May 2, 2011

Home » , , » Osama bin Laden Mati dalam Operasi yang dijalankan Amerika

Osama bin Laden Mati dalam Operasi yang dijalankan Amerika

"Justice has been done," President Obama says in a televised speech to the nation. Bin Laden, mastermind behind the Sept. 11 attacks and Al Qaeda leader, was killed by a CIA-led team at a compound inside Pakistan

Sumber dari:
http://www.latimes.com/news/nationworld/nation/la-fgw-osana-bin-laden-dead-20110501,0,7629692.story

diambil dari http://www.desi-radio.com/news_Angaar_year_1992.php

Ucapan yang penuh dedikasi disampaikan oleh Presiden Obama dalam siri video tersebut. Melalui ucapan rasmi ini dengan kata lain menunjukkan kali ini Osama benar-benar telah ditemui dan benar-benar telah mati dibunuh pihak Intelligence Amerika. Setakat ini berita ini berlegar-legar di Amerika dan mereka nampaknya boleh bergembira dengan kejayaan mereka setakat ini. Namun mereka tetap mengambil langkah berjaga-jaga adakah dengan matinya Osama akan merencatkan pergerakan al-Qaeda. Sebabnya, setakat ini dalam gerakan Islam sekalipun, walaupun ketua kecundang, akan ada orang lain yang bangkit mengangkat panji kemenangan. Itulah yang mereka takutkan sebenarnya.

diambil dari http://www.theoccidentalobserver.net/2010/12/%E2%80%98death-to-america%E2%80%99-a-new-poem-by-osama-bin-laden/

Ana tak pasti tentang status Osama sebenarnya sebab ada banyak sangat teori tentang beliau, al-Qaeda dan al-Jazeera itu sendiri. Ada yang kata mereka ini sebahagian dari perancangan musuh dan ada juga yang kata mereka ini pejuang sebenar. Wallahua'lam, semua itu adalah pada Allah untuk menentukannya. Namun fakta bahawa Amerika bertungkus-lumus mencari beliau menunjukkan bahawa ada sesuatu pada Osama yang sangat-sangat menakutkan Amerika.

Mereka menuduh Osama dan al-Qaeda itu sendiri sebagai dalang di sebalik peristiwa 11 September. Namun segala bukti yang dikumpul dan siasatan yang dibuat tidak jelas. Ada sebahagian daripada rakyat Amerika sendiri membongkarkan dalam teori konspirasi mereka bahawa peristiwa itu adalah peristiwa yang dirancang dan dalangnya adalah Amerika itu sendiri. Tapi apa yang pasti, sehari selepas kejadian itu secara tiba-tiba wajah Osama terpampang di kaca TV sebagai orang yang dikehendaki oleh Amerika. Dari mana pula sumbernya tentang Osama? Wallahua'lam.

Dulu mereka telah bersorak dengan kejayaan mereka membunuh Saddam Hussein. Kita akui, pemerintahan Saddam Hussein di Iraq banyak menatijahkan kematian rakyat Iraq dengan gaya pemerintahannya namun dari satu sudut yang lain kita melihat mengapa Amerika bertungkus-lumus untuk mendapatkan Iraq dan membunuh Saddam Hussein itu adalah disebabkan wujud faktor-faktor lain. Antaranya adalah kepentingan mereka untuk menguasai minyak di Iraq dan juga beberapa faktor lain yang menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk membunuh Saddam Hussein.

Kalau nak diikutkan, banyak lagi tokoh-tokoh lain yang sudah syahid akibat ketakutan musuh Islam pada kebangkitan yang walaupun secebis. Takutnya mereka kepada As-Syahid Imam Hassan al-Banna sehingga sanggup melakukan perancangan serang hendap yang membunuh beliau. Syed Qutb yang telah dipenjarakan dan dihukum gantung. Umar Mukhtar (Lion of The Dessert) yang juga dihukum gantung walaupun dia sudah tua. Syeikh Ahmad Yaasin yang sebenarnya OKU juga dibedil dengan roket dari Apache kerana hebatnya beliau menyatukan ummah menentang musuh Allah. Begitu juga dengan Abdul Aziz Rantisi yang juga dibedil dengan roket Apache. Mereka inilah antara figure-figure pejuang yang tetap istiqamah dengan perjuangan mereka dan terus berpegang dengan janji Allah. Syahidnya mereka bukan merencatkan perjuangan malah menguatkan lagi keazaman untuk terus berjuang.

Inilah yang ditakuti Amerika sebenarnya. Mereka takut apabila umat Islam sudah tidak takutkan kematian. Mereka takut apabila hilangnya kecintaan dunia oleh umat Islam. Inilah juga yang menjadi kekuatan umat Islam untuk mengatasi mereka. Kita ada al-Quran dan Sunnah serta Hadis sebagai panduan hidup kita. Mereka takut apabila kita kembali kepada Al-Quran semual. Mereka bimbang kita kembali kepada basic. Sebab itu juga bila di Algeria, Gerakan Islam memenangi pilihanraya di sana, campur tangan muncul dari Perancis dan membatalkan keputusan pilihanraya. Begitu juga ketika pemerintahan Nejmuddin Erbakan di Turkey yang akhirnya digulingkan.

Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 24 :-

مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٌ۬ صَدَقُواْ مَا عَـٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِ‌ۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُ ۥ وَمِنۡہُم مَّن يَنتَظِرُ‌ۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلاً۬
Maksudnya: "Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun."

Oleh itu, kita sepatutnya menyedari bahawa Islam itu tak akan lemah. Lemahnya Islam kerana umat Islam itu sendiri. Jadi, perubahan itu perlu kalau kita nak dapatkan kemenangan kembali. Tak kiralah bagaimana sekalipun penentangan yang kita terima. Memang nak perjuangkan Islam nie akan sentiasa diuji dengan ujian yang berat. Dibuang negeri itu biasa, dicampak ke dalam penjara juga biasa, dibunuh pun biasa. Tapi kalau kita tak bersama dengan perjuangan sekalipun, Allah tak merasa rugi kerana Allah tetap akan menyempurnakan cahayanya walaupun orang kafir tidak menyukainya.

0 comments: