Feb 14, 2010

Home » , » Valentine's Day : Cinta kepada Allah mula diketepikan...

Valentine's Day : Cinta kepada Allah mula diketepikan...


Sebut 14/2 semua orang mesti ingat tarikh nie...Nie laa tarikh Valentne's Day. Kalau tak tahu tue tahniah laa..nampaknya korang tak sambut benda nih or korang memang jenis tak amik tau..tp x kesah laa..bukan aku nak suh korang sambut benda nih pun. Kalau sebelum nie negara kita dihangatkan dengan isu penggunaan kalimah Allah. Masa tue ramai orang yang melatah tapi cuba kita tengok sambutan nie ada tak sape2 nak melatah kata nie bukan adat orang Melayu. Orang Melayu dulu tak buat macam nie pun. Nampak macam tak ada. Tapi nie laa antara tarikh hot kalau nak jumpa kapel2 tengah buat maksiat. Padahal dah sahih dah Valentine's Day nih kalau dirujuk kepada sejarah ada kaitan dengan agama Nasrani. Bukan ke kita sebagai orang Islam tak boleh sambut benda nih.

Dengan kita sambut Valentine's Day nih kita meluahkan rasa cinta kepada yang ter'sayang' kononnya tapi mana hilangnya cinta kita kepada Allah dan Rasul-Nya? Bagaimana pula dibuktikan rasa cinta dan kasih sayang tue...habis dirobek maruah dan harga diri masing-masing. Tak sedar ke semua tue dosa. Nak kata tak sedar kebanyakannya sedar benda tue salah tapi semua tak mampu nak lawan perasaan nafsu dalam diri tue. Tertewas dengan nafsu tapi tak pula rasa bersalah & menyesal dengan apa yang dibuat tue. Jangan sampai Tuhan turunkan bala baru nak sujud taubat kepada Allah. Masa tue dah terlambat dah.


Bukan salah nak bergembira tapi Islam dah berikan ruang kita untuk bergembira kan.

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. – al-Hajj : 67

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.

Maknanya di sini ruang itu dah ada tapi kita tak puas hati. Kita nak dalam sepanjang tahun tue every single hour nak berseronok dan bersuka-ria saja. Nie laa doktrin2 beracun yang ditanam dalam hidup umat Islam. Sebab tue laa umat Islam sampai sekarang tak boleh bangun. Sejak dari jatuhnya Khilafah pada tahun 1924 sampai sekarang tahun 2010 masih tak ada perkembangan yang menggembirakan umat Islam. Tapi andai ada perkhabaran gembira bangkitnya umat Islam menentang musuh2 Islam tiada pula yang menyokong. Tapi semua dipandang pelik. Tak perlu kata macam tue, tengok orang pakai kopiah je pun orang da pandang lain macam.


Aku pernah tengok kawan aku amik satu benda nih So ak pun nak try laa, tiba2 diorang pelik. Aku pun tak paham pastu ada kawan aku cakap benda tue xde tanda halal. So diorang sedar benda tue tak ada tanda halal tapi tetap diorang ambik dengan alasan benda tue tak ada alkohol. Perasaan ragu2 tue pun dah ada dalam diri tapi atas nak dapatkan kesedapan dan keseronokoan & kepuasan duniawi nih diorang amik jugak. So kalau nak kata orang yang kapel nih tak tau hukum kapel apa tak boleh jugak. Info dah diberi, ada juga budak sekolah agama yang kapel. So takkan nak kata diorang pun xtau jugak kan. Juz ignorant.

Tapi aku tak nafikan ada yang masih tak tau. Jadi kerja sapa nak bagi tau, kerja ustaz je k, kerja badan dakwah je k. Kerja semua kan. Setiap dari kita yang sedar benda nie salah kena cakap kat orang lain tentang salahnya benda nih. Kalau isu kalimah Allah tue boleh menjejaskan aqidah Islam, perayaan nie plak bukan setakat aqidah, malah menjejaskan maruah diri umat Islam itu sendiri.

Memang susah nak berubah tapi usaha dan kesungguhan untuk berubah itu juga penting (mujahadah). dengan mujahadah yang tinggi insya-Allah kita mampu berubah dengan bantuan Allah.

hasil pergaulan bebas, couple, zina dll...

2 comments:

Nur Areefah said... [Reply to comment]

14 orang tatau.
13 orang tahu la..hak3

cara pemahaman orang sekarang dari lari jauh X_x
benda2 'best' camnie la pakat2 nak sambut..
no panties, sign of faith adoi adoi adoi

apepun, ak ske lagu wajah suci nie..sadis glee..
kalau la mereka2 tgk nie adakah mereka aka still lagi menyambut hari membuat anak nie huu~

A Story Of An Akif said... [Reply to comment]

stuju sgt dgn abg!

abg arep. copy gmbr kt ats 2 eh.
hehe. thx. :P