stayer)
sebab ak da pilih UIA & UTP(still tggu 9/5 nie tau laa dpt ke x..doakan ak ek)
sbg destinasi pengajian aku yg seterusnya....hahaha

So pada geng2 batch 53 Kisas korang agak sapa bakal jadi stayer nanti??

Pesanan Arip pada bakal stayer & pelajar form 6 di Kisas :
  1. Jaga, Kekalkan & Tingkatkan Prestasi Tarbiyyah
  2. Jangan berselisih faham terhadap perkara yang x penting
  3. Utamakan yang lebih Aula' (tarbiyyah itu no 1 tp akademik bukan no 2)
2 je kot...ad lagi pesanan lain sbnrnye tp x pe laa
pndi2 laa sndr nak pikir...da besar & berakal da sume..haha

-sekian-

Apr 30, 2009

Historia MMU 2008


WE MAKE PRESENTATION


Kali nie aku nak cite sal idup aku sebagai Krew MMU 07-08..haha

Yg bukan warga KISAS jangan salah faham ekk...
bukan Multimedia University tp Multimedia Unit

tagline kitorang yg gile smart (smart ke???)

"We Make Presentation"

hahaha... Ok rr sebelum cite panjang
ak bg sket pengenalan laa utk
batch MMU
paling selamber & sporting nie kan...
hahaha




Barisan MMU 08

Spt dalam Pic kat atas nih
Presiden = Syahiran a.k.a. Mat Yan

T. Presiden = Rehan Sengal

S/U = Cikgu Adib (ye k cikgu Adib)

Bendahari = Firas (tiada dalam gambar)
Biro Animasi & Grafik = Arip Smart (aku laa 2)

Biro Video & Fotografi = Shaheer Exco (Exco Badar nih)

Biro Teknikal = Zaim Da Big One (Big ke???)

Biro 3K = Syukri (tiada dalam gambar)


bangga gak rr sbb major dak Utara

tp dak SMKA Irsyad myb lg bangga laa

sbb dak skola diorang paling ramai dlm nie...

hahaha...


haa...8 je sumenye...
pastu ad lagi yg len sebenarnye (Muslimat laa)

yg Muslimat ak x igt rr jawatan diorang...sori ek..haha

Yang aku nak cite nie yang pasal kitorang Muslimin je laa..haha




Ini Aku laa

BRIEFING PASAL MMU

Jadi MMU nie sebenarnya memerlukan
pengorbanan Masa & Nyawa (setuju x)

sbb pe aku cakap cam 2...
sebabnya mna de masa sbnrnye nk wt presentation bg siap..

masa 2 perlu dicuri oleh kitorang
dan hasilnya terpaksa laa langgar sedikit peraturan
hahaha.....
truk tol....x byk pun sikit je...balik asrama lewat..
alaa normal laa 2 kan..

tapi klu kantoi mampos jawabnye...
2 pasal aku cakap korban Masa & Nyawa..
haha
Slalunye presentation kitorang wat masa Prep or Tyme P&P
(klu ad kbnrn laa)


Tyme Prep 2 kire hampir full sehari 2 dalam bilik MMU je laa..
sbb nk siapkan bkn sng..haha
kene pikir dlu Idea nak wat ape ek...haduss...
nk wt video k flash k swish je...ke nk cmpr je..
2 sume kene pikir tu..pening2..haha

Da pikir baru wat...
nk wat tu nnt ad gk laa sedikit perubahan idea..(bese laa tu kan)

tp da siap tu paling awal siap ad gak laa dalam kul 3 pagi

Paling lewat 2 rasenye sampai Subuh kot...hahaha...

Sebab 2 laa bla tyme presentation slalunye dak MMU Muslimin nie lesap
xde dalam Dewan (pakat qada' t-do laa kat bilik MMU)..
so tggl laa bpe kerat je yg nk
uruskan Presentation tu...hahaha...
no prob man..keje mudah je 2...


PENGALAMAN YANG PAYAH NAK LUPA


Nie lak pengalaman yang gle2 payah aku nak lupa laa kan...hahaha

yg 1st nie masa form 4, lepas Majlis Jamuan MMU 07
(kire majlis serah kuasa laa..haha)

Tyme 2 Mat Yan (Presiden) bawak laa PSP die...(ktorang tukang main)

maka malam 2 timbul laa satu idea yang sangat bernas

"Jom T-do kat MMU malam nih"

hahaha....
mmg ktorang t-do kt MMU malam 2...
sambil2 men komputer jap
pastu men PSP jap...hahaha....jahat gile
Rahsia da terbongkar....huhu


yg 2nd nie lak bukan pengalaman manis laa tp lawak gak laa..
huhu
jadi waktu malam gak rr...
masa tu tgh wt presentation
ktorang slalu mlm2 nie x cakap kuat2 sgt...
tp malam 2 ad gak rr yg non-MMU...so agak hingaq laa jgk...
kebetulan masa tue Ustaz Lah baru balik Klinik Gigi sbb dy sakit Gigi

(nie Ustazah Nik Mahizan gitau aku laa)

mne x bengang kan....tengah2 sakit gigi tba2 ad bdk lggr peraturan..adoi

maka malam 2 kami diambush oleh Ustaz Abdullah Hassan (PK HEM KISAS)
maka sume pun menundukkan muka tanda malu laa...
kaw2 kena sergah masa tu...
Ustaz memang bengang gile...

apa2 pun...Mintak Maaf Ustaz Lah sebab nyusahkan ustaz..
Lps nie tak buat lagi da...
huhuhu.....



Ad sorang bukan MMU sesat dalam nie

AKTIVITI KITORANG DALAM BILIK MMU

hahaha...masa form 4 baik lagi laa sebab ad abang2 kan...
tapi jadi gak
pi download Anime laa Manga laa...
nak wt camne kami sume sekepala..tul x
hahaha....

Da naik form 5 kami laa ketua kan...hahahaha...


Antara aktiviti aku ngan geng2 MMU dalam bilik MMU

  • Tengok cite Kamen Rider Den-O
  • Tengok Power Rangers
  • Tengok Cite Saw 1,2,3 & 4 (5 x termasuk)
  • Bukak FS (wlupun Shaheer kata Haram)
  • Bukak YM
  • Tgk Anime
  • wat Presentation laa ape lagi kan
  • Tido
  • Charge MP4 & ad skali Zaim charge hp dy skali meletup lak..haha padan muke
  • Baca Manga
  • dan lain2

ad gak rr yg men game dalam tu (mostly dak f4)..kire junior ktorang nie keje men game je laa ad Angels Online ngan Maple Story yg ak prasan... pastu men Mafia Wars laa & lain2 laa...mende rr men game dlm 2..



nie Jamuan MMU 07 (malam ktorang t-do dlm bilik MMU)

Haaa....tue laa sikit sebanyak historia MMU 07-08 ktorang..
ad lg byk cite sbnrnye tp x yah cite laa kot...hahaha

SEKIAN
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Mar 29, 2009

Bayaran Web Batch

To All Kisasian 53rd Generations....

seperti Mat Yan ada inform dalam web dia
leh bayar sama ada melalui akaun dia
or
melalui Wang Pos yang diposkan kepada aku & dia

Cara 1

transfer duit ke no akaun nie

Akaun Maybank :107255021844(Sabariah Bt. Amzah)
or
Akaun BSN : 0850029000130478 (Arif Aizuddin bin Mohd Saad)

p/s : sila emelkan slip bayaran korang kepada :
yanokage@gmail.com
kisasiantjn@gmail.com
yan_hokage@yahoo.com
kisasian_tjn@yahoo.com.my
(mne2 x kesah tapi tulung bg nma penuh korang & kelas msa f5)
(penting sbg bukti korang da bayar & supaya x berlaku songlap duit)


Cara 2

Melalui Wang Pos
nie alamat aku & Mat Yan

Arif Aizuddin
24, Jalan Makmur,
Taman Seri Serai,
34300 Bagan Serai,
Perak.
MY

Muhammad Syahiran
14,Lorong Sungai Dua, Sungai Dua
13800, Butterworth,
Seberang Perai Utara,
Pulau Pinang.
MY

p/s : same gak kena bagi nama & kelas masa f5

Seperti yang da diuar-uarkan Mat Yan
sape2 yang bayar akan diprovidekan dengan email percuma
name@kisas53rd.net


Mar 24, 2009

Lagu Best...

Hari nih aku nak kongsi ngan korang sume satu lagu nih yang aku agak ramai tak pernah dengar lagi (kecuali sape yang da dengar kat radio kisas53rd.fm). Disebabkan ada komen kata best & asik mintak ulang je. So aku rase aku nak kongsi laa ngan korang lagu nih dari kumpulan Tashiru (band Indon ekk bukan Jepun)..Tajuk lagu dia nih aku pun tatau sebenarnya tapi leh laa cakap tajuk Tasbih,Tahmid,Tahlil,Takbir..huhu ok laa kot tu kan..kurang2 ada jugak tajuk.

Kalo nak kenal lebih sikit lagi dengan band Indon nih leh tengok kat Friendster diorang kat http://profiles.friendster.com/18570417. huhu..try laa tengok ekk.huhu..

So try laa download nih & dengar..kalo korang rase tak best delete je. Kalo rase best simpan. 2 je aku nak cakap..haha ringkas kan.

Nak Download
-Click Here-

Tak Nak Download
Tak Payah Tekan Apa2 laa sengal..



Mar 17, 2009

Insya Allah Boleh + Cara Nak Dengar Kisas53rd.fm

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.

Gayanya cam nak bagi ceramah. Tapi dalam dunia blog nih. Artikel ade laa kan. Takpe, maybe boleh tulis teks ceramah ke, khutbah ke etc..Insya Allah boleh kan..huhuhu

Asyik ulang alik je dari semalam ngan hari nie. Semalam trpaksa drive jaoh sket gi Parit Buntar nak bank-in RM20 for Petronas Scholarship. Nak daftar pun kena bayar ke. huhuhu. Takpe rr, janji leh dapat scholarship. Insya Allah Boleh. Ingatkan hari nie da tutup tawaran. Da laa payah gile nak masuk diorang punye website. Asyik tak masuk je. Alih2 tengok ari nie dia tunda sampai esok sampai kul 5 petang. Ada dalam sehari lagi. Insya Allah Boleh.

Hari nie lak pegi Masjid Tinggi bayor duit 4 driving class 10 jam. Pastu pegi lak Pekan Bagan Serai @ Pusat Bandar (ak panggil bagan je). Pegi Bank Simpanan Nasional, beli no pin 4 PISMP @ Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (betul kot nih). Aku amik course Math ngan Course Fizik. 2 Course nie juz utk nak ngajo skola menengah. Ade gak Pendidikan Khas cam ade sorang senior amik, Kak Alia Ismail batch 52 Kisas. Kalo prog Fizik ngan Math nih ade rr dalam 6 tahun setengah. mane tak nye, 1 or 2 Sem kt local IPTA or College, 6 or 7 sem Oversea (myb UK, AUS or NZ), pastu 2 sem KPLI kt Institut Perguruan..after that terus posting jadi cikgu. So sape yang berminat leh gi jenguk2 dulu kat laman web KPM. Insya Allah Boleh.

********************

Ok, Ikut Tajuk kat atas ada cara2 nak dengar Kisas53rd.fm huhu sebelum tue aku nak introduce sket arr radio nih. Idea nak buat radio nih aku dapat dari Laman Komuniti 1991. Masa tue ada kegilaan satu Internet Radio nih yang namanya FungkurFM : Dengarkan sampai Tersungkur. Kira agak phenomena hebat jugak laa radio nih. Lepas tue admin (Skyevo Studio @ afeeq) web 1991 tu pun wt laa radio untuk komuniti diorang sendiri & da ada DJ2 yang bertugas dalam kalangan ahli komuniti sendiri. So aku mintak ilmu sket laa kat Skyevo huhu...Kredit kepada Admin 1991 & pada sume geng2 komuniti 1991 keseluruhannya. Ske ngan tagline diorang Fight To Unite.

Yang ke-2 lak yang membangkitkan lagi hasrat nak buat radio komuniti Batch 53 nih bila aku terbukak radio NasyidFm. Best radio nih bg penggemar nasyid laa. Banyak gak lagu2 yang aku pun tak bese dengar. Mane nak cari ntah. 2 je kot sekitar Sejarah aku buat radio kisas53rdfm nih..huhu..cam ngade2 nak buat je kan...hahaha

Cara nak dengar radio nih ad banyak sebenarnye.
  1. Dengar melalui web Kisas53rd
  2. Dengar melalui Blog aku
  3. Dengar melalui web radio kisas53rd
  4. Dengar melalui Windows Media Player or Media Player Classic, etc.'




ralat : http://ruhhuldaie.blogspot.com

Ok aku akan terangkan cara yang ke-4 nak dengar radio sebab yang len 2 juz bukak & dengar je kan. So kalo nak dengar melalui player cara dy mudah sangat.

Bagi Pengguna Media Player Classic cam nie cara nak dengar







Bagi Pengguna Windows Media Player cam nie cara nak dengar