Mar 8, 2010

Home » , » Halal Haram yang tiada noktahnya...

Halal Haram yang tiada noktahnya...

Aku sebenarnya nak cerita pasal Forum Halal-Fest je. Tapi tetiba terbukak blog sahabat blogger @ sahabat kampus aku iaitu Nasih. Dia da hurai banyak da pasal forum halal fest kat Masjid An-Nur baru-baru nih. Aku sebenarnya not in position untuk ulas benda nie sebab aku tak ada dalam forum smpi laa masa hujung2 forum. Aku duduk kat luar sembang2 ngan beberapa org sahabat & senior tentang isu lain yang agak banyak terkeluar dari apa yang dibincangkan oleh forum..huhu. Cumanya dari apa yang aku tengok berdasarkan ulasan Nasih kat blog dy, ak boleh simpulkan intipati dia lebih kurang dengan kuliah Maghrib yang aku dengar sebelum nih kat Masjid An-Nur jugak. Boleh rujuk kat sini (Halaalan Tayyiba).


Cumanya bila berbincang pasal benda halal haram nie, kita cuma suka berdebat kata itu haram ini haram semuanya haram tapi tak ada tindakan susulan yang dibuat pun. Kita tengok satu benda tue tak ada tanda halal tapi still kita beli walaupun status kehalalan tue diragui. Bukan maksud aku kita kena bergantung pada tanda halal 100% tapi itulah satu penanda aras sst benda tue boleh digunakan atau tak. Jadi kenapa mesti ambil perkara yang diragui tue? Yang halal tue sebenarnya banyak sangat kat dunia nih tapi manusia suka sangat jadi kreatif tak bertempat. Tue yang susah. Itu nak cuba ini nak cuba. Benda yang disuruh tak mau buat, yang dilarang tue yang nak dibuat. Orang kata jangan minum arak..dosa.. Tapi arak juga jadi bahan tegukan tiap2 ari. Orang kata jangan makan makanan yang diragui kehalalannya, tapi tue jugak laa yang kita suka. Makan semua nak standard, nak mahal tapi tak pndi2 nak tengok mana satu yang halal mana satu yang haram. So benda2 nak pilih halal haram nih, kita boleh buat 1 juta forum & seminar sekalipun kalau kita sendiri tak mau berubah tak akan ada perubahan jugak. Allah berfirman:

"Allah tak akan mengubah nasib sesebuah kaum itu melainkan mereka sendiri mengubah nasib mereka."

Itu baru cerita bab makanan, belum lagi bab2 lain. Kalau nak cerita dari sudut akhlak pulak, gejala couple tu sendiri dah ramai orang tanya & discuss halal atau haram benda tue. Hampir mana2 forum yang aku masuk mesti ada thread pasal couple nih. Tue yang aku maksudkan kalau berbincang sejuta kali sekalipun kalau diri sendiri tak nak ubah maka tak berubah jugak. Persoalaannya, haramkah couple? Jadi haram itu mesti ada sebabnya kenapa diharamkan. Couple macam mana yang haram?


Ok, secara mudahnya kalau korang tengok kat taman2 or maybe kat cafe k, kat kelas pn ad jgak, mgkin jgk secara ringkasnya di mana2 pun kita boleh nampak couple. Duduk berdua-duaan tue dah satu mmg nampak sangat salah, pastu duk pegang sana sini pun dah salah (haram dalam mazhab shafie..mgkn diorg tkr mazhab kot masa tue), yang perempuan lak mula laa buat suara manja sampai si lelaki tergoda pun dah haram (suara wanita kan aurat). Ok laa cukup aku bagi takat tue tp byk ag kta boleh nampak dari aksi2 couple2 nih. Macam2 ada. Cumanya cukup yang aku nyatakan tue semuanya tak boleh dan aku yakin boleh bawak kepada yang lebih parah yakni ZINA!!! So kalaulah couple tue dipenuhi dengan perkara2 haram tue, masih halalkah couple tue?

Atau mungkin orang boleh berdolak-dalih pasal couple nih. Diorang kata diorang slalu bg tazkirah kpd satu sama lain. Kononnya couple Islamik laa nie. Aku nak tegaskan kat sini. There is no such thing as couple Islamik!!! Benda nie banyak berlaku kat orang yang belajar Islam tapi amik Islam tue separuh2. Macam mana nie? Da paham agama pun couple masih berlaku. Ingat yang Islam nih syumul. Andai betul korang belajar Islam, mesti ada belajar seerah. Macam mana Siti Khadijah boleh jatuh cinta dengan Nabi Muhammad saw. Hanya dengan sifat Nabi saja. Lepas tue ada ke Nabi ngorat Siti Khadijah. Tak pun, malah Siti Khadijah sendiri hantar Nafisah binti Manbah untuk melamar Nabi Muhammad saw. Adakah masa tue Nabi dah kenal hati budi Siti Khadijah, adakah ketika itu Siti Khadijah tahu bagaimana sifat sebenar Nabi Muhammad? Masing-masing belum kenal sepenuhnya tapi apabila sudah berkahwin, sudah berkenal-kenalan tetap dapat juga kebahagiaan.


So pengajarannya kat sini, kebahagiaan tue tak semestinya dapat daripada couple. Bak kata Ustaz Hasrizal dalam forum Baitul Muslim yang aku ada ulas baru2 nih "Banyakkan Menjadi dari Mencari". Kita kata kita cinta Rasulullah tapi kita tak buat apa yang Rasulullah buat malah kita tiru pulak sunnah Barat yang memang tak kena dengan kita sebagai orang Timur malahan orang Islam. So benda nih kalau pun ditegah secara kasar atau kekerasan tak sepatutnya dipertikaikan malah itulah yang sepatutnya dilakukan sebabnya bukannya tak tahu tapi tak nak ambil tahu itu yang menjadi masalah. Semua tue dah diajar di sekolah, di rumah dll tp penghayatannya tak ada.


So apa puncanya hati jadi keras sampai macam tue. Macam dalam post aku sebelum nie aku da terangkan jugak. Puncanya dari pemakanan kita yang tak jaga halal haramnya. Nampak tak macam mana semua nie berkait. Kita consume benda2 haram nie, didoktrinkan dengan perbuatan2 bertentangan syarak, dll kesannya siapa antara kita nih boleh untuk sangat2 khusyuk dalam solat kita. Even solat pun terganggu kalau dalam badan kita nie ada benda haram. Tapi adakah kita tau status sst perkara itu haram atau tak? Kadang-kadang kita tak tau tapi bila dah tau adakah kita kena mengelat atas sebab kita 'reluctant to change'? Jadi benda halal haram nih tak akan selesai selagi kita sendiri tak mengambil langkah untuk berubah. Cakap banyak mana pun tak guna kalau Kerajaan sendiri tak mau amik pendekatan secara menyeluruh bagi memastikan umat Islam kat Malaysia nih hanya mendapat bekalan yang halal saja.


So secara mudahnya...
Pilihan di tangan kita...

So aku nak promote jugak laa pasal Closing Heart 4 Islam 2010 (h4i2010) 9/3 nanti huhu... Datang ramai2 ek...bawak kawan2 skali..huhu 



0 comments: