Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Jan 30, 2012

Satu Minggu Penuh Aktiviti

Liqa' Al-Mulk




Intro to Rakan Masjid UTP 2.0
27 Januari 2012





Rehabiliation Day MTME Rakan Masjid UTP
28 Januari 2012








Kem Penghayatan Islam Sesi Januari 2012
28 - 29 Januari 2012






p/s: letih tapi best dan puas beraktiviti bersama-sama sahabat ^_^

Jan 13, 2012

Datang Masjid hari Jumaat tapi Tak Solat

"Shhh....senyap, pak siak datang!"

Suasana bising di bahagian belakang masjid reda sebentar. Pak siak masjid datang dengan rotan nak rotan orang yang bising ketika khutbah. Dia berlalu, suasana kembali meriah di belakang itu. Meriahnya bukan sekadar dengan kanak-kanak, abang-abang besar, pak cik - pak cik turut sama mengambil bahagian menyumbang kepada kemeriahan kawasan belakang masjid. Bila iqamah semua sama-sama bersolat.

Ini suasana yang ana alami suatu ketika dulu yang mana ana sendiri antara penyumbang kemeriahan tersebut. Tapi semakin masa berlalu, ana mengerti bahawa berkata-kata ketika khatib menyampaikan khutbah itu menjadikan pahala jumaat kita sia-sia saja. Atas sebab kefahaman, ana mula tidak bercakap, masih lagi di saff belakang. Tapi kerana bisingnya tempat tersebut, ana mengubah posisi. Mula ke saff depan kerana di depan itu terasa lebih tenang untuk menumpukan perhatian mendengar khutbah. Tapi di depan, tak kurang juga keadaannya bila melihat ketenangan yang amat sangat sampai tersengguk-sengguk jatuh. Ana juga sering mengalaminya. Letih mungkin (alasan).


Pernah sekali ana tunaikan Solat Jumaat di sebuah masjid di Gopeng. Ana datang agak lambat, muazzin dah iqamah. Ana cepat-cepat ambil wudhu' dan masuk untuk solat. Masa ambil wudhu' perasan juga ada beberapa orang belia remaja harapan negara masih duduk lepak-lepak dan bersembang di kawasan parking motor. Hairan juga, tak solat ke? Dah keluar rumah datang masjid untuk solat Jumaat tapi time solat tak masuk solat sekali. Musafir agaknya, kalaupun musafir, apa salahnya masuk dan solat?

Masuk dalam dewan utama masjid, suasana lain pula. Di luar, sekumpulan manusia sedang berborak kosong. Di dalam tengok kanak-kanak masih bermain-main. Yang tengah solat pun solat main-main. Tak kurang yang ganggu orang solat. Ada juga adik-adik nie yang solat tapi kesian bila solat mereka diganggu kawan sendiri. Ana mula solat Imam sudah hampir ruku', beberapa orang yang bermain tadi laju-laju masuk dalam saff dan solat. Yang lain masih terus buat bising dan bermain.


Selesai solat, yang main dan borak nie laa yang paling awal keluar dari masjid. Ana sekadar mampu gelengkan kepala melihat telatah remaja dan kanak-kanak sekarang. Apa agaknya yang berada dalam fikiran mereka sampai tak solat. Adakah terlalu alah masuk ke masjid. Belum pernah dengar berita orang masuk masjid badan jadi kudis. Yang kanak-kanak ana boleh faham mereka masih kecil, cuma dalam mendidik, bab solat perlu ditekankan dan menjadi antara priority utama. Untuk yang remaja, rasa kecewa berbaur simpati pada mereka. Bagi ana, mereka sudah pun dewasa, dah baligh. Dalam keadaan itu pun masih mengabaikan tanggungjawab pada Allah. Telatah mereka seolah-olah memperlecehkan Allah. Mereka datang ke masjid tapi tak masuk dan tak solat sedangkan itu yang patut dilaksanakan.

Inikah belia remaja yang sedang dihasilkan Malaysia sekarang? Renung-renungkan dan fikir.

Dec 27, 2011

Untuk Apa Kita Hidup

Pernah atau tidak kita berada dalam situasi kita terfikir kenapa kita hidup di dunia nie? Mesti pernah kan. Boleh dikatakan setiap orang pernah memikirkannya. Tapi apa pula jawapan yang sering timbul dalam benak fikiran kita? Sebagai Muslim, apa tujuan sebenar kita dihidupkan di muka bumi ini?

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 30 yang maksudnya :-
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"

Daripada ayat tersebut, Allah telah menjelaskan kepada kita secara nyata bahawa penciptaan Nabi Adam a.s. itu sebagai khalifah di muka bumi. Nabi Adam a.s. adalah manusia, kita pula adalah cucu cicit Nabi Adam. Maka kita juga adalah manusia. Ada juga manusia yang sifatnya sudah tak seakan-akan manusia kerana nikmat yang ada sebagai manusia itu tidak digunakan sebaiknya. Moga Allah memberi hidayah kepada mereka.


Apa yang dimaksudkan dengan khalifah?

Khalifah didefinisikan dengan definisi penguasa, pengelola. Dalam pengertian lain merujuk kepada pemimpin agama dan raja dalam negara Islam. Dalam suatu pengertian yang lain pula disebut sebagai pengganti Rasulullah Nabi Muhammad s.a.w. dalam pentadbiran setelah baginda wafat dan menjalankan hukum syariah Allah di muka bumi.

Khalifah ini merujuk kepada mufrad yang dengan kata lainnya adalah 'singular' merujuk kepada seorang. Jamak atau 'plural'nya disebut sebagai Khulafa' seperti yang kita biasa dengar Khulafa' Ar-Rasyidin yang merujuk kepada empat khalifah yang telah menggantikan Nabi Muhammad s.a.w. selepas kewafatan baginda iaitu Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali.

Menurut Dr Abdul Aziz Salim dalam Tarikh Ad-daulah Al-Arabiyyah, jawatan khalifah ini terbahagi kepada dua tugas utama iaitu khalifah berkuasa penuh dalam urusan agama Islam dan keduanya khalifah berkuasa penuh dalam urusan dunia dengan melihat kepada maslahah (kepentingan) umum.


Penerangan berikut menunjukkan betapa penting bagi manusia untuk mempersiapkan diri menjadi seorang pemimpin. Sekecil-kecil pemimpin adalah memimpin diri sendiri ke arah kebaikan. Maka sebagai orang Islam, kita patut memimpin dan bukan dipimpin. Kita menjadi pencipta bukan sekadar pengguna. 

Lemahnya orang Islam hari ini menjadi kegembiraan bagi musuh-musuh Islam. Kuatnya Islam pada hari ini menjadi ketakutan bagi musuh-musuh Islam kerana mereka juga meyakini Islam itu benar, Allah itu benar, syurga itu benar, neraka itu benar, hari kiamat itu benar tapi mereka tidak mengakui Allah sebagai satu-satunya Tuhan yang berhak disembah dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul.

Insya-Allah janji Allah pasti berlaku.

Nov 2, 2011

Say No to LGBTIQ!!

Dipetik dari Cina Islam :-
5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 2 Nov — Dewan Pemuda PAS mahu penganjur dan penyokong program Seksualiti Merdeka 2011 — acara tahunan diadakan sejak 2008 — agar tidak meneruskan perjuangan dan kempen mereka ke arah menuntut kebebasan gaya dan cara hidup barat yang salah dengan norma, tatasusila, budaya dan agama. 
Justeru Ketuanya Nasrudin Hassan (gambar) berkata, sayap parti Islam itu juga sedia berdialog ke arah itu bagi menangani perkara ini yang menjadi polemik sekarang. 
“Usah lari dari fitrah dan meninggalkan kehidupan beragama kerana jiwa tidak tenteram dan tidak pun boleh menyelesaikan masalah,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat yang terdiri daripada pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina. Ia dianjurkan oleh sekumpulan gabungan longgar pertubuhan bukan kerajaan, artis, aktivis dan individu sejak 2008. 
Program festival itu, termasuk forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan berlangsung mulai semalam hingga 13 November di The Annexe Gallery di sini. Ia dijadualkan akan dirasmikan oleh bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan pada 9 November. 
malaysian insider/-

Seksualiti Merdeka nie dah lama wujud. Tapi sekarang mereka dah mula agresif nak memperjuangkan perkara yang kononnya menjadi hak mereka untuk mempunyai orientasi seks yang lain selain dari lelaki dan perempuan. Mereka menuntut supaya dibenarkan orientasi gay, lesbian, transseksual dsb di Malaysia.

Benda nie jelas bertentangan dengan syarak yang tak membenarkan hubungan sejenis dan jelas haram perbuatan menukar jantina. Kita telah dijadikan Allah sebagai lelaki dan perempuan, mengapa mesti diubah kejadian tersebut? Allah juga telah menjadikan satu fitrah lelaki pasangannya adalah wanita dan wania pula pasangannya adalah lelaki. Maka mengapa perlu dipesongkan fahaman tersebut?

Firman Allah dalam Surah An-Nisa' ayat 119

وَلَأُضِلَّنَّهُمۡ وَلَأُمَنِّيَنَّهُمۡ وَلَأَمُرَنَّهُمۡ فَلَيُبَتِّڪُنَّ ءَاذَانَ ٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَلَأَمُرَنَّہُمۡ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلۡقَ ٱللَّهِ‌ۚ وَمَن يَتَّخِذِ ٱلشَّيۡطَـٰنَ وَلِيًّ۬ا مِّن دُونِ ٱللَّهِ فَقَدۡ خَسِرَ خُسۡرَانً۬ا مُّبِينً۬ا

Maksudnya: "Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah dia dengan kerugian yang terang nyata."

Apa yang menjadi punca wujud golongan-golongan nie? Mungkinkah dari sudut pemakanannya ataupun suasana kehidupan mereka? Nampak gaya ini lebih kepada masalah kecelaruan identiti. Kasihan pada mereka yang diuji sedemikian rupa. Namun dengan iman dan taqwa perkara seperti ini boleh dielakkan. Keadaan dunia sekarang yang mana ada negara yang membenarkan kebebasan orientasi seks telah menyebabkan bahangnya sampai ke Malaysia juga. Tak kira apa berlaku, ana antara orang yang menolak keras perlaksanaan program ini. Jangan sampai Allah murka dengan sikap kita menyebabkan Allah turunkan balaNya kepada kita.

Ambil iktibar kaum Nabi Luth yang juga melakukan onar yang sama dan dibinasakan kaum tersebut oleh Allah s.w.t. akibat keengganan mereka menurut fitrah Islam yang sebenar. Maka ana boleh katakan disini mereka yang memperjuangkan kebebasan orientasi seks ini hanyalah orang yang buta sejarah dan mencari kemurkaan Allah di sisi mereka. Mungkin suara kecil ana nie tak didengari kerajaan namun tindakan wajib diambil oleh kerajaan untuk membatalkan program seumpama ini dan menghalang datangnya ikon gay dari Barat, Elton John ke Malaysia untuk konsert sekiranya kerajaan betul-betul ingin memelihara kesucian agama Islam di Malaysia.


Firman Allah dalam surah Al-A'raaf ayat 80-81 yang bermaksud:-

"Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika dia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? (80) Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. (81)"

Tidak rela diri ini melihat sebuah negara Islam yang ada kebebasan orientasi seks. Jangan seru murka Allah pada kita!!

Oct 5, 2011

Bila Artis jadi Rujukan Agama

Terkejut dengan paparan gambar di Facebook yang diambil dari sebuah akhbar tempatan hari ni. Jelas menunjukkan betapa manusia kini semakin jauh dengan Allah, semakin jauh dari merujuk ulama' yang sebenar-benarnya patut diikut. 

Dalam kes nie melibatkan hukum hudud yang ana kira menjadi topik hangat juga sekarang. Nak laksanakan hukum hudud di Malaysia ana rasa tue bergantung pada kerajaan sekarang. Kalau mereka nak buat, mereka buat. Kalau tak nak buat maka tak buatlah. Cuma ana kata yang paling elok kita buat. Tapi ada kebodohan pula daripada media untuk membesar-besarkan isu seperti ini dengan cara yang begitu bodoh dan tak kena langsung pada tempat dan masanya.

Wajarkah mengambil pendapat berkenaan hudud daripada artis?

Ana tak tahulah pula kalau artis yang dirujuk tue ada kelulusan pengajian syariah di UM, UIA, Al-Azhar atau institusi lain. Dari gaya penampilan dah jelas nampak rasanya tak ada kelulusan tue. Bila pula mereka ada kelulusan mengeluarkan fatwa. Pening sungguh media sekarang. Kalau ye pun nak menggunakan media arus perdana untuk mempengaruhi orang supaya menolak hukum, tak perlu dengan kerja bodoh seperti itu. Anda sedang menyesatkan manusia.

Nabi pernah bersabda:-
Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan.
(Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah)

Kepada editor akhbar yang menulis artikel berkenaan, artis-artis yang mengeluarkan pendapat tersebut. Ana harap mereka dapat memohon maaf dan bertaubat kepada Allah. Kena faham kalau kita tak laksanakan apa yang diperintah Allah, kita jadi fasiq. Tapi kalau kita menolak apa yang Allah suruh buat boleh membatalkan syahadah yang kita sebut selama ini. Harapnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat. Ini bukan soal politik tapi soal aqidah umat yang makin parah sekarang.

Aug 25, 2011

Jemputan Rasmi Ke Walimah Mohd Azrul


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengaturkan hidup hambaNya. Saya dengan hormatnya menjemput kepada semua sanak saudara, guru-guru, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang mengenali saya ke majlis perkahwinan saya, Mohd Azrul Azuan bin Idris dengan jodoh saya yang telah ditakdirkan oleh Allah, Noor Fareeza binti Azhar pada hari Jumaat, 16 September 2011 di teratak saya J8461, KM 14, Kampung Berangan Enam, 77300 Merlimau, Melaka.

Mungkin ada yang tertanya, mengapa diadakan pada hari Jumaat. Pertamanya, untuk mengambil keberkatan hari Jumaat di bulan Syawal yang mulia. Keduanya, walaupun hari Jumaat, namun hari tersebut merupakan cuti umum seluruh Malaysia sempena Hari Malaysia yang telah diupgradekan menjadi cuti umum '1Malaysia' mulai tahun lepas.

Maka, dijemput sekali lagi sanak saudara, guru-guru, rakan-rakan yang pernah mengenali saya tidak kiralah baik di sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, di pondok atau madrasah, universiti Al Azhar, di program-program luar, kursus-kursus, mahupun di laman sosial dan di alam maya.

Jika mampu, rasanya ingin saya mencari alamat setiap daripada kalian dan menghantar kad jemputan, namun apakan terdaya. Kekangan masa dan urusan yang perlu dibuat di masa yang teramat singkat ini menyebabkan saya hanya mampu berbuat demikian kepada mereka yang saya sudah sedia menyimpan alamat rumahnya.

Diharap dapat menghubungi saya di talian 013 6754965 untuk memberikan alamat anda dan saya akan cuba untuk menghantar kad jemputan melalui pos. Jika tidak berkesempatan, saya memohon seribu kemaafan dan diharapkan post ini boleh menjadi penganti diri saya sebagai jemputan rasmi kepada anda semua.

Segala maklumat majlis dan lokasi majlis terdapat di dalam kad jemputan di atas. Jika terdapat masalah untuk menghadirkan diri, boleh terus menghubungi saya. InsyaAllah saya akan sedia membantu selagi termampu. Amat dialu-alukan untuk menyebarkan jemputan ini di blog-blog atau di laman-laman sosial kepada sesiapa saja yang mengenali saya.

Kehadiran anda semua amat kami alu-alukan dan semoga menambah keberkatan majlis walimah kami. Mohon didoakan majlis ini berjalan lancar dan baitul muslim yang akan dibina diberkati, dirahmati dan dilindungi oleh hidayah Allah sentiasa. Jazakumullah.


Mohd Azrul Azuan bin Idris
Kampung Umbai, Melaka.
22 Ogos 2011, 5.10 am.

p/s: ini post yang di'repost' oleh ana dari blog akh Azrul. Pada sahabat-sahabat batch 53 KISAS, dijemput hadir sama-sama ke majlis walimah ajg Azrul, sifu kita masa kuliah Maghrib di Musolla Saidina Ali dulu.

Jul 22, 2011

Attitude

Dalam apa pun perkara yang kita lakukan, sikap atau orang putih kata 'attitude' adalah penentu kepada keberhasilan apa yang kita buat. Bila kita hidup dalam dunia materialistik global masa kini, orang banyak melihat kepada hasil dan bukan usaha. Mungkin ini satu perkara yang agak bercanggah apabila kita sebagai orang Islam berpegang dengan konsep Allah melihat usaha kita bukan hasil. Cuma walaubagaimana sekalipun percanggahan yang berlaku itu, konsep sikap tetap memainkan peranan yang penting kerana sikap memacu usaha yang gigih dan usaha tersebut menjadi batu asas keberhasilan atas usaha yang dilakukan.

Apa yang cuba nak disampaikan adalah dalam organisasi apa sekalipun, kita tidak boleh lari dengan konsep kerja sepasukan. Dalam pasukan, tidak ada konsep aku buat kerja aku, kau buat kerja kau. Sepatutnya tidak ada tapi hakikatnya, inilah virus yang melanda mana-mana organisasi yang mana sepatutnya setiap bahagian berfungsi untuk menampung bahagian-bahagian yang lain. Bila tampung-menampung sudah tidak ada, maka sebuah organisasi itu gagal berfungsi dengan baik.


Ketika inilah kepimpinan perlu memainkan peranan. John C. Maxwell berkata kebijaksanaan itu adalah gabungan diantara pengetahuan dan gerak hati. Pengetahuan adalah sesuatu yang kita peroleh melalui pengajian, pemerhatian, pendengaran dan sebagainya. Setiap pancaindera kita berfungsi sebagai peransang yang membawa kepada kita mengetahui sesuatu yang baru. Gerak hati pula adalah satu lintasan perasaan ataupun pemikiran yang hadir dalam diri kita untuk melaksanakan sesuatu. Maka kata John C. Maxwell, bila kita menggabungkan kedua-dua elemen tersebut terbentuklah wisdom atau hikmah.

Pemimpin perlu memainkan peranan sebagai neutralizer kepada anak buah. Kita perlu menerima hakikat dalam satu kumpulan, ada macam-macam ragam. Semua orang ada kerenah masing-masing. Pertembungan idea dan pendapat juga merupakan lumrah. Bila wujud watak neutral dalam organisasi tersebut itulah yang dapat memastikan kelangsungan kesatuan pemikiran yang cuba dilaksanakan. Kalau pemimpin itu sendiri memihak kepada satu pihak dan menyalahkan pihak yang lain, itu bukanlah satu perkara yang meningkatkan perpaduan malah menambah perpecahan. Perkara ini valid pada perselisihan yang tidak melibatkan hukum. Namun bila perselisihan itu melibatkan perkara hukum atau dasar, perlulah dirujuk kepada orang yang lebih mengetahui akan hal tersebut untuk mendapatkan pencerahan.

Sikap juga merupakan perkara yang perlu dibentuk dalam gerak kerja berorganisasi. Al-Imam Dr Yusuf Al-Qardhawi juga menyebut dalam kitab Fiqh Al-Awlawiyat dalam bab 9 supaya kita membina individu dahulu sebelum organisasi. Dalam erti kata lain, nak perkasakan sesebuah organisasi, orang dalam organisasi itu perlu diperkasakan dahulu. Jadi perubahan sikap itulah suatu perkara yang dirasakan penting ke arah matlamat tersebut. 

Dalam permainan bola sepak kita akan melihat tiga watak iaitu watak jurulatih, kapten pasukan dan pemain. Di mana sebenarnya kecenderungan kita? Adakah kita sebagai jurulatih yang menunjuk cara kepada pasukan dan memimpin ke arah kemenangan? Ataupun kita adalah kapten pasukan yang menjadi pembantu jurulatih dalam mengendalikan pasukan. Kapten pasukan jugalah yang perlu melihat dan menjaga pasukan tersebut. Atau mungkin juga kita adalah pemain yang menurut apa yang dilakukan oleh jurulatih dan kapten dengan satu kefahaman. Kita mungkin merasakan kita berada pada salah satu watak yang disebut. Semua watak itu memerlukan kepada sikap untuk menjadikan pasukan itu kuat.


Sekiranya jurulatih tidak memahami kelebihan dan kelemahan pasukan, mana mungkin dia boleh generate strategi untuk membuahkan kemenangan. Kalau kapten pasukan tidak memahami anak buahnya, mana mungkin dia akan dihormati dan menjadi ikutan kepada anak buahnya. Dan sekiranya sebagai pemain, kita gagal untuk mengikut rentak jurulatih dan kapten, mana mungkin kita boleh memberi sepenuh komitmen dalam permainan. Maka perkara ini berbalik kepada sikap. Konsep yang sama juga digunapakai dalam kita berorganisasi.

Contoh paling baik yang boleh kita lihat adalah pada Rasulullah dengan sikap yang baik dan cara Rasulullah berhadapan dengan para sahabat dalam membentuk dan mentarbiayah para sahabat. Sama juga keadaannya yang mana Rasulullah berhadapan dengan berbagai watak. Namun, Rasulullah mampu untuk membimbing para sahabat walau berbeza mana sekalipun watak mereka dengan kesatuan pemikiran dan amal.

Wallahua'lam

Jul 19, 2011

Kantoi Mencuri Kali ke-5

Al-kisah hari nie ana mendengar kuliah di masjid. Kuliah syarah kitab Bulughul Maram oleh Ustaz Dawi Cahyono bin Nurdin, Imam Masjid An-Nur UTP merangkap Senior Executive Unit Pentadbiran Masjid UTP. Hadis yang disyarahkan berkenaan dengan hukuman kepada orang yang mencuri. Dalam ustaz syarahkan hadis tersebut, ustaz membuka cerita yang mana menunjukkan kebijaksanaan seorang hakim dan pengajaran bagi orang yang panjang tangan. Bila mendengar cerita tue wujud unsur-unsur sarkastik juga sebenarnya.


Ceritanya begini :-

Ada satu tempat nie berlaku kecurian. Pesalah ditangkap dan kesalahan telah berjaya dibuktikan. Tempat tersebut melaksanakan hukum Allah yakni hukuman hudud. Maka pesalah tersebut dipotong tangan kanannya. Maka selesailah kes kecurian tersebut. Seterusnya, berlaku sekali lagi kecurian dan orang yang didapati bersalah adalah orang yang sama yang telah dipotong tangan kanannya itu. Bila disiasat, ternyata dia bersalah juga. Maka dijatuhkan hukuman potong kaki kirinya. Maka selesailah kes kecurian kedua itu.

Nak dijadikan cerita, kali ketiga berlaku kecurian dan orang yang sama juga dihadapkan ke perbicaraan. Tak serik-serik nampak gayanya pencuri nie. Bila disoal dan diambil keterangan, ternyata orang itu juga yang bersalah. Maka hakim menjatuhkan hukuman potong tangan kirinya pula. Sudah tiga anggotanya yang dipotong akibat kesalahan yang sama yang sering diulang-ulang. Maka selesailah kes ke-3 pencuri tersebut.
Betapa persistentnya sang pencuri itu bila dia dituduh sekali lagi apabila berlaku kes ke-4 kecurian. Soal punya soal, memang ternyata sang pencuri itu bersalah. Bak kata pemain game, memang IMBA sungguh pencuri nie. Maka sang hakim pun menjatuhkan hukuman supaya dipotong kaki kanannya. Kali nie betul-betul jadi Orang Kurang Upaya bila keempat-empat anggota telah dipotong. Maka selesailah kes ke-4 ini dan tempat tersebut kembali aman.


Suatu perkara yang menarik adalah bila berlaku kecurian kali ke-5. Barang yang hilang adalah kuali. Kali nie memang orang setempat sudah tak ada muka lain nak tuduh melainkan pemuda yang mencuri dengan 4 kes berturut-turut itu. Maka dihadapkanlah pemuda itu dihadapan hakim. Sang hakim bertanya samada benar atau tidak dia mencuri kuali tersebut. Pemuda itu pun menjawab dengan mengatakan mana mungkin orang yang sudah tidak ada tangan dan kaki boleh mencuri lagi.

Bila terdengar keterangannya, orang ramai dan hakim bersimpati pula dengan pemuda tersebut. Sang hakim kemudiannya membuat keputusan menjadikan kuali tersebut sebagai hadiah kepada pemuda itu. Orang ramai juga bersetuju atas dasar simpati kepadanya. Maka si pemuda itu dengan merasa suka mengucapkan terima kasih kepada orang ramai dan hakim kerana memberikan hadiah itu kepadanya. Pemuda itu kemudiannya, menyelukkan tangannya ke telinga kuali tersebut dan mengangkat kuali tersebut ke atas kepalanya dan mula bergerak keluar dari tempat perbicaraan.


Sang hakim melihat gelagat pemuda tersebut dan menyuruhnya berhenti lalu mengatakan bahawa dialah pencuri kuali tersebut. Pemuda itu terkejut dengan kenyataan mengejut hakim dan meminta bukti apa yang menyebabkannya mengatakan dia bersalah. Lalu sang hakim pun menyebut buktinya adalah pemuda itu mampu mengangkat kuali tersebut walaupun berada dalam keadaan tiada tangan dan kaki. Maka pemuda yang mencuri itu terdiam seribu bahasa kerana dia sudah tertangkap buat kali ke-5. Pandangan simpati orang ramai berubah menjadi pandangan marah dan hilang percaya.

Ana tak pasti apa ending yang berlaku kepada pemuda tersebut sebab lepas tue ana berangkat ke tempat wudhu' untuk menyucikan diri.

Namun dalam hadis yang disyarahkan itu ada menyebut berkenaan perkara yang sama dan kali ke-5 kecurian hukumannya adalah hukuman bunuh. Tapi dalam penerangan hadis itu, Imam Syafie menyatakan hadis itu telah mansukh. Jadi ana tak pasti apa hukuman yang diterima pemuda itu akhirnya.

Begitulah persistentnya seorang pencuri yang tak pernah berputus asa dalam mencuri walaupun gagal banyak kali. Oleh itu, elakkanlah melakukan perkara buruk sebelum ia menjadi tabiat dalam hidup kita yang sukar untuk diubah. Sentiasa mujahadah diri kita daripada melakukan perkara tersebut. Perkuatkan tarbiyah ruhiyyah dengan memperbanyakkan tazkiyatun nafs (penyucian hati) dan banyakkanlah menangis untuk Allah agar kita mampu merasa dekat pada-Nya. Insya-Allah.

Wallahua'lam

May 27, 2011

Jangan dilayan Perangai Budak-Budak

Posting ini sebagai respond kepada post yang ana baca di blog senior ana merangkap sahabat seperjuangan ana yang kini menuntut di Mesir, Akh Azrul Azuan. Posting tersebut berkisarkan blog yang hangat dihebahkan baru-baru ini dengan tindakannya menghina Islam. Tak perlu ana nyatakan blog apa, nanti pakat pi klik, naik pulak trafik blog tue.

Sumber blog sahabat ana nie boleh dibaca melalui SINI.

Sebenarnya banyak lagi figure-figure yang kita dapati menghina Islam melalui blog, facebook dan juga twitter serta di lain-lain sumber. Namun apa respond kita sebagai umat Islam tentang tindakat tersebut?

Kebiasaannya, kita akan melatah tak tentu pasal bila perkara begini berlaku. Secara jujurnya, ana sendiri rasa marah kalau ana baca. Cumanya, di mana kita mengarahkan rasa marah itu. Saidina Ali sendiri kerana marah tidak jadi membunuh musuh di medan perang kerana bimbangkan dia membunuh bukan kerana nak menegakkan kalimah Lailaahaillallah tapi kerana dia rasa marah.

Ana petik sedikit daripada artikel sahabat ana

Petikan kata-kata :

Islam diakui melalui kajian sebagai agama yang paling cepat berkembang di dunia. Situasi ini menjadikan agama Islam wujud di mana-mana negara di dalam dunia, tidak kira samada negara itu majoriti penduduknya beragama Islam atau sebaliknya. Semua ini adalah kurniaan Allah ke atas usaha yang dijalankan oleh pendakwah Islam di seluruh dunia. Semoga Allah merahmati kita semua.

Dengan perkembangan terkini ini, pihak yang iri hati dan terancam dengan kemajuan yang dicapai oleh agama Islam menjadi hilang punca dan blur dalam mencari jalan untuk menyaingi agama Islam. Setelah hampir semua jalan 'profesional' yang mereka cuba, Islam tetap berkembang seolah-olah tiada kesan akan semua tindakan mereka.

Maka, kita tidak perlu hairan dengan tindakan golongan terdesak ini yang menggunakan cara kebudak-budakkan dalam menyaingi Islam. Ibarat budak-budak yang bermain bola, apabila team yang kuat menang dengan gol yang banyak, maka team yang lemah ini merasa malu dan terdesak, lalu bermulalah acara ejek mengejek. Ini bertujuan untuk membakar kemarahan team yang menang tadi dan mengheret mereka ke kancah perkelahian. Situasi ini selalunya diakhiri dengan pergaduhan ala budak-budak...biasalah tu, budak-budak.....
Golongan-golongan seperti inilah yang benci melihat cahaya Allah itu meluas tersebar ke seluruh dunia. Mereka akan guna apa cara sekalipun asalkan mereka menang. Namun Allah tetap juga akan melengkapkan cahaya-Nya walaupun perkara itu dibenci golongan tersebut.

Firman Allah dalam surah As-Saff ayat 8

يُرِيدُونَ لِيُطۡفِـُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٲهِهِمۡ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوۡ ڪَرِهَ ٱلۡكَـٰفِرُونَ

Maksudnya: "Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)."

Disebabkan rasa tidak suka itulah bermacam-macam cara digunakan untuk menjatuhkan moral umat Islam. Tindakan kita respond kepada posting mereka juga tidak begitu bijak kerana dengan itu mereka akan terus juga menyebarkan fitnah-fitnah terhadap Islam. Kononnya kita nak sampaikan kebenaran, tapi kita tersilap langkah kerana terburu-buru mengambil tindakan. Samalah juga bila dilayan budak-budak, even orang dewasa pun sama juga rasanya. Benda yang dilarang itulah juga yang nak dibuat. Kita marah-marah tindakan orang menghina Islam itulah juga menjadikan mereka lebih bersemangat menghina Islam kerana mereka nampak apa yang mereka buat tue ada kesan terhadap moral umat Islam. Inilah peperangan psikologi.

Maka tindakan yang patut kita lakukan sebagai orang awam adalah biarkan saja tanpa respond terhadap blog-blog begitu. Tak ada significant pun kalau kita respond. Serahkan kepada pihak berautoriti untuk menyelesaikan perkara ini. Perlu juga disekat, kalau biar dia berjangkit nanti merebak jadi virus pulak. Lagi susah kalau macam tue. Maka mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Fenomena ini juga bagi ana merupakan satu mesej kuat untuk kita persiapkan diri kita bagi menghadapi fitnah yang lebih besar iaitu fitnah Dajjal. Kalau fitnah sedia ada sekarang ini kita mampu elak, dibimbangi kita tak mampu mengelak dari fitnah Dajjal pula nanti. Maka siap siaga dengan segala keperluan untuk mengelak dari fitnah besar itu.

Wallahua'lam

May 23, 2011

Mata Kotor Awal-Awal Pagi

Hari nie mata telah dikotori. Pagi-pagi lagi dah kotor mata. Mana taknya, ana pagi nie cek email kejap then bukak facebook kejap. Time bukak facebook refresh sket homepage tiba-tiba ada pulak sorang user nie (tak perlu cakap siapa) publish gambar dia. Tak kisah pun kalau nak letak gambar dia sebenarnya. Ana pun malas nak halang. Tapi kalau dah letak gambar sensored tahap 18SX memang pejam mata jugak laa jawabnya. Nasib boleh buang benda-benda gini dari homepage.

Actually ana tak kenal sangat pun dia nie. But for sure, dia orang kampung ana & dia belajar di sekolah ayah ana mengajar. Agak-agak kenapa dia buat macam nie ek? Dah desperate sangat ke nakkan seks? Ataupun kalau nak sangka baiknya ada orang hack akaun FB dy & publishkan gambar-gambar merepek tue dekat page FB. Tak tahulah pulak Facebook dah jadi tempat share pornografi. Kira masuk dalam kategori pornografi jugak laa kan tunjuk gambar 18SX diri sendiri.

Untuk menyedapkan hati semua, gambar tue orangnya non-muslim but still on moral valuesnya sangat rendah dan sungguh tak beretika dalam berkongsi maklumat dan informasi di alam maya. Sebabnya, facebook nie pelbagai orang yang ada dalamnya, takut-takut ada orang ambil kesempatan daripada apa yang dibuat. Personally, dulu sahabat-sahabat ana ada cakap ramai je diorang jumpa gambar-gambar macam nie (masa tue zaman MySpace). Tak taulah pulak dah berjangkit sampai ke facebook.

Macam nie laa dunia sekarang kan. Tiap-tiap hari ada je benda pelik-pelik berlaku. Kalau dah tak jaga sangat memang lagi laju laa bala Allah turun nampaknya. Apa-apapun kena sedar diri sendiri juga. Gunakan hati, telinga dan mata yang Allah berikan sebaiknya. Kalau tak lagi teruk taraf kita daripada binatang.

Firman Allah dalam surah al-A'raaf ayat 179

وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ ڪَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ‌ۖ لَهُمۡ قُلُوبٌ۬ لَّا يَفۡقَهُونَ بِہَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٌ۬ لَّا يُبۡصِرُونَ بِہَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٌ۬ لَّا يَسۡمَعُونَ بِہَآ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَٱلۡأَنۡعَـٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡغَـٰفِلُونَ

Maksudnya: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."

Namun dalam hal nie untuk muslimat di luar sana, jaga-jaga bahaya teknologi sekarang. Rasanya dah banyak artikel cerita pasal macam-macam benda bila ada orang guna photo editor edit gambar muslimat sampai tembus nampak bahagian auratnya. Then ada juga yang jadi mangsa super-impose bila gambarnya ditempek ke gambar 18SX dan sebagainya. Artis mungkin ramai jadi mangsa tapi muslimat lain jangan rasa selesa sebab ada je orang lain yang kena.

Jadi tak perlulah rajin-rajin nak share profile picture muka antunna di Internet. Dirisaukan jadi mangsa pula. Kalau nak letak pun, privatekan biar diri sendiri tengok. Tak perlu pun orang lain tengok. Biar wajah yang cantik tue menjadi tatapan suami dan bukan orang lain yang tak ada apa-apa kaitan dengan hidup. Itu lebih baik untuk menjaga maruah dan harga diri. Lelaki-lelaki kat dunia nie pun ada macam-macam jenis. Yang baik tue baik laa & yang kurang baik tue pun wujud juga, yang memang jahat macam syaitan pun ada, latest, yang suka simbah asid pun ada. Jadi jaga-jagalah ek.

Sebab tue juga Islam mengangkat martabat wanita dengan memelihara mereka daripada terjerumus ke lembah hina dan maksiat yang kotor. Nabi Muhammad pernah mengumpamakan wanita itu ibarat botol kaca yang mana pecahnya ia tak dapat dibetulkan semula, jadi jagalah sebaiknya. Sampai tahap begitu sekali tingginya penjagaan maruah wanita dalam Islam tapi tetap ada juga makhluk-makhluk liberal tak puas hati dan kata wanita dalam Islam tak diberi hak sepenuhnya. Tak faham betul.

Bukan perempuan je yang kena jaga-jaga. Laki pun lebih kurang jugak. Jaga-jaga jugak. Moga dijauhkan dari kita segala musibah dan keburukan. Amin....

Wassalam...

Choose your way to live

May 14, 2011

Blogger dan Hakikat Kehidupan

Semalam Blogger cuba bermain api dengan bloggers-bloggers seluruh dunia. Sebab tiba-tiba je website down. Tak silap ada maintenance issue daripada widget service yang ada. Ntah laa apa masalah sebenarnya. Mujur blog nie tak terkesan sangat dengan masalah yang berlaku. Ada blogger yang meradang sebab posting baru diorang hilang & ada yang katanya komen dari blog pun hilang juga. Blog ana mungkin tak terkesan sebab last posting 6 hari lepas. Jauh daripada tarikh berlaku isu.

So semalam ramai laa yang tak dapat update blog sebab tak boleh nak masuk ke dashboard. Sampaikan ada yang dah pasang niat nak tukar ke wordpress & ada juga yang terus nak beli domain sendiri untuk buat blog. Wallahua'lam masalah yang berlaku nie memberi keuntungan atau kerugian pada Blogger. Ana sendiri pun semalam ada something yang nak dikongsikan tapi terbantut idea sebab tak boleh masuk dashboard. Dalam tweet ada sahabat yang sarankan ana tukar pd private domain saja. Tukar domain sendiri nie ok juga tapi rasanya macam tak sedia lagi nak tukar pada domain sendiri. Ataupun perlu untuk ana tukar sebenarnya? Ada pendapat lain?


Tutupnya Blogger pada seketika waktu atas sebab masalah tue secara pastinya menyebabkan kerugian besar buat mereka. Pernah tak kita sangka dengan posting yang kita buat nie saja dah menambahkan jumlah keuntungan mereka. Tapi bila masalah berlaku sama juga laa macam kilang beras. Lambat keluar berasnya untuk dipasarkan, maka rugilah mereka hari tue. Hakikatnya juga kalau nak bandingkan dengan kehidupan kita sebagai manusia tak jauh beza sangat sebenarnya.

Manusia juga perlu sentiasa mengerjakan amal dengan kefahaman setiap perbuatan itu adalah ibadah maka pastikan apa yang kita buat itu benar-benar memberi manfaat kepada kita. Sebab itu jugalah perlu bagi kita menyahut seruan Allah agar berlumba-lumba berbuat kebaikan. Maka hidup kita nie pun ibarat kita sedang berlumba-lumba mengejar kebaikan dan kelebihan di akhirat dengan gesaan fastabiqul khairat.

Namun tetap juga iman manusia tue naik dan turun. Ada masa kita akan slow seketika dan berlaku penurunan amal ketika itu. Maka ketika itu keuntungan kita akan merosot. Hakikat business kalau kita terus dalam keadaan rugi, kita akan bankrupt dan syarikat ditutup. Jadi kalau kita biarkan diri kita pada tahap iman yang lemah, silap hari bulan kita akan futur dari jalan yang lurus.

Jadi dalam setiap kejatuhan itu, perlu ada waktu dan ketikanya kita akan bangkit semula. Dan dalam kebangkitan itu sepatutnya kita capai semula apa yang telah kita rugi sebelum ini. Macam itu jugalah kitaran hidup manusia yang bagaikan  roda ini. Ini jugalah hakikat tarbiyah. Kadang-kadang kita di bawah dan kadang-kadang kita di atas. Apa yang paling petnting adalah untuk kita tetap istiqamah dengan kebaikan yang kita lakukan.

Wallahua'lam

p/s: patutnya dah dipost tengah hari tadi tapi akibat terlentok dan ada hal sket post nie jadi malam...agak lapuk jadinya,

May 4, 2011

Jangan Menilai Buku pada Kulitnya

Don't judge a book by its cover. Simple phrase yang mudah difahami dan mudah ditangkap maksudnya. Tak kira siapa atau tahap mana pemikirannya, mudah untuk memproses dan memahami apa yang dimaksudkan daripada kata-kata tersebut. Kita sentiasa disarankan untuk tidak menilai sesuatu perkara itu daripada sudut pandang luaran namun hakikat sebenarnya itulah yang sering kita lakukan. Boleh buat sendiri reality check betul ataupun tak statement ana nie.
Don't Judge a Book by Its Cover (sumber: SINI)

Nahnu Nahkum bilzawahir

Memang fitrah manusia akan menghukum pada perkara yang zahir. Sebagai contoh rumah yang dari jauh dilihat buruk akan terus dikatakan buruk walaupun interior design di dalamnya mampu menambat hati manusia yang ada di kawasan itu.

Contoh lain yang dapat difikirkan pula kita akan menilai seseorang itu sebagai jahat andai dia sering menunjukkan kejahatannya walaupun sebenarnya dia adalah seorang yang baik. Robin Hood memperjuangkan kebajikan manusia tapi dengan mencuri. Perbuatan mencuri itu sudah sedia maklum menyalahi undang-undang dan tak dibenarkan oleh syara' tapi tetap dibuat juga. Namun, bagi pihak yang menyelia tetap akan melihat Robin Hood sebagai penjenayah kerana mencuri perbendaharaan negara. 

Soalnya, adakah sifat ataupun kaedah menghukum pada perkara yang zahir ini valid kepada setiap masa dan keadaan? Kerana mungkin Robin Hood mencuri disebabkan dia tak tahu mencuri itu menyalahi undang-undang dan berdosa. Perkara itu boleh jadi berlaku dan tidak mustahil sebenarnya.

Kenalpasti Usulnya bukan berlegar di bahagian Cabang
Mungkin kita mempunyai persepsi yang kurang baik apabila melihat perbuatan tersebut namun jika kita mengenalpasti akar masalah barulah kita dapat melihat punca sebenar masalah. Sesuatu masalah itu sukar diselesaikan sekiranya kita tidak mengenalpasti apakah akar masalah tersebut kerana akar itulah yang akan menambahkan batang dan cabang masalah itu.

Seringkali kita tersilap langkah apabila kita terus menilai sesuatu perkara itu tanpa mengenalpasti punca sebenar perkara tersebut Dalam konteks ini apabila kita mengambil keterangan, adalah sangat tidak beretika apabila kita mengambil keterangan daripada satu pihak dan terus membuat andaian serta spekulasi. Keadaan tersebut akan menyebabkan kita menilai secara berat sebelah. Keterangan dari pihak yang lain juga perlu untuk kita menilai di mana masalah yang sebenarnya. Namun, begitu jugalah permainan dunia sekarang.

Kita melihat betapa dunia Islam ditindas dengan berbagai propaganda jahat tanpa diberi sedikitpun ruang untuk kita menerangkan hal yang sebenar. Kita ada kemampuan untuk mengubah persepsi itu namun tetap wujud juga Islamofobia itu sehinggakan melarat pada umat Islam sendiri yang menjadi inferior dengan Islam.

Apakah maksud gambar ini?
Jawapannya :

Domino (Dom in O)

Mudahkan, jangan disulitkan

Islam itu agama yang mudah, namun adakalanya kita menjadikan ia sangat susah kerana tidak memenuhi kepentingan peribadi kita. Setiap perkara/masalah itu ada penyelesaiannya dan adakalanya penyelesaian itu sudah ada di depan mata, menunggu untuk dilihat dan digenggam saja. Dalam beberapa hal, boleh saja kita berlapang dada dan bersangka baik daripada kita membuat tindakan terburu-buru. Takut-takut dengan tindakan itu kesannya akan terkena semula pada diri kita.

Wallahua'lam

Sumber : http://www.almuntalaq.com/2011/02/04/isi-einstein-betul-tapi-einstein-tidak-betul/


P/S: Ada satu website yang agak best untuk menguji ketajaman IQ kita dengan meneka gambar, boleh menguji bagaimana kita melihat sesuatu perkara itu dan apa pula pandangan sebenarnya. Boleh lihat di http://floorsix.blogspot.com/

May 2, 2011

Mayat Osama Palsu

Cuba anda lihat gambar ini

gambar diambil dari http://idhamlim.blogspot.com/2011/05/betulkah-ini-mayat-osama-laden.html




Adakah ini Osama bin Laden. Banyak yang melaporkan bahawa gambar ini palsu sebenarnya. Daripada sumber lain mengatakan mayat Osama telah dibuang ke laut. Sumber tersebut adalah daripada US sendiri dan perkara ini menimbulkan kekeliruan apabila Presiden Obama mengatakan mayat Osama ada pada Amerika dan akan diuruskan mengikut kaedah Islam. Jadi kenyataan manakah yang benar sebenarnya ataupun kedua-duanya sekali adalah dusta semata-mata.

Obama kata lain, orang lain kata lain. Bila wujud keraguan maka sudah semestinya ada sesuatu yang pelik. Setakat ini, gambar ini yang boleh dikatakan sebagai bukti Osama sudah mati namun adakah benar ini gambar mayat Osama? Ataupun mungkin sekadar pelanduk dua serupa. Benarkah Osama sudah mati dalam serangan di Pakistan? Banyak persoalan yang sudah mula timbul di sebalik apa yang berlaku. Adakah ini juga sebahagian daripada konspirasi Amerika? Amerika memang dah tak asing dengan penipuannya serta konspirasi besar mereka. Kena pula bila ada orang kata gambar tersebut adalah hasil Photoshop.

gambar diambil dari http://www.admiralhafiz.com/2011/05/gambar-mayat-osama-bin-laden-mati.html
Namun setakat ini al-Jazeera juga mengesahkan kematian Osama. Namun ada juga yang mengatakan bahawa Osama sudah lama mati. Tak tahulah watak Osama nie realiti atau sekadar rekaan semata-mata. Namun wujudnya watak Osama ini sedikit sebanyak mengubah juga corak politik dunia. Amerika terus menggunakan modal ini untuk menekan warga Arab. Terakhir sekali sekarang nie dengan campurtangan mereka di Libya pada tahun nie.

Namun ana tertarik dengan quotation dari Penganalisis Ketenteraan US merangkan Brigad Tentera Amerika iaitu Mark Kimmit dengan kenyataannya yang berbunyi begini :-

"This is not the end of the movement, this is not the end of the terrorism but this is the end of the chapter

Capturing or killing bin Laden has more iconic value.

It will have symbolic value, because it has been a number of years since bin Laden has exercised day to day control over operations. We still have an al-Qaeda threat out there and that will be there for a number of years.

This organisation (al-Qaeda) is more than bin Laden, it may be symbolised by bin Laden, but it definitely is more than him."

Apa-apa sekalipun moga kita terus mengumpul kekuatan kita untuk kembali bangkit menentang kezaliman manusia di muka bumi ini. Islam pasti akan bangkit jua akhirnya. Itu janji Allah.

p/s: Post ini dah mencecah 301 bermaksud ana dah pun mencapai 300 post daripada blog ini.

Osama bin Laden Mati dalam Operasi yang dijalankan Amerika

"Justice has been done," President Obama says in a televised speech to the nation. Bin Laden, mastermind behind the Sept. 11 attacks and Al Qaeda leader, was killed by a CIA-led team at a compound inside Pakistan

Sumber dari:
http://www.latimes.com/news/nationworld/nation/la-fgw-osana-bin-laden-dead-20110501,0,7629692.story

diambil dari http://www.desi-radio.com/news_Angaar_year_1992.php

Ucapan yang penuh dedikasi disampaikan oleh Presiden Obama dalam siri video tersebut. Melalui ucapan rasmi ini dengan kata lain menunjukkan kali ini Osama benar-benar telah ditemui dan benar-benar telah mati dibunuh pihak Intelligence Amerika. Setakat ini berita ini berlegar-legar di Amerika dan mereka nampaknya boleh bergembira dengan kejayaan mereka setakat ini. Namun mereka tetap mengambil langkah berjaga-jaga adakah dengan matinya Osama akan merencatkan pergerakan al-Qaeda. Sebabnya, setakat ini dalam gerakan Islam sekalipun, walaupun ketua kecundang, akan ada orang lain yang bangkit mengangkat panji kemenangan. Itulah yang mereka takutkan sebenarnya.

diambil dari http://www.theoccidentalobserver.net/2010/12/%E2%80%98death-to-america%E2%80%99-a-new-poem-by-osama-bin-laden/

Ana tak pasti tentang status Osama sebenarnya sebab ada banyak sangat teori tentang beliau, al-Qaeda dan al-Jazeera itu sendiri. Ada yang kata mereka ini sebahagian dari perancangan musuh dan ada juga yang kata mereka ini pejuang sebenar. Wallahua'lam, semua itu adalah pada Allah untuk menentukannya. Namun fakta bahawa Amerika bertungkus-lumus mencari beliau menunjukkan bahawa ada sesuatu pada Osama yang sangat-sangat menakutkan Amerika.

Mereka menuduh Osama dan al-Qaeda itu sendiri sebagai dalang di sebalik peristiwa 11 September. Namun segala bukti yang dikumpul dan siasatan yang dibuat tidak jelas. Ada sebahagian daripada rakyat Amerika sendiri membongkarkan dalam teori konspirasi mereka bahawa peristiwa itu adalah peristiwa yang dirancang dan dalangnya adalah Amerika itu sendiri. Tapi apa yang pasti, sehari selepas kejadian itu secara tiba-tiba wajah Osama terpampang di kaca TV sebagai orang yang dikehendaki oleh Amerika. Dari mana pula sumbernya tentang Osama? Wallahua'lam.

Dulu mereka telah bersorak dengan kejayaan mereka membunuh Saddam Hussein. Kita akui, pemerintahan Saddam Hussein di Iraq banyak menatijahkan kematian rakyat Iraq dengan gaya pemerintahannya namun dari satu sudut yang lain kita melihat mengapa Amerika bertungkus-lumus untuk mendapatkan Iraq dan membunuh Saddam Hussein itu adalah disebabkan wujud faktor-faktor lain. Antaranya adalah kepentingan mereka untuk menguasai minyak di Iraq dan juga beberapa faktor lain yang menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk membunuh Saddam Hussein.

Kalau nak diikutkan, banyak lagi tokoh-tokoh lain yang sudah syahid akibat ketakutan musuh Islam pada kebangkitan yang walaupun secebis. Takutnya mereka kepada As-Syahid Imam Hassan al-Banna sehingga sanggup melakukan perancangan serang hendap yang membunuh beliau. Syed Qutb yang telah dipenjarakan dan dihukum gantung. Umar Mukhtar (Lion of The Dessert) yang juga dihukum gantung walaupun dia sudah tua. Syeikh Ahmad Yaasin yang sebenarnya OKU juga dibedil dengan roket dari Apache kerana hebatnya beliau menyatukan ummah menentang musuh Allah. Begitu juga dengan Abdul Aziz Rantisi yang juga dibedil dengan roket Apache. Mereka inilah antara figure-figure pejuang yang tetap istiqamah dengan perjuangan mereka dan terus berpegang dengan janji Allah. Syahidnya mereka bukan merencatkan perjuangan malah menguatkan lagi keazaman untuk terus berjuang.

Inilah yang ditakuti Amerika sebenarnya. Mereka takut apabila umat Islam sudah tidak takutkan kematian. Mereka takut apabila hilangnya kecintaan dunia oleh umat Islam. Inilah juga yang menjadi kekuatan umat Islam untuk mengatasi mereka. Kita ada al-Quran dan Sunnah serta Hadis sebagai panduan hidup kita. Mereka takut apabila kita kembali kepada Al-Quran semual. Mereka bimbang kita kembali kepada basic. Sebab itu juga bila di Algeria, Gerakan Islam memenangi pilihanraya di sana, campur tangan muncul dari Perancis dan membatalkan keputusan pilihanraya. Begitu juga ketika pemerintahan Nejmuddin Erbakan di Turkey yang akhirnya digulingkan.

Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 24 :-

مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٌ۬ صَدَقُواْ مَا عَـٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِ‌ۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُ ۥ وَمِنۡہُم مَّن يَنتَظِرُ‌ۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلاً۬
Maksudnya: "Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun."

Oleh itu, kita sepatutnya menyedari bahawa Islam itu tak akan lemah. Lemahnya Islam kerana umat Islam itu sendiri. Jadi, perubahan itu perlu kalau kita nak dapatkan kemenangan kembali. Tak kiralah bagaimana sekalipun penentangan yang kita terima. Memang nak perjuangkan Islam nie akan sentiasa diuji dengan ujian yang berat. Dibuang negeri itu biasa, dicampak ke dalam penjara juga biasa, dibunuh pun biasa. Tapi kalau kita tak bersama dengan perjuangan sekalipun, Allah tak merasa rugi kerana Allah tetap akan menyempurnakan cahayanya walaupun orang kafir tidak menyukainya.

Apr 30, 2011

It's Jumuah

Dah lama dah rasanya parody lagu Rebecca Black, Friday nie ada kat You Tube. At first ana tak layan pun sebab lagu Friday pun ana tak layan. So tak bother nak dengar. Cuma hari nie pulak tiba-tiba je ada orang post kat blog dia and ana pun jenguk kejap tengok video tue macam menarik laa pulak.

Sekurang-kurangnya mesej yang nak disampaikan tue memang jelas. Pasal hari Jumaat dan lirik tue pun ada galakan apa yang patut kita buat hari Jumaat tue. Even ada mention berkenaan tak boleh kita bersembang-sembang or berkata sesuatu ketika mana khatib sedang berkhutbah. Ada hadis menyebut tentang sia-sia solat jumaat yang didirikan kalau kita berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah.

Banyak juga disebut berkenaan membaca surah al-Kahf dalam lirik tue. So compare tue lagu asal dengan parody nie, rasanya yang parody nie lagi style. Lagu asal memang rasanya macam tak ada mesej apa pun. Lagu nie datangnya dari ArkMusicFactory yang mana dari company tersebut datangnya Rebecca Black, Devin Fox dan lain-lain yang mana lagu mereka kalau dilihat di You Tube mendapat kritikan pedas dan sangat-sangat negatif. Tak perlu tengok komen, tengok unlike lagi banyak dari like dah menunjukkan ramai tak suka dengan lagu-lagu nie.

Apa-apa pun layan je laa parody nie. Ada dua version, satu yang original and satu lagi cover version oleh Brother SonOfTheNile. Layann~~





Apr 11, 2011

Jangan dinilai Keikhlasan Manusia

Bila disebut tentang ikhlas, banyak perkara yang boleh kita gambarkan. Namun segala-galanya kembali kepada niat masing-masing sepertimana disabdakan daripada Nabi Muhammad saw:-

"Sesungguhnya apa amalan yang dilakukan itu adalah dengan niat"

Ikhlas itu sendiri sukar untuk kita ukur. Tidak ada lagi manusia yang mampu mencipta mesin mengukur ikhlas setakat apa yang ana tahu. Oleh sebab itulah kita tidak perlu mengukur keikhlasan manusia kerana memang sudah jelas ia bersifat subjektif dan tak perlu diukur. Tuan punya badan lebih tahu dia ikhlas ataupun tidak kerana ia bersangkut-paut dengan niatnya melakukan sesuatu perkara. Sama juga, kita tak mampu membaca apa yang terkandung di dalam hati manusia.

Ikhlas juga mampu dibentuk. Ramai orang yang mengelat nak solat bila disuruh solat keluarlah jangan dipaksa dalam Islam, jangan paksa solat, nanti tak ikhlas. Jadi nak tunggu ikhlas tue rasanya sampai ke sudah tak ikhlas-ikhlas lagi. Oleh yang demikian, perlunya paksaan dalam mentarbiyah seseorang di samping memberi kefahaman yang jelas agar apa yang dibuat itu sedikit demi sedikit membuahkan keikhlasan di hati. Kalau dulu kita malas solat, bila kita faham kepentingan solat dan cuba mujahadah diri untuk terus istiqamah bersolat, maka keikhlasan kita bersolat itu akan datang secara automatik. Contoh mudah orang yang ikhlas mengerjakan solat ialah dia akan rasa tak senang duduk kalau terlepas mahupun terlewat melaksanakan solat.

Jadi soal keikhlasan itu bukanlah pada kita untuk menjadi pengukur mahupun penilainya. Ini kerana ikhlas itu bersifat subjektif serta ia mampu dibentuk dari awal. Dari perspektif kepimpinan dan kuasa. Kita menyedari, Islam tertegak secara meluas melalui kuasa. Hijrah Nabi Muhammad saw daripada Mekah ke Madinah bukan sekadar hijrah tanpa asas dan tujuan tapi wujud strategi jangka panjang untuk kebangkitan Islam. Nabi menyedari Mekah ketika itu sukar ditembusi kekebalan jahiliyahnya, maka apabila datang kaum Aus dan Khazraj memberi jaminan dan kekuasaan kepada Nabi untuk memimpin mereka, maka inilah peluang untuk melebarluaskan dakwah Islam ke seluruh pelosok tanah Arab. Hasilnya, berlaku juga Fathu Mekah yang membebaskan Mekah daripada amalan jahiliyah.

Maka apakah yang menjadi kayu ukur keikhlasan dalam kepimpinan? Kita sedia maklum, tugasan memimpin dan menjadi ketua bukanlah satu tugas yang mudah. Ianya merupakan satu tugas berat yang perlu dipikul oleh seseorang itu sebaik mungkin. Secara logik akalnya, tak ada siapa pun yang mahu menerima amanah berat itu. Namun kalau disandarkan kepada kefahaman untuk kita menggunakan peluang menyebarkan Islam, kita perlu menerima amanah kepimpinan tersebut agar Islam itu bangkit semula.

Teringat kata-kata seorang panel forum ketika Simposium Kecemerlangan Belia baru-baru ini iaitu "Kita perlu menjadi gila kuasa supaya kita mampu mengambil kuasa daripada orang gila." Statement yang bagi ana menarik dan menjadi sebab kenapa perlunya orang yang ada kefahaman Islam memegang kekuasaan dan memimpin. Kerana itulah sandaran kita untuk terus memelihara kesucian dan ketinggian agama. Jadi di sini, keikhlasan itu timbul atas dasar kefahaman untuk terus memelihara ketinggian agama.

Secara khulasahnya, tak perlu menilai keikhlasan orang lain tanpa kita merenung diri kita sendiri. Apa yang penting itu adalah kita menyumbang untuk Islam. Jangan bergantung pada hasil kerana tugas dakwah ini bukanlah tugas yang mudah dan singkat tapi memerlukan proses berterusan dan berpanjangan.

Wallahua'lam


Mar 28, 2011

Janganlah Zalimi Diri Sendiri

Bercerita tentang kezaliman, manusia selalu menzalimi diri mereka sendiri. Selalu saja mengambil mudarat dari manfaat. Tak salah mengambil risiko untuk kebaikan. Yang menjadi masalah apabila kita mengambil mudarat untuk kepentingan dan kepuasan nafsu semata-mata. Sepatutnya kita mengambil 'ibrah daripada kisah Bani Israel yang menzalimi diri sendiri sehinggakan mereka ini mendapat kehinaan dan kemurkaan daripada Allah swt.


Kaum Bani Israel dikenali dengan banyaknya Rasul yang diutuskan dari kalangan mereka. Namun, mereka ini terlalu angkuh dan ada di antara Rasul yang diutuskan Allah kepada mereka dibunuh. Di dalam surah al-Baqarah tercatat banyak kisah dan peristiwa berkenaan kaum ini yang mana Allah menceritakan kisah-kisah tersebut sebagai pengajaran dan juga peringatan bahawa perkara seperti ini akan berlaku semula dan kita perlu berjaga-jaga dan elakkan kejadian seperti ini.

Dalam ayat 49 - 50 surah al-Baqarah, Allah telah menerangkan bagaimana Nabi Musa menjadi penyelamat kepada kaum Bani Israel dengan menyelamatkan mereka daripada Firaun:

وَإِذۡ نَجَّيۡنَـٰڪُم مِّنۡ ءَالِ فِرۡعَوۡنَ يَسُومُونَكُمۡ سُوٓءَ ٱلۡعَذَابِ يُذَبِّحُونَ أَبۡنَآءَكُمۡ وَيَسۡتَحۡيُونَ نِسَآءَكُمۡ‌ۚ  وَفِى ذَٲلِكُم بَلَآءٌ۬ مِّن رَّبِّكُمۡ عَظِيمٌ۬

وَإِذۡ فَرَقۡنَا بِكُمُ ٱلۡبَحۡرَ فَأَنجَيۡنَـٰڪُمۡ وَأَغۡرَقۡنَآ ءَالَ فِرۡعَوۡنَ وَأَنتُمۡ تَنظُرُونَ 

Maksudnya : "Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu. (49) Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya. (50)"

Seterusnya dalam ayat ke 51, apabila Nabi Musa a.s. dipanggil Allah ke Bukit Sinai untuk mendapatkan wahyu Allah selama 40 hari, kaum Bani Israel telah menciptakan patung lembu dan menyembahnya. Begitu cepat mereka sesat daripada agama mereka. Sungguh mereka telah menzalimi diri mereka sendiri.

وَإِذۡ وَٲعَدۡنَا مُوسَىٰٓ أَرۡبَعِينَ لَيۡلَةً۬ ثُمَّ ٱتَّخَذۡتُمُ ٱلۡعِجۡلَ مِنۢ بَعۡدِهِۦ وَأَنتُمۡ ظَـٰلِمُونَ

Maksudnya : "Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah dia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah dia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri)."

Keangkuhan mereka jelas terserlah apabila Nabi Musa balik semula ke Mesir dan mendapati kaumnya menyembah selain daripada Allah lalu menyuruh mereka bertaubat. Maka kaum Bani Israel mencabar baginda dengan mengatakan mereka tak akan beriman melainkan mereka melihat Allah swt lalu Allah menghantar petir menyambar mereka sebagai peringatan dan Allah hidupkan kembali agar mereka bersyukur.

Kisah tersebut diceritakan secara jelas dalam ayat 55 - 56 dalam Surah al-Baqarah:

وَإِذۡ قُلۡتُمۡ يَـٰمُوسَىٰ لَن نُّؤۡمِنَ لَكَ حَتَّىٰ نَرَى ٱللَّهَ جَهۡرَةً۬ فَأَخَذَتۡكُمُ ٱلصَّـٰعِقَةُ وَأَنتُمۡ تَنظُرُونَ 55
ثُمَّ بَعَثۡنَـٰكُم مِّنۢ بَعۡدِ مَوۡتِكُمۡ لَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ 56

Maksudnya : "Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami). Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya. (55) Kemudian Kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur. (56)"

Begitulah sifat kaum Bani Israel dan sifat itu masih berterusan sehingga hari ini. Ayat-ayat Allah telah diturunkan sebagai peringatan kepada kita untuk menghadapi sifat mereka ini dan pada masa yang sama Allah mengingatkan manusia agar tidak bersifat sedemikian rupa.Oleh itu, selalulah muhasabah diri kita dan renung kembali di tahap mana kita berada kini.



Diekstrak daripada Kuliah Subuh Masjid An-Nur, UTP yang disampaikan oleh Ustaz Dawi Cahyono bin Nurdin